Feb 27, 2013

HASAN ALI - MANIFESTO PR HINA KEBEBASAN ISLAM.




Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, Pas tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pembangkang Isnin lepas kerana ia tidak memaparkan aspirasi parti itu terutama dalam memartabatkan agama Islam.

Manifesto pakatan pembangkang adalah lebih kepada aspirasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan tidak begitu menyentuh perkara-perkara yang memartabatkan Islam di negara ini, katanya dalam satu ceramah Jom Tolak Pakatan di Jalan Nenas, Meru di sini, malam tadi.

Di dalam manifesto itu tidak dinyatakan mengenai penubuhan negara Islam, atau mengangkat martabat mahkamah syariah sama dengan mahkamah sivil.

Oleh itu beliau hairan mengapa Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat-angkat tangan semasa pelancaran itu.

(Lainlah) kalau ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengangkat tangan mereka tidak mengapa..kerana agenda mereka termaktub dalam manifesto itu.

Agenda mereka untuk menjadikan Islam di Malaysia lebih liberal atau sekularisme disisipkan di dalam manifesto itu tetapi agenda Islam tidak dijelaskan dalam manifesto itu.





Dr Hasan yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) berkata sehingga sekarang pakatan pembangkang masih lagi tidak menetapkan siapa calon Perdana Menteri sekiranya mereka menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

DAP dan PKR mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri dan begitu juga sesetengah pihak dalam Pas yang mahukan Anwar menjawat jawatan itu sedangkan pimpinan Pas sendiri nampaknya tidak berani menonjolkan Anwar layak menjawat jawatan Perdana Menteri, katanya.

"Pemimpin Pas tahu "the in and out" (luar dan dalam) Anwar Ibrahim. Tak malu ke kalau PM kita Anwar Ibrahim," katanya.





Hasan berkata, isu siapa yang jadi Perdana Menteri ini penting kerana kalau pakatan rakyat memenangi pilihan raya kali ini, Perdana Menterilah yang pertama kali mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong sebelum kabinet dapat ditubuhkan.

Oleh itu, beliau meminta para pengundi di Meru supaya tidak memperjudikan politik dan masa depan Malaysia dan menolak pakatan pembangkang.

Hasan juga berkata, kenyataan Nik Aziz bahawa mereka yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia umpama ayam dan lembu tidak mencerminkan keperibadian atau bahasa seorang ulama.


FIRAUN BR1M - VETERAN ULAMA PAS KECAM BAHASA KOTOR HADI AWANG.




Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad menyifatkan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat sama seperti yang dilakukan oleh Firaun, dipercayai untuk menutup isu kalimah suci Allah.

Kata beliau isu penggunaan kalimah Allah memberi tamparan hebat kepada PAS apabila keputusan dikeluarkan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang menyokong penggunaan kalimah tersebut oleh orang bukan Islam, disanggah Majlis Syura Ulama PAS.

"Isu kalimah Allah perkara berat, selepas Majlis Syura PAS kata kalimah Allah tak boleh diguna oleh bukan Islam, Abdul Hadi patut bawa perkara tersebut kepada mesyuarat tertinggi pakatan pembangkang.

"Abdul Hadi kena tarik balik kenyataan tersebut selepas Majlis Syura buat keputusan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Sebelum ini Abdul Hadi ketika berucap pada konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam mendakwa usaha kerajaan pusat melaksanakan pemberian BR1M itu sama dengan Firaun yang disifatkannya turut melaksanakan bantuan yang sama kepada rakyat Mesir ribuan tahun dahulu.

Abdul Hadi dipetik berkata tindakan Firaun itu telah disebut di dalam al-Quran yang menceritakan kisah Nabi Musa a.s tentang sikap Firaun memperbodoh-bodohkan rakyat Mesir ketika itu.

Wan Ismail yang juga antara pengasas PAS Kelantan turut membidas tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan usaha kerajaan pusat memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.

Beliau percaya orang ramai tidak boleh menerima kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kelantan itu.

Feb 26, 2013

ARAHAN SOI LEK DITOLAK? - BN LETAK ONG TEE KEAT CALON PARLIMEN PANDAN.



Barisan Nasional (BN) akan menamakan bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai calon secara langsung bagi kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya 2013 setelah keputusan tersebut dibuat oleh Pengerusinya Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam mesyuarat "bilik perang pilihan raya" semalam.

Keputusan tersebut kemudiaannya disampaikan kepada pemimpin parti komponen BN yang mana mereka diberitahu pencalonan Ong akan memastikan kerusi yang disandang oleh beliau tersebut sebagai "boleh menang" kepada gabungan tersebut.

"Telah diputuskan supaya untuk segala perbezaan individu diketepikan dan melihat kepada populariti seseorang dikawasan tersebut," kata sumber yang mengetahui tentang mesyuarat tersebut.

Difahamkan BN berpendapat pencalonan Ong akan membantu gabungan kerajaan untuk meraih semula sokongan pengundi Cina kepada mereka yang dilihat semakin rendah ketika ini.

"Sokongan Ong dikalangan masyarakat Cina sangat kuat ... itu akan membantu BN," kata sumber itu lagi.

Ong (gambar) telah diketepikan selaku presiden MCA oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semasa kemelut perebutan kuasa pada 2010. Beliau juga merupakan ahli parlimen Pandan selama lima penggal.

Namun, awal minggu ini Dr Chua memberitahu media pada sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA bahagian Pandan bahawa Ong telah terkeluar daripada senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya 2013.

BN pernah meletak calon bebas di bawah tiket mereka semasa pilihan raya 1995. MP Hulu Rajang ketika itu, Billy Abit Joo mencipta sejarah sebagai calon BN pertama yang bertanding sebagai ahli gabungan tersebut.

Billy Abit tidak bersama dengan mana-mana parti komponen memandangkan tiada peruntukan untuk ahli BN melakukan sedemikian. Beliau kemudiaan menyertai Parti Rakyat Sarawak.

Dalam Pilihan Raya 2008 lalu, Ong mempertahankan kerusi parlimen Pandan dengan mengalahkan calon PKR, Syed Shahir Syed Mohamud dengan majoriti 2,961 undi. Beliau memperolehi 25,236 undi berbanding lawannya 22,275 undi.

Kawasan Pandan adalah kerusi campuran yang mengandungi 55 peratus bukan Melayu dengan lebih separuh pengundinya berusia di bawah umur 40.

TERKINI - AKTIVIS OKU DAKWA MANIFESTO PAKATAN HINA GOLONGAN CACAT.


 

Aktivis Orang Kelainan Upaya (OKU) melahirkan rasa kesal dan terhina kerana Pakatan Rakyat tidak memuatkan janji untuk menjaga kebajikan golongan tersebut.

Kekecewaan itu antaranya disuarakan pengerusi Mobiliti Massa OKU Bangkit, Mohd Rosli Ibrahim yang berkata, manifesto tersebut sepatutnya menyenaraikan rancangan pembangunan untuk kepentingan golongan tersebut.

