Jan 29, 2013

PECAT USTAZ NASHA - MAHATHIR BALUN POLITIK KOTOR PAS.




Pas perlu melihat penyertaan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa ke Gaza sebagai model kerjasama antara kerajaan dan pembangkang sebagaimana harapan melihat kerjasama antara Hamas dan Fatah.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan memecat Nasarudin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, daripada Majlis Syura Pas.

Katanya ia seharusnya dijadikan model kerjasama untuk orang melihat umat Islam Malaysia walaupun pembangkang tetapi boleh bekerjasama dengan kerajaan demi membawa mesej keamanan sejagat.

"Sebaliknya Pas tak suka lihat ada orang Pas bekerjasama dengan BN (Barisan Nasional) untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas)...kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA)-Strength In Collaboration' di sini, hari ini.

Ditanya jika Nasharudin perlu mengubah platform perjuangan iaitu keluar daripada Pas, Mahathir berkata: "Itu terpulang kepada dia."

Ahad lepas, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, Nasharuddin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura, dan keputusan dibuat pada 13 Januari lepas dalam mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

ANWAR PANIK - VIDEO NAJIB DI GAZA DIKAGUMI DUNIA.





Jan 25, 2013

IBRAHIM ALI MENGAKU UGUT KRISTIAN BAKAR BIBLE?



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggesa semua pihak supaya bersikap rasional dan tenang berhubung dakwaan ancaman untuk membakar Bible versi bahasa Melayu di Pulau Pinang, Ahad ini.

"PERKASA menafikan perkara yang telah digembar-gemburkan. Dalam keadaan suasana politik dan pilihan raya umum yang semakin memuncak, pelbagai dakwaan tidak berasas ditimbulkan.
Hishammuddin berkata beliau telah bercakap secara peribadi dengan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang didakwa mendesak Bible versi bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah dan tulisan Jawi dibakar.

"Saya menggesa kita semua supaya bersikap rasional dan tenang serta tidak menggugat ketenteraman awam," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Ibrahim semalam dilaporkan telah dipanggil untuk disoal oleh polis Pulau Pinang selepas beberapa laporan dibuat terhadapnya berhubung perkara tersebut.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar mengesahkan kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebut perkataan berniat melukakan perasaan agama seseorang.

Jan 23, 2013

HARUN TAIB BENGANG - "KALIMAH ALLAH? TANYALAH PRESIDEN PAS".



Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib enggan mengulas keperluan untuk parti itu membincangkan mengenai pendirian Majlis Syura bersabit isu kalimah Allah di peringkat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat.

Beliau sebaliknya menyerahkan segala maklumbalas berhubung isu berkenaan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Itu tanya Presiden PAS. Saya taknak komen," jawabnya kepada Antarapos.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sebentar tadi berkata, setakat ini PAS belum mengusulkan sebarang cadangan untuk membincangkan semula keputusan Majlis Syura yang bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkang.

Oleh yang demikian menurut Anwar, Pakatan Rakyat tetap mendokong pendirian yang dipersetujui bersama ketika mesyuarat Majlis Tertinggi pada 8 Januari lalu yang diumumkan Hadi sendiri bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah asalkan ianya tidak disalahgunakan.

"Kalau ada isu selepas (keputusan) Majlis Syura itu, (ia) perlu dibawa dalam mesyuarat Pakatan...tapi Hadi tidak timbulkan perkara itu untuk bincang semula tentang keputusan kalimah Allah.

"Saya hormati keputusan Majlis Syura tetapi tetap dengan pendirian Pakatan," kata beliau rentetan permintaan Setiusaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mahu kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu di Semenanjung, bulan lalu.

Pengerusi DAP Karpal Singh sebelum ini menggesa Hadi agar menasihati Majlis Syura untuk mengkaji semula keputusan melarang orang Kristian menterjemah perkataan 'God' kepada kalimah Allah dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Menurut beliau padangan Majlis Syura PAS harus selari dengan pendirian Pakatan Rakyat supaya tidak timbul sebarang kekeliruan.

MAHKAMAH SAHKAN KES KHALID GAGAP ROMPAK WANG RAKYAT RM10 JUTA.




MB Selangor dilihat melakukan satu keputusan yang memalukan dan mencemar integriti seorang Pemimpin yang dicanang diri sebagai berjiwa rakyat.

Ini adalah ekoran yang meminta pembatalan saman dari pihak mahkamah atas tuntutan rakyat Negeri Selangor berstatus Ibu Tunggal dek kerana menuntut janji Manifesto PRU12 yang dijamin beliau sendiri 4 tahun yang lalu.

RM10.9 Juta wang peruntukan yang dijanjikan bakal diberikan khas buat kesemua golongan ibu tunggal di Negeri tersebut gagal dilaksanakan. Ke mana wang yang dijanjikan itu? 






Anwar Ibrahim sendiri telah menyatakan dengan jelas manifesto yang disenaraikan telah dikaji secara mendalam sebelum ditawarkan kepada rakyat. Maka Anwar menjanjikan 90% manifesto bakal dilaksanakan jika Pembangkang berjaya menawan Negeri Selangor pada PRU12. Ke mana janji tersebut?

Kalau ianya berlaku pada Kerajaan BN, habis dicanang seluruh Negara mendakwa wang ini telah diseleweng oleh apa yang disebut Anwar 'taukey2 kaya mentekedarah duit rakyat'.

Janji Ditepati. Itu slogan jelas.

Demi Rakyat? Tergantung. Dua kali baca ada maksud 'tersirat'.

KLIK DI SINI untuk laporan penuh keputusan kes Mahkamah berkaitan tuntutan Khalid Ibrahim membatalkan kesa Saman lebih dari 2000 ibu tunggal terhadap Kerajaan pimpinannya hari ini
.

Jan 22, 2013

NIK AZIZ TERIMA 'FATWA' ANWAR - HARAM RAKYAT KELANTAN TERIMA 7 JANJI NAJIB..!!



Secara tiba2 hari ini terpapar di beberapa laporan media yang mendapat pelbagai reaksi kotor dari pihak Parasit2 PAS seolah2 panik dengan 7 Janji Manifesto yang diumumkan PM Najib Tun Razak mewakili BN.

Kesemua secara tergesa2 memberi maklum balas sepantas kurang dari 24 jam mendakwa Manifesto BN buat rakyat Kelantan itu adalah rasuah.

Malah Nik Aziz begitu pantas 'ditazkirahkan' oleh Anwar Ibrahim agar tidak mengeluarkan reaksi positif sebagaimana yang dilakukan Diktator PAS itu sebelum ini sejurus menerima peruntukan Kerajaan Pusat.

Nik Aziz secara pantas menfatwakan bahawa Haram bagi rakyat Kelantan menerima kesemua janji tersebut merujuk dakwaan beliau yang mengatakan ianya satu bentuk rasuah.







Berikut janji2 PM menerusi Ucapannya pada Program Janji Ditepati di KB semalam :-

  1. Kerajaan Pusat bakal membina lebuhraya Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai setelah projek tersebut dijanjikan gagal ditepati Kerajaan Negeri Kelantan menerusi Exco Husam Musa.
     
