Jan 13, 2016

PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA


Seorang pekerja seks di Peru, Angela Villion Bustamante bertanding dalam pilihan raya umum negara itu pada tahun ini.

Pekerja seks selama 30 tahun itu mengambil keputusan bertanding kerana ingin meningkatkan pendidikan kaum wanita dan mahu menghapuskan penyeludupan manusia, lapor Peru This Week.

Angela yang berkempen untuk menghapuskan keganasan terhadap wanita dan gadis merupakan calon baru parti kongress iaitu parti Frente Amplio.

"Kami tidak mempunyai akses kepada mana-mana kewangan, kami tidak mempunyai akses kepada mana-mana insurans, kami terdedah kepada jenayah dan kumpulan samseng.

"Perkara ini meletakkan kami dalam keadaan yang terlalu lemah," kata Anggela.

Dalam sebuah video Al Jazeera pula, Angela memberitahu:

'Bagi saya perempuan murahan adalah sinonim kepada kebebasan.

"Kami (pekerja seks) berkata demikian kerana kongres merupakan rumah pelacuran pertama.

“Ia merupakan rumah pelacuran di mana kesedaran, kepercayaan, etika dan prinsip-prinsip adalah untuk dijual," katanya lagi.

40 TAHUN HILANGNYA NEGARAWAN TUN ABDUL RAZAK


Empat puluh tahun dulu, pada 14 Januari, 1976 Malaysia kehilangan seorang negarawan yang memainkan peranan penting dalam membentuk pembangunan ekonomi negara dan perpaduan rakyat.

Beliau adalah allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, perdana menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari 1970 hingga 1976.

Diberikan gelaran Bapa Pembangunan Malaysia, beliau tokoh yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru, satu dasar melakar sejarah dalam menentukan hala tuju ekonomi negara dan memberi kesan amat mendalam kepada rakyat sehingga ke hari ini.

Sumbangan allahyarham dapat dilihat semenjak zaman sebelum merdeka apabila beliau adalah antara individu penting yang terlibat bersama almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memperjuangkan kemerdekaan negara daripada British.

Pada 1955, allahyarham dilantik sebagai menteri pelajaran di bawah Kabinet pertama negara dengan almarhum Tunku Abdul Rahman menjadi perdana menteri pertama Malaysia.

Sebagai menteri pelajaran pertama, allahyarham memainkan peranan penting dalam membentuk asas awal sistem pendidikan negara yang dilihat amat perlu bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah yang diguna pakai pada waktu itu.

Atas usahanya, maka lahirlah Penyata Razak pada 1956 yang dibentuk bagi menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina sebuah bangsa bersatu padu dengan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa pengantar. Penyata Razak kemudiannya dimaktubkan sebagai Ordinan Pelajaran 1957.

Ketika tercetusnya tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei, 1969, allahyarham yang ketika itu timbalan perdana menteri dan juga menteri pertahanan adalah individu penting melaksanakan usaha mengekang insiden berkenaan daripada terus berlarutan.

Selepas kerajaan mengisytiharkan darurat berikutan insiden itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) ditubuhkan bagi mengambil alih pentadbiran kerajaan dengan allahyarham menjadi pengerusi majlis itu.

Majlis itu berjaya memulihkan semula ketenteraman awam dan seterusnya membentuk Rukun Negara iaitu ideologi kebangsaan Malaysia bagi merapatkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Allahyarham mengambil alih jawatan perdana menteri daripada almarhum Tunku Abdul Rahman pada 1970 dan beliau tidak menunggu lama memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menekankan strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi mewujudkan keharmonian dan perpaduan.

Bagaimanapun, allahyarham tidak dapat merencanakan lebih banyak pembangunan negara apabila menghembuskan nafas terakhir pada 14 Januari, 1976 akibat penyakit leukemia pada usia 53 tahun.

Walaupun menjawat jawatan perdana menteri dalam tempoh yang agak singkat, sumbangannya kepada negara sememangnya tidak dapat diukur dan akan dikenang sampai bila-bila.

Gelaran 'Bapa Pembangunan' yang diberikan kepadanya adalah di atas sumbangannya dalam meletakkan batu asas kepada sistem pembangunan negara terutama ekonomi di luar bandar, sehingga berjaya menjadikan negara ini seperti pada hari ini.

Allahyarham mewariskan asas teguh bagi menjamin masa depan negara ini menerusi pelbagai usaha dan dasar termasuk menekankan penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi secara lebih pesat.

Kewujudan agensi seperti Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Nasional (Pernas), Bank Bumiputra, Tabung Haji, Petronas dan Bank Pertanian bertitik tolak daripada usahanya bersama pemimpin terdahulu sepanjang mengabdikan diri untuk tanah air.

Disifatkan sebagai seorang pemimpin yang berpandangan jauh, bijak dan berperwatakan gagah, allahyarham pergi dengan meninggalkan benih pengganti untuk meneruskan perjuangannya membela agama, bangsa dan negara.

