PRU13 - DAIM KEMBALI LANTANG BERSUARA..!!



Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional (BN) akan menang dengan majoriti yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Katanya, walaupun BN mungkin kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, Sabah dan Sarawak namun keputusan keseluruhan akan lebih baik berbanding tahun 2008 kerana BN juga dijangka akan memenangi balik banyak kerusi di Selangor, Kedan dan Kelantan.

Beliau berkata demikian dalam temuramah bersama akhbar China Press yang disiarkan hari ini.

Kata beliau, BN memiliki peluang yang cerah untuk menawan kembali Selangor dan Kedah tetapi masih tidak mampu untuk mendapatkan kembali Pulau Pinang dan Kelantan.
“Penduduk Kedah dilihat bersedia mahu membantu Mukhriz Tun Mahathir untuk menjadi Menteri Besar negeri itu,” katanya.

Selangor pula katanya berpeluang jatuh kembali ke tangan BN andai perikatan berkenaan dapat menyediakan calon menteri besar yang sesuai dan diterima ramai.

Perak pulak jelas beliau, wujud peluang sama rata atau 50-50 kepada BN dan Pakatan Rakyat bagi menguasainya.

Menurut Daim, permasalahan terbesar dengan pembangkang di negara ini ialah mereka tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto tahun 2008.

Katanya, disebabkan itu pembangkang dilihat kurang kredibiliti dan tidak dipercayai rakyat.

Beliau juga menafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai terlepas peluang keemasan untuk membubarkan Parlimen seperti yang dijaja beberapa pemimpin DAP.

Katanya, pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dan bukan dalam tempoh tertentu sahaja.

Dalam temuramah berkenaan, beliau juga menasihati pengundi Cina agar berfikir secara mendalam dan berhati-hati sebelum mengundi.

“Apa yang anda dapat dengan cuba menghukum BN,” soalnya.

Beliau juga yakin pengundi kali ini akan mengundi berdasarkan tiga faktor utama iaitu menolak penyelewengan, ekonomi dan masa hadapan.

Mengulas mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu beliau berkata, ia merupakan sesuatu yang menyebelahi BN walaupun ia tidak dirancang oleh pihak itu.

Pandangan Daim mengenai keputusan pilihan raya umum adalah sesuatu yang ditunggu terutama apabila meramal dengan tepat keputusan PRU ke 12 (2008) yang menyaksikan BN kehilangan beberapa negeri yang dilihat kubu kuat kerajaan ketika itu.

10 comments:

MB KEDAH BALUN PIMPINAN KHALID GAGAP "JANJI DICAPATI.."



"Apa yang hendak kita terkejut dengan tuduhan puak2 UMNO. Tok sah dilayan. Sebab kita tau kerja mereka menipu saja."

Sedap Anwar berucap di merata Negeri memberi 'amanat' terhadap penyokong2 beliau.

Komen Ustaz Azizan terhadap kepimpinan negatif Khalid Gagap di Selangor ini mungkin menjadi penentu masa depan beliau selaku MB Kedah menjelang PRU13.

Ulasan Ustaz Azizan ini dalam erti kata lain menyifatkan Kerajaan PR Selangor mengamalkan JANJI DICAPATI dalam menguasai Negeri tersebut.

Ustaz Azizan Abdul Razak mengkritik kesilapan Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang terlalu banyak berjanji semasa kempen Pilihan Raya 2008 sehingga tidak mampu ditunaikan.

Selangor seperti juga Kedah buat pertama kali dimenangi oleh gabungan longgar PAS, PKR dan DAP daripada Barisan Nasional (BN) yang memerintah kedua-dua negeri tersebut semenjak pilihan raya pertama berlangsung di negara ini.

“Mereka janji banyak sangat. Lepas tu tak larat nak bayar,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider minggu lalu.





Terbaru pada 28 Mac lalu seramai 1,010 suri rumah memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor menuntut tunggakan sejumlah RM5.858 juta kerana gagal memberikan bantuan elaun kepada suri rumah yang menjaga anak mereka di rumah seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Saman difailkan Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi pihak suri rumah di Selangor yang diketuai seorang suri rumah, Norela Abu Bakar, 41.

Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku ketua eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

Dalam saman itu, mereka mendakwa defendan pertama berjanji kepada rakyat Selangor termasuk plaintif-plaintif untuk memberi elaun kepada suri rumah sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008.





Ketika ditanya apakah janji yang akan diberikan kepada pengundi negeri sekiranya PR berjaya memerintah semula Kedah selepas Pilihan Raya 2013, Azizan berkata: “Tiada janji, kita tambah penambahbaikan sajalah.”

Pilihan raya umum (PRU) ke 13 dijangka akan diadakan tidak lama lagi, bila-bila masa dari sekarang, dengan DUN Negeri Sembilan sudah terbubar secara automatik Rabu lepas.

Dalam Pilihan Raya 2008, gabungan PKR, PAS dan DAP berjaya menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN di parlimen dan menang di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

3 comments:

RAHSIA BOCOR - PARLIMEN BUBAR 15 APRIL INI?



Parlimen Malaysia dijangka hanya akan dibubarkan selepas minggu kedua bulan April apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan membuat umrah minggu hadapan.

Sumber The Star melaporkan Najib dijangka berlepas ke Arab Saudi pada 13 April selepas mempegerusikan mesyuarat Kabinet dan mengambil bahagian dalam program berbasikal di Putrajaya.

Beliau dijangka akan pulang dua hari kemudian.

Spekulasi mengatakan Perdana Menteri akan melanjutkan tempoh penuh lima tahun parlimen yang akan tamat pada 29 April sebelum memanggil pilihan raya.

DUN Negeri Sembilan merupakan dewan negeri yang pertama terbubar secara automatik pada Khamis dan akan disusuli Pulau Pinang pada 2 Mei, Kedah dan Terengganu pada 6 Mei.

Sepanjang dua hari lalu Najib telah menemui pengerusi BN seluruh negara di Putrajaya dipercayai bagi memuktamadkan senarai calon BN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

0 comments:

PRU13 - MAHATHIR KASI LAST WARNING BUAT BN.




Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata,Barisan Nasional (BN) akan mencapai keputusan baik pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), walaupun ia dilihat tidak kuat seperti yang diharapkan.

BN kini cuba pulih daripada 'tsunami' pilihan raya umum 2008 katanya sambil menambah, bukan mudah untuk kembali setelah mengalami kekalahan banyak kerusi dan negeri pada pilihan raya umum lalu.

"Buat kali pertama, BN tidak sekuat sebagaimana sepatutnya. BN akan mencapai keputusan baik (dalam pilihan raya umum ke-13) namun persoalannya berapa banyakkah kerusi yang akan dimenangi mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Al-Bukhary di sini hari ini.

Katanya PRU 13 merupakan pilihan raya yang penting kerana pihak pembangkang telah melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kerajaan.

"Pembangkang telah bersatu supaya mereka boleh mencabar BN ... tetapi mereka bersatu bukan sebagai gabungan tetapi, hanya 'pakatan'. Mereka juga tidak mempunyai satu pun simbol atau mempunyai agenda khusus. saya rasa rakyat akan dapat membuat pilihan yang baik," katanya.

Terdahulu dalam ucapanya, Dr Mahathir berkata, rakyat perlu menilai kembali nikmat yang mereka kecapi ketika ini dan tidak terlalu termakan hasutan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, pada PRU13.

Katanya, tidak sepatutnya berlaku rakyat mahu menukar kerajaan pada ketika mereka menerima pelbagai faedah tetapi mengungkit apa yang mereka tidak peroleh.

"Kita suka cari kesalahan di sana sini. Ada orang tak hargai segala yang diterima. Ungkit konon negara tak bebas, kerajaan zalim...tekan rakyat, tak beri kebebasan, sedangkan kita terima macam-macam.

"Bukan ada sebab pun nak tukar kerajaan, nak tukar hanya atas sebab kebencian. Kena fikir baik-baik, utamakan orang yang berbakti, bukan kepada orang yang langsung tak boleh diterima. Kalau dia boleh jadi pemimpin buat apa tukar,"

Merujuk Kedah sekarang yang tidak mempunyai pemerintahan yang cekap, beliau berkata banyak pembangunan yang dinikmati Kedah adalah daripada kerajaan pusat dan orang yang mendapat kekayaan adalah kerana dasar kerajaan pusat.
    
"Kena tentukan siapa boleh siapa tak boleh (jadi kerajaan). Nak ada kerajaan yang berwibawa. Kalau tak, kita jadi mangsa. Janganlah mengundi kerana marah," katanya.