  2. Bakal membina sebuah stadium baru yang canggih dan moden - berbanding stadium Sultan Mohamad Kota Bharu yang usang dan ketinggalan zaman.
     
  3. Rungutan pasal isu air tak bersih yang sudah lama bergema di negeri itu, Najib janji kerajaan pusat akan selesaikan masalah itu.
     
  4. Kerajaan Pusat bakal membina 3,000 unit perumahan rakyat dan mampu milik. Ini baru jumlah permulaan saja dan akan bertambah dari masa ke semasa.
     
  5. Untuk menyemarakan lagi bidang pendidikan tinggi,kerajaan pusat akan bina sebuah kampus baru Uitm di negeri itu yang boleh menampung 5,000 pelajar.
     
  6. Pengstrukturan semula pengangkutan awam,kemudahan bas Rapid seperti yang kini ada di Kuala Lumpur,Pulau Pinang dan Kuantan akan diadakan di Kota Bharu.


Terdapat 2 Manifesto tambahan yang kini hanya menunggu ketetapan akhir dari beberapa pihak berkenaan tidak lama lagi iaitu :-

  1. Kerajaan Pusat akan bina sebuah masjid baru yang terbesar di negeri itu dengan perkenan Tuanku Sultan Kelantan.
     
  2. Isu royalti minyak kini pada peringkat proses akhir di bawah Jawatankuasa Khas dan dijanjikan bakal diselesaikan tidak lama lagi. Ianya turut membabitkan Negeri Pahang dan Terengganu.






Adakah Manifesto itu sejenis rasuah? Bagaimana pula dengan Janji Anwar kepada rakyat seperti penghapusan PTPTN dan Royalti Minyak Kelantan? Jikalau itu dikatakan hak rakyat mengapa pula janji BN ini difatwakan rasuah?

Adakah menaiktaraf air bersih itu satu bentuk rasuah? Jika peruntukan pendidikan itu salah satu bentuk rasuah? Adakah penyediaan rumah rakyat itu rasuah? Royalti pun rasuah? Maka apa yang dicanang Anwar juga berbentuk rasuahlah.

Cakap politik sangat mudah. Tepati janji2 anda di 4 Negeri yang anda jajah. Dikhuatiri gagal dilaksanakan dek kerana rasuah juga. Janganlah terlalu ekstrim mencipta persepsi buruk terhadap Najib. Kelak memakan diri kamu  PAS.

Tidak salah memuji dan ucap rasa terima kasih. Jikalau tidak puji sekalipun sekurang2 nya berdiam diri. Tidak sampai 24 Jam sudah dihina. PAS semakin 'bijak' amal politik kotor.




Janganlah diludah begitu sahaja sebuah Kerajaan yang pernah kamu puji kepimpinannya 1 ketika dahulu walaupun kekangan ideologi. Akan tetapi kini terkedu lidah kebas dek kerana hasutan rakan baru kamu itu.

Kamu mengubah pendirian tidak menentu yang akhir sekali mengikut prinsip individu bernama Anwar Ibrahim. Dahulu dianggap musuh. Kini dijulang sahabat. Tidak mustahil esok lusa manusia ini kembali menjadi musuh kamu.

Sejak dahlu kamu bekerjasama dengan pelbagai parti waimah Penentang Undang2 Islam sekalipun semata2 mahu membunuh UMNO.  Tapi akhirnya sahabat2 kamu ini menikam kamu. Itupun masih ego, buta dan ada rasa dendam.

VIDEO DI ATAS MERUPAKAN REAKSI DAN KEKAGUMAN NIK AZIZ TERHADAP INDIVIDU YANG DIDAKWA RAKAN LAMA BERNAMA TUN MAHATHIR SEBAGAI PEMIMPIN ISLAM PALING LANTANG MENGKRITIK YAHUDI.




CERITA SEBENAR KALIMAH ALLAH - ANWAR DIDAKWA HAMPIR TUMBUK HARON DIN..!!?




Setelah sekian lama Diktator Pakatan Anwar Ibrahim berdiam diri, akhirnya beliau melepaskan geramnya ketika disoal pihak wartawan. Anwar didakwa berteriak seolah2 panas sejurus ditujukan soalan berkaitan pendirian Karpal Singh dan DAP yang jelas bertentangan dengan Majlis Syura PAS.

Listen Listen Listen... Itu antara ungkapan Anwar bagi menghentikan soalan dari beberapa pihak wartawan berhubung isu tersebut.

“You (kamu) mana punya? Ini media UMNO... UMNO ini dia pusing. Pasal lain saya jawab. Ini media UMNO. Kita jawab apa pun, dia pusing,” katanya ketika ditemui selepas ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Damansara Damai dekat kuala Lumpur malam tadi.

Anwar dikatakan sememangnya bertegang mulut dengan beberapa pimpinan PAS sebelum ini setelah membaca kenyataan media berkaitan pendirian itu. Malah Anwar hampir mengarahkan Azmin Ali mengeluarkan kenyataan keras mendesak PAS mengambil tindakan ke atas 2 pimpinan Majlis Syura yang disyaki terlibat dalam memutuskan pendirian tersebut. 

Arahan yang sama pernah dilakukan Azmin bagi mendesak PAS mengambil tindakan terhadap Hasan Ali.






Kini setelah dibincang kembali, Anwar meminta puak2 Parasit merekod dan dipantau secara tajam 2 tokoh yang disyaki iaitu Haron Din dan Ustaz Nasha kini menjadi pemerhatian paling tajam dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan secara terbuka.

Anwar agak berang dengan pendirian2 Haron Din yang bertentangan dengannya seolah2 tidak mengenang jasanya ketika membela Timbalan Mursyidul Am PAS ini sejurus diambil tindakan digam dari sebarang jemputan Kerajaan ketika beliau memegang TPM sekitar 1997.



 



Haron Din dikatakan mengalami masalah dalam meneruskan perniagaan Darul Syifa' dan dibantu dari pihak Anwar sehingga dipecat dari Kerajaan pada 1998.

Arahan kedua diarahkan Anwar agar Azmin menyatakan pendirian Hadi Awang sebagai pilihan utama Pakatan sebagai mesej jelas menolak ketetapan Majlis Syura Ulama PAS.






Anwar boleh terus berdiam atau cakap macam-macam kepada wartawan yang menjalankan tugas mahu melaporkan apa sepatutnya.

Ini semua hanya mendedahkan kepada umum siapa Anwar dan apa pendiriannya dalam isu Kalimah Allah.

Jan 20, 2013

TERBARU - NAJIB UMUM BUBAR PARLIMEN DI DEPAN 30 RIBU RAKYAT KELANTAN?



"Ambo nak umum pilihan raya dah."


Ungkapan ini dilontarkan PM Najib Tun Razak ketika berucap di hadapan rakyat Negeri Kelantan di Majlis Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar Kota Bharu Kelantan sebentar tadi.

Najib telah memberi isyarat paling jelas bahawa PRU13 hanya tinggal sejengkal jaraknya dari sekarang.

Kata2 itu diungkap ketika beliau bertanyakan lebih 30 Ribu rakyat Negeri tersebut mengenai persediaan berdepan Pilihan Raya paling panas dalam sejarah politik Negara.