Darah yang mengalir dalam tubuh allahyarham diwarisi anaknya perdana menteri keenam Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang menyambung perjuangan ayahandanya.

Jan 12, 2016

UKHWAH UMNO-PAS : NAJIB WARISI ERA PERPADUAN TUN RAZAK


Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengorak langkah luar biasa apabila beliau secara terbuka menghulurkan salam persahabatan parti itu kepada Pas pada Perhimpunan Agung Umno bulan lepas.

Ia dilihat banyak pihak sebagai langkah berani dan mencerminkan ciri-ciri negarawan yang terdapat pada diri Najib apabila beliau berusaha untuk mengembalikan kegemilangan masa lampau ketika ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein menjadi perdana menteri, yang menyaksikan Pas menjadi sebahagian daripada 'kerajaan perpaduan' selepas beliau mengilhamkan penubuhan Barisan Nasional (BN).

Umno sudah mengotakan apa yang dikatakannya mengenai perpaduan Melayu atau Islam, dan kini terserahlah kepada Pas untuk bertindak dengan sewajarnya.

BN lahir selepas berlakunya rusuhan kaum pada 1969, yang terkenal sebagai Peristiwa 13 Mei, dan pada Pilihan Raya Umum 1974, Umno dan Pas mencipta sejarah apabila mereka sama-sama bertanding atas tiket BN.

Bagaimanapun, kerajaan perpaduan itu hanya bertahan selama kira-kira tiga tahun berikutan pergolakan politik di Kelantan, yang merupakan kubu kuat Pas, dan parti itu menuduh kerajaan Persekutuan menjadi puncanya lalu meninggalkan BN.

Setelah hampir 40 tahun berlalu, kini dua parti politik Melayu itu terus berbalah dan menjadi punca utama wujudnya perpecahan dalam kalangan orang Melayu, yang merupakan bangsa majoriti di negara ini.

Melalui catatan terbaharu beliau dalam laman blognya, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata langkah Najib menunjukkan beliau berkongsi mimpi dan aspirasi sama dengan ayahandanya.

"Mungkin inilah masanya bagi semua rakyat Malaysia untuk berganding bahu ke arah mencapai perpaduan nasional dan memenuhi aspirasi untuk membina sebuah negara Malaysia yang lebih sejahtera bagi generasi sekarang dan akan datang," kata Salleh.

Beliau turut menegaskan bahawa semua pihak perlu bersatu dan menumpukan usaha mereka terhadap pembinaan negara berikutan hakikat bahawa tahun-tahun mendatang merupakan tempoh amat penting serta mencabar bagi dunia dan Malaysia.

Salleh berkata, setiap orang perlu memberi fokus untuk mencari jalan bagaimana ekonomi negara dapat diperkukuhkan lagi dan politik kaum-agama, yang ada ketikanya hampir memusnahkan perpaduan rakyat, perlu dikurangkan walupun tidak dapat dihapuskan sama sekali.

Pendapat pemimpin Sabah ini memang tepat kerana setiap orang boleh melihat dengan jelas bahawa adalah tidak wajar langsung sekiranya perpaduan yang diimpikan hampir semua orang Melayu sejak sekian lama, tidak dapat mereka capai hanya disebabkan tindak tanduk ahli politik tertentu.

Pada forum di dalam dan luar negara, pemimpin dari kedua-dua pihak bercakap tentang perpaduan ummah, tetapi reaksi pemimpin PAS kepada salam perpaduan yang dihulurkan Najib itu setakat ini kelihatan amat tidak menggalakkan.

Bukan menjadi rahsia lagi bahawa penghalang utama terhadap usaha penyatuan Umno-Pas sebelum ini ialah Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, lebih dikenali sebagai Tuan Guru.

Nik Abdul Aziz dengan tegas menolak langkah penyatuan semula itu melalui pendirian beliau yang boleh ditafsirkan sebagai tidak mahu 'pisang berbuah dua kali' berdasarkan pandangan beliau bahawa Pas telah diberi layanan 'buruk' ketika dalam gabungan BN.

Era itu menyaksikan perubahan dalam pucuk pimpinan Malaysia apabila Tun Razak meninggalkan dunia hampir 40 tahun lepas dan digantikan dengan Tun Hussein Onn, apabila Pas membuat keputusan meninggalkan BN hinggalah sekarang.

Pada perhimpunan agung Umno baru-baru ini, Najib berkata: "Dengan hati yang terbuka dan nubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturrahim,...kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatnya."

Perdana Menteri mengulangi tawaran itu beberapa hari kemudian apabila beliau berkongsi pentas dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu majlis anjuran Alumni Al-Azhar Mesir, universiti tertua dunia.

Untuk rekod, Najib menziarahi Abdul Hadi ketika pemimpin Pas itu menerima rawatan di sebuah hospital di Istanbul, Turki.

Sebelum ini, tidak pernah wujud hubungan seakrab itu antara pemimpin Umno dan Pas seperti yang dipamerkan Najib dan Hadi, dan harapan banyak pihak untuk melihat kedua-dua parti yang tidak dapat bertentang mata selama hampir 40 tahun itu akhirnya kembali bersatu, semakin kukuh.

