May 6, 2012

BERSIH 3.0... OTAI RAHIM NOOR AKHIRNYA BERSUARA!!







Tiga orang bekas ketua polis negara menyeru supaya pasukan berkenaan mengambil tindakan tegas ke atas penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 yang didakwa mahu menawan Dataran Merdeka dan mengguling kerajaan, lapor akhbar Berita Minggu.

Laporan berkenaan memetik kenyataan Tan Sri Rahim Noor, Tan Sri Musa Hassan dan Tun Haniff Omar yang bimbang perhimpunan tersebut diadakan untuk mencetus anarki dan keadaan darurat.

Laporan itu adalah susulan daripada kenyataan perdana menteri bahawa penganjur berkenaan merancang untuk menawan Dataran Merdeka bermula 28 April sehingga Hari Buruh.

Rahim berkata komplot untuk mengguling kerajaan boleh berlaku berdasarkan keadaan perhimpunan tersebut, walau tidak diketahui oleh pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga.

Polis sebaliknya dapat mengesan ancaman terselindung seperti itu, Rahim lagi dalam laporan tersebut.

"Dalam sejarah negara sejak Perang Dunia Kedua, polis memang banyak pengalaman dalam hal sebegini tetapi Ambiga tiada langsung. Dia hanya belajar undang-undang.

"Ambiga dan pihak lain terbabit bersekongkol untuk tujuan masing-masing, tetapi umpama tidur sebantal mimpi lain-lain."

Musa pula dipetik sebagai berkata, komplot mengguling kerajaan seperti itu diperhatikannya berlaku di beberapa negara dan perhimpunan 28 April jelas menyimpang daripada tujuan sebenar.

Pandangan Musa itu juga disokong Haniff yang berkata kenyataan perdana menteri berasas kerana berdasarkan maklumat risikan polis.

Tambahnya peluang untuk mengguling kerajaan seperti itu memang ditunggu oleh individu tertentu.

16 comments:

Anonymous said...

Aku sokong sahabat aku yg komen dalam sebuah blog:
"AKU CADANGKAN RAHIM NOR DILANTIK SEBAGAI SENATOR DAN KEMUDIAN DIJADIKAN MENTERI DALAM NEGERI."

ADA ORANG TU MEMANG TAKUT SANGAT DENGAN RAHIM NOR.

Anonymous said...

itulah yang terbaik jadikan Tan sri rahim noor sebagai menteri dalam negeri atau ambil saja Dato Anifah Aman jadi Menteri KDN kerana aku lihat dia sangat tegas dan berani terutama ketika Demo di Kedutaan malaysia di indonesia yang lalu.

Anonymous said...

aku sokong bro,ts rahim jadik menteri kdn.sudah barang tentu aljuburi kecut teloq ngn kote bengkohnye skali.kah,kah,kah,kah..........

Anonymous said...

Hoi!!! Jangan..nanti dulu aku nak pakai prisai muka dulu...kalau tak hancur muka aku hoi!!!!
Alamak penumbuk Rahim Nor bukan boleh caya ni....

Anonymous said...

Keterampilan KPN dan Menteri Dalam Negeri ketika ini kurang karismatik dan menyakinkan. Mungkin itu yang menyebabkab malaun-malaun ini berani. Lihat saja TS Hanif, TS Rahim dan TS Musa. Mereka ini tegas (no nonsense Police Officer) mereka dilihat dan kelihatan tegas. Inilah ciri-ciri yang perlu ada pada KPN.

Anonymous said...

Aku sokong Tan Sri Rahim Noor jadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri gantikan Menteri Sekarang hanya tau beri AMARAN!! AMARAN !! AMARAN!! Naik loya aku dengar.

Anonymous said...

Aku sokong Haja Rosmah mansor jadi PM dan Menteri Kewangan 1Malaysia.

sae said...

aku tabik spring pd bekas bos besar pdrm ni..jasamu tetap dikenang sampai bila2 tan sri rahim nor..ikhlas...

Anonymous said...

Aku punmemang suka TS Rahim jadi menteri KDN. Dia seorang yang tegas dan berkarisma.Tentu Malaysia akan lebih aman dan orang luar tak berani nak berbuat sukahati di sini. Sure awang hitam ramai yang akan cabut. Tabik TS Rahim.

Anonymous said...

Aku punmemang suka TS Rahim jadi menteri KDN. Dia seorang yang tegas dan berkarisma.Tentu Malaysia akan lebih aman dan orang luar tak berani nak berbuat sukahati di sini. Sure awang hitam ramai yang akan cabut. Tabik TS Rahim.

Anonymous said...

Aku punmemang suka TS Rahim jadi menteri KDN. Dia seorang yang tegas dan berkarisma.Tentu Malaysia akan lebih aman dan orang luar tak berani nak berbuat sukahati di sini. Sure awang hitam ramai yang akan cabut. Tabik TS Rahim.

Anonymous said...

yer tan sri rahim kao memang hebat wa suker lu tegas

Anonymous said...

TABEK TUAN RAHIM NOR.
MENTERI DI KDN IS YOUR PLACE.

CUBA BAYANGKAN TS RAHIM MASUK PARLIMEN....SI POLAN TU JELIIIIING AJE....TS RAHIM BATUK AJE....DIA TERPERANJAT.

LAMA LAMA BOLEH SAKIT JANTUNG.
ITU PUN KALAU DIA ADA LAGI DLM KABINET.

Anonymous said...

Betul.betul. Diorang ni memang takut sangat dgn Rahim Nor.


Sebab tu diorang ni nak cantas Rahim cepat cepat...nak saman le...ape leee.

Pada hal apa ada kena mengena Rahim dgn politik sekarang?

Anonymous said...

Ha Ha Ha
Rahim Nor masuk parlimen?

Si polan tu tak pandang muka Rahim Nor.Dia pandang tangan pemumbuk Rahim.

TAKUUUUUUUUT.

pakwadin said...

Sahabat ANONY yang sorang diatas tu memang teruk betul-begitu lah sikap orang Pembangkang-orng dok cerita pasai TSRN Mantan KPN (penyebab terciptanya Lambang Parti Keadilan Rakyat_MATA LEBAM) si sorang ne bawa cerita DSR Siti Hasmah jadi PM dan Jadi Menteri kewangan 1 pulak-PKR bolehla Parti Anak beranak-dalam UMNO/BN Tak dak lagila sahabat oi.

Powered by Blogger.