"Hari ini dalam majlis nak tanya adakah rakyat bersedia menyokong BN?" kata beliau yang juga Pengerusi BN.

Dalam ucapan itu, Najib turut mengumumkan tujuh janji kepada rakyat Kelantan sekiranya BN diberi mandat untuk mentadbir negeri.

Antaranya, pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, stadium baru, menyediakan kemudahan air, perumahan rakyat, kampus Universiti Teknologi Mara kampus  Kota Bharu dan masjid terbesar di Kelantan.

Jan 19, 2013

RAMALAN TUN M PRU13 - KERAJAAN BN TUMBANG KE TANGAN ANWAR?



Kenyataan Bekas PM Mahathir Mohamad sejak akhir2 ini tidak sewajarnya dipandang remeh dari setiap pimpinan BN di peringkat Cawangan, Bahagian hinggalah barisan Majlis Tertinggi.

Menerusi 22 tahun pengalaman mentadbir Negara dan Parti, sudah pasti beliau individu paling releven memberi ramalan paling tepat dalam melihat masa depan lanskap politik di Malaysia.

Apatah lagi rentetan kronologi penglibatan politik satu2 nya Pemimpin Tertinggi UMNO yang lahir dan dibesarkan dari kalangan golongan kebanyakan ini. Ketegasan prinsip tidak dipamer menerusi teriakan di pentas. Akan tetapi terkenal dengan nada sinis sebagai peringatan buat parti dan pemerintah.






Semalam Mahathir menjelaskan bahawa BN dianggap tewas pada PRU13)sekiranya mereka masih gagal memperoleh kemenangan 2/3 sepertimana disaksikan pada tahun 2008.

Beliau menegaskan walaupun BN masih menang, namun kemenangan tersebut disifatkan "kosong" kerana sebuah kerajaan yang berwibawa memerlukan kemenangan majoriti besar dalam Dewan Rakyat.

Menurutnya, dalam sistem demokrasi, kerajaan yang lemah amat mudah diserang dan kekuatan mereka akan terus merosot jika tidak berani bertindak.

“Untuk menghadapi PRU13, pemimpin-pemimpin kena berani menonjolkan diri, jangan takut, jika terus takut maka kerajaan akan terus diserang dari pelbagai penjuru.

“Jadi sekiranya kerajaan sekarang gagal mendapat dua pertiga, maka kerajaan yang ada sekarang adalah lemah,” katanya pada program Bicara Minda: Masa Depan Melayu dan Islam Selepas PRU13?’ anjuran Sinar Harian di sini, semalam.





Selain itu, Dr Mahathir turut menegur kerajaan sekarang yang dilihat terlalu berlembut dengan tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh pihak pembangkang sehinggakan keputusan tersebut amat merugikan. (Video Hishamuddin Rais Hasut Guling Kerajaan di Jalanan)

Sambil memberi contoh pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Dr Mahathir menegaskan pelbagai negara seluruh dunia terutamanya Amerika Syarikat (AS) meniru Malaysia, walaupun pernah menuduh akta ini menindas hak asasi manusia.

“Di Malaysia, tangkapan ISA masih tertakluk di bawah undang-undang, tetapi AS terus menangkap tanpa apa-apa undang-undang dan menempatkan mereka di Teluk Guantanamo sehingga 10 tahun lebih,” katanya.

Peringatan Mahathir ini mesej paling jelas dan mesti dititikberat setiap pimpinan BN di seluruh kawasan. Dasar dan Prinsip Kerajaan adalah benar2 berkepentingan Suara dari Mulut Rakyat dan bukannya Suara Rakyat dari Mulut Anwar.

Jangan hanya kerana ugutan persepsi demi persepsi Pembangkang yang kian bijak mengenalpasti pergerakan 'minda' Kerajaan. 






Kerana apabila Pembangkang pimpinan Anwar berjaya mengawal 'minda' Kerajaan, BN sudah pasti terkubur di sasaran. Mesti diingat Mahathir antara mangsa yang terpengaruh dengan permainan minda Anwar selama 16 tahun.

Atas dasar prinsip itulah yang menyedarkan Mahathir seterusnya tekad memecat anak emasnya itu.

Ada yang mendakwa Mahathir sewajarnya tidak perlu campurtangan dalam hal politik UMNO mahupun Kerajaan. Anda silap.

Mahathir tidak campurtangan. Mahathir hanya memberi peringatan. Bukan arahan.






Kita mudah berbicara. Kerana kita lupa akan nikmat yang kita perolehi sejak tahun 1981 hinggalah ke 2003 hasil kebijaksanaan kepimpinan beliau. Dan bukan sukar bagi Mahathir memastikan tempoh 22 tahun itu berakhir dengan cemerlang.

Apatah lagi membawa UMNO yang pernah diharamkan Mahkamah satu ketika dahulu dibina semula hingga menjadi sebuah parti yang lebih kukuh.

DARI HASAN ALI KE KALIMAH ALLAH - AZMIN JADI TALI BARUT UGUT PRESIDEN PAS.



Inilah politik. Kadangkala nampak cantik di luar, tapi sebenarnya kekotoran tidak nampak kerana terselindung di dalamnya. Begitu jugalah sebaliknya. Daripada kekotoran Anwar dibawa ke waris jari hantunya bernama Azmin Ali.

Hasan Ali antara manusia yang sedar akan kekotoran di sebalik perjuangan yang lunak menerusi kata2 pimpinannya. Beliau salah seorang manusia satu ketika dahulu ang tidak lekang bersama PKR Selangor khasnya bersama Azmin memantapkan kerjasama dari Barisan Alternatif sehinggalah bertukar jenama Pakatan Rakyat.






Jika difikirkan kembali, tiada siapa menduga Hasan Ali kini dicantas sebegitu sahaja. Gara2 sinis Azmin Ali. Walhal 2 manusia ini antara yang menjadi tunggak kerjasama PAS dan PKR Selangor. 

Mungkin di awal perkenalan sukar untuk menggambarkan kesucian mahupun kepalsuan perjuangan yang dipegang bersama. Hasil kerjasama sekian lama baru nampak kecurigaan demi kecurigaan perjuangan.






Kerjasama 2 ideologi ini akhirnya memakan diri Hasan Ali. Azmin dengan begitu mudah memberi 'ugutan' paling keras terhadap PAS agar memecat Hasan Ali setelah perancangan demi perancangan dilaksanakan puak2 Parasit pimpinan Khalid Samad gagal mengubah minda Presiden dan Majlis Syura Ulama PAS.

Malah secara drastik Hasan Ali dijelik, dihina, dicerca dan diludah sehingga hari ini.

Habis terpadam semua perjuangan yang dipuja penyokong2 PAS terhadapnya dek kerana menegur kerjasama PAS dan Pakatan DAP/PKR yang menidakkan perlaksaan Sistem Perundangan berlandaskan Islam.






Alhamdulillah. Tapi Hasan Ali mesti beringat. Bekas rakan2 anda di dalam Pakatan bijak menanam persepsi terhadap penyokong mereka. Setiap sebutan yang terlafaz dari mereka adalah 'karamah' yang benar. Seolah2 ungkapan Ayah Pin dijadikan wahyu dan firman setiap pengikutnya.  Apabila ingkar, hukuman tanpa amaran diputuskan.