0 comments:

PEMIMPIN DAP BALUN NGEH KOO HAM HINA KAUM INDIA.



Perbuatan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang menggambarkan undi masyarakat India mampu dibeli dengan hanya sogokan wang serta arak terus mendapat kecaman daripada ahli parti itu sendiri.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Negeri Sembilan, David Dass Aseerpatham berkata, masyarakat India terutama ahli DAP menganggap kata-kata Koo Ham itu satu penghinaan yang besar terhadap mereka.

Menurut David Dass, sikap berdiam diri Koo Ham berhubung kenyataan penghinaan itu boleh dianggap sebagai pengakuan beliau memandang rendah kaum India.

"Kami tidak boleh lupa kata-kata Ngeh Koo Ham itu dan kaum India termasuk ahli-ahli DAP sendiri menganggap ia sebagai satu penghinaan yang besar terhadap kami," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi DAP Cawangan Taman Desa Dahlia, Richard Francis dan Setiausaha cawangan berkenaan, S. Karthiyaini.

Koo Ham melalui laman Twitternya baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berbunyi: For too long Beruas Indians hv been cheated for their votes by BN's sarees, Milo, mutton curry & beers (Sejak sekian lama, undi masyarakat India di Beruas telah ditipu dengan pakaian sari BN, Milo, kari kambing dan bir).

David Dass turut membidas pemimpin tertinggi DAP terutama daripada kaum India yang mengambil sikap berdiam diri terhadap kelakuan Koo Ham itu.

Dahulu mereka begitu lantang dalam isu novel Interlok sehingga membawa isu itu ke persidangan Parlimen sedangkan hanya ada satu perkataan dalam novel itu yang dianggap menghina kaum India.

Sebaliknya, dalam isu Koo Ham ini, ia jauh lebih menghina kaum India tetapi pemimpin DAP diam membisu seribu bahasa," jelas beliau.

Sehubungan itu, David Dass mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang supaya jangan bersikap memilih bulu dengan bertindak terhadap Koo Ham.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bangkit dan sedar mengenai kelakuan orang yang dianggap sebagai pemimpin mereka.

Tanya pada diri sendiri, adakah calon seperti ini yang hendak kita pilih untuk mewakili kita?" soalnya.


3 comments:

PKR GILA MEROYAN BAKAL SAMAN PAPAGOMO LAGI.





Naib Presiden PKR yang juga peguam, N Surendran hari ini tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang sekali lagi kepada pengendali blog Papagomo berhubung dakwaan terbaru menerusi laman blognya.

Surendran berkata jika dakwaan terbaru Papagomo itu palsu beliau akan menasihati anak guamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang sekali lagi.

"Kita akan kaji. Kalau ada kenyataan yang jelas dan palsu, saya akan ambil arahan dari anak guam saya dan kita akan kaji dan tengok," katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan terbaru Papagomo mengenai 13 agenda besar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya.

Dalam entri terbaru, Papagomo menyenaraikan 13 agenda yang akan digunakan Anwar yang juga Ketua Pembangkang, sebagai 'modal' bagi meraih undi dan simpati rakyat.

Antara agenda tersebut adalah Anwar akan merancang pelbagai 'bencana' termasuk kononnya cubaan untuk menembak beliau, setiap ahli PAS akan diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dan Anwar juga dikatakan akan menunjukkan jam tangan Omega tiruan pada saat-saat akhir sebelum mengundi.

Minggu lalu Anwar memfail saman RM100 juta terhadap Papagomo atas dakwaan menyiarkan perkataan fitnah dan meletakkan imej yang mengaitkannya dalam video seks dengan seorang lelaki yang mirip wajahnya dengan pasangan homoseksnya.

Papagomo meminta Anwar menarik balik saman tersebut jika tidak mahu rakaman video berwarna dengan audio yang jelas membabitkan Ahli Parliman Permatang Pauh itu didedahkan kepada umum.

Namun sehingga hari ini, tiada tanda-tanda Anwar akan berbuat demikian.

Papagomo sehingga kini telah mengeluarkan dua bahagian video seorang lelaki juga mirip Anwar sedang bercakap dengan seorang mahasiswa yang dikatakan dari Sabah dalam sebuah bilik di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

12 comments:

TONY PUA 'HUTANG' RM200 RIBU DGN. SYABAS.




Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua membayar ganti rugi RM200,000 kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) berhubung kenyataan memfitnah.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Zaharah Ibrahim membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Pua.

Bagaimanapun, tiada alasan penghakiman diberikan.

Panel itu turut mengarahkan SYABAS membayar RM50,000 kepada Pua sebagai kos perundangan bagi prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

SYABAS memfailkan saman itu pada 28 Jan 2011 selepas mendakwa Pua mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap syarikat berkenaan melalui artikel bertajuk 'Tony Pua: Selangor government must have water rights to prevent rate hike' yang disiar edisi Metro akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 16 Nov 2010.

Pada 6 Jun tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan setiausaha publisiti kebangsaan DAP itu membayar ganti rugi kepada SYABAS selepas Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menolak pembelaan perlindungan bersyarat yang dikemuka Pua.

Beliau turut membenarkan permohonan SYABAS bagi satu perintah injunksi untuk menghalang Pua dan/atau ejennya daripada terus menerbitkan perkataan berunsur fitnah terhadap syarikat itu.

4 comments:

BUBAR DUN - SANDIWARA KHALID GAGAP TAK MENJADI.




Siapa saja yang mengikuti sandiwara kisah nak bubar Dewan Undangan Negeri Selangor dimana Tan  Sri Khalid Ibrahim menjadi pelakon utama pasti akan 'naik bengong' dengan telatah Menteri Besar ini.

Ini kerana sandiwara yang bermula dengan penuh suspence berakhir dengan anti-climaks.

Nampaknya Khalid kena potong gaji orang yang menulis skrip sandiwara ini dan jika beliau yang menulisnya sendiri elok sangat hantuk saja kepalanya ke tembok.

Malu...memang memalukan.Cuba baca betul-betul kenyataan yang dibuatnya dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya petang Selasa.

'Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil keputusan untuk membubarkan  Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor pada 22 April ini jika Parlimen masih belum dibubarkan sebelum tarikh itu.' -itulah kesimpulan kata-katanya.

Kalau dari sudut kewartawanan ini masuk kategori 'no story'.

Apa tidaknya bukankah DUN Selangor akan tamat tempoh pada 21 April.

Makanya kalau kerajaan negeri istihar bubar ke tak bubar ia akan terbubar dengan sendirinya pada 22 April.

Jadi  dimana acah dan gempaknya sebelum ini termasuk sampai sudah memberitahu Sultan Selangor mengenai hajatnya hendak bubar DUN baru-baru ini.

Khalid Oh Khalid,...sebelumnya pada tahun lalu gempak kata jika Parlimen dibubar bulan Julai Selangor tidak akan ikut bubar.

Bila Perdana Menteri tidak umum bubar tahun lalu,beliau sudah tukar cerita pula acah kalau tidak bubar sebelum Chap Goh Meh pada 28 Februari,kerajaan negeri nak buat keputusan bubar awal.

Sandiwaranya berterusan hingga Ahad lalu kononnya Exco Kerajaan Negeri nak adakan mesyuarat mesyuarat pagi Isnin memutuskanya.

Wartawan tunggu punya tunggu tidak jadi juga.

Kemudian timbul pula kata hari Selasa hendak buat keputusan. Hasilnya ...pi mai..pi mai..tang tu.

Andaiannya ialah dalam usaha nak tutup malu Khalid pun cakaplah keputusan nak bubar pada 22 April diambil berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat masih teragak-agak untuk membubarkan Parlimen.

Kalau nak guna bahasa kasar..dimana letaknya otak Khalid.

Dari segi prinsipnya apa hak Khalid nak desak-desak kerajaan pusat bubar Parlimen.

Ini kerana mandat kerajaan pusat ada sampai 28 April.

Bukankah sudah termaktub dalam perlembagaan negara ia menjadi hak mutlak atau perogratif Perdana Menteri menetapkan bila tarikh hendak bubar parlimen asalnya ia tidak melepasi tarikh tamat tempoh.

Kalau Khalid sendiri Perdana Menteri itu juga kuasa yang ada padanya.

