Apr 11, 2013

ULAMA JIJIK - PARASIT PAS 'FATWA' HARAM USTAZ NASHA DIPILIH CALON PRU13.







PAS kini semakin 'bijak' bermain politik cantas mencantas. Ustaz Nasharuddin Mat Isa telah dikuburkan terus dek kerana mengkritik Karpal Singh.

Beliau diputuskan Majlis Syura PAS tidak dicalonkan lagi mewakili PAS bagi bertanding di mana2 kerusi DUN mahupun Parlimen.

Jasa beliau yang diangkat oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor sekian lama terpadam terus dari sejarah dan kamus parti tersebut.

Mungkin dilihat jijik jika diangkat semula bekas Pemimpin  No. 2 PAS ini.

Tiada pencalonan bagi mana-mana kerusi untuk bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), demikian menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.





Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebab terperinci mengapa Nasharudin tidak dicalonkan, selain menegaskan ramai lagi ahli PAS yang tidak disenaraikan sebagai calon dalam pilihan raya umum kali ini.

"Setahu saya nama dia tidak termasuk dalam nama calon PAS, tak ada nama dia. Tunggu nanti akan ada pengumuman calon dalam masa 2,3 hari saya kira," kata beliau kepada Antarapos.

Nasharudin kerap dianggap sebagai 'duri dalam daging' PAS atas sikap lantang beliau mempertahankan dasar-dasar dan prinsip parti Islam itu yang didakwa terpesong akibat menjalinkan hubungan politik dengan DAP dan PKR.

Beliau pernah mengkritik penyokong Pakatan Rakyat yang berkumpul memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pengumuman keputusan kes liwat kedua Ketua Pembangkang itu tahun lalu.

Dalam isu tuntutan kalimah Allah yang dicetuskan Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang, Nasharudin berpendapat bahawa usaha tersebut bertujuan untuk mempopularkan fahaman pluralisme dengan cubaan untuk menganjurkan kesamarataan.

Mengenai isu menggunakan lambang PAS oleh calon DAP sekiranya parti itu dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), Nasharudin menegaskan Pengerusi DAP Karpal Singh dan Lim perlu menyatakan pendirian tentang hukum hudud yang sering ditentang oleh kedua-dua pemimpin itu.

Nasharudin yang kerap didakwa mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti, dan turut dilihat menyertai rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza dan Mekah.

Pemimpin PAS 'mesra kerajaan BN' itu walau bagaimanapun telah digugurkan sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS pada Februari lalu dengan alasan melanggar peraturan parti, namun beliau komited untuk membantu PAS dalam meneruskan perjuangan sebagai ahli biasa.

Datuk Kamarudin Jaafar, merangkap Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum ini berkata pengumuman calon PAS akan dilakukan dalam masa terdekat, selain enggan mengulas tentang pencalonan Nasharudin.

SYABAS PARASIT PAS.


26 comments:

Xpas said...

Kepimpinan adalah amanah dan tanggungjawab, berat persoalannya di Akhirat. Dibebaskan drpdnya adalah kelegaan, jika ada yg lbh baik dan bertanggungjawab. Namun begitu jika ditunaikan dgn amanah dan sempurna besar pula ganjarannya.

Anonymous said...

Tandanya benarlah pimpinan pas sekarang bukan lagi ambil kira pandangan ulamak.....

Anonymous said...

Sedih....orang yang tinggi kefahaman agama ditolak, tetapi artis yang terkinja-kinja, terlompat-lompat pula diangkat sebagai calon. Pas yang dah tak pas lagi

Anonymous said...

Bandingkan aisya dgn ustaz nasha.. Gambar masa jadi lead singer dgn band NZ.. Macam iblis.. Kini lebih berilmu dan mulia di banding dgn ustaz nasha.. Adakah itu pemimpin parti islam yang dikehendaki.. Aps dah jadi PAS.. Makin jahil..

Anonymous said...

Ye ye letak gambar aisha yang sexy tu kat semua tempat.. Biar rakyat dapat tengok akhlak wakil rakyat PAS ni..

Jijan Mali.... said...

Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
Tolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!

SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

Anonymous said...

Orang yang di ketahui baik di tendang, tapi orang macam Mustafa Ali yang kini bertopengkan Iblis di calonkan dalam PRU13. Rosak dah PAS kali nih......

Anonymous said...

Ustaz Nasha, seorang yang berpndidikan agama yang telah lama mengabdikan diri dengan PAS semudah itu diketepikan sebaliknya artis yang baru menjinakkan diri dengan perjuangan PAS diberi peluang untuk bertanding. Tidak mustahil suatu hari nanti PAS menjadi PARTI ARTIS SEMENANJUNG. Moga-moga Allah membuka pintu hati dan minda penyokong tegar PAS agar dapat menilai kembali sokongan mereka kepada PAS.

Anonymous said...

Apa mustafa ali percaya kepada kewujudan allah.. Beranikah bersumpah laknat.. Menafikan pembabitannya dalam aksi seks tu.. Atau seperti yang lain lain.. Hanya ingin menyalahkan umno untuk segala kesalahan yang mereka senditi lakukan..