Hasan Ali tahu akan strategi mereka. Kerana Hasan Ali juga adalah antara mangsa persepsi kroni2 Anwar terutamanya Azmin sendiri.

Inilah dunia politik. Kuasanya amat kebal. Tiada istilah 'mustahil' dalam politik. Sesuatu yang tidak wujud bakal diwujudkan. Sesuatu yang tidak boleh ditambah bakal ditambah. Sesuatu yang tidak boleh dimiliki orang lain mampu dikongsi bersama. Asalkan bijak memainkan peranan politik masing2.

Akan tetapi, satu perkara yang mustahil akan berlaku. Bukan politik semata2. Mana2 posisi dan sudut, ianya tidak boleh berubah. ALLAH....

Allah itu Tetap Satu. Mustahil Allah ada 2 apatah lagi lebih dari itu. 

Allah adalah Tuhan yang disembah umat Islam. Mustahil Allah itu Tuhan yang terpapar di Kuil Hindu. Mustahil Allah itu Tuhan yang diimaginasi sebuah patung yang disalib dalam Gereja. 

Apatah lagi lebih hina Allah itu sekadar sepatah perkataan biasa yang membawa maksud GOD.

Jika ada individu mahupun kumpulan dalam politik cuba menidakkan perkara tersebut, Allah murka kesemua umat sekelilingnya. Memang benar. Allah itu Maha Pemurah lagi Penyayang. Tetapi jangan lupa... Allah juga Maha Berkuasa.

 Sejahat2 nya seorang perompak, lebih murka mereka yang menduakan Allah.



KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI MENGENAI ULASAN YB AZMIN TERHADAP PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH




Kenyataan yang dikeluarkan oleh Azmin menggambarkan keangkuhan dan kebiadaban pemimpin PKR itu sebagai seorang Muslim dan sebagai seorang Melayu. Tidak terfikir di kepala kita ada pimpinan Muslim yang latarbelakang keluarga begitu hampir kepada Islam mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai biadab seperti yang dipaparkan dalam media kelmarin.

Inti kenyataan beliau boleh disimpulkan seperti berikut :

1. Menyanggah keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS yang merupakan badan tertinggi dalam struktur parti PAS berhubung dengan dasar-dasar parti;

2. Secara sombong dan bongkak memperakukan keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu ini.

Gambaran yang diberi seolah-olah Majlis Presiden menduduki tempat yang supreme yang tidak boleh digugat oleh mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat termasuk PAS. Supremacy ini seharusnya dipertahankan walaupun keputusan tersebut menyalahi peraturan agama Islam yang suci.

Kesucian itu termasuklah soal aqidah yang bagi orang PAS merupakan segala-galanya;

3. Kejahilan Azmin tentang kronologi peristiwa yang berlaku dalamana mesyuarat Majlis Presiden membuat keputusan mengenai kalimah Allah mendahului keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama.

Dalam sistem parti PAS perkara-perkara pokok mengenai Islam semestinya mendapat pengesahan Majlis Syura Ulama. Dalam kes ini apa yang berlaku adalah sebaliknya;

4. Azmin gagal memahami perasaan, citarasa, hatikecil dan komitmen ahli dan penyokong PAS yang sentiasa memperjuangkan kesucian agama Islam dan biasanya akur dan patuh kepada keputusan-keputusan golongan ulama termasuk Dewan Ulama dan pastinya Majlis Syura Ulama PAS;

5. Kenyataan Azmin tidak mungkin dapat meredakan keadaan. Ahli dan penyokong PAS yang sudah ditarbiah sedemikian rupa tidak mudah tunduk kepada mana-mana keputusan yang membelakangkan prinsip Islam.

Mereka tidak akan tunduk kepada mana-mana individu pimpinan yang diberi kata pemutus di dalam Majlis Presiden kecuali pimpinan PAS, yang terdiri daripada mereka yang bukan Islam dan kalaupun Muslim amalan Islam mereka diragukan.






Saya ingin menarik perhatian semua pihak supaya merenungkan perkara-perkara berikut :

1. Apakah kedudukan keputusan dan resolusi Majlis Syura Ulama PAS yang telah sebulat suara menolak kalimah Allah untuk diguna pakai dalam Bible berversi Melayu?

2. Pada masa yang sama bagaimana pula status keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang membolehkan kalimah Allah digunakan?

3. Sehingga ini pimpinan PKR dan DAP kecuali Azmin belum memberi sebarang ulasan sedangkan kenyataan bersama Majlis Presiden Pakatan dikeluarkan oleh ketiga-tiga pimpinan utama. Dato Seri Anwar Ibrahim mewakili PKR, Lim Kit Siang mewakili DAP dan Dato Seri Hadi Awang mewakili PAS.

4. Dikalangan saf pimpinan PAS sendiri diluar daripada Majlis Syura Ulama belum muncul lagi ulasan terhadap status kedua-dua keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura PAS dan Majlis Presiden Pakatan.

5. Adakah pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat terus menidakkan kewujudan undang-undang, enakmen dan fatwa yang telah dikeluarkan? Jika keadaan ini berterusan seperti apa yang ada sekarang bermakna PAS dan Pakatan Rayat secara sewenang-wenangnya mencabul keluhuran undang-undang dan peraturan yang ada.

Gambaran yang ada dihadapan kita sekarang ialah pimpinan PAS bebas membuat keputusan mewakili parti dalam hal-hal yang menyentuh dasar dengan membelakangkan Majlis Syura Ulama.

Tidakkah ini akan mewujudkan precedent yang tidak sihat yang akan menggugat keutuhan parti itu. Majlis Syura Ulama barangkali perlu melihat semula perkara ini supaya amalan mengenepikan Majlis Syura tidak menjadi sesuatu yang boleh dilindungi dan dipertahankan.

Oleh kerana isu ini besar dan mempunyai implikasi yang mendalam terhadap aqidah umat maka wajib bagi semua pihak, PAS dan Pakatan Rakyat membuat penyelesaian yang muktamad terhadap isu yang masih tergantung-gantung ini.

Apakah Pakatan Rakyat mampu ke Putrajaya dengan isu-isu besar yang belum selesai termasuk isu yang dibincangkan ini?



VIDEO ROSMAH BERSUMPAH ISU CINCIN - KAK WAN MINTA MAAF BAGI PIHAK ANWAR?



Hey Anwar.. Tenung lama2 gambar kau dengan Rosmah ni. Kau ni nak perang politik ke, nak berperang dengan isteri orang? DAYUS!! Obses gila.

Terpekik terlolong serang Rosmah kat tiap2 Ceramah politik. Da sampai satu tahap mengarut tuduhan2 kau. RM24 Juta semata2 beli cincin. Heh? Bodoh gile kalau ada makhluk yang percaya.







Jaga Kak Wan sudahlah Anwar. Kelak isteri kau pula yang jadi morian pergi jumpa Rosmah minta maaf.

Dek kerana sikap dayus kau menyerang sampai tak terkawal yang akhirnya memakan diri. Ini pentas politik bro. Bukan gelanggang menyerang bini orang.


