Apr 1, 2013

STATEMENT BIADAP PEMUDA PAS - HADI AWANG SOKONG ISU VIDEO SEKS NABI..?








Bekas Naib Presiden PAS Datuk Mohd Nakhaie Ahmad mengecam sekeras-kerasnya perbuatan Penolong Setiausaha 1 Pemuda PAS, Khairul Fahmi Mat Som yang menyamakan Nabi Muhammad SAW dengan isu semasa yang dikaitkan dengan politik negara.

Beliau menempelak Khairul sebagai muslim yang tidak takut kepada Allah atas keberaniannya mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

Beliau dengan tegas menyifatkan kelantangan Khairul itu sebagai perbuatan yang keji.

"Perbuatan yang tidak ada tandingannya, kejinya perbuatan itu tidak ada tandingan. Bercakap macam tidak takut ke Allah Taala?

"Ini perkataan yang tidak wajar dilakukan dikeluarkan oleh seorang Muslim," katanya.




Pada 27 Mac lalu, Khairul dilaporkan sebagai berkata Umno turut akan melibatkan Nabi Muhammad SAW dalam aksi video seks jika parti itu wujud pada zaman itu.

Menyifatkan Umno sebagai 'jahanam', Khairul turut mendakwa kononnya mempunyai alasannya tersendiri selepas mengakui mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Sehubungan itu, Nakhaie menggambarkan tindakan Pemuda PAS itu sebagai sikap parti itu selama ini yang seringkali mengeluarkan tuduhan yang tidak berasas terhadap Umno- Barisan Nasional (BN).

"Ini urutan daripada sikap PAS mentafsirkan Umno dan menggambarkan Umno begitu jahat sekali serta menuduh bahawa video-video seks Anwar dirancang oleh Umno.

"Ini satu perbuatan yang amat dahsyat bukan main-main dan ini apabila dipermainkan begitu rupa dalam politik saya rasa bahawa ini satu perbuatan yang tidak boleh diterima," kata beliau lagi.




Nakhaie dalam pada itu yakin kepimpinan peringkat pusat parti itu tidak akan mengambil tindakan terhadap kelantangan Khairul, ekoran amalan politik tidak mengenal sempadan agama yang sering ditunjukkan PAS.

Justeru beliau menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap perbuatan Khairul. 

Sebelum ini, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata tindakan Khairul itu boleh dikategorikan sebagai fasik dan menyarankannya agar bertaubat nasuha setelah menghina Nabi menggunakan ayat yang keterlaluan.

Manakala Ahli Majlis Agama Islam Selangor Majlis Agama Islam (Mais) Datuk Aidit Ghazali ketika dihubungi Antarapos berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap Khairul jika terbukti bersalah.

Beliau menyifatkan tindakan kadar segera harus diambil bagi menjamin kesucian agama Islam.

15 comments:

Anonymous said...

ape le nak heran puak ni,
masa org tanye nik aziz kroni naikkan menantu dia jadi ceo tu dulu, terus dia kata nabi pun kroni, mertua&menantu nabi jadi khalifah.
dia tak sedor ke 7 keturunan dia, dihimpun semua kebaikan kalu pun ada, tak kan sama ngan seorang syaidina abu bakar atau sesape pun dari mertua dan menantu nabi tu.

keluar iman seperti panah dari busarnya, nabi akan perangi jika dia masih ada.
nak kata ape lagi pada puak khawarij ni.
tu sebab HARAM sokong pas ni.

Xpas said...

Tepat sekali !

Xpas said...

Kalau segunung emas kita derma dan sedekahkan takkan lebih besar pahalanya dgn sebiji kurma yg dinafkahkan oleh para sahabat r.anhum.

Anonymous said...

Pergi JAHANAM dengan PAS dan Pemimpin2nya!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Mungkin kalau Nabi masih hidup dan menyokong UMNO pasti PAS akan mengkafirkan Nabi.

Anonymous said...

Kenapa nak salahkan UMNO? Ada bukti ke umno yang rakam video itu?. Kita rasa itu kerja mereka yang rapat dengan PKR dan tahu segala gerak geri ketua pembangkang. PAS tidak sudah sudah menyalahkan UMNO sesama Islam sedangkan PAS tutup sebelah mata dengan sikap rasis DAP yang anti Islam.

Anonymous said...

Samada umno, atau pas. Tolonglah jangan kaitkan Nabi yg maksum. Menitik air mata baca org kaitkan nabi, banyak lagi contoh2 lain yg kita boleh guna.

Anonymous said...

Dia tuduh UMNO buat video-video sek pemimpin PKR... sebagai seorang Islam tunjukkan bukti baru boleh buat tuduhan... Dah la tuduh UMNO tanpa bukti lepas tu buat pulak fitnah UMNO akan buat video sek NABI Muhammad.... masyaAllah ... tak hina nabi ker tuu... Sekarang dia tuduh lagi UMNO tak pernah sayang Nabi dan selalu merosakkan Islam ... apa buktinya....tak ada bukti ...jawab la kat Allah di Akhirat kelak

Anonymous said...

puak2 agama pas ni sanggup mempertahankan tingkah laku maksiat puak2 mereka sendiri sehingga sanggup membandingkan perbuatan terkutuk mereka dgn Nabi saw...

sejak berkiblatkan kafir dap, pas semakin sesatttttt......

Anonymous said...

PAS BUKAN ISLAM.. ISLAM BUKAN PAS..

MELAYU ITU ISLAM.. ISLAM ADALAH AGAMA SEMUA ORANG MELAYU..

PILIHL PARTI YANG AKAN MEMARTABATKAN MELAYU.. MAKNANYA MRMILIH PARTI YANG AKAN MEMARTABATKAN ISLAM..

PERGI HANCUR PAS, DAP DAN PKR..

Anonymous said...

Jangan terpedaya dgn LGE.. Dia tarik diri sebab tak berani dicabar untuk bertanding di kawasan pengundi yang seimbang.. Takut di chop CM hanya untuk kaum cina..

Amsa Mohd said...

Pandai sungguh Khairul Fahmi tu buat statement damage control, dalam menegak benang basah tup-tup UMNO juga yang kena, walhal yang tulis twitter tu dia.

Dan dah memang resam PAS, bila ada isu yang terlepas cakap, Hadi dan Nicky Ajis is the rescuer/penyelamat, dah yang lain nanti akan menyokong dan jadi nasi tambah, nak tunjuk masing-masing pun karisma macam Mahfuz Bean tu mungkin yang lain akan menyusul.

Anonymous said...

PAS MMG BODOH. BUAT HUKOM AKAL AJE, KLAU NABI HIDUP SKRG UMOR BAGINDA 1400 THN.

Anonymous said...

orang melayu berani dengan melayu saja la dalam kes ni. dengan bangsa lain tak berani, tu jadi kes melayu tuduh mealayu saja.

Unknown said...

Askm, saya amat marah san tersentuh hati dengan perbuatan jahat manusia celaka ini, memang celaka secelaka lakanya...Jika Nabi pun boleh dihina sebegitu rupa, Tabbat yada abi lahabinwatab...kemana perginya Harun Din, Harun Taib, Dr Maza, Ustaz Azhar Idrus dan ramai lagi yang arif dalam hal2w agama...kenapa mereka tidak menegur si celaka ini...saya cadangkan supaya jabatan agama Islam menambahbaikan lagi undang2 menghina Nabi kedalam akta...

Powered by Blogger.