Anonymous said...

Ulama pondok dah berfatwa haram hukumnya mengundi pas eloklah ust nasha jauhkan diri dari kesesatan pas tu..

Anonymous said...

ostazah abby abdi x dcalon brtanding ker...cian kat die bg la brtanding mner tau bole menang....hattuihhhhhhh kui3

Anonymous said...

Abby ni yang duku jual body dalam rancangan yang lengkapkan perkataan tu ke.. Apa ke nama rancangan tu..

Anonymous said...

Yg penting Ust Nasha tak pernah main bontot dan sondol pelacur. Allah dah tentukan rezeki semua orang... Aku sokong BN. Tapi aku support ust. Nasha. Lantak pi lah parti apapun. Orang mcm ni lah yg layak jd pemimpin. Adil dan berintegriti. Lebih penting, dia praktik Islam.

Anonymous said...

aku sokong ustaz nasha. tolak pas.

Anonymous said...

Apa bodoh sangat PAS ni.. Memanglah gambar gambar seks itu akan dikeluarkan waktu sebegini.. Tak kan nak keluar lepas PRU nanti.. Tapi mungkin perlakuan maksiat itu dibuat lama sebelum musin PRU ini.. Dosa tetap dosa tak kira bila kita buat.. Keluar kan sekarang is non issue.. Tak ke betul..

Anonymous said...

Aku rasa gambar gambar ini semua dirakam oleh pihak pembangkang.. Tujuan asal untuk memeras ugut perlaku ini masa lepas PRU nanti.. Tapi sayangnya dah terbocor ke blog pro BN lebih awal.. Tak kan nak suruh pihak pembangkang edarkan keburukkan sendiri.. "Don't wash your dirty linen in public" bak kata DAP.

Anonymous said...

Persoalannya.. Kenapa tiada gambar pihak BN yang melakukan maksiat macam mustafa ali dsbnya.. Adakah pihak pembangkang tiada teknologi untuk buat video tersebut.. Atau mereka tidak mahu terjebak dalam gutter politic sebegini.. Jika diperhatikan betul betul mereka juga tidak akan melepaskan peluang sebegini jika ada.. Tapi masalah nya tiada.. Buka sebab org BN maksum tak lakukan dosa besar sebegitu.. Cuma tiada dikalangan mereka yang cuba mengugut sesama mereka atau menjatuhkan sesama mereka untuk memerangkap kawan sendiri dengan cara begini..

Anonymous said...

Siapa ambil gambar Chua Soi Lek.. Adakah parti PAS atau DAP atau PKR.. Sudah pasti bukan.. Diambil oleh ahli MCA sendiri pada masa itu.. Samalah macam case mustafa ali.. Mungkin oleh DAP atau PKR atau PAS sendiri..

Anonymous said...

pasal mca ke, dap ke atau mic ke.. itu diorg punya pasal sbb dah bukan islam..

masaalahnya org islam yg kononnye memperjuangkan islam, jihad utk islam, nak hudud, nak negara islam dan org islam lain kafir sbb tak sokong parti mereka tetapi pemimpin2 mereka berlumba2 buat maksiat dan sokong maksiat...

banyak sangat pakai topeng sekarang satu persatu topeng tu tertanggal.. balasan Allah swt

Anonymous said...

Husam sungguh jahil.. Jahil agama dan jahil ilmu.. Dikatakan Tun M macam nabi sebab kononnya boleh tahu apa akan berlaku jika PR menang.. Tiada nabi yang tahu apa akan berlaku dimasa hadapan kecuali ianya datang dari allah.. Allah yang mengetahui segalanya.. Juga Tun M hanya membuat educated guess berdasarkan pengalaman beliau menjadi PM selama 22 tahun.. Bukan macam husam budak hingusan yang buat ramalan hanya guna otak yang sejengkal.. Juga, sekali lagi pihak PAS menggunakan islam dengan cuba mengaitkan Tun M dengan nabi nabi.. Itulah politik PAS..

Anonymous said...

VEN. ASHIN INDAKA: CROOK”DIRTY SEX” OF MYANMAR BUDDHIST MONKS
http://www.youtube.com/watch?v=Sbfptk60--E&feature=youtu.be
Kepada rakyat Malaysia yang hormati,
Suka-lah kita memberitahu bahawa Sami Negera Myamnar kebanyakannya ajaran sesat, banyak permikirannya yang tak betul, main perempuan, tipu wang orang ramai dan lain-lain.

Seorang Myanmar Sami Buddha (VEN. ASHIN INDAKA) bertinggal SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, 52100 MALAYSIA (YIP KUM FOOK”MCA GOMBAK” PRESIDENT) yang sama jahat.