"Sebenarnya saya kesal dengan apa yang ada dalam manifesto Pakatan Rakyat. Dalam manifesto, apa yang kita harapkan ialah satu klausa mengenai pembangunan OKU secara menyeluruh.

"Kita OKU Bangkit dah sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat, mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen. Kenapa dalam manifesto Pakatan Rakyat tak ada (sebut tentang OKU). Pelik.

"Saya rasa ahli politik ini tidak melihat isu OKU ini isu besar. Kenapa tiba-tiba abaikan? Kami rasa terhina. Sebenarnya mereka ini hanya berfikir tentang kepentingan politik dan masih dalam paradigma duit. Sama seperti BN," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Rosli berkata, Pakatan sepatutnya berjanji untuk menyediakan hak pendidikan dan aksesbiliti awam terhadap golongan OKU.

OKU Bangkit juga menuntut agar Pakatan membentuk kementerian khas untuk menjaga kepentingan golongan itu, katanya yang memberi amaran bahawa golongan tersebut mungkin tidak akan memberi sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Mereka tidak lihat bahawa golongan OKU ini sebagi satu konsep pembangunan insan. Itu masalahnya. Saya nak cakap bahawa, Pakatan Rakyat akan kehilangan doa daripada golongan OKU pada pilihan raya umum akan datang," katanya. 

Sementara itu, aktivis yang juga merupakan seorang kartunis popular, Mohd Affandi Ramli pula berkata, manifesto Pakatan sepatutnya menggariskan pusat latihan percuma untuk golongan OKU.

Namun, Pakatan mungkin tidak berminat dengan perkara seperti itu, katanya.

"Kalau kita lihat manifesto itu banyak sentuh tentang kebajikan rakyat, tetapi kenapa tak ada tentang keperluan untuk OKU. Golongan OKU sangat memerlukannya bukan sekadar penerimaan bantuan subsidi tetapi beri peluang yang sama rata.

"Kalau boleh adakan sekolah khas serta pusat latihan percuma. Ini kita pernah usulkan tetapi saya rasa mereka tak berminat. Sebenarnya ramai golongan OKU yang berpotensi ini telah dibunuh oleh pemerintah khususnya OKU yang terlantar yang meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan," katanya.

Beliau juga berkata, tuntutan daripada golongan berkenaan akan dibincangkan dalam satu dialong anjuran OKU Bangkit bersama Pakatan Rakyat di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur pada 3 Mac.

"Jemputan dah beri. Jadi kita tunggulah sahajalah siapa yang akan hadir nanti," katanya lagi.

MANIFESTO PAKATAN UMPAMA "TANAM TEBU DI BIBIR MULUT."




Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata manifesto pilihan raya yang diumum pakatan pembangkang semalam tidak realistik, umpama "tanam tebu di bibir mulut" (tanam tebu di tepi bibir).

Ini kerana katanya sehingga sekarang pembangkang masih tidak melaksanakan janji untuk memberi "bintang dan bulan" di negeri-negeri yang mereka kuasai selepas pilihan raya umum lepas.

"Janji pembangkang dalam manifesto memberikan pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading jika menguasai Putarajaya tidak realistik.

"Tak payah tunggu memberikan pendidikan percuma sekiranya menguasai Putrajaya, buat dulu di negeri yang ditadbir mereka bagi membuktikan kemampuan mereka seperti di Selangor.

"Saya lihat manifesto ini tidak lebih sekadar 'tanam tebu di bibir mulut', manis mulut bercakap tapi hati lain, macam cakap tak serupa bikin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor, di Klang malam tadi.

Noh yang juga menteri pertanian dan industri asas tani berkata banyak janji yang dibuat kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat di Selangor pada pilihan raya umum lepas tidak ditunaikan dan sekarang rakyat mula bangkit menuntut hak mereka di mahkamah.

Manifesto bertema "Manifesto Rakyat Pakatan Harapan Rakyat" yang dibentang pakatan pembangkang semalam antara lain berjanji untuk menghentikan serta-merta operasi kilang nadir bumi Lynas dan membatalkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) jika mereka memenangi pilihan raya umum ke-13(PRU13).

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar meminta rakyat negeri tersebut agar tidak terpedaya dengan janji manis pembangkang dalam manifesto mereka yang beliau percaya tidak akan ditunaikan selepas memerintah.

"Janji ini bukanlah janji baru tapi janji sama yang muncul setiap kali menjelang pilihan raya umum," kata Abu Hassan yang juga Yang Dipertua Mubarak Selangor.





ARTIKEL PANAS (KLIK pada tajuk di bawah):-
  
ULAMA' PAS KESAL - HADI AWANG KIAN KETAGIH 'LAPAR KUASA FIRAUN.'


MAHATHIR - "ANWAR AGEN BAWA AMALAN KRONISME DI MALAYSIA."

 

Nepotisme dan kronisme akan berleluasa dalam Kabinet jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi amaran selepas tidak lama selepas ketua pembangkang tersebut melancarkan manifesto Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya 2013.

Mantan perdana menteri itu terus menyerang bekas timbalannya dan menuduh Anwar memfitnah anaknya dalam usaha pakatan pembangkang memperhebatkan cubaan menawan Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

"Parti Keadilan milik Anwar Ibrahim," kata Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc, merujuk kepada PKR.

"Jika ia jadi Perdana Menteri sudah tentu Kabinet akan diisi dengan keluarga dan kawannya sebagai Menteri. Mudahlah nak buat apa pun," katanya lagi.
 
Dr Mahathir juga berkata Anwar menubuhkan parti politik dan mahu menjadikan isterinya sebagai presiden, dan anak perempuannya sebagai naib presiden, serta kawan baiknya sebagai timbalan presiden.

Beliau berkata semasa Anwar menjadi timbalannya dan menteri kewangan, Anwar banyak memberi kontrak kepada penyokong politiknya dan keluarganya.

"Kementerian telah pamerkan semasa mesyuarat agung Umno senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai," kata Dr Mahathir lagi.

Bekas presiden Umno itu menambah beliau tidak pernah memberi apa-apa kepada keluarganya atau rakannya semasa berkuasa, tidak seperti Anwar, yang gemar untuk memilih keluarga dan rakannya untuk jawatan politik tertinggi dan perniagaan.

Pemimpin berusia 87 tahun itu mempertahankan anak lelaki sulungnya Mirzan, yang pernah menjadi ahli lembaga pengarah yang beribu pejabat di Manila, San Miguel Corp dan kini di syarikat petroleum Petron, sering menjadi mangsa dilemparkan fitnah oleh Anwar dan ahli politik PR.

"Setelah fitnah dilempar kepadanya, anak saya letak jawatan. Sekarang dia hanya menjadi pengarah dalam syarikat minyak Petron.

"Jika anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya tak boleh berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar? Dah tak ada modal politik dah ke?" kata Dr Mahathir lagi.

Dr Mahathir mencabar Anwar untuk mengangkat sumpah bersama al-Quran berkenaan dengan kes liwatnya walaupun mahkamah tinggi membebaskan beliau tahun lalu.