Bagaimanapun, nampaknya beberapa pemimpin dalam Majlis Syura Pas, badan pembuat keputusan parti itu, memiliki ego yang amat tinggi apabila dalam mesyuarat minggu lepas, mereka membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Umno. 

"Dalam mesyuarat kami, majlis memutuskan untuk mengekalkan pendirian lama kami iaitu untuk tidak menyertai semula BN atau bekerjasama dengan Umno," kata Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya rasional majlis membuat keputusan itu ialah Pas tidak dapat duduk bersama Umno kerana 'ia melibatkan isu berkaitan melakukan dosa dan patuh syariah'.

Abdul Hadi sendiri berkata Umno perlu "kembali kepada dan mengamalkan cara hidup Islam dalam semua aspek perjuangannya, sama ada politik, sosial atau ekonomi, sebelum kami boleh berfikir mengenai kerjasama".

Sehubungan itu, beberapa pemimpin Majlis Tertiggi Umno menyeru kedua-dua pihak supaya melupakan kisah lama dan dalam usaha menjayakan usaha itu, sikap besar kepala dan ego yang terdapat dalam Majlis Syura Pas, perlu digantikan dengan agenda lebih besar demi kebaikan negara dan untuk manfaat bersama.

Sesungguhnya, perpaduan dalam politik Melayu sangat penting serta tidak ternilai harganya. Lebih cepat Pas menerima hakikat ini, maka ia adalah lebih baik untuk seluruh rakyat Malaysia.

Jan 11, 2016

PAS SELANGOR ISYTIHAR PERANG PARTI AMANAH MUSUH NOMBOR 1



Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, selain Umno, Parti Amanah Negara (AMANAH) merupakan ancaman kepada parti Islam itu.

Ia berikutan AMANAH dijangka akan bertanding sebanyak lapan kerusi di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Ancaman kita adalah Umno tapi kita ada musuh baru. Mereka akan bertanding lapan kerusi, letak diri sama macam Umno, bermakna di lapan kawasan mereka akan rampas.

“Jangan kita tengok Umno ancaman tapi ada lebih ancaman, kenapa kita tak pertahankan kerusi kita.

“Kalau kita tidak ada dalam kerajaan siapa yang nak pertahankan Islam?” kata Iskandar dalam ucapannya di Ijtima’ Pilihan Raya Selangor di Kuala Selangor hari ini.

PAS memang tidak mempunyai hubungan baik dengan AMANAH yang terbentuk hasil perselisihan aliran pemikiran dalam parti itu dalam muktamar mereka tahun lalu.

Permintaan akar umbi

Pada masa sama, DAP dan PKR menjalin hubungan dengan parti baru berkenaan walaupun ia kelihatan longgar di beberapa negeri.

Beberapa hari lalu AMANAH mendapat lapan daripada 288 kerusi yang ada di semua pihak berkuasa tempatan di Selangor dan ia dikecam PAS.

Di sebalik pembahagian itu kerajaan negeri enggan mendedahkan parti mana yang terpaksa berkorban memberikan kerusi mereka kepada AMANAH.

Sementara itu, Iskandar berkata, PAS akan bertanding di lima lagi kerusi di Selangor dalam PRU akan datang, menjadikan jumlah kerusi keseluruhan yang ditandingi mereka menjadi 25.

Katanya, PAS mengambil keputusan itu bukan disebabkan tergugat dengan AMANAH sebaliknya kerana desakan daripada akar umbi parti berkenaan.

“Kita akan bertanding. Ini permintaan akar umbi untuk bertanding lima kerusi lagi. Bukan sebab lapan kerusi tu tapi sebab keperluan (dalam PRU).

“PAS ada Jabatan Penyelidikan PAS Pusat, bukan (sekadar) suka-suka nak bertanding,” katanya yang menjangkakan PRU akan datang berlangsung pada Mac 2017.

Jan 10, 2016

HALAU WANITA BERTUDUNG : IKRAR DONALD TRUMP BUNUH ISLAM

Seorang wanita Islam bertudung telah dihalau kerana didakwa mengganggu ucapan calon presiden daripada parti Republikan, Donald Trump di South Carolina, kelmarin.

Rose Hamid, 56, dihalau sambil diiringi dua anggota polis selepas dia berdiri semasa Trump dengan lantang menuduh pelarian Syria telah bergabung dengan kumpulan militan IS.

Trump terkenal dengan sikapnya yang anti migran sebelum ini pernah mencadangkan supaya orang Islam dilarang masuk ke Amerika Syarikat.

"Saya hanya diam dan berdiri sebagai tanda protes.

"Semasa saya diarah meninggalkan dewan, penyokong Trump bersorak gembira malah salah seorang daripada mereka bertindak keterlaluan dengan menuduh saya membawa bom," kata Rose.

Semasa menyertai kempen itu, Rose dilihat memakai baju T dengan tulisan 'Salam, saya datang dengan aman', lapor CNN.

