DIN PUDU 'KRITIKAL' TERKENA LUDAH RACUN BERBISA KATAK..!!
Dalam politik, jika ditanya soal Pemimpin Katak, nama Ibrahim Ali disebut terlebih dahulu. Tok Him tidak dapat lari dari gelaran katak. Walaupun Anwar sendiri merestui budaya politik Katak ini (merujuk strategi lompat parti), akan tetapi tidak mampu menandingi Tok Him.
Walaupun penulis sendiri tidak bersetuju dalam beberapa isu dan pendirian Tok Him, akan tetapi tidak dapat dinafikan, ke mana sahaja haluan Tok Him, beliau tidak pernah tinggalkan 1 perjuangan yang dipegang erat sehingga hari ini. Perjuangan memperkasa bangsa Melayu dan umat Islam. Tidak ada mana2 pihak mampu menafikan hal ini.
Hari ini Presiden Persatuan Peribumi Perkasa mengecam salah seorang Pimpinan Parasit PAS. Beliau menjelaskan kenyataan Naib Presiden PAS, dalam Sinar Harian pada 12 September lalu, mengatakan Pakatan Rakyat (PR) bakal menguasai tiga negeri baru iaitu Johor, Sabah dan Sarawak serta bakal memenangi 30 daripada 82 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 adalah kenyataan perang saraf politik yang melucukan.

Menurut Ibrahim, ianya sekadar memberi harapan pada penyokongnya yang kegelisahan dan panas ekoran PAS yang kini menjadi kuda tunggangan DAP.
“Mengikut analisis laporan kajian yang saya lakukan, memang pengundi Cina ada masalah dengan Barisan Nasional (BN).
“Tetapi sejak akhir-akhir ini, ada perubahan dimana masyarakat Cina mula kembali semula menyokong BN.
“Masyarakat Cina mahu kestabilan dan keamanan untuk kelangsungan dunia perniagaan mereka.
“Kaum Cina di Selangor sudah mula jemu dengan pelbagai kerenah di Selangor kecuali yang mendapat sesuatu keistimewaan atas kepentingan majoriti rakyat,” kata Ibrahim dalam kenyataan yang dihantar kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.
Menurutnya, di Sarawak akan ada perubahan beberapa kerusi yang mempunyai ramai pengundi kaum Cina dan dua kerusi di Sabah, terutamanya kerusi Beaufort yang kini disandang Datuk Seri Lajim Ukin.
“Di Semenanjung, pengundi Melayu yang mengundi pembangkang pada pilihan raya yang lalu, telah kembali menyokong Umno, kerana Islam, Melayu, dan raja-raja dihina, mengakibatkan kaum Melayu berpecah, maka keinsafan akan membawa kepada majoriti umat Melayu dan Islam akan kembali menyokong BN demi kepentingan Nasional, iaitu keamanan serta kelangsungan menuju negara maju 2020.
“Dasar-dasar transformasi yang dilaksana oleh perdana menteri juga memberi kesan sedikit banyak kepada sokongan rakyat terhadap BN.
“Ini termasuk berbagai pemberian dan situasi ekonomi yang stabil,” kata Ibrahim lagi.
Katanya lagi, penolakan konsep negara Islam dan hudud oleh DAP jelas menguris hati umat Islam, memyebabkan PAS akan dihukum oleh kaum Melayu atas politik retorik dan gagal membela Islam.
PKR juga menurut Ibrahim, akan mengalami kekalahan teruk kerana rakyat sudah bosan dengan perangai ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Politik adu domba, pembohongan dan akhlak yang buruk tidak akan bertahan lama, apabila krajaan BN pimpinan (Datuk Seri) Najib mula berkesan membela rakyat dan memakmurkan negara.
“BN dengan izin Allah dan kesedaran rakyat akan kembali mendapat dua per tiga majoriti di Dewan Rakyat,” kata Ibrahim lagi.
Katanya, Parlimen yang kini mempunyai 222 kerusi, di mana 48 kerusi adalah majoriti Cina. Jika PAS bergabung dengan Umno, kedua-dua parti itu boleh menubuhkan kerajaan Melayu Bumiputera.
“Dalam keadaan sekarang, PKR dan PAS tak mungkin menang lebih dari 34 buah kerusi. Kerajaan Melayu Bumiputera boleh ditubuhkan, dengan syarat Melayu bersatu,” katanya lagi.