Dr Mahathir yang sering mengkritik Anwar, yang dahulunya merupakan anak didik beliau yang diharap dapat menjadi penggantinya pada 1990an namun dipecat pada 1998 selepas tuduhan liwat dan rasuah.

Anwar, yang dilihat menjadi calon perdana menteri PR, awal hari ini berkata pakatan tersebut akan menguntungkan rakyat Malaysia tidak mengira kaum.

Feb 25, 2013

ULAMA' PAS KESAL - HADI AWANG KIAN KETAGIH 'LAPAR KUASA FIRAUN.'



Kenyataan terbaru Presiden PAS Hadi Awang menerusi Ucapan Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini nyata klimaks serangan yang kian hilang kawalan dan mengubah prinsipnya secara total.

Hadi Awang yang dilihat bersifat sederhana dalam mengeluarkan sebarang kritikan terhadap UMNO/BN kini dilihat kian taksub dan liar tatkala bahang PRU13 semakin hampir.

Beberapa tokoh Ulama' PAS nyata kesal dan khuatir kecelaruan Hadi Awang dalam menyerang pelbagai cemuhan dan kecaman yang tidak menggambarkan apa yang dinasihatkan beliau satu ketika dahulu.



 

Hadi Awang pernah meminta Pimpinan PAS agar menyatakan kritikan bersifat lebih sederhana terhadap parti lawan memperlihatkan situasi ketidaktentuan dan kekeliruan perpaduan ummah di Negara ini yang bakal berdepan perpecahan besar antara umat Islam jika tidak dikawal.

Beliau meminta setiap anggota parti agar mengeluarkan teguran2 membina dan tidak terpesong sehingga memakan diri masyarakat serta ummah.

Hadi Awang juga pernah menyeru pimpinan agar tidak menolak secara terus menutup sebarang pintu rundingan dan muzakarah yang memberi kebajikan ummah.

Pintu rundingan sewajarnya lebih releven diutarakan bersama dalam bermuzakarah berkaitan isu2 utama berkaitan Islam bersama parti lawan dan mana2 organisasi.






Video di atas memperlihatkan pendirian sederhana Hadi Awang menerusi Ucapan Muktamar PAS ke 55 yang menyatakan pendirian agar tidak menutup sama sekali pintu kerjasama dengan mana2 pihak demi Islam.

Hari ini kenyataan Hadi Awang menyerang pemberian wang BR1M umpama Habuan Firaun dalam pentadbiran Mesir nyata bercanggah sama sekali dengan apa yang diutarakan satu ketika dahulu.

Adakah Hadi Awang menerima tekanan kritikal dari rakan Pakatan sehingga sanggup menyelar kenyataan sedemikian demi membuktikan keutuhan beliau bersama2 Pimpinan DAP & PKR?






VIDEO di atas menggambarkan pendirian sebenar Hadi Awang dalam meneruskan dakwah politik Islam. Kehadiran PM Najib Razak disambut dengan pelukan mesra dari beliau. Adakah Hadi Awang sanggup berpeluk tubuh kembali dengan individu yang kini beliau gelar sebagai Firaun?

Kezaliman Firaun memperkasa rakyat sebagai hamba abdi. Bekerja tanpa upah. Mengarahkan anak2 lelaki yang baru dilahirkan dibunuh kerana takut rampasan kuasa. Malah Firaun menggelar dirinya Tuhan yang Berkuasa.

Adakah ini prinsip Najib Razak wahai Hadi Awang?

Mungkin ada benarnya dakwaan Zulkifli Nordin menerusi paparan Siri Video Ceramahnya yang mendakwa PAS kini telah Kafir kepada ALLAH.

KLIK DI SINI untuk tonton video tersebut.



KES ALTANTUYA - BALASUBRAMANIAM SUMPAH GUNA KALIMAH ALLAH?

 

Kemunculan semula P.Balasubramaniam, individu yang mendakwa PM Najib Razak terlibat dalam kes Pembunuhan Altantuya dan kemudian menarik semula tuduhan beliau.

Menghilangkan diri seketika ke luar Negara .. Tiba2 muncul kembali petang semalam di KLIA disambut pimpinan PKR.

Kepulangan Bala turut disusuli dengan sumpah laknat menjunjung Kitab Agama Hindu Bhagavad Gita 'kembali' menuduh Najib terlibat di dalam kes pembunuhan Altantuya.

3 kali membuat kenyataan bercanggah. Dan semua ini berlaku secara drastik akibat terkejar2 kan bahang PRU13. Perancangan agak 'kelam kabut'. Mungkin Anwar Ibrahim tiada waktu untuk menantikan saat  membolot kuasa menawan Putrajaya.


 


Jikalau benar 'strategi sumpah' ini sasaran paling tepat menyatakan kebenaran dan keadilan, mengapa Anwar sendiri menolak untuk bersumpah meyakinkan rakyat bahawa dirinya bukan individu yang terpapar menerusi Video Seks yang didedahkan satu ketika dahulu?

Oh.. itu fitnah jahat. Mudah sungguh mencipta persepsi.

Mungkin selepas ini Anwar bakal beri kejutan baru bersumpah menggunakan Kitab yang dijunjung Bala semalam.






Jika hendak bicara soal sumpah, Najib sendiri pernah bersumpah satu ketika dahulu dengan menegaskan tidak pernah mengenali apatah lagi terlibat dalam kes Pembunuhan Altantuya. Sumpah Najib itu disebut mengikut tertib dengan melafazkan kalimah Wallahi... dengan rasa rendah diri pada Allah.. bertempat di Masjid Guar Perahu, Georgetown Pulau Pinang pada sekitar tahun 2009. TONTON VIDEO DI ATAS.

Sebagai individu berstatus Muslim, adakah Sumpah Najib dilihat 'jijik' jika dibandingkan dengan sumpah P. Bala semalam? 





Oh lupa. Fatwa PAS boleh 'mengemaskini' isu sumpah ini. Mungkin Nik Aziz bakal mengeluarkan fatwa selepas ini bahawa sumpah Bala lebih releven dari Najib.

Inilah politik pembangkang. Lebih malu apabila Pimpinan PKR beragama Islam menjulang sumpah Bala seolah2 lupa akan agama sendiri. Sebaliknya, sumpah Najib yang mengikut syariat Islam dicerca dan dihina.

Lebih jahil apabila Bala mengumumkan rasa tekad akan bantu berkempen dan memberi sokongan penuh terhadap PKR dan Pakatan pada PRU13 sehurus melafazkan sumpah tersebut.

Bukankah jelas sama sekali ianya bermotifkan politik?




Akhirnya mainan sumpah jadi senjata Pembangkang.

Namun tidak kira samada Sumpah Al Qur'an mahupun Sumpah Bhagavad Gita, apa yang pasti Anwar sehingga hari ini tidak berani tampil bersumpah menafikan penglibatkan beliau menerusi video seksnya itu yang  didedahkan sendiri sahabat karibnya Datuk Eskay.


PS : Hanya percaya pada Al Qur'an dan Sunnah.


VIDEO PANAS ZULKIFLI NORDIN : "PAS KINI KAFIR PADA ALLAH..!!"



