Apr 20, 2013

HARI BERSEJARAH - KEJUTAN DI HARI PENAMAAN CALON.








Hari ini, merupakan hari bersejarah, di mana semua calon yang dilantik akan menyerahkan borang penamaan calon di pusat penamaan calon, seluruh negara.

Dijangka terdapat banyak kawasan akan menyaksikan pertarungan tiga penjuru dan mungkin lebih, ini kerana berdasarkan laporan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), lebih 900 borang 4 dan 4A telah dibeli oleh calon Bebas, sejak kelmarin.

Hari ini juga dijangka akan berlaku pertukaran calon di saat-saat akhir oleh Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Rakyat (PR), yang akan memberi sedikit kejutan pada permulaan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pertukaran ini dibuat berkemungkinan akibat desakan oleh ahli dan penyokong di peringkat akar umbi yang mahu calon digantikan dengan pemimpin yang lebih dekat dengan mereka.

Selain itu ia mungkin disebabkan calon yang dilantik menarik diri dari bertanding kerusi dicadangkan parti.

Sebagai contoh, pertukaran yang berlaku bagi kerusi Dun Seri Setia, calon BN Datuk Dr Tengku Rethwan Tengku Mansor dilaporkan menarik diri daripada bertanding PRU13 dan kerusi tersebut akan digantikan oleh Datuk Abdul Halim Samad.

18 April lalu, Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob turut mengumumkan tiga pertukaran calon BN di negeri itu membabitkan Parlimen Lipis, Dun Padang Tengku dan Dun Bebar.

Bagi Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad akan menggantikan calon sebelum ini iaitu Datuk Shahrom Osman, manakala tempat Abdul Rahman di Dun Padang Tengku digantikan oleh Datuk Mustapa Long.

Sementara itu, calon asal Dun Bebar Ibrahim Awang Ismail, digantikan oleh Mohd Fakruddin Mohd Arif.

Selain itu, kejutan yang terbesar yang pasti memberi satu sejarah buat PR dalam PRU kali ini adalah isu logo DAP yang dijangka tidak akan digunakan oleh parti itu.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan calon-calon DAP akan membawa dua watikah lantikan dari DAP dan satu lagi dari rakan komponen PR, iaitu Pas bagi Semenanjung dan PKR bagi Sabah.


13 comments:

Pemuda Panji Hitam said...

Tahniah lapis dapat calon parlimen kaki rasuah dan zina

Pemuda Panji Hitam said...

Lipis bungkusssssss rakyat ceka tak ada wakil... Pt ambil semua

Pemuda Panji Hitam said...

Prulipis.blogspot.com

Anonymous said...

Apa specialnya pembangkang dari mata Thailand.. Case Beng Hock pun guna forensik thailand.. Case anwar pun konon guna aktor thailand dan disokong oleh forensik thailand juga.. Adakah Peristiwa di Lahad Datu akan berulang di sempadan malaysia thailand..

Anonymous said...

Rakyat thailand itu semua bukan boleh dipercayai.. Sudah pasti dibeli oleh anwar..

Anonymous said...

Setakat bukti air liur akuan bersumpah sahaja.. Tanya PI Bala.. Mesti telah dibeli oleh sebelah pihak.. Pihak mana tak penting tetapi ini menunjukkan akuan bersumpah itu tidak bermakana langsung.. Pihak berwajib pun tak mengambil tindakan pada PI Bala, jadi orang pun tak takut buat akuan sumpah ..

Anonymous said...

Akuan sumpah mana yang saudara seislam semua lebih wajib percaya.. Sumpah laknat krpada allah ke atau akuan bersumpah.. Anwar hanya perlu berani bersumpah laknat sahaja untuk beri orang melayu di malaysia percaya pada dia.. Tak payah bawak pelakon thailand dsbnya.. Ada berani anwar..

Anonymous said...

Anwar fikir tak syok kalau tak ada tukang karut dalam ceramah dia.. Mesti buat sesuatu yang berlainan.. Itulah dipanggil nya aktor itu..

Anonymous said...

Nak percaya ke kepada akuan sumpah aktor itu.. Kalau bole buat kerja kotor tu.. Sumpah tak beri makna apa.. Janji dapat duit..

Anonymous said...

Klau nak mrgata jgn sebelah pihak saja...pas pun ada jgak perebutan kuasa n petukaran saat akhir...ada yg dah 2 penggal menang pun terpaksa lepaskan pada org lain....kononnya dah 50 lbih...yg nik aziz tua gayut tu x plak suruh tukar....

Anonymous said...

10 anuar cakap nak pecaya 1 pun susah....

Anonymous said...

kesian pemuda panji hitam. hati berkarat hitam. calon parlimen aki zina dan kaki rasuah? demam ke hape kamu ni. ada bukti video berwarna mcm pakmus punya ke? kalau calon bn lipis kaya, apa masalah kamu? bisnes taslink dah lama. tak payah tuduhlah wahai pemuda panji hitam. nanti hati kamu yg hitam tu makin berkarat pulak. oh ya, takde wakil cheka bukan bermakna semua undi bn akan melayang kpd hj abas, melainkan kalau hj abas mampu tabur duit 100 guni pd pengundi dun cheka. ada duit 100 guni? bukan semua duit anwar nk tumpu ke lipis je. org permatang pauh nk jugak merasa duit yg disonglap oleh bos idaman kamu tu!!!!

Anonymous said...

kepada Anon Saturday, April 20, 2013,

Siapa kata akuan bersumpah tak boleh pakai?

Tengoklah sendiri PI Bala dimakan sumpah (mati) lepas berbohong.


Powered by Blogger.