Jan 6, 2016

MAJLIS SYURA UMUM SECARA RASMI TAHALUF SIYASI PAS-UMNO







Majlis Syura Ulamak Pas memutuskan bahawa badan itu telah bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana  pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan demi untuk memperkukuhkan Islam dan perjuangannya.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan Nas al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Namun katanya, ‎Majlis Syura Ulamak Pas juga memutuskan bahawa Pas tidak akan menyertai BN.

"Salah satu daripada dasar Islam yang dipegang oleh Pas ialah bekerjasama dan tolong -menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan. Hal ini berasaskan kepada firman ALLAH SWT di dalam Al-Qur‎an.

"Sementara itu hadis Nabi riwayat Imam Bukhari juga ada menyatakan bahawa ‎"Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi. Lalu ditanya kepada Baginda, Ya Rasulullah S.A.W  kami tahu untuk menolong orang yang dizalimi tapi bagaimana pula kami akan menolong orang yang zalim, Baginda menjawab , elak dan cegah mereka dari melakukan kezaliman itulah erti menolong mereka.

"Berdasarkan kepada nas-nas tersebut, keputusan ini dibuat," katanya menerusi satu kenyataan medianya hari ini.

1 comments:

Anonymous said...

Depa tunggu surat jemputan rasmi kot ?
Malu malu kucing tu !

Powered by Blogger.