"PAS telah Kafir pada ALLAH."

Jelas sekali kenyataan bekas Peguambela Anwar Ibrahim Zulkifli Nordin ini bikin PAS panas punggung.  

Berang? Itu sudah pasti. Perasaan PAS sudah pasti lebih ekstrim jika dibandingkan tuduhan pimpinan mereka terhadap UMNO sejak sekian lama.

Gelaran UMNO Kafir dijadikan jihad PAS gara2 tuduhan menolak Perundangan Islam sebagai tunggak Pentadbiran Negara. 





Kini, Adakah PAS memperjuangkan prinsip tersebut sebagai tunggak utama penaklukan Kerajaan Malaysia? Mana janji dan ikrar PAS?

Perasaan manusia boleh dipermainkan. Namun jangan dusta pada janji yang kamu berikan pada Allah.

Apa yang pasti kenyataan ini bukan dari mana2 Pemimpin UMNO. Akan tetapi diselar dari seorang Pemimpin yang menyanjung perjuangan PAS. 

Malah ianya dilontarkan dari seorang individu yang pernah membela Anwar dari tuduhan liwat. 

Tuduhlah apa jua sekalipun, individu yang mengecam PAS ini satu ketika dahulu sanggup dipenjarakan demi membela Anwar. Sanggup mati demi mempertahankan perjuangan PAS.

TONTON VIDEO TERTERA DI ATAS.  

Sudah pasti anda terfikir sejenak mengapa tergamak Zulkifli Nordin menyelar PAS telah Kafir kepada ALLAH.
 

PRU13 - NAJIB DILANTIK KETUA PENGARAH BN RAMPAS NEGERI SELANGOR.



Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata PM Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai jentera pilihan raya negeri dalam usaha parti tersebut untuk merampas semula negeri bawah pimpinan Pakatan Rakyat itu.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat BN Selangor di ibu Negara pada malam kelmarin.




"Perdana Menteri yang merupakan Pengerusi BN negeri akan mengetuai jentera pilihan raya umum di Selangor dan ini menunjukkan satu kesinambungan kepada parti bagi menunjukkan keyakinan dan perhatian khusus secara 'hands on' oleh beliau sendiri kepada negeri Selangor.

"Saya pula akan membantu beliau sebagai Timbalan Pengarah untuk membantu dari segi perancangan dan gerak kerja terutama untuk memperkukuhkan jentera BN pada satu tahap lebih optimum untuk menjamin kemenangan mutlak parti," katanya seperti dipetik laman milik Umno itu.





Satu lagi laporan laman tersebut hari ini menyebut, jawatankuasa tertinggi BN negeri dalam mesyuarat tersebut yang dipengerusikan Najib itu menyokong sebulat suara pelantikan Najib sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri.

"BN Selangor optimis bahawa peluang amat cerah untuk kembali memerintah Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti," katanya.





LAGI ARTIKEL PANAS (KLIK pada tajuk di bawah) :-

DATUM JELATEK - PROJEK KRONI ANWAR ROMPAK WANG RAKYAT SELANGOR BERNILAI LEBIH RM 2 BILION.



Feb 24, 2013

PANAS - ANAK FADZIL NOOR DESAK UMNO & PAS BINA KERAJAAN PERPADUAN.



Seorang pendakwah yang merupakan anak bekas presiden PAS, Ahmad Fauwaz Fadzil membangkitkan semula soal kerjasama antara PAS dan Umno, didakwa demi kepentingan Melayu dan Islam.

Malah, organ kedua-dua parti, Harakah dan Utusan Malaysia juga patut bekerjasama, kata anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor itu dalam satu wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia.

"Jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini," katanya dalam wawancara bersama akhbar milik Umno itu.






Beliau juga berkata PAS dan Umno mempunyai "slogan" tersendiri dalam soal agama Islam, Melayu dan negara kebajikan.
"Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan,"

"Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya'," katanya menerusi laporan media Pro Pembangkang Malaysiakini.

Isu perpaduan PAS dengan Umno itu kembali dipromosi selepas lebih setahun menyepi.



Feb 23, 2013

TERKINI - NAJIB UMUM BUBAR PARLIMEN 1 APRIL INI.




Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menjangka Parlimen akan dibubarkan selepas berakhirnya Pameran Udara dan Maritim Langkawi (LIMA) 2013.

LIMA 2013 akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Mac hingga 30 Mac ini.

Astro Awani.com memetik Aziz berkata demikian ketika ditemui media selepas taklimat bersama Pengarah-Pengarah Pilihan Raya zon utara di Langkawi semalam.

Jangkaan itu bagaimanapun, tegas Aziz, adalah pandangan peribadi beliau.

Beliau percaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat selepas selesai LIMA 2013 kerana pameran itu telah dirancang sejak dua tahun lalu.

"Ini logik saya lah, takkan lah dia (Najib) yang pernah jadi Menteri Pertahanan, banyak kali terlibat dalam LIMA, tiba-tiba nak bubar sebelum LIMA," kata Aziz lagi.

Pengerusi SPR itu juga ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan ramai pelabur dari luar negara akan menarik diri jika Parlimen dibubarkan sebelum LIMA 2013.

Menurut Abdul Aziz, Najib sangat arif mengenai kepentingan pelaburan asing yang akan dijana sempena penganjuran pameran berkenaan.

Justeru, Aziz secara peribadi yakin PRU-13 akan berlangsung selepas penganjuran LIMA 2013.

ANWAR REBAH - 160 KERUSI PARLIMEN DI TANGAN BN.




Menurut analisis terkini dan sumber-sumber tertentu, BN dijangka mampu memenangi sehingga 160 dari 222 kerusi dalam pilihanraya ke-13.   

Jangkaan ini menepati ramalan majalah Economist Intelligence Unit (EIU) berdasarkan analisis terhadap projek transformasi, rekod prestasi BN serta penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang jelas begitu kuat bekerja. 

Selain itu, prestasi pembangkang yang buruk kerana banyak memungkiri janji, di akan tambah dengan taburan janji-janji  yang tidak masuk akal jika parti itu memerintah seperti pendidikan percuma dan penurunan duti kenderaan, yang akan memakan belanja sehingga RM47.6 billion setahun, secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada sokongan terhadap BN.   Itu pun belum lagi dicampur dengan janji-janji lain yang melibatkan kewangan negara seperti tol percuma, penurunan harga barang dan lain-lain. 

Dalam pilihanraya yang lalu, BN telah mengalami apa yang dipanggil ‘tsunami’ politik apabila kekurangan 8 kerusi untuk kuasa 2/3. Di Semenanjung daripada 166 kerusi parlimen yang tersedia, BN menang 85 dan di Sabah dan Sarawak pula,  BN menang 54 kerusi.   Secara keseluruhannya BN hanya memenangi 139 dari 222 kerusi. 

Tamparan itu merupakan peringatan dari rakyat yang tidak berpuas hati dengan pendekatan ‘terlalu terbuka’ kepimpinan pada waktu itu sehingga memperlihatkan seolah-olah kehilangan kawalan.   Ternyata rakyat Malaysia cukup bijak menilai perkembangan semasa untuk lebih awal mengesan beberapa perkara yang tidak kena dan bakal merosakkan negara. 

