Apr 10, 2013

TOK HIM ISYTIHAR SERTAI SEMULA UMNO?







Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali akan mempertimbangkan pelawaan agar beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan kembali ke pangkuan UMNO.

Menurutnya, jemputan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon BN amat dihargai kerana negarawan itu mengenalinya untuk satu tempoh yang lama.

"Saya bukan saja akan pertimbangkan, tetapi kalau diberi kesempatan ingin kembali kepada UMNO kerana saya orang UMNO, asalnya saya pemimpin UMNO. Cuma dulu ada sedikit pergeseran kerana saya digugur sebagai ketua bahagian selepas persempadanan semula tetapi orang lain kekal.

"Oleh kerana waktu itu tegar dengan isu Anwar Ibrahim, mungkin saya terlanjur sedikit tetapi kita kena lihat apa yang terjadi, orang kena hukum gantung pun ada lembaga pengampunan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Sabah Pasir Gudang di Bandar Seri Alam dekat sini malam tadi.

Yang turut hadir ialah Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali; Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd. Salleh Ismail dan Laksamana Madya (B) Datuk Mat Rabi Abu Samah; Timbalan Yang Dipertua Perkasa Johor, Samat Atan dan wakil rakyat Sabah di Johor, Mohamed Basaran.

Majlis itu dihadiri 1,000 penduduk termasuk 600 masyarakat Suluk di sekitar Pasir Gudang.

Ibrahim turut menyeru rakyat memilih BN dalam pilihan raya umum nanti agar negara ini kekal sebagai 'syurga dunia' menerusi kemakmuran dan keamanan yang dicapai hasil perpaduan sehingga ramai pendatang asing tanpa izin turut datang mencari rezeki.

"Kenapa Malaysia, Johor dan Sabah menjadi tumpuan pendatang asing? Maknanya betapa makmur dan nikmat negara ini dengan kerajaan berkebajikan yang dibawa perpaduan," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau memberitahu, Perkasa dalam pemukimannya baru-baru ini memutuskan bahawa hanya BN dan UMNO yang layak mentadbir negara majmuk ini.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus diberi peluang selepas beliau mengambil alih daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya.

18 comments:

tokgaru said...

Orang Melayu vs Fatwa.

Saya pelik sangat dengan orang melayu ni. Sikit sikit minta fatwa. Sikit sikit nak ikut fatwa. Sampaikan nak pilih parti mana untuk nak bela nasib orang melayu sendiri pun nak minta fatwa juga. Seolah2 orang melayu ni hidup dan bergerak dipandukan oleh fatwa. Agaknya kalau tak ada fatwa maka orang melayu dah tak tahu nak buat apa dan tak tahu nak tuju ke mana. Lemahhhhhhh nya orang melayu. Jumuddddddd nya kepala hotak orang melayu.

Nik Aziz buat fatwa Orang Umno Sembahyang Tak Dapat Pahala .. panik habis seluruh orang Umno termasuk yang jahil dan yang ulamak, takut sungguh sembahyang tapi tak dapat pahala. Nak tanya sikit ... siapa besar ? Allah kah atau Nik Aziz ?

Hadi Awang buat fatwa Party Umno Kafir dan Sokong Umno Jadi Kafir .. panik habis seluruh orang Umno termasuk yang jahil dan yang ulamak, takut sungguh jatuh kafir kerana berjuang dan menyokong perjuangan Umno. Nak tanya sikit ... siapa besar ? Allah kah atau Hadi Awang ?

Nik Aziz kata Umno Tolak Islam .. pakat melenting habis orang Umno termasuklah yang bergelar ulamak. (Tolak islam pekejadahnya kalau Umno tak berhenti2 duk bina mesjid, bina surau, repair mesjid, repair surau, beri bantuan sekolah agama, beri bantuan sekolah pondok, perkemaskan undang2 enakment islam disetiap negeri dalam negara ini). Nak tanya sikit .. fahamkah kita makna TOLAK ?

Ni yang terbaru dengar kata PKR duk pulun nak minta Fatwa dari Nik Aziz untuk menghalalkan orang bisex jadi PM. Labih hebat lagi katanya dah ada Fatwa dari Yuosof Qardawi yang menghalalkan bisex boleh menjadi pemimpin kepada umat islam.