Jan 9, 2016

'TUTUP BUAH DADA KAU DULU HALIMAH' - WHATSAPP PKR KECOH


Rasa tidak puas hati di kalangan ahli Pemuda PKR (AMK) dengan ahli majlis pimpinan pusatnya, Halimah Nasoha yang digugurkan diheret kepada beberapa siri perbualan yang dianggar berbaur seksis di media sosial.

Paparan skrin WhatsApp Pemuda PKR menunjukkan Timbalan Ketua Pemuda PKR Selangor Zainol Abidin Mohamed meminta Halimah "menutup buah dadanya sebelum nak mencabar".

Zainol membuat ulasan itu sebagai respons kepada rakan-rakan Pemuda PKR yang berkongsi gambar Halimah memakai baju putih tanpa lengan bersama tiga rakannnya.


Perbualan mengenai Halimah dalam kumpulan itu bermula selepas dia menuntut lembaga disiplin parti untuk memanggil Timbalan Presiden Datuk Seri Mohd Azmin Ali dan ahli PKR yang lantang membidas parti itu sendiri, Badrul Hisham Shaharin untuk menamatkan konflik terbuka mereka.

Zainol mengakui dia membuat kenyataan itu dan berkata kumpulan berkenaan ‘panas’ ketika membincangkan kenyataan Halimah.

“Dalam kumpulan Whatsapp itu memang hangat perbincangan pasal isu dia (Halimah). Dalam itu kan, macam-macam ada.

“Dalam tulisan itu kita kata, suruh dia jaga aurat dulu sebelum sibuk nak tegur orang pula," katanya kepada Malaysiakini.

“Dan dalam sambungan perbualan itu pun, kita sebut bahawa menutup aurat adalah satu tuntutan syariat,” tambahnya.

Zainol bagaimanapun mengakui tidak mempunyai idea mengenai siapa yang membocorkan perbualan WhatsApp mereka.

Katanya, terdapat lebih daripada 100 ahli dalam kumpulan berkenaan.

“Tak boleh nak syak sesiapa, dalam itu (kumpulan) banyak kem.

“Penjelasan saya, saya tidak menyerang dia secara peribadi atau menggunakan kenyataan seksis tetapi lebih kepada syariat,” katanya.

Halimah kemudiannya dipetik portal Selangor Post sebagai berkata perbualan di kumpulan Whatapp itu sebagai 'menjijikkan'.

Halimah hari ini dipetik oleh akhbar Sinar Harian sebagai berkata bahawa Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegubard hendaklah mengemukakan bukti dakwaannya terhadap Azmin yang didakwa meluluskan konsesi pembalakan kepada sebuah syarikat tanpa tender terbuka.

Katanya, Azmin boleh mengheret Chegubard ke mahkamah kerana memfitnahnya dan melihat jika sama ada dia mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin mengesahkan bahawa Halimah telah digugurkan daripada majlis pimpinan pusat dan kenyataannya tidak mewakili sayap parti.

Afif berkata Halimah secara automatik digugurkan daripada jawatankuasa itu mengikut Perkara 7.14 peraturan tetap AMK.

Peraturan itu menyebut ahli majlis pimpinan pusat AMK yang gagal menghadiri mesyuarat sebanyak enam kali tanpa sebab munasabah dianggap telah meletakkan jawatan.

Sambil mengakui bahawa dia digugurkan kerana tidak aktif, Halimah, bagaimanapun, mempersoalkan masa tindakan itu kerana dia dipecat 24 jam selepas membuat kenyataan berkenaan.

Jan 8, 2016

KERJASAMA PAS-UMNO : JANGAN SAMPAI PENGUNDI MELAYU BOIKOT PRU14


Penganalisis politik melihat ada beberapa skop isu yang disifatkan relevan boleh diambil kira Pas dan Umno dalam konteks kerjasama mereka terutama melibatkan kepentingan Islam dan kaum Melayu.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, kedua-dua pihak sudah tentu mengharapkan agar kerjasama itu nanti tidak akan mengakibatkan sokongan terhadap mereka terhakis.

“Bentuk kerjasama itu mungkin menjurus lebih kepada isu-isu yang membabitkan kepentingan Islam dan orang Melayu. Seterusnya dari segi agama, isu semasa, ekonomi, kebangkitan orang Melayu dan sebagainya.

“Jika itu landasan kerjasama, kita mungkin boleh lihat ia akan menjadi kenyataan. Tapi tidaklah sampai membawa kepada gabungan. Ia sesuatu yang agak mustahil ketika ini,” katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan parti itu hanya mengadakan kerjasama dalam konteks Islam dengan Umno sejajar dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang kekal dengan keputusan lama iaitu tidak menyertai BN atau bersama Umno.

Menurutnya, setelah Umno dan Pas melihat sokongan Melayu terhadap DAP telah terhakis, kedua-duanya memilih untuk menjalin kerjasama yang disifatkan mampu mengembalikan sokongan orang Melayu kepada mereka.