Jan 18, 2013

NAJIB PANIK? - WARTAWAN SOAL TENTANG IC PENDATANG TANPA IZIN DI SABAH.




Maaf banyak-banyak pada mereka yang harap Datuk Seri Najib Tun Razak panik berdepan dengan isu dakwaan seorang bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  semasa prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Kalangan wartawan yang berada dalam sidang akhbar beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di PWTC malam tadi menjadi saksi bagaimana Perdana Menteri begitu relaks sekali.

Seperti diduga isu RCI menguasai sidang akhbar itu.Lepas satu..satu soalan itu ditembak padanya.

Kalau mendengar jawapan Perdana Menteri kita akan dapat gambar 'lebih rasional' berbanding putarbelit laporan portal-portal pembangkang yang cuba ' cari makan' dari dakwaan bekas pegawai JPN Sabah itu.

Ramli Kamaruddin dalam keterangannya pada prosiding RCI Rabu mendakwa menerima arahan dari bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri ( sewaktu pentabiran Tun Dr Mahathir)  yakni, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

Mungkin ramai macam buat-buat lupa atas kuasa siapa RCI itu ditubuhkan.

Najib nampak tenang-tenang dan tersenyum saja menjawab soalan khususnya dari kalangan wartawan portal pembangkang.

"Kita tidak boleh melihat hasil berdasarkan seorang saksi. Terdapat seramai 167 saksi yang akan dipanggil. Oleh itu, jangan kita membuat kesimpulan. Biarkan prosiding dijalankan," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Agendadaily.

Najib berkata memberi kerakyatan asalkan mengikut undang-undang bukan satu kesalahan, malah banyak negara lain juga memberikan kewarganegaraan.

Perdana Menteri juga memetik kata-kata Dr Mahathir ketika ditanya wartawan mengenai isu itu,bahawa semasa era bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman 1 juta orang pendatang diberi kerakyatan.

"Jangan beritahu saya anda tidak tahu, anda tahu,"ujarnya.

Beliau mengingatkan bahawa penubuhan RCI itu merupakan manifestasi jelas membuktikan keikhlasan Barisan Nasional mahu menyelesaikan masalah itu.

Ditanya sekiranya, RCI akan menjejaskan pilihan raya umum akan datang, Najib berkata: "Selagi rakyat tidak putar belitkan dengan cara yang salah,"

"Sila terima RCI sebagai usaha ikhlas untuk menyelesaikan masalah ini yang menjadi kebimbangan ramai rakyat Sabah. Kami telah memutuskan untuk menyelesaikan masalah ini.

"Permintaan terhadap RCI telah dibuat parti komponen BN di Sabah dan sebagai pengerusi BN, saya menghormati permintaan itu," tambah Perdana Menteri.

Isnin lalu, RCI memulakan pendengaran awam pertamanya di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah sehingga esok.

Prosiding seterusnya akan diadakan pada 28 Jan hingga 1 Feb dan mulai 22 Feb hingga 27 Feb.

Jan 17, 2013

TUN M - 2 PILIHAN ATAU ORANG MELAYU JADI HAMBA DI NEGARA SENDIRI.



Di sebalik demam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dirasai, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan orang Melayu bahawa mereka bukan sekadar bakal berhadapan dengan pilihan raya umum biasa, sebaliknya bakal menentukan percaturan survival masa depan.

Dalam mencapai matlamat itu, bekas Perdana Menteri berkata, orang Melayu sebenarnya boleh membuat keputusan sama ada yang akan mendatangkan kebaikan ataupun keburukan terhadap masa depan bangsa mereka sendiri.

PRU13 dilabel sebagai ibu kepada segala pilihan raya umum negara ini.

Malah katanya, “orang Melayu boleh membuat pilihan yang akan memberi kebaikan hanya pada masa ini tetapi masa depan yang akan terkubur.

“Jadi, apa yang kita nak ramal untuk masa depan kita? Saya berpendapat, orang Melayu cuma mempunyai dua pilihan.

"Bagi yang sedar, mereka akan mempertahankan kedudukan mereka dan bagi yang tidak sedar, mereka akan berkata keadaan adalah biasa... kami orang Malaysia dan kita tidak perlu kaitkan diri kita dengan Melayu lagi, kita juga akan berjaya,” kata negara ini yang dilihat akan memainkan peranan penting dalam menentukan arah aliran sokongan pada PRU13.

Beliau berkata demikian menerusi laporan Sinar Harian pada program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk "Masa Depan Melayu & Islam Selepas PRU13" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri dan telah memimpin Barisan Nasional pada PRU 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999. 




 
Pada program itu, Dr Mahathir turut melancarkan buku Berani Tanpa Segan tulisan Tan Sri Abdullah Ahmad.

Menyentuh pelbagai aspek berkaitan dengan masa depan politik orang Melayu, Dr Mahathir berkata, masa depan orang Melayu adalah berdasarkan apa yang difikirkan dan kebolehan bangsa itu membuat pertimbangan, terutamanya sejauh mana kecekapan mereka untuk meneka apa yang akan serta sudah berlaku.

Katanya, tidak ramai yang membuat kajian sendiri mengenai perkara seperti ini dan rata-rata apabila orang Melayu berasa marah, mereka sekadar melepaskan rasa marah.

“Kita tidak bertindak untuk mengatasi masalah, sebaliknya kita hanya marah.

"Mengapa kita kata begitu... tak baik, itu sahaja, sebaliknya kita perlu bertindak bukan untuk mengganas seperti di negara-negara yang lain dengan mengikat bom pada badan dan letupkan diri kita.

“Hanya yang dikehendaki, kita harus berfikir secara mendalam tentang masa depan kita dan bagaimana menyelamatkan dan memajukan masa depan kita,” jelas beliau.

Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno menambah, sebagai sebuah negara demokrasi, keputusan banyak bergantung kepada pemilihan orang Melayu termasuk pemilihan tentang siapa yang mampu mentadbir negara.

Ujarnya lagi, jika orang Melayu bertindak berasaskan emosi dan terutamanya kebencian, beliau yakin masa depan orang Melayu tidak akan terjamin.

“Sebaliknya, jika berfikir secara mendalam, berasaskan kepada pengalaman kita berasaskan keadaan, sejarah dan keadaan yang kita lihat sekarang, saya yakin kita akan membuat pilihan bijak.

"Pilihan yang bijak akan menentukan masa depan kita akan terselamat," katanya.

Dr Mahathir, seorang doktor perubatan sebelum menceburi politik dan pernah menghasilkan buku Dilema Melayu yang popular berkata:

"Kita juga harus ingat orang Melayu ini juga yang beragama Islam."

"Kalau orang Melayu gagal, disingkir dan diketepikan dan menjadi kaum yang termiskin dalam negara kita ini, percayalah agama Islam juga akan menghadapi masalah," kata beliau.

HASAN ALI - "TUAN GURU HADI AWANG LUPA PERISTIWA MEMALI."




Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali mendakwa presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'sedang menangis kesedihan' merenung kembali amanat yang dikeluarkannya lebih 30 tahun dahulu sehingga menyebabkan 14 orang meninggal dunia dan didakwa pengikutnya sebagai mati syahid.