Dan dipercayai untuk menutup malu lagi,kini Khalid sudha buka cerita nak ajak negeri-negeri pakatan pembangkang lain, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah ikut sama bubar pada 22 April.
Ini katanya bagi mewujudkan tekanan agar kerajaan pusat bubar Parlimen,

DUN Kelantan tamat tempoh pada 28 April manakala DUN Pulau Pinang 2 Mei dan Kedah pada 5 Mei.

Sekalipun Kelantan,Pulau Pinang dan Kedah terima cadangan Khalid ia cuma beza enam hari sahaja dengan tarikh tamat tempoh Parlimen yang mana mahu ke tak mahu Perdana Menteri kena bubar.
Jadi apa istimewanya tarikh 22 April ini selain cuma taktik nak buah riuh saja.

Lebih memalukan, beberapa jam sebelum itu  Penasihat DAP Lim Kit Siang ada membuat kenyataan di Gelang Patah mengenai isu bubar DUN.

Beliau mencadangkan supaya semua DUN di negeri-negeri di bawah kerajaan pakatan pembangkangyat dibubar serentak dengan pembubaran Parlimen untuk kemudahan pengundi.

Katanya selepas merasmikan pusat operasi DAP Gelang Patah pembubaran serentak adalah untuk tidak menimbulkan kesulitan kepada para pengundi, kerana pilihan raya dapat dijalankan serentak.

Kit Siang kata, beliau akan menyampaikan pandangannya mengenai perkara tersebut pada mesyuarat bersama pemimpin pakatan nanti.

Di sini sudah nampak percanggahan pendirian kelangan pemimpin pakatan pembangkang dalam isu pembubar DUN.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat sudah berulangkali menyatakan bahawa negerinya akan bubar DUN serentak dengan kerajaan pusat.- Agendadaily

3 comments:

KHALID GAGAP MENGADAP SULTAN - DUN SELANGOR BUBAR MINGGU INI?




Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exco Selangor dikatakan akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapatkan perkenan baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Abdul Khalid juga dikatakan akan mengadakan mesyuarat Exco yang terakhir hari ini untuk membincangkan mengenai ‘caretaker government’, penyerahan tugas dan perkara berkaitan pembubaran tidak lama lagi.

Lebih mengukuhkan lagi apabila beliau dikatakan memilih hari Isnin untuk mengadakan MMKN berbanding kebiasaannya pada Rabu setiap minggu.

Sumber dalaman tidak menolak kemungkinan mesyuarat Exco diubah ke Isnin iaitu hari ini kerana Abdul Khalid akan mengadakan perbincangan dengan barisan Exconya berhubung pembubaran Dun Selangor pada Rabu.

Menurut sumber lagi, pihak istana mahukan pembubaran diadakan dalam satu majlis rasmi yang sempurna dan teratur sebagai mana mereka menghadap baginda ketika mula mengambil alih Selangor Mac 2008.
Pada 30 Januari lalu, Abdul Khalid mengumumkan kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dun selepas sambutan Cap Goh Meh.
 
Beliau berkata, cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan.

“Kalau selepas Cap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa induktor berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang untuk melakukan perkara ini (bubarkan Dun).

“Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya) dan mereka tidak patut menunggu lama lebih daripada tempoh yang sepatutnya (untuk membubarkan Dun),” katanya sebelum ini.

Bagaimanapun cadangan tersebut dikecam banyak pihak terutamanya Barisan Nasional (BN) kerana sehingga hari ini beliau belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

14 comments:

AGENDA CAUVINISME KIT SIANG TAWAN PARLIMEN JOHOR.




Tindakan Anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah jelas menunjukkan Penasihat DAP itu seorang yang bersikap 'cauvinisme' selain cuba memecahbelahkan perpaduan rakyat di kawasan berkenaan.
  
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Idris Haron berkata pemimpin DAP itu sengaja bertanding di kawasan yang mempunyai majoriti kaum Cina semata-mata untuk memecahbelahkannya kepada dua kumpulan.
  
"Mereka berniat memecah belah bukan sahaja kaum Cina tetapi juga kaum lain, termasuk India dan Melayu, sebab DAP maklum Johor merupakan sebuah negeri yang rakyatnya mempunyai perpaduan antara kaum yang cukup kuat," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) Generasi Kedua Felda di Sungai Sayong hari ini.
  
Majlis disempurnakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Turut hadir Anggota Parlimen Tenggara Datuk Halimah Mohamed Sadique.
 
Mengulas lanjut, Idris yang juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), berkata DAP sememangnya tidak senang dengan perpaduan yang ditunjukkan kaum Cina di bawah MCA, dan kehadiran Lim adalah untuk menggoncang perpaduan itu.
  
"Sekian lama kita hidup aman dan tenteram, namun apabila mereka dapat bersekongkol dengan PKR dan Pas, mereka juga sudah berani menyentuh sensitiviti agama Islam, termasuk membangkitkan isu berhubung penggunaan kalimah Allah," katanya.
  
Sehubungan itu, beliau berkata rakyat, tanpa mengira kaum, harus bijak menilai perkara ini dan menolak kehadiran mereka.
  
"Saya percaya rakyat di Johor bijak untuk menilai yang mana satu kaca dan yang mana permata, dan bersamalah kita bersatu untuk menentang mereka yang cuba merosakkan keharmonian Johor," katanya.

15 comments:

DAP TOLAK DIN PUDU - BAKAL KUASAI JOHOR.




DAP sudah lama mengintai Johor ekoran ekonomi yang stabil dan pembangunannya yang mapan, kata bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim.

Justeru tidak hairanlah DAP mula mempertaruhkan ahli politik veterannya, Lim Kit Siang untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRu13), katanya lagi.

Bagi DAP, Kit Siang mempunyai aura dan pengaruh yang kuat di kalangan masyarakat Cina di bandar.

"Ini bukan sesuatu yang baru. Kalau kita lihat pada perjalanan politik Kit Siang, ini adalah strategi beliau.

"DAP sudah lama sasarkan Johor sejak sekian lama. Mereka rasa Johor sangat penting dari segi pembangunan ekonomi yang stabil dan sebagainya. Kekuatan DAP adalah sokongan dari masyarakat Cina di bandar," katanya kepada Antarapos.

Untuk rekod, Gelang Patah adalah Parlimen ketujuh yang akan diwakili Kit Siang sekiranya menang pada PRU13.

Sebelum ini beliau pernah bertanding di Parlimen Bandar Melaka, Kota Melaka, Petaling Jaya, Tanjong dan yang terakhir adalah Ipoh Timur.

Pada majlis ulang tahun DAP ke-47, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kit Siang akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, sekaligus meranapkan hasrat PKR Johor untuk turut meletakkan calon di kerusi tersebut.

Bagaimanapun, Anwar berkata setakat ini kerusi tersebut masih milik PKR namun Pakatan Rakyat masih terbuka untuk duduk berbicang mengenai perkara itu.

Kit Siang dalam reaksinya berkata beliau bersedia berdepan dengan apa sahaja risiko termasuk tentangan daripada Ketua PKR Johor Chua Jui Meng.

Jui Meng sebelum ini 'bertikam lidah' dengan Ketua DAP negeri Johor Dr Boo Cheng Hau kerana berebutkan kerusi itu.

Terdahulu, Jui Meng mengumumkan beliau akan bertanding di kerusi itu, yang kini disandang oleh Pengerusi Wanita MCA Johor Tan Ah Eng.

Pada PRU12, Tan menewaskan calon PKR, Zaliha Mustafa dengan majoriti 8,851 undi.

PAS kurang penting dalam Pakatan Rakyat

Dalam pada itu, Tunku Aziz turut mengulas dakwaan yang mengatakan PAS 'kurang penting' dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya PAS hanya diperkudakan oleh PKR dan DAP bagi memperolehi undi daripada masyarakat luar bandar yang menjadi kelebihan bagi PAS.

Katanya ia terbukti apabila Anwar belum mengumumkan calon PAS di Johor walaupun Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub sebelum ini pernah membayangkan untuk pulang bertanding ke negeri kelahirannya itu.

"PAS, walaupun mereka tidak mahu mengaku, tapi mereka sebenarnya adalah peranan yang kurang penting di dalam Pakatan.

"PAS sedar kekuatan mereka tidak boleh masuk dalam urban. Tanpa DAP, mereka tidak dapat menjadi satu parti di peringkat nasional. Mereka hanya akan dapat menawan pengundi di Kelantan dan mungkin di Kedah sahaja," katanya.

Salahuddin antara pemimpin Pakatan Rakyat yang paling awal mengumumkan hasratnya untuk bertanding di kawasan Parlimen di Johor antaranya di Batu Pahat, Pulai dan kampung halamannya di Tanjong Piai.