“Susulan perpecahan dalam PR, saya lihat sokongan Melayu terhadap DAP terhakis kerana orang Melayu marah dengan tindakan DAP terhadap Pas.

“Justeru dalam keadaan demikian, Umno sedar dan Pas pun sedar, untuk meraih kembali sokongan orang Melayu baik di bandar mahupun luar bandar, dengan menjalin kerjasama membabitkan kepentingan umat Islam dan Melayu itu,” katanya.

Sementara Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata sukar meramalkan bentuk kerjasama Pas-Umno susulan tiada pendirian rasmi setakat ini.

“Kecuali ada isu-isu berbangkit seperti undang-undang syariah, agenda Melayu atau isu-isu yang ada kepentingan bersama mungkin mereka akan kerjasama. Lain-lain isu seperti berkaitan Perlembagaan, undang-undang Islam, pentadbiran Islam, ekonomi Islam,” katanya.

Beliau turut menyifatkan gabungan sokongan terhadap Umno dan Pas nanti akan memberi satu kekuatan kepada mereka.

“Maksudnya majoriti orang Melayu menyokong dua parti ini. Itu mungkin hasrat yang diharapkan oleh Umno dan Pas juga,” katanya.

Jan 7, 2016

'MALAS LAYAN.. AMANAH TAK RETI NAK BERSYUKUR' - EXCO DAP SELANGOR


Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai masa untuk melayan karenah Parti Amanah Negara (AMANAH) yang tidak berpuas hati dengan agihan kerusi untuk ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), kata ahli exco kanan, Datuk Teng Chang Khim.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak akan terjejas jika AMANAH enggan menerima lapan kerusi majlis tempatan yang diperuntukkan itu.

"Kerajaan negeri tidak kisah kalau AMANAH tidak mahu terima tawaran lapan kerusi PBT berkenaan. Kita akan serahkan semula kepada PKR, PAS dan DAP untuk uruskan seperti sebelumnya.

"Kita tidak ada masa untuk layan semua ini. Lagipun tak nak timbul gangguan tugas harian peringkat PBT, buat masa ini terima lah dahulu lapan kerusi itu tapi kita harap AMANAH dapat berikan kerjasama yang baik bagi meneruskan kelangsungan Pakatan Harapan," kata Teng yang dipetik Sinar Harian hari ini.

Bidasan Teng itu dibuat ketika Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata Pakatan Harapan tidak harus membawa pertikaian kepada umum.

AMANAH semalam diperuntukkan lapan kerusi majlis tempatan, tetapi pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim dipetik sebagai berkata bahawa mereka belum memutuskan sama ada untuk menerimanya.

Parti itu pada asalnya meminta 24 daripada 288 kerusi majlis-majlis tempatan di Selangor.

"Bersyukurlah daripada kosong dapat juga lapan kerusi untuk ahli majlis AMANAH,” kata Teng yang dipetik Sinar lagi.

Exco Pelaburan Perindustrian (IKS) dan Perdagangan dan Pengangkutan bagaimanapun mempertahankan AMANAH daripada bidasan Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, yang berkata mereka tidak akan mengiktiraf parti serpihan itu.

"Itu (PAS) hanya cakap emosi kononnya tidak mahu mengiktiraf ahli majlis AMANAH. Pengiktirafan ahli majlis datang daripada undang- undang kerana kerajaan negeri lebih berkuasa," katanya.

AMANAH BAKAL ISYTIHAR RAMPASAN KUASA PAS DI SELANGOR


Sikap pimpinan AMANAH di Selangor yang kian agresif dalam menuntut kuasa dari Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Azmin Ali merupakan satu ugutan dalam memberi isyarat agar PAS mesti disingkirkan segera dalam pentadbiran Kerajaan tersebut.

Malah kejayaan Parti Amanah Negara (AMANAH) mendapat kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor bukti kejayaan mereka membuli PAS.

Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor, Budiman Mohd Zohdi berkata, AMANAH tidak berhak mendapat kuota kerusi tersebut kerana mereka tidak mempunyai sebarang jasa kepada rakyat Selangor.

Malah, katanya kemenangan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) AMANAH Selangor iaitu Shaari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) atas tiket PAS.

“Saya lihat memang PAS kena buli. Apa kayu ukur AMANAH mendapat lapan kerusi PBT sedangkan parti ini baru berapa hari ditubuhkan dan belum ada apa-apa jasa di Selangor?

“Mereka hanya ada dua kerusi itupun bukan yang mereka menang atas tiket parti AMANAH tetapi atas tiket PAS , tiba-tiba buli PAS minta macam-macam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghantar nota bantahan pesawah di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, di sini, hari ini.

ADUN Sungai Panjang itu tidak menolak kemungkinan AMANAH selepas ini akan membuat tuntutan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk memberi kerusi EXCO kepada parti itu.

“Selepas ini AMANAH akan tuntut kerusi EXCO pula kerana mereka ada hak untuk dapat jawatan tersebut,” katanya

Sehubungan itu, Budiman menyeru kepada Kerajaan Selangor supaya tidak terlalu bermain politik sehingga mengabaikan isu rakyat.

