Apr 19, 2013

ISU SURAT YUSUF AL QARDHAWI - PKR BANTAH KEPUTUSAN MAJLIS SYURA PAS.





K


Tindakan mengheret ulama Yusuf Qardhawi dalam kancah PRU 13 semakin hangat tatkala Pimpinan PKR dilihat tidak mengiktiraf keputusan Majlis Syura PAS yang tidak membenarkan surat tokoh Ulama' Antarabangsa itu dijadikan bahan kempen politik pada PRU13.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah menegaskan PKR akan tetap mengedarkan surat berkenaan kepada rakyat sebagai tiket paling efektif mengembalikan sokongan dari pengundi.

Nurul juga mendakwa surat itu yang dikatakan memberi sokongan mutlak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri pembangkang, dihantar oleh Qardhawi bukan sahaja kepada PKR, tetapi juga kepada PAS.

"Itulah istimewanya dengan Dr Yusuf Qardhawi kerana beliau sebagai pemimpin Islam yang ulung, dia dapat berinteraksi dan memberikan surat tersebut kepada semua pimpinan PAS, Keadilan dan juga DAP untuk menyatakan kepercayaan beliau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Nurul kepada Antarapos.

Ketika ditanya mengenai kewujudan surat itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini berkata Qardhawi tidak harus diheret dalam kancah politik tanah air.

"Beliau (Yusuf Qardhawi) tidak mengundi di sini, beliau rakyat Qatar, yang berhak ialah pengundi-pengundi," kata Hadi.

Selain Hadi,  pelbagai pihak turut mempersoalkan kesahihan surat berkenaan selain menyifatkan sebarang cubaan untuk meraih sokongan Qardhawi sebagai tindakan terdesak Anwar untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.

Surat itu juga dilihat sebagai usaha PKR menangkis tindakan PAS enggan memberi sokongan terbuka kepada Anwar untuk dilantik menjadi PM sekiranya pembangkang menang pilihan raya umum.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu mengikut amalan lazim bahawa jawatan PM hanya akan diisi oleh pemimpin daripada parti yang paling banyak memenangi kerusi.
  .
Nurul berkata surat itu adalah bukti keprihatinan Qardhawi terhadap perkembangan dalam Pakatan Rakyat.

"Saya harap pihak media dapat juga menunjuk kepada rakyat versi asal Bahasa Arab dan juga terjermahan (Bahasa Malaysia). Ini penting (untuk) menunjukkan betapa prihatinnya beliau (Qardhawi) terhadap masa depan dan juga kepimpinan dalam Pakatan Rakyat,” kata Nurul.

“Beliau (Qardhawi) rasa (kepimpinan Pakatan) harus utuh untuk melawan kebejatan yang sedia ada," katanya.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengesahkan surat Qardhawi itu akan disebarkan, khususnya untuk menarik sokongan pengundi Melayu, meskipun PAS tidak mahu ulama itu diheret dalam isu calon Perdana Menteri pembangkang.

Nurul menzahirkan pendirian tegas PKR itu dan menolak anggapan pihaknya memperalatkan surat berkenaan.

"Bukan isu guna (surat sokongan Qardhawi) tetapi pada saya itu adalah kewajipan kita, setiap seorang rakyat itu ialah kewajipan untuk memaklumkan kepada yang lain tentang surat tersebut, jadi insya-Allah kita teruskan," katanya.

Bulan lalu, Qardhawi turut mengutus surat kepada Najib, memuji beliau di atas lawatannya ke Gaza untuk memberikan sokongan nyata kepada perjuangan rakyat Palestin. Lawatan Perdana Menteri itu telah dicemuh oleh Anwar sebagai gimik politik.

Dalam pembuka kata surat itu, Qardhawi berdoa agar Allah mengurniakan keberkatan serta rahmat kepada Najib dalam melaksanakan tanggungjawab mencapai matlamat kemajuan, kestabilan dan keselamatan rakyat Malaysia dan global.

8 comments:

Anonymous said...

awat la nak kena surat sokongan bagaiiii ... hampa dah pegang certain negeri/ kawasan 5 tahun, tunjukkan la hasil kerja keras hampa tu .... tak dak modal dah ka?

Anonymous said...

Kalau betul ada surat al- Qardawi ni,aku anggap dia ni ulamak penyibuk,suka masuk campur rumah tangga org.patut juga US tak benarkan dia memasuki US.Lain kali nak cadang umat Islam sokong sesorang siasat dulu secara detail individu berkenaan.Memeilih pemimpin adalah urusan berat,main sokong je ulamk apa kebendanya.

Berita dari gunung said...

surat Hadi dah cukup...

Anonymous said...

aMBOI.......ANAK PELAQ KALAU BERCAKAP PAK DIA JE BETUI....MAK TUTUP PELIAQ PAK ANAK PUN TUTUP PELIAQ PAK....SAKAN KELUARGA NI...PAKAT MENIPU SIANG MALAM.

mohd. natar said...

...elah, tak payah surat surat pun. Orang yang berakal akan tahu memilih yang mana intan dan yang mana kaca.

Kebenaran PASTI akan mengatasi kebatilan, insya'Allah.

Cuma jawab satu soalan sahaja: Mengapa ramai kawan karib meninggalkannya???...

Jawapannya:.......

Anonymous said...

cakap apa pun yg kuar dari mulut keluarga 69 ni langsung tak boleh dipercayai....cakapla apa pun seluruh keluarga kami tetap memangkah BN....pssstt kat kwsn kami ni BN bertemu PAS tpi semangat lawan PAS x de pun.. x kan dah kalah sblm berjuang kot..

Anonymous said...

bukannya susah pun,tunjuk ulamak tu tentang surat tu,nk tgk Anwar gelabah bewak lari ke kedutaan mana plok....

Anonymous said...

Kalau refer kat Yusuf Al Qardhawi minta keluar fatwa pasal isu VDo SU PAS
dan isu Gay dan Lesbian menular di Malaysia boleh ke?? Rasa-rasa dia sokong tak? Kalau sokong minta 'surat' sah juga....

Powered by Blogger.