May 16, 2013

PANAS ISU AIR ASIA - SHAHRIZAT 'BALUN' RAFIDAH AZIZ.




BERIKUT MERUPAKAN KENYATAAN MEDIA KETUA WANITA UMNO MALAYSIA DATUK SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL TERHADAP TAN SRI RAFIDAH AZIZ.


Saya mewakili Pergerakan Wanita UMNO Malaysia ingin melontarkan pertanyaan kepada Tan Sri Rafidah Aziz selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Airasia X di atas kenyataan oleh Ketua Pengarah Eksekutif beliau dari Airasia X, Azran Osman-Rani terhadap Utusan Malaysia dan tindakan menarik balik iklan di dalam akhbar tersebut.

Saya yakin Tan Sri Rafidah Aziz yang telah menerajui kepimpinan Wanita UMNO selama 22 tahun dan berusia 66 tahun semasa meninggalkan pucuk pimpinan Wanita UMNO Malaysia, cukup matang untuk menjelaskan isu ini berdasarkan perjuangan Wanita Melayu yang turut didukung oleh beliau semasa memimpin Wanita UMNO.

Malah, saya harap beliau memahami perjuangan Utusan Malaysia sebagai satu-satunya lidah rasmi orang Melayu.

Beliau seharusnya tampil kehadapan untuk memberikan pandangan, pendirian dan pendapat beliau untuk menyelesaikan isu ini, bukan terus berdiam diri walaupun beberapa desakan telah dikemukakan oleh badan-badan NGO Melayu dan beberapa pihak yang lain.

Wanita UMNO amat kecewa dan meminta Tan Sri Rafidah sebagai Pengerusi yang bertanggungjawab untuk Airasia X memberikan penjelasan secepat mungkin kerana terlalu ramai orang Melayu berasa amat tersinggung dengan pandangan yang tidak bertanggungjawab oleh Azran Osman-Rani


May 7, 2013

PAPAGOMO DITAHAN PIHAK POLIS.




Penulis blog kontroversi pro-Umno Papagomo hari ini ditahan polis.

Laporan menyebut ianya telah disahkan pihak PDRM menerusi laman twitter anggota keselamatan tersebut.
Blogger Pro Kerajaan itu ditahan bersama seorang lagi individu yang dikenali sebagai "King Jason".

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak polis melalui pesanan Twitter hari ini. Sebab penahannya setakt ini belum diketahui.

Bagaimanapun, sebelum ini dilaporkan terdapat laporan polis dibuat terhadapnya dan seorang pembaca Shahrizad Mohd Diah atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berhubung isu Melayu dan Cina.

Free Malaysia Today melaporkan, laporan itu dibuat oleh Jamilah Baharuddin di balai polis Simpang Tiga dan kemudiannya di Sungai Maong di Kuching.

May 5, 2013

59% KELUAR MENGUNDI HINGGA TENGAHARI TADI.



Hampir 59 peratus pengundi telah keluar mengundi sehingga jam 1 tengah hari tadi untuk menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, peratusan ini akan meningkat sehingga jam 3 petang ini.

Bagaimanapun, beliau berkata sebarang provokasi mengenai pengundi hantu tidak akan menjejaskan proses pengundian yang berjalan di seluruh negara.

"Kita belum dapat jangka statistiknya, tapi kita jangka sehingga pukul 1 tengah hari ini sebanyak 50 peratus pengundi yang keluar mengundi.

"Bagaimanapun yang timbul kata ada pengundi hantu itu, bagaimana mereka tahu itu pengundi hantu, walaupun muka mereka seperti 'bangla' tapi jika mereka warganegara ada kad pengenalan biru, itu hak mereka nak mengundi," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Dalam pada itu, Wan Ahmad turut menasihatkan supaya penyokong setiap parti tidak menimbulkan kekacauan yang boleh merosakkan perjalanan undi di seluruh negara.

Sementara itu, peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari ini berbeza mengikut negeri dengan Selangor mencatat 58.96 peratus atau 1.2 juta daripada 2.03 juta pengundi di negeri itu,

Di Negeri Sembilan setakat 1 tengah hari mencatat 58.35 peratus daripada 555,982 pengundi manakala di Melaka setakat 12 tengah hari mencatat 40 peratus daripada keseluruhan 424,519 pengundi berdaftar.

Di Perak, SPR negeri melaporkan sebanyak 30 peratus daripada 1.36 juta pengundi telah keluar mengundi setakat pukul 11 pagi.

Di Pahang, seramai 29.44 peratus atau 216,681 pengundi daripada sejumlah 736,111 pengundi juga telah mengundi sehingga 11 pagi.

Kelantan pula mencatat 13.19 peratus daripada sejumlah 918,573 pengundi sehingga 11.30 pagi.

Sementara itu, pusat pengundian di kawasan terpencil di Sabah iaitu di Kampung Mangkasulap, Beluran dan beberapa tempat di Penampang dan Kudat ditutup pada pukul 11 pagi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, kia-kira 58.99 peratus daripada 7.6 juta pengundi di seluruh negara telah mengundi pada pilihan raya umum ke-13 setakat tengah hari ini.

Beliau memberitahu sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini hari ini proses pengundian di seluruh negara berjalan lancar dan berharap masih ramai pengundi yang akan keluar melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebelum pusat
pengundian ditutup pada pukul 5 petang.

"Seramai 12,885,434 pengundi (pengundi biasa) akan mengundi pada hari ini di 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi. Sehingga jam 12 tengah hari, seramai 7,600,499 (58.99 peratus) pengundi biasa telah keluar mengundi.

"Setelah dicampur dengan jumlah pengundi awal dan pengundi pos, jumlah keseluruhan keluar mengundi ialah 7,916,703 (59.67 peratus)," katanya.