Ura-ura juga mengatakan Salahuddin bakal dicalonkan sebagai Menteri Besar sekiranya Pakatan Rakyat memperolehi majoriti di Johor.

Bagaimanapun sehingga kini masih tiada sebarang pengumuman rasmi yang dibuat oleh PAS Pusat atau pun Pakatan Rakyat berhubung perkara tersebut.

0 comments:

TUN M - PENGUNDI PERMATANG PAUH MULA TOLAK ANWAR.



Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mungkin bertanding di Perak pada pilihan raya umum ke-13 ini menunjukkan keyakinan beliau terhadap pengaruhnya di kawasan Permatang Pauh semakin berkurangan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia negara bebas dan "Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain."

"Maksud saya jika beliau mahu lari daripada Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada persidangan ulung Persekutuan Perusahaan Islam Sedunia yang juga Forum Ekonomi Islam Sedunia di sini hari ini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu baru-baru ini berkata beliau mungkin bertanding di kawasan parlimen Perak pada pilihan raya akan datang, semasa ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh.

13 comments:

REFORMASI..!! VIDEO ANWAR MENGAKU LIWAT DEPAN PAPAGOMO!!?





39 comments:

CHUA SOI LEK LETAK JAWATAN?



Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini enggan menafi atau mengesahkan dakwaan yang beliau akan meletak jawatan jika Datuk Seri Ong Tee Keat dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Dr Chua berkata tindakan berkenaan bagi menghormati segala maklumat perbincangan antara beliau dan Perdana Menteri kerana ia sepatutnya tidak dikongsi dengan pihak lain.

"Saya tidak kata itu tidak benar, saya juga tidak kata ia benar, kerana maklumat komunikasi antara perdana menteri dan saya perlu dihormati.

"Semua perbincangan dengan perdana menteri perlu dianggap sebagai maklumat antara beliau dan saya, dan tidak harus diperkongsi dengan orang ramai," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja ke Sekoleh Jenis Kebangsaan (Cina) Phui Ying di Simpang Pulai di sini hari ini.

Hari ini, sebuah portal berita melaporkan sebuah akhbar berbahasa Cina mendakwa Dr Chua memberitahu mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu semalam bahawa beliau akan meletak jawatan jika BN mengumumkan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai calon parlimen Pandan.

12 comments:

PRU13 - ANWAR VS PAPAGOMO BERTARUH WANG RM100 JUTA.



Isu aksi homoseks yang disiar di blog http://rajagoyang360.blogspot.com sejak pagi Sabtu lalu menjadi makin panas Selasa bila Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menfailkan saman RM100 juta terhadap blogger Papagomo yang didakwanya memuatkan gambar-gambar paslu untuk mengaitkan dirinya dengan skandal itu.

Peguam Anwar N.Surendan yang juga Naib Presiden PKR dalam satu kenyataan menuntut Papagomo menarik balik dakwaan dan meminta maaf dalam  tempoh 24 jam dan membayar gantirugi RM100 juta.

Kata Surendran gambar-gambar di blog berkenaan adalah palsu dan ia satu cubaan musuh-musuh Anwar untuk cemarkan imejnya menjelang pilihanraya umum ke 13.

Anwar yang ditanya wartawan mengenainya selepas satu majlis petang Sabtu lalu,dakwa ia satu fitnah jijik UMNO menjelang pilihanraya.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan pula telah menafikan sebarang kaitan UMNO dalam itu berkenaan.

Papagomo yang terkenal dengan kisah-kisah panas itu menafikan dia yang memuatkan gambar-gambar di blog itu.

"Saya cuma link blog Rajagoyang pada blog saya tapi sendiri tidak kenal siapa orangnya yang kendali blog berkenaan,"katanya kepada wartawan Agendadaily yang merupakan media pertama mendapat dari blogger tersebut.

Katanya dia mendapat tahu mengenai kisah panas di blog itu menerusi rakan-rakan.

"Apapun lawan tetap lawan.Saya memang sudah lama tunggu saman dari Anwar.Lama sangat kata nak saman tapi baru hari ini saman sekalipun saya bukan blogger Rajagoyang,"tegasnya.

Kata Papagomo lagi menurut firasatnya jika gambar itu sudah panas semestinya video penuh lebih gempar."Kita boleh agak-agak begitulah,"katanya.

Dia menambah," saya rasa elok Anwar undur sebelum video penuh itu keluar,"katanya.

Papagomo berpendapat isu utama di sini sepatutnya ialah bukan siapa identiti Rajagoyang tetapi 'betul ke tidak betul lelaki dalam gambar itu Anwar'.

Katanya dakwaan dalam blog Rajagoyang adalah serius kerana ia melibatkan seorang tokoh utama pembangkang yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri.

"Sudah pasti Anwar kena bersihkan namanya menerusi satu bentuk siasatan yang rasmi...mana boleh senang-senang nafi begitu," ujarnya.

Katanya adalah mudah bagi sesiapa saja yang dituduh membuat penafian.

Baginya kebenaran harus dipastikan tentang identiti lelaki dalam gambar-gambar itu agar tidak ada keraguan pada semua pihak.

Serentak dengan itu Papagomo mempersoalkan kenapa Anwar sampai hari ini tidak berani saman Datuk Sharzly Eskay Abdullah yang mendedahkan isu dakwaan video seks dengan China Doll yang disahkan 99.9 peratus tulin oleh pakar luar negara.

Katanya dia hanya link sahaja sebuah blog ke blognya sedangkan Eskay ialah batang tubuh yang secara terbuka mendakwa lelaki dalam video itu adalah Anwar.

Eskay sendiri sudah iystihar beliau sedia disaman oleh Anwar.

Malah Eskay sudah bersumpah di dalam sebuah masjid di Kuala Lumpur semasa kehangatan ius itu untuk menunjukkan beliau cakap benar.

22 comments:

BUNUH VS POLITIK JIJIK PUNCA KEMATIAN P. BALA?




Semua benda yang tidak menyebelahi pembangkang dikatakan salah atau konspirasi UMNO. Sampaikan kematian orang pun hendak dijadikan isu juga oleh puak-puak ini.
 
Apa yang berlaku di Malaysia semua konspirasi UMNO, lepas ini semua yang tidak elok berlaku di Malaysia konspirasi UMNO.

Muhyiddin menasihatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan maklumat seperti itu kerana ia kenyataan politik sahaja untuk tujuan mengelirukan rakyat.
 
Zaman ini banyak kekeliruan yang timbul dan rakyat keliru bukan sebab kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi sebab ia diusahakan bersungguh-sungguh oleh kilang fitnah yang dibuat oleh pembangkang.
 
Pembangkang bekerja 25 jam sehari, tiada kerja lain hanya kitar (fitnah) sahaja, berlaku sahaja sesuatu salah BN, apa sahaja berlaku salah UMNO... sebenarnya ia tidak bertanggungjawab.

Nak buat macam mana Tan Sri. Inilah realiti politik masa kini. Bak kata Anwar 'semakin jijik'. 

Sebenarnya politik itu telus dan jujur.

Sebilangan pemimpin2 politik yang memilih strategi sebaliknya. Dan lebih malang jika amalan politik jijik ini mencapai kejayaan di akhir puncak kerjaya parti.

Mungkin ia jalan pintas merampas mahupun mengekalkan kuasa. Kuasa dunia.

Yang pasti, tanpa taubat nasuha, pemimpin yang memilih strategi politik kotor sudah pasti bakal dicampak ke Neraka. 'Berkuasalah' mereka di sana kelak.

Menuduh itu memang mudah. Mungkin semua yang berlaku ini adalah isyarat dari Allah?

Fikir. Nilai. Pilih. Pilihan persepsi atau fakta.

3 comments:

VIDEO GAY ANWAR - ASYIK SALAHKAN UMNO SAJA.



Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan Umno dalam video aksi songsang memaparkan individu yang didakwa mirip seorang tokoh politik dengan pasangan lelakinya di sebuah hotel.
  
Beliau berkata pembangkang sememangnya akan menyalahkan Umno berhubung video itu yang dimuat naik sebuah blog, rajagoyang360.blogspot.com. dan kemudiannya turut dipaparkan di beberapa blog lain.
  
"Sebagaimana fikiran pembangkang segalanya kerja Umno termasuk insiden (pencerobohan pengganas Sulu di) Lahad Datu tetapi Umno tidak sehebat itu untuk mengatur segalanya.
  