Hasan berkata, Hadi pada 1981 menyifatkan Umno 'halal' untuk ditentang kerana mengamalkan perlembagaan acuan British.

Nasihat Hadi itu kemudiannya mencetuskan peristiwa Memali dan meragut nyawa mereka yang tidak bersalah, berpuluh cedera dan beratus ditahan pihak berkuasa.

Namun kini kata Hasan, Hadi antara pemimpin Pakatan Rakyat yang lantang mahu mempertahankan Perlembagaan Persekutuan walhal perlembagaan itu langsung tidak pernah ditukar sejak tiga dekad lalu.

"Dulu (Hadi kata) perlembagaan negara kafir. Tapi sekarang perlembagaan dipertahankan. Maknanya, kalau dulu pun perlembagaan tidak kafir, bagaimana kematian pemimpin Kampung Memali, Ibrahim Libya? Adakah deklarasi syahid itu tidak dikafankan, tidak dimandikan terus ditanam dengan darah-darahnya itu?

"14 orang, siapa nak bertanggungjawab? Anak-anaknya siapa nak bertanggungjawab? Cucu cicitnya siapa nak bertanggungjawab? Ini perkara yang saya rasa sedang menghantui Ustaz Hadi. Saya rasa dia mesti 'bersedih kesal' apabila memikirkan soal ini," katanya dengan nada sebak.






Hadi dalam ceramahnya di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 menyeru ahli PAS untuk menentang Umno selain mendakwa parti pemerintah sebagai kafir. Amanat itu antaranya berbunyi :-

“Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka."

Hasan yang juga ADUN Gombak Setia berkata beliau mengenali Hadi secara peribadi.

Katanya Hadi seorang yang berjiwa murni dan beliau sendiri mengkagumi keperibadian Ahli Parlimen Marang itu.

Oleh sebab itu Hasan berkata beliau yakin Hadi akan muhasabah dirinya dan menyesali tindakannya mengeluarkan amanat itu.

"Sekarang ini saya rasa beliau sedang merenung. Saya yakin, saya kenal Ustaz Hadi, saya pernah pergi bermusafir dengan Ustaz Hadi, lebih kurang dalam 12 hari berdua sahaja bermusafir dekat Afrika.

"Dan saya kenal dia, saya tahu jiwa dia, saya tahu murninya hatinya, murninya jiwanya, hebatnya dia, pada saya, saya kagum sebenarnya,"  ujar Hasan.

Hadi digesa pelbagai pihak untuk menarik balik amanatnya itu, namun seperti biasa bekas Menteri Besar Terengganu itu enggan berbuat demikian. Beliau juga sehingga kini tidak menjelaskan rasionalnya amanat itu dikeluarkan.


Jan 14, 2013

MAHATHIR BALUN PENGKHIANAT NEGARA PIMPIN HIMPUNAN KL112.



Perhimpunan Kebangkitan Rakyat  di Stadium Merdeka Sabtu lepas cuba meniru apa yang berlaku di sesetengah negara Arab dengan niat menjatuhkan kerajaan sedia ada, kerana penganjur merasakan ia tidak boleh menang pilihan raya umum nanti, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jadi mereka berharap dengan meniru, dapat menjatuhkan kerajaan, sedangkan kerajaan negara ini bukan seperti di negara Arab, bukan kerajaan kuku besi, ia adalah kerajaan yang dipilih rakyat.

"Apa yang mereka tiru itu bukan cara demokrasi... jika nak adakan perhimpunan atau demonstrasi perlulah ada alasan, tetapi bukanlah demonstrasi mengenai Shamsidar (Taharin).

Jadi seolah-olah bila ada sahaja kes mahkamah, kena adakan demonstrasi," katanya kepada pemberita di sini selepas menghadiri taklimat perkembangan pembangunan Cyberjaya oleh Kumpulan Emkay hari ini.

Shamsidar ialah isteri timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali yang akan menjadi saksi kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Senator Datuk S.Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Sdn Bhd.

Dr Mahathir berkata perhimpunan anjuran parti pembangkang itu mewujudkan keadaan serba salah kepada pihak berkuasa yang menjaga ketenteraman awam.

"Bila pihak berkuasa ambil tindakan akan dituduh bertindak kasar jika tidak mengambil sebarang tindakan juga tetap diperkatakan," katanya.

Jan 12, 2013

HIMPUNAN RAKYAT KEJAR NAJIB DI SEMENYIH.




Lebih 40,000 orang pelbagai lapisan masyarakat berhimpunan  di situ untuk dengar amanat Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia berlangsung pada pagi sebelum puak pembangkang mengadakan perhimpunan gempak mereka di Stadium Merdeka.

Bayangkan jika perhimpunan dianjurkan oleh partri-parti komponen lain BN atau BN Pusat yang menganjurkannya.

ipf2xx

Rasanya boleh tenggelam pusat bandar Kuala Lumpur dibuatnya.

Himpunan di Rincing jauh dari bandaraya  berlangsung dengan aman dan teratur serta tidak menyusahkan sesiapa.

Sebaliknya puak pembangkang yang turut ditawarkan Stadium Bukit Jalil yang cukup besar tetap nak pakai Stadium Merdeka yang kecil.

Nawaitu mereka cukup terserlah nak tunjuk konon sudah' tawan' Kuala Lumpur bila penyokong kena berarak ke stadium itu dan bersesak di celah-celah jalan sempit sekitarnya.

Bagi yang fahamn politik....taktik pembangkang ini cukup standard.

Mereka harap perhimpunan itu dapat menutup segala kelemahan dan cacamarba dalam pakatan.

najibmainSementara itu Najib dalam ucapannya tidak sentuh langsung isu himpunan pembangkang di Stadium Merdeka.

Beliau antara lain lebih menekankan agar rakyat sentiasa ingat pada pelbagai janji pembangkang pada PRU12 yang tidak ditepati.

Janji-janji pembangkang itu terbukti hanyalah janji kosong dan mereka mengamalkan politik membohongi rakyat semata-mata untuk mengejar kuasa.

"Mana perginya janji nak beri bantuan kepada ibu tunggal di Selangor? Janji air percuma? Ini semua tak betul. Oleh itu jangan kena tipu sekali lagi. Jika mereka janji lagi, jawablah 'Jangan janji Kampung Buah Pala'. Sebabnya, pembangkang pergi kampung itu janji penduduk akan duduk kekal di sana.

"Tetapi mereka gagal tunai janji. Mereka janji kosong. Berbeza kerajaan Barisan Nasional (BN), kita tepati janji. Malah kita bina rumah untuk penduduk kampung tersebut," katanya.

Malah beliau meminta masyarakat India sebut ' Janji Kampong Buah Pala' jika ada pembangkang yang menyapa mereka untuk tabur lagi janji.

Beliau kemudian memberi jaminan bahawa masalah air di Selangor akan selesai jika Barisan Nasional diberi mandat untuk mengambil kembali negeri ini dari Pakatan Rakyat.

"Selangor mempunyai banyak masalah sekarang termasuk masalah air.

"Saya berasa begitu sedih melihat orang ramai terutamanya warga emas yang terpaksa berhempas pulas membawa baldi air ke flat mereka. Ada juga yang perlu untuk membawanya ke tingkat 10.