Pertanyaan saya kepada seluroh orang Umno dan orang melayu .. macam mana kalau Nik Aziz dan Yusof Qardawi keluarkan fatwa HARAM BAGI UMAT ISLAM UNTUK MENGUNDI PARTI SELAIN DARIPADA PARTI DAP, BALASAN NERAKA KEPADA ORANG YANG TIDAK MENGUNDI PARTI DAP .. adakah semua orang melayu akan hanya mengundi Parti DAP kerana takut tak dapat masuk syurga seperti yang di fatwakan oleh Nik Aziz dan Yusof Qardawi.

Boleh ikut FATWA tapi kena pakai otak lah sama. Mengundi lah IKUT RASA dan BUKAN IKUT FATWA.

aku said...

patutlah nik aziz tu panjang umurnya...Allah nak tunjuk tu...pikir-pikir lah sendiri...wallahualam...

Anonymous said...

tok guru ni org melayu ke apa,,,,yg kau kutuk tu org melayu macam kau jugak .....kepala hang jugak la sb kau pun melayu,...bodo punya orang...ini isu politik yang kau g kutuk sesama melayu tu pasal..kau makan babi ke?

Anonymous said...

kalau kau cakap org jahil tu termasuk kau jugak la bangang....melenting tak tentu pasal..kutuk orang melayu habis kau tu orang apa ....orang perancis ke....nak komen tu berpada-pada la jgn nak babitkan semua org........ada belajar kah tok guru ni....bodoh punya org.

Anonymous said...

ada mungkin dia graduate dr us dulu kerana mcm stail us jer org lain semua x betoi/blh kecuali dia & kuncu2 nya.kalau d lihat dr berbagai sudut yg palng bangang ialah pengikut2 nya semua.cuba kita jgn respon dia x kemana pun hilang mcm tu jer.

bg non said...

bagi insan yg menamakan diri nya tok guru , bagi saya dia lah orang bodoh becakap tampa belandaskan hukum hakam ,banyak mengunakan akal,tp akal yang tak belandaskan kepada islam,orang bodoh takan tahu sebenarnya dia bodoh, bodoh ini ada juga dsebut bodoh sombong

Anonymous said...

hampa la bodoh!baghal!kelabu asap..ejaan pun bengap ada hati nak kata kt org..Sblm korang maki kat dia hampa buka mata luas tgk ejaan "tokguru"ke"tokgaru"bodoh kecik2 xnk mampus! Tau nk cr kesalahan org je..tokgaru u are right!

Anonymous said...

mengundi tak perlu fatwa tapi guna pensel dan kertas undi dan pangkah calon BN. Insya Allah dapat juga pahala.

Anonymous said...

Pengikut pr semua telah dibahlolkan oleh ketua2 mereka tidak kira melayu ataupun cina ,keling , dayak dan kedazan semua telah buta mata kerana telah di butakan, dan menganggap anu war adalah yang terbaik

Jijan Mali.... said...

Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
Tolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!

SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

Anonymous said...

takbir!! Takbir!!takbir!!!

Anonymous said...

mau rasa baju baru ma dunhill

Anonymous said...

mau rasa bini baru ma
mau rasa kereta baru ma
mau rasa kemudi baru ma
mau rasa semua baru
tara salahkan
tara dosakan

Anonymous said...

VEN. ASHIN INDAKA: CROOK”DIRTY SEX” OF MYANMAR BUDDHIST MONKS
http://www.youtube.com/watch?v=Sbfptk60--E&feature=youtu.be
Kepada rakyat Malaysia yang hormati,
Suka-lah kita memberitahu bahawa Sami Negera Myamnar kebanyakannya ajaran sesat, banyak permikirannya yang tak betul, main perempuan, tipu wang orang ramai dan lain-lain.

Seorang Myanmar Sami Buddha (VEN. ASHIN INDAKA) bertinggal SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, 52100 MALAYSIA (YIP KUM FOOK”MCA GOMBAK” PRESIDENT) yang sama jahat.

Harap orang ramai, khasnya rakyat Malaysia mesti jauhkan sami Myanmar ini. kami harap juga Kerajaan Malaysia lebih mengambil perhatian Sami Buddha yang di upah dari luar Negeri, supaya rakyat Malaysia dan Nagera dapat di selamatkan. Sekian, Terima Kasih

Respect to people of Malaysia,
Likely, we are told that the Myanmar monks mostly false teaching, many impress notions which are not right, play girl, cheating of the public money and others.

Myanmar Buddhist Monk (VEN. ASHIN INDAKA) stayed at SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, 52100 MALAYSIA (YIP KUM FOOK”MCA GOMBAK” PRESIDENT) as same bad.