"Tak kan orang dalam bilik pun kita yang mengatur, kita tak ada masa nak pasang kamera dalam bilik orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Penceramah Penerangan Negeri Melaka di sini, hari ini.
  
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akhbar The Star hari ini yang menafikan individu dalam video itu adalah dirinya sambil mendakwa ia perbuatan Umno.
  
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, rakyat boleh menilai sendiri siapa tokoh politik yang didakwa dalam video itu.
  
"Tengok sendiri dan buat keputusan, jangan bantai (kutuk) sebelum tengok, tapi tengok dulu...kita serah kepada mereka untuk menilai sendiri," katanya.
  
Sementara itu, Ahmad menyeru semua anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) agar menanam keyakinan bahawa parti itu mampu mencapai kemenangan serta memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13.
  
Beliau berkata, keyakinan itu harus disandarkan pada kejayaan program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini.
  
Malah, katanya, pembangkang tidak mempunyai sebarang kekuatan kerana gagal melaksanakan janji selain mempunyai pemimpin yang didakwanya terlibat dalam pelbagai skandal.


24 comments:

P.BALASUBRAMANIAM MENINGGAL DUNIA.



Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia hari ini selepas menderita serangan jantung di Rawang petang ini.

Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.

Beliau mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm.

Balasubramaniam kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.

"Beliau sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu," kata peguam dan anggota parlimen Subang R Sivarasa kepada Malaysiakini ketika dalam perjalanan ke hospital.

Bulan lalu, Balasubramaniam mengalami serangan jantung kecil ketika bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat di Kota Bharu.

Selepas membuat pemeriksaan perubatan apabila pulang ke Kuala Lumpur, beliau dimasukkan ke wad selama 10 hari di Pusat Perubatan Sime Darby.

46 comments:

RCI - TUN M DESAK SIASAT DALANG SERANGAN PENGGANAS DI SABAH.




Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat sebagai kerajaan yang terbuka ada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mencari dalang di sebalik insiden pencerobohan di Sabah.

Beliau berkata, penubuhan RCI itu mampu menjawab persoalan yang timbul di kalangan rakyat Malaysia.

"Saya juga tertanya-tanya dan ingin tahu siapa yang terlibat dan bagaimana mereka mendapat sumber kewangan.

"Kerajaan sekarang sangat terbuka, jika rakyat ingin tahu, maka kita boleh tubuhkan suruhanjaya itu," katanya  selepas menyampaikan cek sumbangan RM80,000 Perdana Global Peace Foundation (PGPF) kepada Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diwakili Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu, kerajaan tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan itu.

Katanya,  siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti motif sebenar pencerobohan di Lahad Datu termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina untuk menggugat keamanan dan kedaulatan negara.

Menurut Dr Mahathir, ramai pihak mempersoalkan bagaimana Jamalul Kiram III mampu membiayai pergerakkan kumpulan penceroboh yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu itu.

"Saya tidak rasa dia (Jamalul Kiram) orang kaya, kerajaan Filipina turut mengesahkan yang mereka dari kumpulan yang miskin.

"Operasi yang dilakukan itu memerlukan sumber kewangan yang besar, jadi bagaimana mereka memperolehinya, semua orang ingin tahu," katanya.

Dr Mahathir sekali lagi menegaskan yang Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia dan telah diiktiraf diperingkat antarabangsa.

"Sabah tetap milik Malaysia, ada rakyat Sabah berketurunan Sulu dan ramai juga pemimpin negara serta masyarakat yang berketurunan Sulu, tetapi mereka setia," katanya.

4 comments:

INFO WIKILEAKS - SIASAT ANWAR RANCANG PENGGANAS SULU.

 
 
 Ternyata, hubungan Anwar dengan Misuari adalah lebih dari sekadar hubungan ‘diplomatik’, kerana Anwar telah digambarkan sebagai ‘kawan lama’ oleh Misuari. Malah, pendedahan ini juga membuktikan bahawa Anwar dan Misuari telah pun mula berhubungan semula sejak 2007 lagi.

Nampaknya Anwar mempunyai ramai kawan dan sahabat di kalangan ‘orang-orang’ yang kontroversi, termasuk musuh-musuh negara dan musuh-musuh Islam.  Sebelum ini, pembunuh Umat Islam, iaitu Wolfowitz juga pernah merujuk kepada Anwar sebagai ‘sahabat baik’.   Begitu juga Al-Gore yang tidak segan silu membela Anwar secara terbuka di pentas Malaysia sendiri, demi persahabatan yang ikhlas.

Berikut adalah petikan pendedahan laman web Wikileaks yang didapati dari kabel Kedutaan Amerika (http://wikileaks.org/static/html/faq.html) http://wikileaks.org/cable/2007/05/07MANILA1534.html
Dreaming of Sabah...?

    MG Dolorfino commented that Malaysia is not only concerned about Misuari's intentions toward Sabah, where Misuari apparently still has hundreds of followers, but also about his recent contacts with Malaysian opposition figure Anwar Ibrahim, described as an "old friend" of Misuari's. Over the past several months, Malaysian officials have held at least three meetings with Misuari and/or Misuari's wives, according to Jainal and Dolorfino.  During an April 10 meeting, a special envoy from Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi told Misuari not to meddle in Malaysia's domestic politics, Dolorfino said.  According to Jainal, Misuari promised Badawi's representative that he had no intention of getting involved in Malaysia's internal affairs.

Rakyat Malaysia tidak boleh mengambil mudah apabila seorang yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia mempunyai sahabat dari kalangan musuh-musuh negara.  Selain itu, secara logiknya, tiada umat Islam yang waras yang sanggup menerima sahabat kepada pembunuh saudara-saudara seagama dengan kita, sebagai Ketua Negara ini.

Hubungan baik dan pertemuan kedua-dua pihak yang gemar ‘mengganggu’ pentadbiran kerajaan di negara masing-masing ini tidak boleh dianggap sebagai biasa.

Apatah lagi dengan kedua-duanya terbukti mempunyai kecenderungan dan keupayaan untuk mencetuskan huru-hara.

Kita sedia maklum bahawa bukan sekali Anwar bercakap mengenai ‘Arab Spring’ dan bukan sekali Anwar cuba mencetuskan keganasan melalui demonstrasi jalanan. Semua ini dibuatnya berkali-kali dengan harapan untuk menaikkan semangat penyokong-penyokongnya agar bangkit dan membuat huru-hara sehingga kerajaan terpelanting keluar dari Putrajaya.

Seperti juga pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Anwar turut beberapa kali mengundang campurtangan asing dalam pilihanraya, malah dalam kes mahkamahnya.Tindakan ini jelas menunjukkan kebergantungan Anwar kepada pihak asing sekali gus memberi gambaran jelas tentang jenis pemerintahannya sekiranya beliau mendapat mandat untuk memerintah; iaitu, negara pasti akan hilang kedaulatannya.

Berdasarkan pendedahan Wikileaks serta laporan-laporan risikan Manila yang disebarkan dan juga sikap dan tindakan Anwar sendiri sebelum dan selepas insiden Lahad Datu, kita tidak Namun, apa yang dihairankan lagi kerana Anwar telah membuktikan yang beliau tidak kisah menggadaikan masa depan penyokongnya, mahupun keselamatan mereka dalam siri-siri demonstrasi yang didalanginya sebelum ini.

Justeru, kenapa kita harus hairan jika Anwar sanggup menggadaikan nyawa penyokongnya dalam insiden Sulu?  Bukankah Arab Spring yang diidamkan Anwar itu juga mempunyai objektif yang sama iaitu pertumpahan darah di kalangan penyokong kerajaan dan penyokongnya?

Maka, sudah sampai masanya bagi penyokong-penyokong Anwar untuk memikirkan, apakah jenis pemimpin yang sanggup menggadaikan nyawa penyokong sendiri? - Jeringdaily

0 comments:

AKTA HASUTAN - TIAN CHUA DIHERET KE MAHKAMAH.



Naib Presiden PKR, Tian Chua dihadapkan dengan tuduhan hasutan melalui kenyataannya yang mendakwa tindakan anggota keselamatan negara mempertahankan Sabah sebagai 'sandiwara Umno'.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Batu, didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 di mana pada pukul 11 ​​pagi pada 1 Mac, mendakwa tembakan di Lahad Datu adalah satu konspirasi kerajaan Umno.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Mohamad Sekeri Mamat menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi seorang penjamin.

Tian Chua diwakili oleh N Surendran, Latheefa Koya, Willian Leong, Eric Paulsen dan dua yang lain.