Nada yang sama turut diutarakan oleh penyelaras BN Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang melihat DAP Selangor sebuah parti politik yang besar kepala.

Katanya, tindakan DAP tidak menyerahkan kuota kepada AMANAH bukti parti itu gilakan kuasa untuk mentadbir Kerajaan Selangor.

“DAP tidak seharusnya besar kepala dalam hal ini (pemberian kerusi PBT pada AMANAH), ini jelas menunjukkan DAP ini hendak menjadi parti yang dominan serta ingin menjadi diktator dalam pentadbiran Kerajaan Selangor,” katanya.

ADUN Batang Kali itu berkata, tindakan DAP untuk tidak menyerahkan sebahagian kerusinya kepada AMANAH dilihat sebagai tekanan supaya PAS keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri.

“Bagi saya tiada sebab untuk PAS bagi kerusi kepada (AMANAH) kerana mereka diiktiraf oleh Azmin bahawa parti itu satu komponen dalam pentadbiran kerajaan negeri. Apa rasionalnya PAS nak beri kerusi mereka kepada AMANAH?

“Tindakan DAP tidak memberi kerusi kepada AMANAH juga satu tekanan yang dibuat kepada PAS untuk keluar daripada gabungan Pakatan dengan membuat desakan-desakan sedemikian, bagi saya PAS tidak harus tunduk dengan desakan DAP itu,” katanya.

Katanya, tindakan PKR mengorbankan kerusinya PBT yang dimilikinya menunjukkan parti itu sudah hilang kredibiliti.

“PKR tiada pilihan, kalau PKR korbankan kerusinya untuk AMANAH bermakna parti itu sudah hilang kredibiliti kerana gagal mempertahankan kedudukannya dalam PBT,” katanya.

LEBIH 70% SETUJU DAP RASIS, ANTI ISLAM MELAYU - KAJIAN IDE


Kajian Institut Darul Ehsan (IDE), sebuah badan yang bernaung di bawah kerajaan negeri Selangor mendapati kemarahan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu terhadap DAP adalah tinggi di negeri itu, dan sentimen sama juga dipercayai berlaku di seluruh negara.

"Kemarahan dan kebencian ini kami kesan di kalangan Melayu luar bandar terutamanya, termasuk di kalangan ahli dan penyokong PAS.

"Hanya di kawasan yang dimenangi DAP saja menunjukkan peratusan kecil kemarahan itu," kata Timbalan Pengerusi IDE Profesor Datuk Dr Redzuan Othman kepada The Malaysian Insider.

Redzuan yang kini naib canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) berkata demikian berdasarkan kajian dijalankan IDE pada 13 - 15 November, 2015 lalu.

Dalam kajian melibatkan 1,716 responden di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di Selangor itu, IDE mendapati sentimen anti DAP sangat tinggi di kalangan Melayu, khasnya luar bandar.

Bagi soalan "DAP adalah parti perkauman yang hanya memperjuangkan kepentingan orang Cina", 72% responden Melayu mengatakan "Ya", 12% berkata "Tidak" dan 16%  lagi "Tidak pasti".

Bagi soalan "DAP adalah parti yang anti Melayu dan anti Islam", 64% pengundi Melayu di Selangor berkata "Ya", 18% berkata "Tidak" dan 19% lagi "Tidak pasti".

AZMIN PENIPU, DASAR PEMIMPIN KORUP - CHEGUBARD



1. Pertamanya saya pertegaskan sekali lagi isu korupsi, pembaziran, penyelewengan dan salah atau lemah urus tadbir tidak kira dilakukan oleh regim Barisan Nasional atau pihak mana sekali pun yang mentadbir negara atau negeri harus ditegur dan dibongkarkan.

 2. November 2015 saya mula menulis dalam blog (chegubard.blogspot.com) mendedahkan wujud projek (facelift) menaik taraf pintu gerbang (Gerbang Kota Darul Ehsan) dengan nilai hampir RM10 juta (RM9.7juta). Sebuah syarikat tempatan menggunakan nama Arab memperolehi projek ini.

3. Sebaik sahaja pendedahan dilakukan maka pengampu mula membuat penafian termasuk ada yang mengatakan tuduhan saya fitnah. Namun beberapa hari selepas itu para pengampu yang menafikan terkedu apabila Menteri Besar Selangor sendiri mengakui wujud projek (facelift) tersebut dengan amaun yang dinyatakan cuma Menteri Besar Selangor melepaskan tangan dengan menyatakan tidak perlu dipertikai kerana ia diluluskan di dalam Sidang DUN Selangor dan syarikat yang menjalankan kerja mendapatkan projek melalui proses tender terbuka.

 Azmin juga berkali – kali menyatakan dia tak terlibat dalam jawatankuasa tender dan dia tidak bersalah. Maka jelas ada yang tidak kena dan Azmin ialah ketua kerajaan negeri ia harus bertanggung jawab dan sikap ditunjukkanya jelas sikap ala Mahathir yang sentiasa mencari kambing hitam bila ada kegagalan.