Kebimbangan rakyat terbukti berasas di mana dalam masa hanya sepenggal, negara yang sebelumnya pernah digelar Harimau Asia dan disegani seluruh dunia, benar-benar berada dalam keadaan lemah dan semakin lemah dari segi ekonomi dan juga perpaduan rakyat. 

Suara-suara lantang rakyat ketika itu menjerit-jerit memberitahu mengingatkan kerajaan bahawa walaupun negara harus dipimpin secara berpasukan, namun pasukan yang terlalu besar juga menyumbang kepada risiko yang berbagai dari segi kerahsiaan, kesetiaan, keselamatan, kecekapan, ketelusan dan pengkhianatan.  

Oleh kerana suara tersebut telah diperlekehkan, maka BN pun akhirnya menerima tamparan paling kuat dalam PRU 2008 apabila rakyat nekad melakukan apa yang perlu dilakukan iaitu ‘memberi pengajaran’ kepada kerajaan agar jangan sekali-kali merosakkan negara.  

‘Kerosakan’ yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi kelemahan kepimpinan sehingga sewenang-wenangnya mendedahkan negara kepada risiko kerugian dan hilang kedaulatan, tetapi juga dari segi keterbukaan yang keterlaluan sehingga mengancam perpaduan rakyat. Antara ‘amaran’ paling keras dari rakyat ketika itu adalah supaya kerajaan lebih bijak dalam menangani tuntutan antara suara majoriti dengan minoriti yang menjadi asas demokrasi. 

Hari ini, terbukti sudah bahawa tindakan rakyat memberi pengajaran itu adalah tepat apabila kepimpinan digantikan dengan Dato’ Seri Najib.  

Nampaknya, harapan yang diberikan rakyat kepada kepimpinan baru, telah tidak dipersia-siakan beliau. Dato’ Seri Najib benar-benar berusaha memahami luahan hati rakyat disamping bekerja keras menguruskan negara dan memulihkan segala kerosakan yang berlaku. 

Dato’ Seri Najib membawa imej professional dengan enggan melayan karenah pembangkang yang cuba mengganggu fokus beliau dengan fitnah-fitnah mengenai rasuah, hubungan sulit sehinggakan kepada fitnah membunuh.  

Di masa yang sama, beliau juga mengambil masa untuk mendekati semua golongan, majoriti dan juga minoriti.  Beliau sanggup menerima jemputan Tahun Baru Cina oleh Dong Zong walaupun pertubuhan tersebut selamanya mengambil sikap memusuhi kerajaan.   Walaupun tidak memberi ucapan politik yang berdegar-degar, tetapi kehadiran beliau ke majlis tersebut membawa mesej jelas iaitu kerajaan tidak pernah memusuhi sesiapa. Di bawah BN, semua pihak berhak memperjuangkan hak masing-masing, asalkan tidak menyentuh sensitiviti pihak lain, tidak mencabar perlembagaan negara dan tidak menentang arus nasionalisme.

Kita percaya, pendekatan tegas tetapi lembut Dato’ Seri Najib akan membawa kepada kemenangan besar BN dalam PRU-13.  Kesungguhan dan keikhlasan beliau benar-benar menyentuh hati rakyat untuk turut membantu memastikan negara terus maju ke hadapan serta aman sejahtera di bawah kepimpinannya

Feb 22, 2013

SELANGOR CIPTA REKOD - PROJEK 'DEMI RAKYAT' PALING BERJAYA DI MALAYSIA.



"Mengapa kita mesti mengundi sebuah Kerajaan yang mengutamakan projek berbilion ringgit untuk memperkayakan kroni2 Pemimpin UMNO Barisan Nasional? Tanpa memikirkan derita rakyat? Ini bezanya prinsip kita (Pakatan Rakyat) dengan Kerajaan UMNO Barisan Nasional."

"Buku Jingga jelas menjanjikan kebajikan dan hak rakyat dijamin. Wang Kerajaan dibahagikan sama rata agar rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik."


Ucapan lunak lagi memukau tertera di atas merupakan janji Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang kian gelojoh menyerang pimpinan Najib Tun Razak bagi merampas Putrajaya.

Lontaran kata2 yang begitu angkuh dan bongkak dari Penasihat Ekonomi Negeri Selangor menghina kepimpinan sebuah Kerajaan yang pernah dipertahankan beliau selama 16 tahun satu ketika dahulu.






Projek apa di atas ini? DATUM JELATEK. Yang mentafsir kecurangan beliau terhadap rakyat golongan sederhana dan bawahan.






Tatkala penghuni di kebanyakan Rumah Pangsapuri dan Flat di Selangor dahagakan janji air percuma yang tidak ditepati sehingga hari ini, pelan pembinaan Apartment Multi Bilion milik PKNS ini diluluskan Kerajaan Negeri.




Bakal dibina di sebuah kawasan penempatan Melayu bertaraf sederhana dan miskin di Keramat, Projek Mewah ini turut bakal memusnahkan penempatan2 penduduk sekitar lokasi berdekatan.






Projek milik Kerajaan Negeri ini telah dirancang secara sulit terbongkar setelah dilancarkan di Singapura Oktober tahun lalu. Ianya menawarkan unit termurah Bumiputera berjumlah SGD 301,924 iaitu lebih kurang RM 754,81.

Manakala harga paling tinggi ialah SGD 3,739,611 iaitu lebih kurang RM 9,349,027.






Projek Rakyat? Memang benar ini salah sebuah projek milik rakyat. Rakyat terkaya yang sudah pasti menguburkan rakyat termiskin.

Projek Demi Rakyat ini telah mencipta rekod paling 'berjaya' Kerajaan Negeri Selangor sepanjang pemerintahan lebih 50 tahun. Malah projek ini mampu 'dijayakan' sebuah Kerajaan Negeri tanpa bantuan peruntukan Kerajaan Pusat.



 


Rakyat Termiskin di Flat2 Kos Rendah ditimpa maut dahagakan air percuma.. Rakyat Terkaya diberikan kemewahan tersergam indah laksana syurga.

DEMI RAKYAT. Anwar janjikan 'perubahan luar biasa'.


KLIK DI SINI untuk dapatkan info penuh berkenaan Projek Mewah ini.


LATEST - PERTEMUAN SULIT PAS & DAP BERSAMA KULI BINCANG CALON PM?




Laman Portal Pro Pakatan Malaysian Insider telah membongkar satu pertemuan sulit telah diadakan dari kalangan pimpinan PAS & DAP bersama Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

 Pertemuan yang diperakui sumber dari Pakatan Rakyat ini diadakan bagi mencalonkan Ku Li sebagai PM jika gabungan tersebut menang majoriti pada PRU13 kelak.

“Pakatan perlu ingat, mereka perlu konsisten dalam isu siapa bakal perdana menteri ini. Jangan nanti rakyat nampak kita Flip-Flop,” kata sumber berkenaan.