Beliau didakwa bercakap kepada KeadilanDaily.com bahawa kejadian tembak-menembak di Lahad Datu yang mengorbankan dua orang anggota polis diperingkat awal insiden pencerobhan sebagai satu konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat Sabah.

Kenyataan tersebut mencetuskan kemarahan rakyat seluruh negara.

4 comments:

JAMALUL KIRAM RANCANG CEROBOH SABAH SEJAK OGOS LALU.



Seorang penasihat Jamalul Kiram III hari ini membuat pendedahan bahawa pihaknya mahu menceroboh Sabah seawal Ogos lalu dalam usaha menuntut wilayah Malaysia itu.

Setiausaha Agung Majlis Hal Ehwal Filipina, Pastor Saycon berkata, Agbimuddin Kiram mula merancang untuk menuntut Sabah ekoran keengganan Presiden Filipina, Benigo Aquino III mengadakan perbincangan dengan Jamalul.

Saycon berkata, pada awalnya, Agbimuddin merancang untuk menceroboh Sabah, Ogos lalu tetapi rancangan itu ditangguhkan.

Memetik laman web www.abs-cbnnews.com, penasihat kepada Jamalul itu tidak membenarkan pengikut dan Agbimuddin untuk menceroboh Sabah pada 12 Februari bersama 235 pengikutnya.

Saycon menambah, pihaknya lebih selesa jika tuntutan Kiram itu dibawa terlebih dahulu ke badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebelum mengambil tindakan menceroboh.

3 comments:

POLIS JOHOR REKOD KETERANGAN BIADAP TIAN CHUA.




Polis Johor telah merekod percakapan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berhubung laporan polis terhadapnya mengenai kenyataan beliau berkaitan pencerobohan di Lahad Datu.

Ketua Polis Johor DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata percakapan Tian Chua dirakam pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pagi tadi.

"Kita telah menghantar pegawai kita untuk merakam percakapan Tian Chua.

Beliau datang bersama tiga peguamnya untuk merakam percakapan tersebut pagi ini," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan Tabung Kebajikan PDRM untuk keluarga wira negara yang terkorban di Lahad Datu di sini hari ini.

Sumbangan berjumlah lebih RM100,000 itu disumbangkan warga PDRM Johor, orang ramai dan badan-badan bukan kerajaan di negeri ini dan akan diserahkan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tidak lama lagi.

Beliau berkata 318 laporan polis dibuat ke atas Tian Chua yang membuat kenyataan yang mengaitkan insiden di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara Umno.

Daripada jumlah tersebut, 82 dibuat di negeri ini.

"Kita akan lengkapkan kertas siasatan dan akan menyerahkannya kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau menasihati mana-mana pihak agar tidak membuat kenyataan sesuka hati sehingga menyinggung orang ramai.

"Berfikirlah dahulu sebelum bercakap. Jika anda tidak mempunyai apa-apa yang baik untuk dikatakan sila diam," katanya

1 comments:

JENAZAH 2 PEJUANG NEGARA SELAMAT DISEMADIKAN.



Jenazah dua wira negara Kpl Ahmad Hurairah Ismail dan Kpl Ahmad Farhan Ruslan yang gugur dalam Operasi Daulat menentang militan dari Sulu semalam, selamat dikebumi di kampung halaman masing-masing.

Jenazah Ahmad Hurairah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalang, tidak jauh dari rumah keluarganya di sini, manakala Ahmad Farhan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Madrasah Pohon Celagi, Pasir Hor di Kota Baharu.

Upacara pengebumian kedua-dua wira negara itu diadakan penuh istiadat ketenteraan dan turut dihadiri anggota dan pegawai tinggi tentera.

Jenazah Ahmad Hurairah dan Ahmad Farhan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dengan pesawat Charlie C-130 pada pukul 9.50 pagi, dan dibawa ke kampung halaman masing-masing dengan van jenazah.

Terdahulu jenazah kedua-dua wira negara itu tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang sejurus sebelum 8 pagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara yang menyambut ketibaan kedua-dua jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada wira negara itu.

Ahmad Hurairah, 24, terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan militan di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di Lahad Datu, Sabah semalam manakala Ahmad Farhan, 21, terbunuh dalam kemalangan di Jalan Tungku, Lahad Datu semasa dalam konvoi untuk Operasi Daulat.

Jenazah Ahmad Hurairah tiba di rumah keluarganya di Kampung Bayu Lalang di sini untuk disembahyangkan pada pukul 11.15 pagi.

Antara yang turut sembahyang jenazah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub.

Suasana agak hiba seketika apabila Zulkifli menyerahkan sumbangan daripada pelbagai pihak kepada bapa Allahyarham, Ismail Hussin, 54, sebaik selesai majlis pengebumian itu.

Di KOTA BAHARU, jenazah Ahmad Farhan dibawa ke rumah keluarganya di Taman Desa Darulnaim II, di Pasir Tumboh di sini dan disemadikan pada pukul 12 tengah hari.

Antara yang hadir pada pengebumian wira negara itu ialah Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan pegawai-pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Abdul Latiff kemudian menyerahkan bendera Malaysia yang membaluti keranda kepada bapa Allahyarham.

Ruslan ketika ditemui di tanah perkuburan itu berkata beliau amat berterima kasih di atas penghargaan pasukan tentera apabila memberi  penghormatan terakhir yang begitu tinggi terhadap anaknya.

"Saya reda dengan pemergian anak saya yang memang berminat mewarisi jejak saya untuk menjadi askar sejak kecil lagi," kata bekas tentera itu yang menamatkan perkhidmatan terakhirnya di Kem Terendak, Melaka pada 2004. -

0 comments:

CHUA SOI LEK DEDAH PRU13 6 MINGGU LAGI.



Presiden MCA Chua Soi Lek menjangkakan PRU13 akan berlangsung enam minggu dari sekarang, dan menggesa ahli MCA untuk melipatgandakan usaha.

Menurut satu kenyataan media yang dihantar dari Biro Publisiti MCA , Dr Chua Soi Lek, yang juga Pengerusi MCA Johor berkata trak kempen pilihan raya hampir setiap hari bergerak ke seluruh Johor.

“Oleh kerana trak kempen DAP bergerak hampir setiap hari di Johor, pengerusi parti mengingatkan MCA Johor untuk lebih bersedia.

“Beliau juga mengatakan pilihan raya ke-13 akan berlangsung dalam enam minggu, dan ahli MCA mesti melipatgandakan usaha,” menurut kenyataan media tersebut.

Dr Chua berkata sedemikian selepas melancarkan trak kempen pilihan raya kedua parti tersebut bertemakan “Kestabilan Mengatasi Huru-Hara”, di Wisma MCA semalam.

Dr Chua berkata, MCA akan memiliki enam buah trak publisiti untuk pilihan raya nanti, selepas yang pertama dilancarkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak pada majlis sambutan Tahun Baru Cina MCA.

Pengundi kali pertama yang membentuk 30 peratus daripada 13 juta populasi pengundi, dilihat menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya umum ke-13.

Kedua-dua Barisan Nasional dan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS telah melakukan serangan daya tarikan mensasarkan pengundi demografi muda menjelang pilihan raya yang mesti diadakan sebelum mandat BN tamat pada April.

Parti-parti pembangkang mendapat keuntungan yang signifikan pada pilihan raya umum ke-12, mengawal 82 daripada 222 kerusi Parlimen, selain memegang tiga negeri utama di sepanjang pantai barat semenanjung — Selangor, Pulau Pinang dan Kedah — di samping mengekalkan Kelantan semenjak 22 tahun lalu.

Parlimen yang ke-12 ini akan tamat tempohnya pada 28 April, dimana tarikh persidangan parlimen pertama selepas Pilihan Raya 2008 lima tahun dahulu, dan akan terbubar automatik selepas tarikh tersebut. Malaysian Insider


16 comments:

PM UMUM 80 RIBU UNIT RUMAH MAMPU MILIK BUAT WARGA KL.



80 RIBU unit Rumah Mampu Milik untuk golongan berpendapatan sederhana di Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan bakal dibina.

erdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Ahad mengumumkan dengan pembahagian 50,000 unit rumah menerusi projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), manakala baki 30,000 unit lagi bakal dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di seluruh Wilayah Persekutuan.

"Ini bererti 80,000 unit kesemuanya yang akan dilaksanakan di bawah identiti rumah mampu milik," katanya ketika berucap melancarkan PR1MA Alam Damai Cheras di Kuala Lumpur.

