Apr 1, 2013

PENGKHIANAT JENERAL SERTAI PKR HINA PEJUANG LAHAD DATU.








Mantan Panglima Medan Tentera Darat, Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said menyifatkan tindakan bekas-bekas Jeneral pembangkang meremeh dan melontar tuduhan liar terhadap  Op Daulat  sebagai cubaan mengelirukan rakyat untuk memancing undi.

Beliau menegaskan tuduhan kononnya ada campurtangan politik dalam operasi pasukan tentera dan polis membanteras pengganas Sulu di Lahad Datu adalah kerja  orang politik yang secara kebetulan pesara tentera.

"Memang tiada sebab lain (tuduhan ini dibuat) kerana dia sudah political (jadi orang politik). 

"Ini (Op Daulat) kerja professional (tentera dan polis). Kita yakin dengan pihak professional," kata beliau yang dilaporkan Antarapos.





PKR membariskan lima bekas Jeneral yang dicanang menjadi calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam cubaan mencari undi anggota pasukan keselamatan.

Susulan pencerobohan di Lahad Datu, kumpulan ini mensasarkan kritikan terhadap angkatan tentera dan kerajaan termasuk mempersoalkan taktik yang digunakan untuk menumpaskan musuh.

Terbaru, bekas Panglima Tentera darat Jeneral Bersara Tan Sri Hashim Hussein membuat kenyataan yang dilihat cuba memecah-belahkan pimpinan pasukan keselamatan sendiri.

"Ada dua markas tentera di Sabah dan Selatan Sabah. Jumlah musuh tidak begitu ramai. Kenapa kita tugaskan satu pemerintah tertinggi untuk ke sana? Kenapa tidak di tugaskan panglima tempatan,?" kata beliau.

Datuk Seri Zaini berkata kenyataan-kenyataan seperti itu berbaur politik dan tidak berasaskan fakta.

"Pada saya orang yang melibatkan diri dalam menangani masalah (di Lahad Datu) lebih tahu keadaan dan lebih tepat kajiannya" tegas beliau.

"(Ini semua) persoalan remeh yang sengaja (bertujuan) menimbulkan kekeliruan," kata beliau ketika mengulas isu-isu yang cuba dicanang oleh bekas-bekas jeneral pembangkang dalam mencari undi untuk pembangkang.





Zaini adalah wira yang memimpin operasi tentera menumpaskan kumpulan Al-Ma'unah di Sauk pada tahun 2000.

Beliau berkata cubaan Hashim mempertikaikan bantuan daripada Semenanjung untuk membantu di Lahad Datu tidak masuk akal.

"Dari segi kekuatan yang diperlukan, adalah sebabnya (kerahan pasukan keselamatan daripada Semenanjung).

"Salah satu sebabnya adalah untuk mengekang mana-mana pihak lain untuk datang ke Sabah. Jadi kita kena tunjukkan kekuatan dan iltizam kita" kata Zaini.


7 comments:

Anonymous said...

dulu lain sekarang lain,,,kata sm salim,..dah pencen tu patut bersyukur dapat duit pencen dari kerajaan, kalau nak tolong kerajaan pun biar lah cara membantu untuk hapuskan muruh, bukan nak komen itu tak betul ini tak betul, buat komen macam bekan PM kita,komen komen yang membangun,..kenali lah anwar, kalau nak memihak dia pun..

Anonymous said...

tak payah la tan sri nak masuk politik. kalau tengok fizikal, 4,5 thn lagi boleh JALAN nih !!! tan sri ingat dpt jadi menteri ke??? atau dpt jadi calon parti main bontot tu ??? hahaha.... silap2 haribulan tan sri frust menonggeng sebab kena LIWAT kah kah kah KIOKKKK !!!

Anonymous said...

Hashim Hussein @ Jack Phellan ni dulu perasan dan berangan nak jadi PAT tapi tak dapat. Masa service dulu pun ramai orang (warga ATM & Mindef) tak suka dia sebab sombong dan angkuh. Dia je yang betul. so bila ada peluang nak menonjolkan diri macam skrg, dia sebatlah..dulu pun memang giler glamer juga dia ni. Kalau tengok cerita Prebet Badul (kalau tak silap) kan dia ada berlakon jadi CO (masa tu pangkat Lt Col ja). dasar pengkhianat..dalam army pengkhianat macam dia ni..kalau masuk kawasan operasi jawabnya mati kena tembak lah..bukan dengan musuh tapi dengan orang sendiri...

Anonymous said...

hisssh...muka mcm kapal pecah je saya tgk...pelikla bukan nk menghina sekali tgk muka pemimpin PR ni majoriti bila tgk x de yg bercahaya knp ya..hati tu dah hitam kot..

Anonymous said...

Hehehehe... pelakon dalam cerita DARAH SATRIA. Skrip yang saya ingat pengkhianat ni: "HANTAR ARIF! (Lt. Arif lakonan Aman Shah).

pemuda umno said...

sbagai bekas pemimpin tertinggi dlm angkatan tentera beliau msti memahami segala nyer ttg tgas2 tentera....xksh ler nk sertai pkr tp xperlu nk kcl2 kan anggota keselematan kte......pengorbanan anggota keselematan amt tggi....sggp mati demi pertahankan tanah air.....seharusnyer beliau bfkr dan sama2 mbantu utk mnyelamatkan negara kta....wahai si dia tolong bfikran rasional n waras....jgn tmkn jnji manis pkr yg hnya taw mnabur jnji

Anonymous said...

TAN SRI DAH TAKDE DUIT. MINTAK DUIT KAT ANWAR SYARAT MSK PKR HINA. KERAJAAN

Powered by Blogger.