Lebih parah lagi, tekanan dan desakan Majlis Syura PAS didakwa bertegas menolak Anwar sebagai Pemimpin No. 1 Negara jika PAS bersama2 Pakatan menerajui Kerajaan Pusat

"Haram' bagi Anwar untuk meminta jawatan Perdana Menteri", tambahnya.

Ianya diputuskan setelah membuat kajian jangka panjang kepimpinan Anwar jika PAS berterusan bersama gabungan pimpinannya terutamanya dalam memperteguh prinsip Islam dan Syariah.

Pemimpin tertinggi PKR kemudian berkata Anwar tidak pernah meminta jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya rakyat yang mengangkat beliau.

"Ini sudah dipersetujui oleh PAS dan DAP semenjak pilihan raya umum 1999,” jelasnya.





Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan sebelum itu berkata PAS tidak teragak-agak untuk keluar daripada Pakatan Pembangkang sekiranya pengabungan itu tidak menguntungkan Melayu dan Islam.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyatakan sokongan konsisten terhadap Anwar sebagai calon Perdana Menteri, begitu juga dengan kepimpinan tertinggi DAP.

Namun langkah-langkah untuk menolak Anwar telah dinyatakan secara terbuka oleh akar umbi PAS sejak muktamar parti itu di Kelantan November tahun lalu.

Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini dilaporkan dalam sebuah perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota majlis tersebut menolak Anwar sebagai calon Perdana Menteri pembangkang dan berkemungkinan melantik calon dari luar bagi menggalas jawatan tersebut.






Apapun keputusannya, nyata Pakatan tidak stabil dalam menyatakan konsisten dalam pentadbiran memakmurkan rakyat.

Kepimpinan penuh bercelaru. 

Jikalau benar sumber dari sebuah laman portal Pro Pembangkang ini, diharap Ku Li berpegang pada kenyataan terbarunya yang menyokong kepimpinan Najib.
 
PS : Sentiasa 'memerhati Ku Li.

"PENERIMA BR1M BINATANG" - PEMIMPIN PAS AKUI NIK AZIZ MAKIN NYANYUK.



Fatwa Diktator PAS Nik Aziz Nik Mat yang menggelar kesemua penerima Bantuan BR1M sebagai BINATANG benar2 mengejutkan ramai kalangan ahli2 PAS apatah lagi PKR dan DAP.



"Kerajaan UMNO Barisan Nasional beri BR1M ke BROOM ke, kita ambil. Rakyat Malaysia berhak ambil kerana wang itu hak kita. Tapi PRU13 jangan lupa undi Pakatan Rakyat."


Tatkala Ketua Pembangkang menerusi kempen2 ceramah politik mengarahkan rakyat mengambil wang tersebut sebagai hak mutlak mereka, gelaran Nik Aziz ini menyebabkan penyokong2 Pakatan berkecamuk dan semakin terkeliru dengan wang yang telah dimohon.

Ada beberapa Penyokong Pakatan telahpun menggunakan wang BR1M ini untuk perbelanjaan seharian gara2 menerima arahan Anwar itu.

Adakah kesemua ahli dan penyokong PAS yang telah menerima dan menggunakan wang BR1M diwajibkan memulangkan semula kepada Kerajaan Pusat?
Apa jua ideologi politik, serangan Nik Aziz ini dilihat Pimpinan Parasit PAS tidak membantu menambah undi PRU13 ke atas Pakatan. Nik Aziz dilihat telah menghina ratusan ribu pengundi yang menerima bantuan BR1M dari pihak Kerajaan BN.

Ratusan ribu itu terdiri daripada 3 golongan sasaran iaitu Pengundi Pro BN, Pengundi Pro Pakatan dan Pengundi Atas Pagar.






Nik Aziz nyata semakin hilang akal dan tidak terancang dalam mengeluarkan kenyataan psywar politik bagi mengukuhkan undi PAS.  Walhal Pimpinan PKR dan DAP sendiri mengakui rakyat berhak menerima bantuan tersebut kerana wang itu hak masyarakat Malaysia. 

Antara rungutan puak2 pimpinan Parasit mendakwa pihak yang sewajarnya dijadikan serangan Nik Aziz adalah Kerajaan BN yang dituduh kononnya menggunakan wang BR1M sebagai pancing undi menjelang PRU13. Akan tetapi, rakyat pula yang menerima herdikan MB Kelantan itu.





"Tindakan, Keputusan dan Serangan dengan EMOSI memakan diri. Orang Melayu semakin mundur kerana tidak menggunakan AKAL untuk BERFIKIR dalam melaksanakan ketiga2 unsur itu. Akibatnya Orang Melayu bertelagah, berpecah belah dan gagal."


Benar kata Tun Mahathir seperti di atas.. Individu yang digelar Nik Aziz sebagai pemimpin yang sudah nyanyuk. Kini kebanyakan pimpinan PAS mengakui.. tuduhan tersebut memakan diri Nik Aziz sendiri.

Kadangkala manusia lupa. Serangan emosi itu sebenarnya tanpa disedari merupakan amalan buruk yang diperlakukan dirinya sendiri.


Feb 20, 2013

11 ADUN PAS KEDAH DESAK USTAZ AZIZAN LETAK JAWATAN.




Sebelas Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu.

Ketua Unit Peti Undi (UPU) PAS Megat Dewa Asri Ahmad mendakwa kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai di kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa.

"Dari segi pentadbiran negeri tak dak masalah, tapi dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya PAS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Komplek PAS Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.

Asri mendakwa antara 11 DUN yang mahu Azizan berundur ialah Kota Siputeh, Bandar Baharu, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas.

Dakwanya desakan itu sebenarnya disokong Dewan Ulama PAS Kedah yang bermesyuarat hari ini dan perkara itu akan dibawa ke peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya.

"Kami bagi sokongan kepada Ulama dan mahu selesaikan perkara ini di peringkat pusat, minta Azizan turun... kami mahu PAS Kedah kembali kepada dasar yang ditetapkan, ulama adalah dasar perjuangan PAS," kata Asri.

Sementara itu Azizan ketika diminta mengulas mengenai desakan itu berkata ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan huru-hara dan ia merupakan strategi yang dipercayai dirancang musuh PAS.

Beliau berkata bagaimanapun sebagai sebuah negara bebas, sesiapa sahaja berhak untuk mengeluarkan kenyataan dan pihaknya hanya boleh lihat apa sahaja yang dilakukan mereka.

"Pimpinan-pimpinan bahagian semua bersatu dan tak ada masalah pun, tiba-tiba ada pulak pihak lain cuba timbulkan huru-hara. Apa lagi yang saya buat tak kena, saya dah cuba bangunkan negeri, buat yang terbaik untuk rakyat," katanya. - Antarapos

 

Feb 19, 2013

NIAT JAHAT MR. XENOPHON AGEN ANWAR KE PUTRAJAYA.




Beberapa senator Malaysia yang dengan keras menolak campur tangan asing dalam urusan demokrasi Malaysia, hari ini tampil mempersoal niat sebenar senator dari Australia Nick Xenophon yang kononnya cuba hendak memastikan pilihan raya umum ke-13 bersih dan telus.