Perdana Menteri memberi jaminan harga bagi setiap unit rumah yang ditawarkan di bawah projek tersebut adalah dalam lingkungan yang mampu dibeli oleh kumpulan sasar iaitu mereka yang mempunyai pendapatan antara RM2,500 hingga RM7,000 sebulan.

"Program untuk kategori sederhana ini perlu kerana mereka biasanya terlepas daripada program kerajaan sebelum ini...untuk golongan miskin kita ada program seperti Rumah Rakyat dan kita juga ada program untuk mereka yang tinggal di luar bandar," katanya.

1 comments:

PAKAR SEJARAH - SABAH HAK MALAYSIA ATAU FILIPINA?



Isu perebutan Sabah yang dibangkitkan waris Kesultanan Sulu tidak relevan kerana negeri itu secara sah adalah milik Malaysia.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berpendapat, rakyat Sabah telah memberi kata persetujuan pada 1962 untuk sertai pembentukan Malaysia.

Menurutnya, persetujuan itu dilakukan oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman, menerusi Suruhanjaya Cobbold.

"Suruhanjaya ini ditubuhkan adalah kehendak kerajaan Filipina pada tahun 1962 di mana tuntutan mereka ke atas Sabah tidak mendapat persetujuan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Rakyat negeri Sabah sebulat suara mahu bersatu dalam pembentukan Malaysia dan isu ini sudah dianggap selesai," katanya semalam.






Ketika ditanya mengenai asal-usul Sabah, Zainal berkata, mengikut sejarah Sabah atau sebelum ini Borneo Utara adalah milik Kesultanan Sulu.

"Pada awal kurun ke-17, Kesultanan Sulu sudah menguasai Borneo Utara. Selepas itu, Sultan Sulu telah membuat pajakan Borneo Utara kepada penanam di Hong Kong sebagai modal untuk membangunkan tanah itu.

"Namun, penanam Hong Kong menjual Borneo Utara kepada England dan diserah kepada North Borneo Company sehingga Perang Dunia ke-II," katanya.
Katanya, Sabah menjadi sebahagian negeri kolonial British ketika itu.

"Pada 1962, British menyerahkan negeri Sabah kepada tanah Melayu. Tetapi, setahun selepas itu, Filipina, menerusi pimpinan Macapagal, menuntut kembali dan ia turut disertai Indonesia yang dipimpin Soekarno dan Azhari, pemimpin Parti Rakyat Brunei.

Tambahnya, selepas daripada itu, kata sepakat telah dipersetujui kedua-dua kerajaan.

"Bertarikh 9 Julai 1963, British dan Tanah Melayu mencapai kata sepakat, setuju Sabah sah milik Tanah Melayu. Indonesia juga menyepikan diri kerana berlakunya konfrontasi.

"Tuntutan waris Sultan Sulu hanya berdasarkan surat pajakan lama yang mana ia tidak sah lagi," katanya.

Jelasnya, walaupun Filipina sehingga kini masih belum gugurkan tuntutan itu, namun secara sahih Sabah sudah hak milik Malaysia. - Sinar Harian

18 comments:

VIDEO PANAS - ZUL NORDIN DEDAH MISI MILITAN ANWAR & TIAN CHUA DI LAHAD DATU.



Zulkifli Nordin mendedahkan ISU LAHAD DATU yang memungkinkan ancaman besar terhadap masa depan umat Islam khasnya dan rakyat Malaysia amnya.







TONTON VIDEO TERTERA bagi mendapatkan maklumat dan serangan bekas Peguambela Anwar ini terhadap sikap biadap bekas rakan seperjuangan beliau TIAN CHUA menghina parajurit di Lahad Datu.



11 comments:

VIDEO KANTOI - ANWAR PANIK TERLIBAT RANCANG MILITAN LAHAD DATU.




Dato Seri Anwar Ibrahim mengugut akan menyaman wakil media dari Agendadaily jika terus bertanyakan soalan mengenai kaitan beliau dengan pencerobohan di Lahad Datu.

Bijak mengelak soalan. Laporan media Filipina meletakkan namanya sebagai salah seorang pencetus pencerobohan di Sabah. Disebut pula naman Najib Razak.






TONTON VIDEO TERTERA. Lihat kebodohan Anwar menggunakan skrip yang sama bagi mengelak isu sebenar. Nyata memakan diri.


12 comments:

INSIDEN PENCEROBOH DI SABAH - TUN M WARNING KERAJAAN?




Kerajaan memerlukan perancangan teliti dan tidak boleh tergesa-gesa menangani serangan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu.
  
Bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerana ia melibatkan keselamatan rakyat, selain serangan kumpulan penceroboh itu yang agak ganas hingga sanggup membunuh sesama Islam.
   
"Ini adalah satu gerakan yang agak kompleks kerana kerajaan tidak boleh serang balas dengan begitu sahaja. Kalau kita serang balas mungkin penduduk di situ akan jadi mangsa," katanya pada sidang media mengenai sukan Paintball World Cup Asia di sini hari ini.
  
Dr Mahathir mengulas dakwaan bahawa pasukan keselamatan dan pertahanan negara lewat membuat serangan balas kepada kumpulan pengganas asing bersenjata.
  
"Kita berhadapan dengan satu masalah baharu, kita tak pernah lihat benda ini berlaku dalam negara kita. Mereka melakukan sesuatu yang cukup buruk iaitu mendedahkan orang tidak berdosa," katanya.
 
Mengenai tindakan beberapa kumpulan di Filipina yang menyelar tindakan Malaysia menyerang kumpulan penceroboh itu, beliau berkata pasukan keselamatan negara berhak melawan kerana mereka telah menceroboh dan membunuh.
  
"Kalau mereka serang kita dengan senjata, bunuh orang kita macam mana lagi kita nak tangani masalah ini, mereka nampak begitu ganas sekali, datang dengan senjata, itu pun sudah jadi satu kesalahan," katanya.
  
Dr Mahathir juga percaya rata-rata penduduk di Sabah masih setia dengan Malaysia serta yakin terhadap kemampuan pasukan keselamatan dan pertahanan negara.

1 comments:

VIDEO 18SG - SAAT GETIR TEMBAKAN PENCEROBOH VS POLIS.






AMARAN - Penonton berumur 18 tahun ke bawah dilarang menonton video tertera.





Kronologi Penceroboh Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu

12 Feb - Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai bersenjatayang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu.

14 Feb - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis mengenal pastikumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabahsebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari selatan Filipina.

14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaanMalaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu pencerobohan itu sebelum mengusir mereka keluar dari kawasanberkenaan.

16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Husseinmengesahkan kumpulan terbabit bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknyapenyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalahterkawal.

18 Feb - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukansecara diplomasi tanpa pertumpahan darah.

24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaanuntuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yangbertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Feb lepas.

26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankanterhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus denganSultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan diLahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

1 Mac - Dua anggota polis, ASP Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin Daudterkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuranantara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.

2 Mac - Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap di perkampunganair Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Kejadian pada pukul 8 malam itumenyebabkan enam anggota kumpulan penceroboh terbunuh.

3 Mac - Mayat enam anggota polis dikeluarkan dari kawasan perkampungan airitu dan polis turut mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari kampungitu.

4 Mac - Setiausaha Rendah Luar Filipina Jose Brillantes dan Duta BesarFilipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya dilapor bertemu Menteri Pertahanan DatukSeri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin TunHussein untuk mencari resolusi damai.

4 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan keadaankeselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna di Sabah adalah terkawal.

4 Mac - Polis mengeluarkan senarai nama enam pegawai dan anggota yangterkorban dalam serangan hendap di Semporna, Sabah.

5 Mac (7 pagi) - Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jetpejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo,Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukantentera dan polis di kawasan kampung itu.

5 Mac (8 pagi) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaanmesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatannegara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkanpertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

5 Mac (11 pagi) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang mediabersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan OpsDaulat itu mencapai objektif yang ditetapkan.

5 Mac (1.30 tengah hari) - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin TunHussein dalam sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad ZahidHamidi mengesahkan tiada kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan.

5 Mac (4 petang) - Ketua Polis Negara mengadakan sidang akhbar mengatakanoperasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan kerana polis percaya masihada musuh di kawasan itu.

5 Mac - Sehingga pukul 7 petang, polis belum mengesahkan jumlah kematian,kecederaan atau tangkapan di pihak anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu.


13 comments:

TERKINI - RIBUAN PROTES BAKAR JALUR GEMILANG DI KEDUTAAN MALAYSIA DI FILIPINA



Beberapa kumpulan berhimpun di kedutaan Malaysia di Filipina bagi membantah terhadap serangan ke atas pemberontak bersenjata yang berlaku pada pagi Selasa di Lahad Datu, Sabah.