Abdul Aziz berkata sepanjang tempoh itu, tiada sebarang laporan insiden tidak diingini yang mengganggu proses pengundian di seluruh negara.

May 3, 2013

KECOH - SAMSENG PKR SERANG MUSTAFA ALI DI CERAMAH KOTA DAMANSARA.



Dakwaan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pembongkaran video seks beliau bakal menambah sokongan pengundi terhadap Pakatan nyata meleset sekali. 

Malah bukan isu tersebut yang dipertikaikan para penyokongnya. Akan tetapi, kesilapan beliau selaku Setiausaha Agung parti berkenaan memperjelaskan beberapa isu dikecam.





Menerusi sumber gambar dari blog Mazidul Akmal Sidek, Mustafa Ali terpaksa menamatkan ceramahnya di Seksyen 7, Kota Damansara, selepas 15 minit berucap setelah para penyokong PAS dan Pakatan bertindak berang  kerana enggan menjawab isu pertindihan kerusi antara PAS dan PKR di DUN Kota Damansara.

Keadaan menjadi tidak terkawal apabila penyokong tersebut berang selepas Mustafa segera menamatkan ucapannya dan beredar dari lokasi ceramah.




Sebahagian daripada anggota keselamatan terdiri daripada penyokong PKR yang cuba mengeluarkan penyokong yang hadir dari kawasan tapak ceramah.

Tindakan itu menyebabkan penyokong berkenaan berkumpul di kawasan jalan raya bagi meneruskan bantahan termasuk mahu calon PAS, Ridzuan Ismail bertanding di kerusi Kota Damansara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini mewakili Pakatan Rakyat Subang.




Namun tindakan pantas polis berjaya meleraikan keadaan dari menjadi bertambah tegang dengan mengarahkan kedua-dua penyokong bersurai kira-kira jam 11.30 malam.

Tiada sebarang tangkapan dilakukan oleh pihak polis berikutan insiden tersebut dan keadaan di kawasan itu kembali terkawal.

Artikel berkaitan (KLIK tajuk di bawah untuk paparan) :-

PROTES KOMUNIS - PAS KOTA DAMANSARA AKUI LANCAR KEMPEN TOLAK CALON PKR.


May 2, 2013

DAKWAT TIDAK KEKAL - MEJAR AZMEE BUANG DEDAH PENIPUAN NURUL IZZAH.

 


 “Tidak sangka keikhlasan saya untuk menunjukkan jari yang sudah dicalit dengan dakwat kekal itu kepada Nurul Izzah dimanipulasikan oleh pihak pembangkang,” jelas Mejar Azmee Buang, 41.

Beliau adalah pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang gambar jarinya dicalit dakwat kekal cuba dibersihkan oleh calon PKR Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, tetapi tersebar luas di internet.

Katanya, ketika keretanya berhenti dalam kesesakan lalu lintas berdekatan Taman Koperasi Polis, sekumpulan penyokong pembangkang yang mana Nurul Izzah ada berdekatan, meminta untuk melihat jarinya yang sudah dicalit dakwat kekal.

Beliau mendakwa Nurul Izzah yang tiba kemudian cuba mencuci dakwat itu termasuk dengan sejenis cecair yang dibawanya dan pada masa sama gambar itu diambil pihak tertentu, lapor Berita Harian.

“Gambar itu memang saya, tapi ketika itu saya sedang berbual dan beliau (Nurul Izzah) ada meminta untuk melihat dakwat itu dan cuba untuk mencucinya tapi tidak boleh.

“Saya tidak sangka gambar beliau sedang mencuci itu tersebar di internet dengan dakwaan ia boleh ditanggalkan,” katanya ketika ditemui BH di pekarangan Kementerian Pertahanan, di sini, semalam.

Justeru, Azmee yang juga Pegawai Penyelaras Pilihan Raya Kem Sungai Besi itu, menafikan dakwaan beliau bersubahat dalam isu itu.

“Saya tidak ada berjumpa sesiapa pun termasuk pemimpin pembangkang untuk mengadu mengenai warna dakwat itu hilang seperti yang digembar-gemburkan di internet kerana kesannya masih ada di jari.

“Saya tidak menyangka tindakan spontan (menunjukkan jari pada Nurul Izzah) itu akhirnya mengundang padah dan jika pihak pembangkang masih memanipulasi dan mengaitkan saya dalam hal ini, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya yang tampil bersama enam anggota ATM menyangkal dakwaan pembangkang itu.

Staf Sarjan Rafei Abdul Rahman yang turut hadir berkata walaupun sudah seharian dakwat itu dicalit di jarinya, kesannya masih boleh dilihat.

CONFIRM - BLOGGER MILO SUAM DITAHAN POLIS.




Peguam PKR,  R Sivarasa mengesahkan makluman mengenai penahanan blogger Milo Suam malam tadi dan ketika ini pihaknya sedang berusaha mendapatkan maklumat daripada pihak polis sebelum dapat mengambil tindakan selanjutnya.

“Barisan peguam sedang cuba mendapatkan respons dari pihak polis pagi ini sebelum bincang langkah seterusnya yang perlu diambil.

“Saya akan maklumkan perkembangan mengenai perkara ini sejam lagi,” jawab beliau ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Sementara itu, satu kenyataan ringkas oleh Biro Komunikasi PKR lewat malam tadi memaklumkan penahanan Milo Suam atau nama sebenarnya Yusuf Al Siddique Suratman, 29, oleh pihak polis dan dibawa ke Bukit Aman.

Menurut kenyataan media itu juga, pihak polis juga berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square, Petaling Jaya.

Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali blog Milo Suam yang sebelum ini menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya.

Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Powered by Blogger.