"Air adalah hak asasi setiap manusia. Kita mesti menyelesaikan keperluan asas rakyat. Ini bukan satu permainan politik tetapi tentang survival rakyat.

"Apa yang kita perhatikan hari ini adalah hanya sedikit (gambaran) apa yang bakal berlaku pada tahun 2014, terutamanya di KL, Selangor dan Putrajaya jika tiada usaha  yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah air," ujarnya.

Najib menggesa orang ramai agar tidak terpedaya dengan separuh benar dan janji-janji kosong.

VIDEO RASUK HISHAMUDDIN RAIS - KITA BERONTAK TUMBANG KERAJAAN DI JALANAN.




"Saya  tukang hasut. Kamu semua ini telah saya hasut datang ke Kuala Lumpur. Kita datang untuk jatuhkan Kerajaan United Malay National Organisation (UMNO) yang telah menipu rakyat."

"Masanya telah tiba untuk kita turun ke jalan raya. Tidak perlu bercakap lagi, tidak perlu berbincang lagi. Kita harus melakukan aksi. Anak anak muda, dunia ini akhirnya milik kamu."






Mat Sabu Beri Jaminan... Perhimpunan Aman? TONTON VIDEO TERTERA. UCAPAN HASUTAN HISHAMUDDIN RAIS MALAM TADI.


Jan 11, 2013

VIDEO PANAS - PEMIMPIN HIMPUNAN BERSIH SERTAI UMNO.




Bekas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (PKR) Syamsul Hidayat semalam telah mengisytiharkan secara rasmi menyertai UMNO setelah merasakan Parti Pembangkang tersebut membawa perjuangan palsu.






Beliau yang juga antara Pemimpin Sekretariat Perhimpunan BERSIH mengetuai 2 rakan PKR yang lain iaitu AJK AMK Setiawangsa Mohamad Asroc Jailani dan bekas Peguam kepada Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Saiful Ambar Bin Abdullah Ambar.

TONTON Video di atas kenyataan beliau berkaitan agenda sulit Pakatan menganjurkan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini.



Jan 9, 2013

ISU KALIMAH ALLAH KIAN PANAS.. DEWAN ULAMA' PAS KECAM HADI AWANG.




Kenyataan terbaru Dewan Ulama' PAS Pusat yang tegas berpendirian membantah penggunaan Kalimah Allah terhadap Agama bukan Islam membuktikan Presiden Hadi Awang telah meruntuhkan integriti dan peranan sayap paling kanan parti tersebut.

Bantahan secara terbuka yang dikeluarkan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Ustaz Haron Taib merupakan satu peringatan keras buat Presiden PAS agar tidak membelakangi peranan besar Majlis Syura Ulama PAS apatah lagi menyatakan pendirian berkaitan isu2 Agama Islam.

Memang benar apa yang dibangkitkan Hasan Ali ketika bersama PAS satu ketika dahulu.  Peranan Dewan Ulama PAS semakin terpinggir dek kerana penguasaan puak2 Parasit yang menyembah impian Anwar.

Politik tetap politik. Kejujuran hanya terletak pada prinsip setiap individu bergelar Pemimpin. Jika prinsip tersebut kian bertukar berulangkali tanpa henti, tiada lagi kejujuran pada pemimpin itu.

Jan 8, 2013

KALIMAH ALLAH - HARUN DIN CABAR HADI AWANG LETAK JAWATAN.




Permainan politik tanpa mengira kedudukan dan prinsip Agama. Tercatat jua sejarah politik tanah air. Seorang Pemimpin yang diangkat selaku pejuang Islam membuat satu pengumuman rasmi yang dilihat agak mustahil berlaku satu ketika dahulu.

Politik.. Tiada yang mustahil. Kalimah Allah kini bebas digunakan untuk merujuk mana2 Tuhan tanpa mengira Agama.

Adakah Tuhan yang disembah di kuil itu wajar digelar panggilan Allah? Adakah Tuhan di tokong buddha itu wajar digelar panggilan Allah? FIKIR.






Apa pendirian Harun Din dan Taib Azamuddin setelah ucapan Hadi Awang tertera pada video di atas diumumkan hari ini? 







2 tokoh ini secara keras menentang penggunaan Kalimah Allah pada mana2 Agama selain dari Islam 1 ketika dahulu. Adakah mampu pendirian ini diubah? Jika mereka mengakuinya, jelas 2 tokoh ini bukan ulama. Akan tetapi hanya seorang pemimpin yang bermain dengan strategi politik berkepentingan semata2.

Mungkin ada benarnya kenyataan yang pernah dikeluarkan beberapa tokoh ulama PAS 1 ketika dahulu. Sudah tiba masanya Presiden PAS ini berundur.
 


NUKILAN MAHATHIR AKUI BN MAKIN LEMAH.. KENAPA?




Generasi muda hari ini harus bijak membuat penilaian terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara sepanjang 55 tahun mentadbir negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, generasi muda yang lahir selepas negara mencapai kemerdekaan dan maju telah menganggap kemajuan negara adalah satu perkara yang biasa dan mereka juga tidak bersyukur dan berterima kasih terhadap usaha kerajaan.

Sehubungan itu, beliau yang sudah hampir 67 tahun menceburi bidang politik  khuatir golongan muda yang kurang pengalaman mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mahu mengubah kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Ada pula yang kata mahu tukar kerajaan kerana sudah diperintah BN selama 55 tahun. Ini sesuatu yang merbahaya dan kalau memberi kuasa kepada orang yang tidak baik, ia boleh merosakkan negara kita dalam jangka masa singkat dan ia tidak mudah dipulihkan.

"Generasi muda jangan nak ada selera baru dan cuba parti pembangkang yang hanya akan membawa kerosakan kepada negara. Mereka harus bijak membuat perbandingan iaitu Malaysia dahulu, sebelum merdeka dan apa yang dicapai sekarang.

"Mereka harus ikhlas membuat penilaian bahawa Barisan Nasional yang memerintah selama 55 tahun telah banyak berjasa dalam memajukan Malaysia. Mereka harus membuat pertimbangan waras dan memilih siapa yang boleh memerintah negara ini menjelang PRU13 nanti," katanya selepas menghadiri sesi dialog bersama anggota Kelab Veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Dr Mahathir juga mahu pemimpin veteran yang mengetahui matlamat dan pencapaian negara terus membantu dan memimpin generasi muda yang akan menentukan masa depan negara agar terus menyokong BN yang telah berjasa dalam membawa pembangunan di negara ini.

"Tidak dapat dinafikan bahawa generasi muda hari ini mungkin tidak sependapat atau tidak puas dengan kerajaan sekarang tetapi adalah lebih baik memilih orang yang kita kenal dan tahu daripada orang yang tidak kenal. Bak pepatah Inggeris, 'Better the devil you know than the angel you don't," katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir menyaran semua ahli Umno berganding bahu untuk memastikan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menang dalam PRU13 nanti.

Sambil mengakui bahawa Najib bukan terbaik dan ada kelemahan, beliau mahu semua ahli Umno agar tidak membuat penilaian terbuka tentang baik buruknya, sebaliknya mengemblengkan tenaga untuk memastikan BN boleh mendapat majoriti dua pertiga.