4. Saya membalas kenyataan tersebut dengan menyatakan, jika dewan dijadikan alasan untuk semua amalan pembaziran dan seumpamanya tidak boleh ditentang maka GST dan banyak perkara lagi tidak boleh dipertikai pembangkang kerana turut diluluskan melalui dewan parlimen.

5. Azmin yang begitu tertekan dan tidak mampu menjawab kemudian terus menyerang saya sebagai pencacai Umno. Azmin tidak mampu berdepan isu ini maka satu kenyataan dikeluarkan oleh salah seorang ADUN nya jelas tujuanya bagi menjelaskan dan membersihkan nama Azmin.

6. Namun kenyataan Haniza Talha itu terus mengheret isu ini ke satu bahagian yang lebih mengelirukan.

     a. Haniza menyatakan projek ini diluluskan oleh Menteri besar dahulu.

     i. Kenyataan ini secara tidak langsung mengakui projek ini ada tidak kena dan ia diletakkan atas kepala Khalid demi membersihkan Azmin maka apa bezanya dengan cara Menteri Regim Bn, ketika ada yang tidak kena maka dituduh ia kesalahan Menteri sebelumnya.

     ii. Faktanya Khalid meluluskan projek tetapi ia diteruskan dan proses ‘pengasingan peruntukan’ dan lantikan syarikat dijalankan ketika Azmin menjadi MB, kenapa ia diteruskan ?

     iii. Isu dalam kes pintu gerang ini ialah kenapa nilainya begitu tinggi dan membazir ? Bukan siapa yang lulus.

     b. Nilai tinggi kerana ia Simbolik kepada negeri Selangor

     i. Adakah hanya kerana simbolik maka projek (facelift) pintu gerbang menjadi halal ? Ingat alasan ini juga alasan Mahathir apabila dipertikai mengenai pembaziran mahligai seri perdana, KLCC dan litar sepang yang mana ketika dibina ramai rakyat susah tidak terbela.

     c. RM9.8, harga munasabah ?

     i. T.kasih kepada Haniza kerana membetulkan kesalahan angka saya, rupanya ia bernilai RM9.8juta bukan RM9.7juta. Bukan hanya saya tetapi dua persatuan kontraktor dominan dengan jelas menegaskan angka nilai projek tersebut agak tidak masuk akal melalui kenyataan pimpinan mereka yang dipetik media.

     d. akui projek dibelakang jadual

     i. berdasarkan jadual skop kerja, projek tersebut sepatutnya sudah lebih 15% siap namun kenyataan haniza mengakui kelemahan kontraktor, ia lambat dibelakang jadual. Bukan itu sahaja dari segi tapak projek ia juga tidak menggambarkan nilai projek, tanpa pengawal keselamatan baru ini berlaku kejadian gantung diri di monumen yang dikatakan simbolik Selangor ini.

     e. Kait nama Istana ?

     i. Tindakan haniza mengaitkan nama Istana juga agak mengejutkan, sebagai sebuah parti progresif yang menggunakan ‘reformasi’ sebagai tema akhirnya menggunakan alasan feudal ? Sedar atau tidak ia bukan sahaja mengundang persepsi negatif pada parti namun usaha menyelamatkan diri ini telah menyebabkan istana turut terkait imej negatif. Maka jelas apa beza kamu dengan pimpinan regim Umno yang menggunakan istana sebagai benteng bila ‘terjerut’

     f. Projek ini hanya didahulukan wang kerajaan dan kemudian akan digantikan dengan derma.

     i. Alasan ini paling “legend” ia mengundang senyum sinis banyak pihak. Jelas ia bercanggah dengan amalan tatakelola kewangan kerajaan atau adakah Selangor mengendalikan kewangan negeri seperti akaun gerai goreng pisang ?

    ii. Jika ia derma kenapa tidak disebut dalam belanjawan ketika projek ini diluluskan, kenapa istilah derma hanya muncul setelah projek membazir ini diserang.

    iii. Projek dikeluarkan, bayaran (wang kerajaan negeri) diberi kepada kontraktor, kemudian bagaimana nak rekod wang ‘derma’ masuk bagi ‘cover’ duit yang sudah keluar. Dalam tatakelola kewangan pembelanjaan adalah perbelanjaan.

 7. Dalam perkembangan yang lain berkenaan isu balak, di sini saya tegaskan Azmin menipu dalam kenyataan medianya apabila dia menyatakan syarikat yang memperolehi kawasan balak itu mendapatkanya melalui tender terbuka.

8. Malah dia mencabar saya membuktikan bahawa dua syarikat dapat kawasan balak bukan melalui proses tender terbuka. Jawapan saya mudah kalau ia tender terbuka mana iklan tendernya ? dan saya mahu sebut dengan jelas dalam tangan saya ada dokumen Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang membuktikan tidak ada proses tender terbuka dijalankan sebelum dua syarikat itu mendapat kawasan membalak tersebut.

