Jan 7, 2016

LEBIH 70% SETUJU DAP RASIS, ANTI ISLAM MELAYU - KAJIAN IDE






Kajian Institut Darul Ehsan (IDE), sebuah badan yang bernaung di bawah kerajaan negeri Selangor mendapati kemarahan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu terhadap DAP adalah tinggi di negeri itu, dan sentimen sama juga dipercayai berlaku di seluruh negara.

"Kemarahan dan kebencian ini kami kesan di kalangan Melayu luar bandar terutamanya, termasuk di kalangan ahli dan penyokong PAS.

"Hanya di kawasan yang dimenangi DAP saja menunjukkan peratusan kecil kemarahan itu," kata Timbalan Pengerusi IDE Profesor Datuk Dr Redzuan Othman kepada The Malaysian Insider.

Redzuan yang kini naib canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) berkata demikian berdasarkan kajian dijalankan IDE pada 13 - 15 November, 2015 lalu.

Dalam kajian melibatkan 1,716 responden di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di Selangor itu, IDE mendapati sentimen anti DAP sangat tinggi di kalangan Melayu, khasnya luar bandar.

Bagi soalan "DAP adalah parti perkauman yang hanya memperjuangkan kepentingan orang Cina", 72% responden Melayu mengatakan "Ya", 12% berkata "Tidak" dan 16%  lagi "Tidak pasti".

Bagi soalan "DAP adalah parti yang anti Melayu dan anti Islam", 64% pengundi Melayu di Selangor berkata "Ya", 18% berkata "Tidak" dan 19% lagi "Tidak pasti".

0 comments:

Powered by Blogger.