"Apabila BN dah menang pada PRU13 dan tubuhkan kerajaan, kita boleh memperbetulkan kesilapan dan kesalahan demi kepentingan bersama... pada masa itulah, kita boleh tegur dan menggodam," katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir kesal tindakan sesetengah pemimpin Umno demi kepentingan diri telah menyekat golongan yang berpendidikan, berbakat dan profesional menyertai parti itu.

"Tidak dapat dinafikan bahawa ada orang masuk Umno kerana mahu mendapatkan sesuatu untuk diri sendiri sehingga tidak bagi orang lain masuk Umno.

"Ini penyakit yang sudah ada ketika zaman saya ... dulu doktor dan jurutera tiada dalam Pas tetapi sekarang dah ada kerana apabila mereka tidak masuk Umno, mereka masuk Pas," katanya.

Jan 7, 2013

SPRM TAHAN ORANG KANAN ANWAR DI PERMATANG PAUH.



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pembantu khas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam percubaan merasuah seorang lelaki sebanyak RM30,000 bagi menarik balik laporan polis berkaitan gangguan seksual terhadap isterinya.

Suspek yang juga bertugas di pejabat PKR di Permatang Pauh tersebut dikatakan hadir untuk menyerahkan wang suapan di sebuah restoran kira-kira 11 malam semalam.

"Lelaki itu hadir di restoran tersebut bersama dua lagi individu dan menyaksikan penyerahan wang yang dilakukan oleh salah seorang daripada mereka.

"Ketiga-tiga lelaki itu kemudian ditahan oleh SPRM hasil maklumat awam," menurut sumber yang dilaporkan Mingguan Malaysia.

Selain pembantu khas Timbalan Ketua Menteri, dua lagi individu yang ditahan ialah seorang pegawai daerah berusia 52 tahun dan seorang pegawai bank yang berusia 40 tahun ditahan.

Menurut laporan tersebut, pengadu yang bekerja di sebuah pejabat daerah di negeri tersebut membuat laporan polis berhubung kejadian gangguan seksual yang berlaku penghujung tahun lalu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan pembantu khas Timbalan Ketua Menteri itu antara tiga yang ditahan semalam.

"Siasatan sedang dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan kertas siasatan yang lengkap akan dikemukakan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat," kata Mustafar yang dipetik dari laporan akhbar berbahasa Melayu itu. 

Jan 3, 2013

VIDEO PANAS DEEPAK SERANG RAFIZI BUDAK HINGUSAN ANWAR.



Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.







Tonton VIDEO KENYATAAN DEEPAK berkaitan penafian fitnah Rafizi tersebut.


CONFIRM - REBAT SMARTPHONE KINI UNTUK SEMUA HARGA..




Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.
  
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini.
  
Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.
  
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.
  
Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.
  
SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.
  
Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam.
  
SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.
  
Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my.
 
Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan.

Jan 2, 2013

KES SAMAN UTUSAN - KARPAL BAKAL 'UGUT' TAMPIL SAKSI LIWAT ANWAR?

 
 
Karpal Singh perlu tampil secara sukarela walaupun tidak dipanggil untuk menjadi saksi dalam perbicaraan kes saman fitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd.

Tindakan tersebut wajar sekiranya Pengerusi DAP itu adalah seorang peguam atau pemimpin yang mempunyai kredibiliti dan berintegriti.

Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Abdul Ghani Haron berkata, Karpal tidak seharusnya mengambil sikap 'menikus' jika tidak mahu orang ramai melihat beliau sebaliknya.

"Sebagai seorang peguam berpengalaman, Karpal tidak perlu takut membantu mengemukakan bukti dimilikinya tentang kegiatan liwat Anwar seperti dinyatakan di Parlimen pada tahun 1997.

"Walaupun Karpal dan Anwar kini sudah 'bersaudara', namun kenyataan tersebut tidak pernah ditarik balik menunjukkan bukti yang dikatakan sebelum ini benar-benar wujud," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan pemimpin Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim agar Nallakaruppan memanggil Karpal sebagai saksi defendan kerana mempunyai peranan yang sama penting dengan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin.

Anwar memfailkan saman fitnah itu pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Mengulas lanjut, Zamil yakin penglibatan Karpal sebagai saksi dan dengan segala bukti kukuh yang dimilikinya, pasti tidak akan menyenangkan ramai pihak khususnya rakan pakatan pembangkang.

 
 
 
 
 
"Saya rasa Karpal akan sedaya upaya mengelak daripada menyerahkan segala bukti kukuh yang dimilikinya supaya Anwar terselamat.

"Apa pun, keputusan Anwar menyaman Nalla adalah tindakan yang akan memakan diri dan seterusnya memusnahkan segala reputasinya jika Karpal terpaksa mendedahkan bukti yang dimiliki tentang kegiatan liwat Anwar," ujarnya.

KLIK DI SINI untuk baca hansard penuh Karpal Singh yang mendakwa ada fakta mengenai penglibatan Anwar dalam kegiatan liwat pada Disember 1997.


WAJIB SEBAR - VIDEO PANAS ANWAR CABUL ORANG INDIA..!!




Tahun 2013 amat dinanti2 kan PKR dan rakan sekutu Pakatan tatkala dijangkakan PRU13 bakal berlangsung pada bila2 masa.

Anwar terus menerus malah semakin agresif mengherdik pimpinan PM Najib Tun Razak. Sikap agresif beliau turut dilihat berterusan menabur janji2 dengan kemahiran berpidatonya yang memukau laksana hasutan syaitan.

Malam ucapan Anwar dilihat bertambah agresif di siri Jelajah di beberapa kawasan 2 Negeri impiannya untuk ditawan iaitu Sabah dan Sarawak.

Akan tetapi, janji2 ini hanya senjata berbisa dalam merampas Putrajaya. Akan tetapi, hanya kurang dari 10% daripada kesemua janji tersebut dikotakan.






Masih ingatkah anda peristiwa Kampung Buah Pala di Pulau Pinang? Cukuplah menonton video di atas yang jelas memberi mesej kepada rakyat bahawa Anwar hanya bijak melacur janji2 manis beliau.

Video di atas mesti terus disebarkan kepada rakyat terutamanya penyokong2 Anwar yang 'terpukau' dengan janji2 manisnya. Percayalah. Sokongan anda bakal membunuh maruah anda selaku rakyat Malaysia.

"Ala.. Ini isu lama.." Tidak. Isu ini gambaran sikap Anwar dulu kini dan selamanya. Sikap ini bakal merebak dan membengkak tatkala beliau dijulang sebagai Perdana Menteri kelak.

Tonton Video ini. Ratapi dan Hayati setiap janji2 beliau buat masyarakat Kampung Buah Pala semasa mengadakan kempen PRU12 yang lalu. Kini? Kampung Buah Pala diserang laksana Pencerobohan Zionis di penempatan rakyat Palestin. Kenyataan Melampau? Memang. Tapi itu realiti sebenar yang berlaku.

Buat rakan2 blogger Borneo, sebarkan video ini buat rakyat di Sabah dan Sarawak sebelum 'terlambat'.


Powered by Blogger.