Harap orang ramai, khasnya rakyat Malaysia mesti jauhkan sami Myanmar ini. kami harap juga Kerajaan Malaysia lebih mengambil perhatian Sami Buddha yang di upah dari luar Negeri, supaya rakyat Malaysia dan Nagera dapat di selamatkan. Sekian, Terima Kasih

Respect to people of Malaysia,
Likely, we are told that the Myanmar monks mostly false teaching, many impress notions which are not right, play girl, cheating of the public money and others.

Myanmar Buddhist Monk (VEN. ASHIN INDAKA) stayed at SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, 52100 MALAYSIA (YIP KUM FOOK”MCA GOMBAK” PRESIDENT) as same bad.

Hope all people; especially Malaysians must far away Myanmar's monks. We hope more Malaysia’s Government also noted that the wages of Buddhist monks from the other countries, so that the Malaysian and country can be saved. Thank you

尊敬的马来西亚人民,
我们想告知,缅甸僧侣多半是假的教学,观念是不正确的,玩女人,谎言,欺骗金钱………

缅甸佛教的僧侣 (VEN. ASHIN INDAKA) 住在 SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, 52100 MALAYSIA (YIP KUM FOOK ” MCA GOMBAK” PRESIDENT) 同样糟糕。

希望所有的马来西亚人, 都应该注意远离缅甸的僧侣。我们更希望马来西亚政府注意,外来的僧侣. 谢谢

EVRERYONE CLICK HERE TO SEE MORE INFORMATION: http://www.youtube.com/watch?v=Sbfptk60--E&feature=youtu.be
“VEN. ASHIN INDAKA (MYANMAR): CROOK OF MYANMAR BUDDHIST MONKS (MUST WATCH)”

tokgaru said...

Satu waktu dulu Pas boleh tipu orang melayu bahawa mereka adalah pejuang islam bila melihat cara pemimpin dan ahli Pas berpakaian .. kain pelikat, baju melayu, jubah, serban dan kopiah putih.

Tapi hari ini bila Pas sanggup bersahabat dengan DAP kononnya untuk menegakkan pemerintahan islam di negara ini, sanggup menyokong puak kristian menggunakan kalimah Allah kononnya untuk mendekatkan penganut agama lain kepada Allah.

Walau pun masih berpakaian semacam dulu2 juga, tapi aura islam sudah tidak terpancar lagi pada wajah2 mereka. Kalau tak percaya tanya lah kepada kenalan anda yang tidak menjadi ahli Pas tetapi diam2 menyokong Pas.

Saya ada ramai kenalan yang bila bercakap masih membela Pas sedangkan saya tahu sangat mereka bukan ahli Pas, itu dulu, tapi hari ini bila ditanya " macam mana peluang Pas ". Jawabya sepontan " rosak habis bila Pas besahabat dengan DAP, lintang pukang bila Hadi Awang sokong kristian guna kalimah Allah ".

Maknanya 2 isu besar itu jelas telah memberikan kesan negatif kepada melayu atas pagar yang selama ini menyokong Pas. Itu juga menjelaskan kepada kita bahawa isu Fatwa Nik Aziz " Umno Kafir ", " Sokong Pas Masuk Syurga ", " Sokong DAP Dapat Pahala " dan " Orang Umno Sembahyang Tak Dapat Pahala " sedikit pun tidak memberikan input positif kepada Pas.

Saya meramalkan, andai kata Pas kalah teruk pada PRU13 ini puncanya adalah (1) Pas menerima DAP sebagai sahabat (2) Pas menyokong penganut kristian menggunakan kalimah Allah. Lain2 isu seperti YB Pas ditangkap khalwat dalam koch keretapi, isu video seks Mustafa Ahli, isu pajak tanah 99 tahun kepada wakil rakyat cina DAP Perak, isu air dan lain2 isu adalah merupakan tambah nilai negatif kepada penerimaan orang melayu terhadap perjuangan islam yang dibawa oleh Pas.

Hari ini orang melayu (Umno dan atas agar) sudah boleh menerima " jika Umno dikatakan Kafir maka Pas juga kafir sekafir nya Umno kerana bersahabat dengan DAP, malah mungkin Pas lebih kafir daripada Umno bila Pas menyokong kalimah Allah digunakan oleh penganut kristian sedangkan Umno mempertahankan kalimah Allah ".

Walau apa pun 5hb Mei 2013 adalah hari yang akan menentukan apakah Pas masih melekat dihati orang melayu seperti sebelum itu atau 5hb Mei 2013 adalah hari dimana orang melayu akan menzahirkan bahasa isyarat kepada Pas bahawa " Umno buat baik untuk islam lebih daripada yang Pas pernah buat untuk islam ".

Selamat mengundi.

Anonymous said...

Apa dah jadi ngan pas

Anonymous said...

Lari dari dasar pas.

Anonymous said...

Kagum dgn pendirian ustaz nasha.berprinsip.tak mcm haji hadi.demi kuasa yg sadikit sanggup pertahan apa yg tak betul.renung2 lah haji hadi.

Shukri said...

Dh2 la wei sebut pasal video sex.berdosa bsr tgk aurat org.keji btl org yg sebarkn video tu

Powered by Blogger.