Apr 10, 2013

"KAMI MEMANG BERPECAH.." - PENGAKUAN NAIB PENGERUSI DAP JOHOR.








Semakin menghampiri tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin jelas perpecahan berlaku dalam kalangan anggota DAP Johor yang dipimpin Dr Boo Cheng Hau.

Pekung yang cuba disembunyikan selama ini semakin tidak dapat dilindungi lagi apabila Naib Pengerusi DAP negeri, Ong Kow Meng sendiri mengakui memang berlaku perpecahan dalam parti itu di Johor.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat balas yang diterima, memang terdapat pemimpin dan anggota parti tidak lagi menyukai kepimpinan Dr Boo, sehingga mencetuskan sikap berpuak-puak dalam parti.
"Sehubungan itu Dr Boo perlu mengotakan janji yang dibuatnya pada mesyuarat jawatankuasa negeri pada 17 April lalu untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi selepas pilihan raya.

"Jika beliau tidak berbuat demikian, kita tidak akan teragak-agak untuk berkempen bagi menggesa anggota parti supaya tidak mencalonkannya bertanding pada pemilihan kepimpinan DAP Johor Oktober depan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, pengunduran Dr Boo dapat menangani masalah perpecahan yang berlaku, selain mempererat lagi hubungan antara DAP negeri dan DAP pusat.

Pada masa yang sama, beliau turut berharap pengganti Dr Boo kelak seorang yang fleksibel dan mampu bertolak ansur.
Pertelagahan antara Ong dengan bosnya itu bukan satu perkara baru apabila beliau dan 16 cawangan parti itu bersama-sama mengemukakan undi tidak percaya terhadap ADUN Skudai terbabit.

Dr Boo pula pernah mengeluarkan kenyataan kepada akhbar berbahasa Cina di negeri ini bahawa beliau mencabar ADUN Senai itu bertanding merebut jawatan disandangnya pada pemilihan parti akan datang.

Pada sidang media yang sama Ong turut meminta anggota parti supaya akur dan menyokong siapa juga yang dipilih menjadi calon untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti.

Katanya, keputusan pucuk kepimpinan melepaskan Parlimen Segamat kepada PKR untuk ditandingi Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, seharusnya dihormati bagi mengekalkan kesepakatan dalam parti.


17 comments:

Anonymous said...

Nik Aziz adalah manusia yang munafiq.. Penipu besar.. Dahulu kata dia akan bersara jika Tun M bersara.. Kini kata akan terus aktif dan pegang jawatan dalam politik selagi masih bernyawa walaupun berkerusi roda.. Adakah ini bukan menipu namanya..

Anonymous said...

Jangan percaya dengan gossip ni....ini adalah strategy DAP untuk melalaikan kita semua..percayalah..

Anonymous said...

Kalau berkerusi roda macam karpal boleh tahan lagi.. Tapi rasanya nik aziz ni akan krna stroke tak lama lagi dan terlantar bujur di atas katil.. Berak kencing atas katil.. Baru padan muka..

Anonymous said...

Harap begitulah..

Anonymous said...

Ahli DAP yang guna lambang PAS telah dijamin masuk syurga oleh nik aziz..

Anonymous said...

Baguslah tu.. PAS mengunakan ISlam untuk kelangsungan politik dia.. DAP menggunakan PAS dan ISLAM untuk kelangsungan politik dia.. Yang bodoh tetap PAS.. Dipergunakan oleh DAP..

Anonymous said...

A vote for PR is a route to Neraka..

Anonymous said...

HIDUP BN
HIDUP BN
HIDUP BN

Anonymous said...

BN jgn leka dgn taktik DAP utk melekakan jentera BN ni. Teruskan usaha yg di rancang. Mereka cuba nak mainkan perasaan BN rasa syok dan selesa supaya usha x di jalankan dgn sungguh2.

saya Islam said...

nape sakit sangat dgn tn guru? jgn la keji dgn dgn amat sgt. Tak takut dosa ke dok kutuk2 dan keji@ sesama sendiri? menyumpah seranah lagi... kita kan bangsa Malaysia kalau bukan Islam, takpe lah, tapi tolong kekalkan budaya Malaysia yang penuh dgn budi bahasa dan adat sopan... Semoga Allah beri taufik dan hidayah pada anda semua...

Anonymous said...

pakatan rakyat ker pakatan jahat?

Anonymous said...

kenape sakit sgt dgn tok guru??klu dia buat untuk dirinya saja tkde org pon kisah...tapi dia mengkafirkan org yg mengucap dua kalimah shahadah,mengeluarkn 'fatwa' ikut sedap mulut...tue yg org bantah...

Anonymous said...

Tahukah anda bahawa semua pemimpin melayu islam dikalangan pemimpin PR ni adalah maksum dan tidak pernah melakukan maksiat.. Tidak macam Chua Soi Lek, dok rakam gambar seks dia untuk tontonan umum.. Semua pemimpin PR yang ada kontoversi seks termasuk anwar ibriahim, badrul hisham, mat sabu dll semua itu adalah fitnah UMNO.. Walaupun dah kena rakam atau kena tangkap khalwat.. Siapa yang bodoh sekarang..

Anonymous said...

Ye.. Tambah satu lagi.. Tapi kali ini dari parti suci..

Anonymous said...

Kini Pas Meletakkan pemimpin mereka setaraf dgn nabi atau menjatuhkan taraf nabi ke taraf pemimpin mereka.. Terbaru mereka kata pemimpin mereka tak buat bendsa benda keji tu.. Itu semua tuduhan dan fitnah umno.. Bagaimana mereka boleh tahu perangai pemimpin mereka dan adakah mereka punyai bukti itu kerja umno.. Atau itu adalah fitnah kepada umno..

Anonymous said...

Nape sakit sgt ngan tok guru. Sbb dia tok guru yg simpan dendam krpsda manusia sesama ugama dan memecahkan ummah. Semoga Allah bukakan mata hati kau yg dah buta dek tok guru mu tu.

Anonymous said...

Zikir,fikir,berselawat keatas baginda saidina wamaulana muhammad dan berdoakan kebaikan lebih besar faedahnya untuk diri sendiri dan masyarakat...mohon maaf jika terlanjur sekian

Powered by Blogger.