Apr 30, 2013

HINA KARPAL SINGH - MAHATHIR BAKAL TERIMA WARAN TANGKAP..!!?

"Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis".

Demikian respons bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam bahawa pembangkang akan menangkap dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Lim sebagai perkauman, jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Beliau berkata Karpal Singh membuat kenyataan itu kerana mahu menghalangnya daripada menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sikap Lim yang didakwanya rasis.

"Terkejut saya, pucat muka saya (nada menyindir)...fasal Pengerusi DAP Karpal Singh mahu tangkap saya kerana saya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

"DAP hanya mahu bertanding di kawasan majoriti Cina kerana mereka hanya diterima pengundi di kawasan berkenaan dan tindakan DAP ini ternyata menunjukkan sikap rasis mereka," katanya semasa berucap pada satu majlis di Kampung Padang Jual, Johol, di sini hari ini.

Dr Mahathir mendakwa sekutu DAP iaitu Pas juga bersikap rasis kerana hanya mahu bertanding di kawasan majoriti kaum Melayu terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

Katanya ini berbeza dengan Umno dan MCA yang tidak menunjukkan sikap perkauman kerana boleh bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara tanpa mengira majoriti kaum.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat bersikap hipokrit apabila menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya Jumaat lalu kerana mahu meraih undi di sana.

"Dulu Pas kata mereka nak lelong pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya tapi sekarang tak mahu lelong pula dan mahu menawan Putrajaya dalam PRU ini...buat la pusat pentadbiran seperti Putrajaya di Kelantan," katanya.

Turut hadir pada majlis itu isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Johol Abu Samah Mahat.

11 comments:

Anonymous said...

Over my dead body ...

Anonymous said...

Nak tangkap Mahathir??

Langkah mayat aku dulu...!!

Anonymous said...

Langkah mayat aku dahulu.... Jangan kata tangkap, sentuh pun belum tentu lagi... Hidup Tun !!!!

Anonymous said...

Tangkap je sbb bwk isu perkauman...sape2 nk tnjuk hero pegi la tahan nti..

Anonymous said...

bawak la.. korang kan terror kena tipu.. benda betul tak mau ngaku.. tu wentworth, concorde tu.. super racist.. gi la tangkap red kacang gang tu..

Anonymous said...

ingat tak peristiwa dia kena tampor dulu.. akibat nya dia dah jadi hero filem the iron side?

Hanim Harahap said...

semua orang racis orang barat lagi racis yang peliknye tak der sape nk mengaku racis...apa Tun cakap memang benar.....

salwah syahnas said...

Umno Berkuasa !!!
Rasuah Semakin Berleluasa !!!

Anonymous said...

Macan lan pakatan tu baik sangat. Entah2 si sawah pun telah di rasuah.namanya pun wah wah wah.

paktam said...

lebih baik menang kerajaan melayu islam yg zalim,rasuah,kejam,daripada SERAH KEMENANGAN KEPADA PEMAKAN BABI2 TU SEMUA... hampa lupa ka sapa yg bawa sepanduk masa 13mei nak ganyang melayu,sepandok melayu pi mati,ini tempat kami punya" dan macam2 lg dalam 13mei,,hampa nak tau bapak rasis DAP tu lah yg punya angkara,yg hampa kata cina baik tu, depa akan sangup buat apa saja untuk kuasa, pakai baju melayu,pakai songkok,makan dan ikut semua cara melayu utk ambik hati... bahaya tersangat nyta puak tu,TUN pernah hidup di 3 zaman penjajahan dan bermacam peristiwa besar dlm negara,banyak pengalaman beliau ada...kalau tak tau baik buka sejarah,,TUN ingatkan benda ni bukan untuk diri dia sebab dia akn "pergi" tak lama lg,umur dah 86/87 tahun dah, yg dia ingatkan tu untuk kita kelansungan generasi rahsia TUN didedahkan

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Powered by Blogger.