Mereka berpendapat Malaysia tidak memerlukan individu asing atau pihak luar yang cuba memandai-mandai mengajar kerana Malaysia telah dikenali dunia sebagai antara negara yang mengamalkan sistem demokrasi terbaik dan teruji sejak merdeka.

Senator Datuk Boon Som Inong berkata hasil amalan demokrasi raja berperlembagaan jugalah Malaysia dikenali dunia sebagai negara yang aman dan stabil politiknya serta menikmati kadar pertumbuhan ekonomi yang baik dan pembangunan pesat.

"Siapalah dia (Xenophon) hendak mengajar kita? Masyarakat majmuk Malaysia sudah hidup bersama dalam aman damai dan saling menghormati antara satu sama lain sejak sekian lama, jadi tidak perlulah senator Australia ini untuk menunjuk pandai.

"Senator kita sendiri tidak pernah campur tangan dalam urusan dalaman negara lain kerana kita sedar setiap negara mempunyai acuan demokrasi unik dan tersendiri. Kita juga tidak mahu orang luar cuba mempersoalkan kedaulatan kita," katanya.

Boon Som mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Alias Ahmad yang berani bertindak tegas menghalang kemasukan Xenophon ke negara ini berdasarkan kedaulatan undang-undang negara.

Senator Datuk Jaspal Singh pula berkata dengan rekod campur tangan Xenophon dalam aktiviti haram di negara ini dahulu, adalah wajar bagi rakyat Malaysia mempersoal niat sebenar senator dari Australia itu.

"Kita perlu tanya kenapa tiba-tiba beliau mahu masuk ke Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-13. Pasti ada niat tersembunyi yang bertentangan dengan kerajaan kita atau yang berkepentingan kepada pembangkang.

"Ini berdasarkan pelbagai dalih yang dilapor disebutkannya dalam media massa termasuk hendak menemui ketua pembangkang dan kononnya juga hendak berjumpa Suruhanjaya Pilihan Raya. Lagipun dia tidak mewakili kerajaan Australia tetapi atas dasar individu," katanya.

Jaspal juga bangga dengan tindakan tegas Alias menghalang kemasukan elemen tidak diingini itu ke Malaysia kerana langkah itu dianggapnya mencegah pihak asing menyebar maklumat jahat dan mempengaruhi rakyat secara tidak wajar.

Beliau berkata adalah lebih baik bagi Xenophon menumpukan perhatiannya dalam negara sendiri yang juga akan menghadapi pilihan raya tidak lama lagi.

Presiden protem Majlis Senator Malaysia Datuk Mohammed Najeeb Abdullah turut  menyokong tindakan Imigresen yang mengusir senator Australia yang mungkin mempunyai niat tidak baik untuk mencampuri urusan dalaman Malaysia termasuk proses pilihan raya.

Beliau berkata berstatus sebagai senator bukanlah tiket untuk mana-mana pihak melanggar undang-undang sesebuah negara, apatah lagi negara berdaulat yang lain seperti Malaysia.

Kedatangan untuk menjadi pemerhati pilihan raya juga perlulah atas jemputan antara kerajaan dengan kerajaan dan bukannya atas jemputan pihak tertentu, katanya.

"Amatlah tidak wajar untuk dia hadir dan memberikan ulasan dan mencampuri pilihan raya kita. Apabila bukan undangan daripada kerajaan, pandangan dia akan berpihak kepada siapa rakan yang menjemputnya ketika itu.

"Kita perlu menghormati undang-undang sesebuah negara itu. Kedatangan beliau tidak mewakili kerajaan Australia sebaliknya atas kapasiti peribadi sebagai rakyat Australia," katanya ketika dihubungi di sini.

Senator Datuk Syed Ibrahim Kader pula menyifatkan tindakan senator bebas Australia itu yang cuba mencampuri urusan politik negara ini adalah agenda yang cuba dicetus pembangkang.

"Siapa dia (Xenophon) nak masuk campur dalam hal kita? Dia bukannya senator yang mewakili seluruh dunia, dia hanya layak di negara (Australia) dia sahaja.

"Kalau dia benar-benar ikhlas dia harus menggunakan saluran yang betul iaitu berjumpa dengan kepimpinan kerajaan kita. Apakah agenda yang cuba disembunyikan oleh beliau (Xenophon) kalau tidak bersubahat dengan pembangkang?" katanya.

Beliau yang juga Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) berkata pembangkang hari ini sebenarnya sudah ketandusan isu untuk dijaja kepada rakyat dan cuba menggunakan orang luar untuk memberi pandangan natif tentang negara ini semata-mata bagi menarik perhatian rakyat.

Beliau berkata Malaysia dan Australia selama ini mempunyai hubungan yang baik dan tindakan ke atas Xenophon diharap tidak akan menjejaskan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Seorang lagi Senator, Norliza Abdul Rahim berpendapat kemasukan Xenophon ke negara ini tidak sesuai memandangkan negara bakal menghadapi pilihan raya umum dan kedatangannya pasti akan menimbulkan isu di kalangan ahli politik dan masyarakat.

"Saya rasa penahanan beliau daripada memasuki negara ini memang patut kerana kita sedang bersiap sedia untuk pilihan raya. Tetapi kalau beliau nak datang ke Malaysia selepas pilihan raya umum, beliau amat dialu-alukan," katanya.

Ditanya mengenai keperluan campur tangan orang luar dalam politik negara, Norliza berkata perkara sebegitu tidak perlu kerana hanya rakyat Malaysia yang berhak memilih dan menentukan kerajaan pilihan mereka.

"Malaysia adalah antara negara demokrasi yang dipandang tinggi di mata dunia. Namun setiap rakyat juga mestilah bijak membuat keputusan sendiri tanpa perlu dipengaruhi pihak luar yang boleh kita curigai motif sebenar kedatangannya," katanya.

Feb 16, 2013

PRU13 - MAHATHIR SAHKAN BERTANDING DI PERMATANG PAUH?



Mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad enggan melayan cabaran supaya beliau bertanding dalam pilihan raya umum akan datang menentang bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

mahathir at ikhlas function"Saya dah bersara, saya tak ada niat nak datang balik, tapi saya sekarang ini giat untuk tolong berkempen bagi orang yang dulu tolong saya naik sampai jadi perdana menteri," katanya pada sidang media selepas menghadiri satu majlis makan malam, malam tadi.

Semalam, bekas presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmood mencabar Mahathir menentang Anwar kerana percaya ketua umum PKR itu "telah lama dizalimi" Mahathir dengan pelbagai cara dan patut dibela.

Nordin dilaporkan berkata, Mahathir kini semakin kuat menyerang Anwar walaupun telah bersara daripada politik.

Pertandingan dua tokoh politik itu juga, tegas Nordin, dapat menguji kekuatan dan populariti Anwar untuk mengambil alih kepimpinan negara.

Menurut Mahathir, kempennya sekarang adalah untuk menghargai jasa-jasa mereka yang membantunya sewaktu beliau aktif berpolitik sehingga membolehkannya menjadi perdana menteri.