 9. Ramai pimpinan parti bersetuju dengan apa yang saya lakukan namun saya diperingatkan betapa ada usaha yang bersungguh mahu saya dipecat dari parti. Saya pernah ditunjukkan pintu keluar dihina dan dipijak dalam parti sendiri, saya difitnah meninggalkan parti namun realitinya saya masih disini, saya sayangkan parti ini kerana inilah rumah perjuangan saya.

 Saya ulang isu korupsi, pembaziran, penyelewengan dan salah atau lemah urus tadbir tidak kira dilakukan oleh regim Barisan Nasional atau pihak mana sekali pun yang mentadbir negara atau negeri harus ditegur dan dibongkarkan.

 Kita melawan bukan sekadar untuk ambil alih kuasa tetapi untuk menjadi lebih baik dari yang sedia ada. Janganlah perlawanan melawan korupsi, penyelewengan, pembaziran dan salah atau lemah urus tadbir itu hanya menjadi selogan, ingat….perjuangan adalah perlaksanaan kata – kata.

10. Kenyataan media saya hari ini untuk menjawab cabaran Azmin.

Sekian

che’GuBard.

Jan 6, 2016

ISU PBT : PAS KECAM POLITIK JIJIK KOTOR AMANAH



Firman Allah s.w.t. dalam surah al Anfal ayat 27 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

Tuntutan tidak munasabah dan melangkaui hak yang dibuat oleh PAN kepada Kerajaan Selangor berkaitan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Tuntutan PAN ini menggambarkan sikap dan rupa mainan politik kotor mereka yang langsung tiada kena mengena dengan Kerajaan Negeri Selangor yang dibina atas persepakatan dan kemenangan dengan paduan 3 kompenan parti iaitu PAS, PKR dan DAP pada PRU13 yang lalu.

PAN daripada awal penubuhannya telah memperlihatkan cara politik tidak berakhlak dan tiada maruah diri dengan melarikan beberapa kerusi PAS Dun dan Parlimen di Selangor dengan melalui jalan pintas. Terbaru mereka juga ingin melakukan tindakan yang sama dalam mendapatkan kedudukan dalam Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan.

PAN sebenarnya tidak memiliki apa-apa hak dalam Kerajaan Selangor walaupun mereka bersahabat dengan PKR dan DAP. Mereka tidak patut dengan sewenang-wenang ingin memposisikan orang mereka dalam kerajaan apatah lagi ingin mengambil kerusi Ahli Majlis daripada PAS Selangor.

Berdasarkan kepada senario terkini hal Ahli Majlis PBT, dengan ini kami daripada ketiga-tiga Dewan iaitu Ulamak, Pemuda dan Musimat PAS Selangor ingin menegaskan:

1. Kami bersama dengan pendirian yang telah dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor YB Datuk Iskandar Abdul Samad bahawa PAS Selangor sama sekali tidak akan melepaskan kerusi Ahli Majlis PAS kepada PAN.

2. Kami juga tetap mempertahankan kerusi Ahli Majlis PBT PAS yang sebelum ini dan begitu juga lantikan-lantikan politik PAS yang lain dalam kerajaan negeri.

3. Kami juga merujuk kepada keputusan Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor bahawa PAS akan mempertimbangkan kedudukannya dalam Kerajaan Negeri Selangor sekiranya hak PAS diketepikan dan PAN dengan mudah boleh berada dalam kerajaan negeri.

4. PAN adalah parti daripada pengkhianatan kepada perjuangan Islam yang tiada jaminan bahawa ia tidak akan melakukan perkara yang sama terhadap pihak lain.

BerIstiqamahlah Sehingga Kemenangan


USTAZ RIZUAN RAHMAT

Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor


USTAZ SYARHAN HUMAIZI HALIM

Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor


USTAZAH WAN HASRINA WAN HASSAN

Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor

MAJLIS SYURA UMUM SECARA RASMI TAHALUF SIYASI PAS-UMNO



Majlis Syura Ulamak Pas memutuskan bahawa badan itu telah bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana  pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan demi untuk memperkukuhkan Islam dan perjuangannya.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan Nas al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Namun katanya, ‎Majlis Syura Ulamak Pas juga memutuskan bahawa Pas tidak akan menyertai BN.

"Salah satu daripada dasar Islam yang dipegang oleh Pas ialah bekerjasama dan tolong -menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan. Hal ini berasaskan kepada firman ALLAH SWT di dalam Al-Qur‎an.

"Sementara itu hadis Nabi riwayat Imam Bukhari juga ada menyatakan bahawa ‎"Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi. Lalu ditanya kepada Baginda, Ya Rasulullah S.A.W  kami tahu untuk menolong orang yang dizalimi tapi bagaimana pula kami akan menolong orang yang zalim, Baginda menjawab , elak dan cegah mereka dari melakukan kezaliman itulah erti menolong mereka.

"Berdasarkan kepada nas-nas tersebut, keputusan ini dibuat," katanya menerusi satu kenyataan medianya hari ini.
Powered by Blogger.