Apr 5, 2013

KALIMAH ALLAH - WARNING TERAKHIR PEMIMPIN PEMUDA PAS BUAT ANWAR.







Umat Islam akan terus membantah cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu sehinggalah pakatan pembangkang, terutama PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), bersetuju kalimah itu hak eksklusif umat Islam.
Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata pihaknya bertegas dalam isu itu demi menjaga kesucian agama Islam.

"Selagi mereka tidak memutuskan kalimah Allah adalah untuk umat Islam, selagi itu kita akan terus membantah dan mengadakan demonstrasi, bukan hanya di Pulau Pinang tetapi di negeri-negeri lain juga.

"Ini juga bukanlah gimik politik sebaliknya kami memang membantah perkara berkenaan sejak 2010 lagi, bukan hanya apabila menjelang pilihan raya sahaja," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan aman yang disertai kira-kira 100 anggota NGO Islam serta penyokong PAS Permatang Pauh di Masjid Seberang Jaya di sini hari ini.

Pada perhimpunan itu, peserta turut bertindak menyebat patung, membakar sepanduk serta gambar pemimpin DAP dan PKR bagi menyuarakan kemarahan mereka terhadap rakan sekutu PAS terbabit.

Mohamed Hafiz yang juga Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) berkata pihaknya turut mengedarkan risalah 'wajib mempertahankan kalimah Allah' kepada jemaah di masjid itu dan usaha akan diperluas ke masjid-masjid lain di seluruh negara.

Sementara itu Presiden Warisan Anak Merdeka, Abdul Ghani Harun berkata pihaknya memilih Masjid Seberang Jaya sebagai venue perhimpunan hari ini kerana mahu pengundi di Permatang Pauh tahu siapa sebenarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga penyandang kerusi parlimen tersebut.

"Saya mahu pengundi di sini tahu siapa sebenarnya Anwar, sebahagian peserta yang ada hari ini adalah ahli PAS Permatang Pauh dan mereka juga kecewa dengan tindakan Anwar yang enggan menerima keputusan Majlis Syura PAS," katanya.

Katanya beliau juga mahu seluruh umat Islam di seluruh negara terus menolak perjuangan dan menentang Anwar kerana tindakannya bersetuju kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam boleh menimbulkan huru-hara.

"Kalimah Allah bukan milik PAS, PKR, DAP atau Umno sebaliknya hak eksklusif orang Islam, milik umat Islam maka kita harus bangkit menyatakan bantahan secara terbuka untuk menentang pakatan yang punya agenda jahat," katanya.


10 comments:

Anonymous said...

TAK NAK PAS SEKUTU DENGAN PKR DAN DAP. PAS SENDIRI MCM DULU LAGI OK.

Anonymous said...

Setuju Anon... PAS kena keluar PR baru boleh berdiri. Tapi selagi pro-Liberal(eg. Mat Sabu)tak keluar PAS dan piimpinan lama tak turun (Hadi, Nik Aziz...) PAS takkan berani bersuara.

Anonymous said...

Bendera Pkr Mata Satu bendera Dajjal. Alquran dan Nabi telah peringatkan.Tolak Pkr parti Dajjal..

Anonymous said...

LKS dan JUI MING bertelagah pasal kerusi gelang patah. Akhurnya LKS dapat. Jelas menunjukkan kuasa DAP melampaui PKR.. Ini belum banding dgn PAS lagi.. Pendek kata a vote for PAS snd PKR is a vote for DAP.. Is a vote for anti islam. Is a vote to neraka.

Bingai @ Bangang said...

Kerajaan Sementara Tidak Pernah Ujud di TendangTerajang.

Anonymous said...

Kalau PAS nak tarik sokongan org melayu 5 thn akan dtg, ia sepatutnya tidak lagi bersenkongkol dengan dap atau pkr,kerana banyak orang melayu sekarang yg dulu menyokong pas dari kepimpinan ulama telah berada diatas pagar utk memlih satu parti yang benar2 membawa kepada penyatuan umah.oleh itu tiada lain parti yang boleh meletakan islam sebagai pedoman hidup yg nampak nya ada kpd parti yg bernama UMNO.fikir fikirkan lah dan renung2kan lah.......



Anonymous said...

PENYOKONG PAS AKAR UMBI YANG TERKAUNG-KAUNG SURUH PAS KELUAR DARI PAKATAN TAPI PUCUK PIMPINAN SEUMPAMA MATI PUCUK BILA BERHADAPAN DENGAN PEMIMPIN DAP DAN PKR.

Anonymous said...

org PAS kat kg aku dah berpecah kepada 2 kumpulan disebabkan calon parlimen yg dipilih bukan dr ahli PAS tapi PKR....sebenarnya PAS dan PKR ni xleh bersatu walau dalam apa cara dan keadaan sekalipun...

Anonymous said...

rajinkah kamu solat tahajud
yg punyai Allah tu rajin rajinlah ya nanti hidayah kena tarik.
mati time tak tutup aurat dan mengutuk nauzubillah

iban said...

kalau kuat bersengketa dalam proses membuat keputusan, yakinlah pihak yg tidak dicalon serta dan pengikut2nya mungkin akan tdak memangkahnya, dan teruk lagi , memberi undian kpd lawan!

Powered by Blogger.