"Ini balas budilah..sekarang ini orang tak banyak dah balas budi tapi saya masih hargai balas budi.

"Dulu mereka sokong saya, saya naik sampai ke langit.

"La ni (sekarang) saya turun dari langit sokong merekalah," kata Mahathir bersahaja dan berseloroh.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan pada Sidang Media sejurus merasmikan majlis makan malam anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS)/

Feb 13, 2013

VIDEO PANAS - PRO ULAMA' PAS TAMPIL DEDAH SALAH GUNA KUASA PARASIT.




Pendedahan 2 Pemimpin PAS ini tidak sewajarnya dipandang remeh. Memang mereka bukan pimpinan atas PAS. Akan tetapi ini merupakan antara Pimpinan akar umbi yang semakin jijik melihat kerosakan kepimpinan Parti yang kian membiak menerusi agenda kotor Puak2 Parasit.

Lebih memualkan kegiatan politik yang mentafsir maksud tersirat penyalahgunaan kuasa dan wang yang rakus.





TONTON VIDEO DI ATAS. Ini adalah sebahagian dari ribuan pimpinan PAS akar umbi yang tertipu dengan agenda politik kotor puak2 parasit.

HARON DIN KEMBALI B'TANDING PRU13 - "SAYA TEKAD BAWA JIHAD USTAZ NASHA..!!"




Kelihatan keputusan Timb. Mursyidul Am PAS Haron Din untuk bersara dari bertanding pada Pilihan Raya Umum Malaysia bersifat sementara. Haron Din dilihat 'menarik semula' persaraan tersebut setelah mengesahkan bakal bertempur menjadi salah seorang calon pada PRU13 kelak.

Kenyataan terbaru beliau tidaklah mengejutkan Pimpinan BN sebenarnya. Akan tetapi, ianya telah mengejutkan puak2 Parasit PAS yang punyai misi menumbangkan Haron Din dari terus berkuasa dalam parti.






Lonjakan Haron Din secara drastik itu mencacatkan agenda Puak Parasit yang berjaya menghakis pengaruh tokoh2 Pro Ulama' seorang demi seorang. Malah sumber menjelaskan keputusan beliau bagi mewakili suara akar umbi Pro Ulama' setelah wakil tertinggi Ustaz Nasharudin berjaya ditumbangkan tanpa bermaruah.

Ianya bukan sahaja diputuskan beliau sejurus pemecatan Ustaz Nasha, Haron Din didakwa khuatir ketirisan tokoh2 Pro Ulama PAS di Dewan Rakyat setelah melihat tahap kesihatan rakan akrab beliau mewakili Parlimen Baling Ustaz Taib Azamuddin yang kian uzur berdepan penyakit yang ditanggung sekian lama.






Sudah puak2 PKR pimpinan Anwar berang dengan sikap Haron Din. Anwar semakin bosan dengan 'gangguan2 liar' puak2 Pro Ulama' dari mencapai misi beliau menggenggam jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Kuasa Pro Ulama' PAS di Dewan Rakyat yang dilihat bakal lupus serta merta sejurus PRU13 menjadi pendorong buat Haron Din. Beliau bakal menghalang sebarang usul yang menentang arus perjuangan Islam, sebagaimana yang dihujahkan Khalid Samad berkaitan penggunaan Kalimah Allah di Parlimen 1 ketika dahulu.






Kini, pelan baru dilaporkan sedang dipergiat bagi menghalang Haron Din menjadi salah seorang calon mewakili PAS pada PRU13.

Persoalannya, setelah Hasan Ali dan Ustaz Nasha 'tumpas'. mampukah Haron Din menjadi kubu dan benteng pertahanan Kumpulan Pro Ulama'?

Kebalkah kekuatan Haron Din berdepan dengan ugutan2 dari puak2 Parasit.

Mungkin ini peluang terakhir.


Feb 12, 2013

TUN M : ORANG MELAYU MESTI GUNA AKAL KEKAL KUASA MELAYU.





Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan kaum Melayu betapa pentingnya untuk mengekalkan kuasa politik yang dimiliki selama ini.

Beliau berkata demikian pada program ‘Santai Bersama Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad’ di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) baru-baru ini, dengan menjelaskan bahawa kedudukan Melayu di negara ini hanya boleh diperbaiki sekiranya kuasa politik kekal di tangan mereka.

Katanya, sebagai contoh Malaysia telah berusaha keras sejak negara mencapai kemerdekaan lagi pada tahun 1957 untuk mempertingkatkan kedudukan orang Melayu dengan berbekalkan ilmu pengetahuan agar mereka tidak lagi bergantung harap kepada kerajaan meskipun terpaksa menelan kos yang tinggi.

“Tujuan kita hendak kuasa politik ialah supaya kita dapat memperbaiki kedudukan kita.

“Sebab itulah apabila kita merdeka, maka kita berusaha membekalkan orang Melayu dengan ilmu pengetahuan. Perbelanjaan yang cukup banyak ditumpukan kepada perbekalan ilmu supaya orang Melayu tidak lagi bergantung kepada kerajaan,” katanya.

Namun begitu, beliau menegaskan usaha-usaha yang dijalankan kerajaan setakat ini masih belum mencapai matlamatnya.

Meskipun mengakui terdapatnya orang Melayu yang berjaya di dalam perniagaan dan menjawat jawatan penting di dalam syarikat-syarikat korporat, namun menurut Dr Mahathir yang mentadbir negara ini selama 22 tahun, jumlah mereka masih lagi kecil berbanding kaum lain.

Justeru katanya, dengan memiliki kuasa politik jurang dikalangan masyarakat yang tidak seimbang ketika ini akan dapat diperbetulkan.

“Tetapi kita dapati kita tidak mencapai matlamat kita sepenuhnya. Sementara ramai juga yang dapat biasiswa, ilmu pelajaran, dapat pegang jawatan tinggi, bahkan dapat berniaga dengan jayanya. Tapi jumlah mereka sangat kecil.

“Sebab itu kita kena membantu mereka yang belum mempunyai kekuatan. Untuk itu, kita perlu berkuasa dalam bidang politik..politik memberi kuasa kepada kita untuk memperbetulkan jurang di dalam masyarakat kita..keadaan tidak seimbang dalam masyarakat kita,” ujar beliau.

Dalam masa yang sama, beliau turut menasihatkan masyarakat Melayu di negara ini supaya tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan.

Sebaliknya, beliau menggesa orang Melayu untuk lebih berdikari dan memajukan diri supaya ia akan lebih disegani oleh lain-lain kaum di negara ini.

“Orang yang kuat tak perlu pertolongan..sebaliknya orang yang lemah perlu mendapat bantuan. Jadi kalau kita nak tentukan nasib kita, kita boleh bergantung kepada bantuan yang mana kadang-kadang datang kadang-kadang tidak..

“Sebaliknya kalau kita perkuatkan diri kita, sampai orang pun takut tengok badan kita begitu tegap sekali, kita tak perlu kepada bantuan lagi,” katanya.
Powered by Blogger.