Beberapa tulisan Twitter (tweet) disiarkan oleh ABS-CBN News Channel kira-kira dua jam selepas pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan terhadap penceroboh Sulu, menunjukkan penunjuk perasaan memegang sepanduk bagi menuntut Malaysia menyelesaikan isu itu secara aman.

Kumpulan-kumpulan itu mendesak untuk keadilan bagi "Tausug martyrs" – yang dipercayai sebagai rujukan kepada sekumpulan pemberontak – dan untuk perlindungan Sabah yang didakwa sebagai tanah kepunyaan Kesultanan Sulu.



ABS-CBN turut menulis 'tweet' bahawa antara penunjuk perasaan adalah kumpulan militan.

Polis diarahkan untuk mengawal keadaan bagi memastikan penunjuk perasaan tidak berada begitu dekat dengan kedutaan.

Kumpulan Militan minta selesai secara aman? Militan Kesultanan Sulu semakin melampau.


My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?

11 comments:

ANWAR BACUL DENGAN AKHBAR FILIPINA - UTUSAN BAKAL TERJERAT..!!



Ditaktor Pakatan Anwar Ibrahim sekali lagi mengambil langkah menyaman Utusan dan TV3 gara2 penyiaran berkaitan pembabitan beliau secara tidak langsung dalam pencerobohan Militan Kesultanan Sulu Filipina di Negeri Sabah.

Walhal, Kedua2 media ini hanya merujuk beberapa pendedahan akhbar Filipina.





Anwar dilihat mengelak dari menyaman Philippines Daily Inquirer dan Manila Times yang membongkar pembabitan beliau dalam isu ini.

Malah baru-baru ini agensi berita Reuters menerusi laporannya juga mengaitkan penglibatan tokoh Pembangkang di Malaysia dalam pencerobohan Lahad Datu.

"Jika anda bangkitkan isu pencerobohan ini lagi, saya akan dakwa anda."





Itu jawapan ugutan Anwar pada Sidang Media hari ini setelah tidak dapat mengawal beberapa soalan dari pihak wartawan mengenai isu yang dibangkitkan.

Memang benar. Anwar bijak memanipulasi isu. Malah manipulasi ini boleh memihak kepadanya.





Utusan Malaysia sewajarnya harus 'bijak' dan merancang strategi sebelum menyerang Raja Pengkhianat Negara ini.

Kerana tindakan akhbar ini seringkali menjadi mangsa jerat Musang Berbulu Ayam.


22 comments:

AL FATIHAH - SENARAI NAMA PEJUANG TERKORBAN DI SEMPORNA.



Jenazah dua pegawai dan empat anggota polis yang terkorban dalam kejadian tembakan di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna kelmarin, akan dihantar balik ke kampung masing-masing hari ini.

"Jenazah akan diterbangkan bermula pukul 1 petang ini dari Lapangan Terbang Tawau," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada taklimat media di Felda Sahabat, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu, pagi ini.

Mereka yang terkorban ialah :-

  1. Supt Ibrahim Lebar dari Bukit Aman 
  2. ASP Michael Fadil dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna
  3. Sarjan Detektif Baharin Hamid dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah
  4. Sarjan Aziz Sarikun dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau
  5. Kpl Salam Tongiran (IPD Tawau) 
  6. L/Kpl Mohd Azrol Tukiran (PGA Tawau)

 
Hamza berkata senarai penuh nama pegawai dan anggota yang terkorban akan dipapar pada laman sesawang rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesemua mereka terkorban selepas diserang hendap ketika melakukan siasatan di kampung itu susulan maklumat mengatakan ada kumpulan bersenjata bersembunyi di situ.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, enam lelaki daripada kumpulan penceroboh bersenjata tersebut turut maut.  

Menurut Hamza, polis masih melakukan siasatan di lokasi kejadian.

Beliau turut menegaskan keadaan keselamatan di  Lahad Datu, Semporna dan Kunak adalah keadaan terkawal.

Mengenai kerjasama PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hamza berkata polis hanya menggunakan aspek teknikal ATM dalam operasi kawalan keselamatan itu.


13 comments:

SYARAT RUNDING - SULTAN SULU TUNTUT NEGERI SABAH..!!



Insiden keganasan di Sabah yang telah menyebabkan 22 kematian hanya akan tamat secara aman sekiranya Manila bersetuju dengan tuntutan pengikut Kiram yang mendakwa negeri utara Borneo itu adalah milik keturunan Sultan Sulu.

Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III berkata kepada Philippine Daily Inquirer/ beliau masih lagi membuka pintu rundingan dengan pentadbiran Aquino walaupun kerajaan Filipina itu menyebelahi kerajaan Malaysia.

"Rundingan masih belum terlambat kerana saya mengatakan semuanya masih terbuka," kata Jamalul dipetik media Filipina di kediamannya di sana petang semalam.

Jamalul yang mendakwa beliau merupakan keturunan diraja Sulu yang memiliki negeri Borneo itu dilaporkan berkata keluarganya hanya menuntut tanah mereka di Sabah.

Adik kepada Jamalul, Agbimuddin Kiram, dilaporkan mengetuai sekumpulan lelaki bersenjata sekitar 100 hingga 200 orang telah menceroboh Lahad Datu, Sabah, pada 9 Februari dan berakhir dengan pertempuran dengan pihak berkuasa Malaysia di tiga kawasan.

Portal Borneo Insider pula dilaporkan berkata Agbimuddin pernah berkhidmat sebagai pembantu Pegawai Daerah Kudat ketika Tun Mustapha Harun menjadi Ketua Menteri Sabah.

Jamalul berkata kepada pemberita beliau pelik kenapa Filipina menyebelahi Malaysia.

“Kenapa tidak menyokong kami? Kami rakyat Filipina tetapi mereka menyokong Malaysia,” katanya.

Dia dilaporkan berkata penyokongnya menyeludup ke Sabah hanya mahukan penyelesaian terhadap tanah yang didakwa menjadi milik mereka.

"Ini bukan bahan jenaka. Ini masalah besar,” katanya kepada pemberita.

Jamalul berkata lagi bangsa Tausugs dan Filipina juga sedia mati untuk tujuan itu.

Sementara itu, anak perempuan Kiram, Jacel Kiram, dilaporkan berkata keluarganya mahu berjumpa dengan wakil dari Presiden Filipina, Presiden Benigno Aquino III, yang menjadi jurucakap kerajaan.

"Jika mereka serius, mereka patut duduk dan berbincang dengan kami tanpa melalui orang tengah.

“Ini isu nasional, malah isu antarabangsa. Kenapa tidak kerajaan berjumpa kami?," katanya.

Jacel turut menadikan laporan Filipina bahawa pentadbiran Aquino telah menghantar wakil untuk berbincang dengan keluarga berkenaan dan mereka bercakap dengan Mujiv Hataman, yang menjadi pegawai bertugas dalam Wilayah Autonomi Muslim Mindanao.

Dia turut menggesa pengikut keluarga berkenaan untuk bertenang dan tidak melepaskan kemarahan mereka kepada kerajaan Malaysia yang menganggap mereka di Sabah sebagai “musuh”.

Dia turut mengingatkan Muslim Filipina bahawa rakyat Malaysia di negara berkenaan juga bukan musuh.

19 comments:

LAHAD DATU - NAJIB DESAK SIASAT PEMBABITAN PEMBANGKANG.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa terutama pihak risikan menyiasat dakwaan bahawa ada pemimpin pembangkang terlibat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Katanya dakwaan itu suatu perkara yang serius tetapi dakwaan itu memerlukan bukti kukuh bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian itu.

Beliau juga hairan kenapa kumpulan itu datang ke Sabah ketika ini semasa negara sedang hampir untuk mengadakan pilihan raya umum sedangkan tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah sudah lama dibuat.





"Semua pihak kena siasat. Filipina, Presiden Aquino pun nak tahu apa sebenarnya. Perkara ini satu embarrassment (penghinaan) yang besar kepada kerajaan Filipina.

"Mereka tak reda warga mereka terlibat dengan pencerobohan, mengganas, guna senjata dan bunuh orang kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kampus Induk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh, dekat sini hari ini.

Najib merujuk laporan beberapa buah media Filipina yang mengaitkan pembabitan Anwar dalam pencerobohan di Sabah.

10 comments:

Best Blogspot Templates 2013