Hope all people; especially Malaysians must far away Myanmar's monks. We hope more Malaysia’s Government also noted that the wages of Buddhist monks from the other countries, so that the Malaysian and country can be saved. Thank you

尊敬的马来西亚人民,
我们想告知,缅甸僧侣多半是假的教学,观念是不正确的,玩女人,谎言,欺骗金钱………

缅甸佛教的僧侣 (VEN. ASHIN INDAKA) 住在 SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, 52100 MALAYSIA (YIP KUM FOOK ” MCA GOMBAK” PRESIDENT) 同样糟糕。

希望所有的马来西亚人, 都应该注意远离缅甸的僧侣。我们更希望马来西亚政府注意,外来的僧侣. 谢谢

EVRERYONE CLICK HERE TO SEE MORE INFORMATION: http://www.youtube.com/watch?v=Sbfptk60--E&feature=youtu.be
“VEN. ASHIN INDAKA (MYANMAR): CROOK OF MYANMAR BUDDHIST MONKS (MUST WATCH)”

tokgaru said...

Satu waktu dulu Pas boleh tipu orang melayu bahawa mereka adalah pejuang islam bila melihat cara pemimpin dan ahli Pas berpakaian .. kain pelikat, baju melayu, jubah, serban dan kopiah putih.

Tapi hari ini bila Pas sanggup bersahabat dengan DAP kononnya untuk menegakkan pemerintahan islam di negara ini, sanggup menyokong puak kristian menggunakan kalimah Allah kononnya untuk mendekatkan penganut agama lain kepada Allah.

Walau pun masih berpakaian semacam dulu2 juga, tapi aura islam sudah tidak terpancar lagi pada wajah2 mereka. Kalau tak percaya tanya lah kepada kenalan anda yang tidak menjadi ahli Pas tetapi diam2 menyokong Pas.

Saya ada ramai kenalan yang bila bercakap masih membela Pas sedangkan saya tahu sangat mereka bukan ahli Pas, itu dulu, tapi hari ini bila ditanya " macam mana peluang Pas ". Jawabya sepontan " rosak habis bila Pas besahabat dengan DAP, lintang pukang bila Hadi Awang sokong kristian guna kalimah Allah ".

Maknanya 2 isu besar itu jelas telah memberikan kesan negatif kepada melayu atas pagar yang selama ini menyokong Pas. Itu juga menjelaskan kepada kita bahawa isu Fatwa Nik Aziz " Umno Kafir ", " Sokong Pas Masuk Syurga ", " Sokong DAP Dapat Pahala " dan " Orang Umno Sembahyang Tak Dapat Pahala " sedikit pun tidak memberikan input positif kepada Pas.

Saya meramalkan, andai kata Pas kalah teruk pada PRU13 ini puncanya adalah (1) Pas menerima DAP sebagai sahabat (2) Pas menyokong penganut kristian menggunakan kalimah Allah. Lain2 isu seperti YB Pas ditangkap khalwat dalam koch keretapi, isu video seks Mustafa Ahli, isu pajak tanah 99 tahun kepada wakil rakyat cina DAP Perak, isu air dan lain2 isu adalah merupakan tambah nilai negatif kepada penerimaan orang melayu terhadap perjuangan islam yang dibawa oleh Pas.

Hari ini orang melayu (Umno dan atas agar) sudah boleh menerima " jika Umno dikatakan Kafir maka Pas juga kafir sekafir nya Umno kerana bersahabat dengan DAP, malah mungkin Pas lebih kafir daripada Umno bila Pas menyokong kalimah Allah digunakan oleh penganut kristian sedangkan Umno mempertahankan kalimah Allah ".

Walau apa pun 5hb Mei 2013 adalah hari yang akan menentukan apakah Pas masih melekat dihati orang melayu seperti sebelum itu atau 5hb Mei 2013 adalah hari dimana orang melayu akan menzahirkan bahasa isyarat kepada Pas bahawa " Umno buat baik untuk islam lebih daripada yang Pas pernah buat untuk islam ".

Selamat mengundi.

tokgaru said...

Kepada anda2 yang kutuk saya. Saya ucap terima kasih. Cuma saya minta baca dan fahami maksud disebalik penulisan saya. Ada ke tidak kebaikan untuk melayu dan islam ????

Buat apa jadi Tokguru kalau tak habis2 menyesatkan orang, lebih baik jadi saja Tokgaru. Garu sana Garu sini tapi untuk kebaikan orang melayu, orang islam dan negara.

Anonymous said...

Hari tu saya baca blog RBF(kalau tak silap saya), Tokgaru ada mengaku sebagai Cina Alor Setar.

Anonymous said...

RFB online

Powered by Blogger.