Apr 9, 2013

3 PEMIMPIN TERTINGGI DAP JOHOR LETAK JAWATAN GARA2 DIKTATOR KIT SIANG.








Tiga pemimpin kanan DAP Johor meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa pilihan raya parti negeri dipercayai kerana membantah campur tangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng dalam pemilihan calon di negeri ini.

Tiga pemimpin terlibat ialah Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau, Timbalan dan Setiausahanya, Norman Fernandez dan Tan Chen Choon.

Norman ketika dihubungi Utusan Malaysia bagaimanapun enggan mengulas spekulasi itu.

"Tiada komen," katanya sebelum memutuskan talian.

Usaha untuk mendapatkan komen daripada Cheng Hau juga gagal apabila panggilan ke telefon beliau tidak berjawab dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar juga tidak dibalas.

Perkembangan terbaru itu mengesahkan tentang perbalahan antara DAP dan PKR yang dilihat semakin meruncing berikutan perebutan kerusi Parlimen Gelang Patah yang akhirnya menjadi milik Kit Siang dan Jui Meng yang berhasrat menduduki kerusi itu hampa dan dikatakan 'merajuk'.

Kedua-dua parti itu juga dikatakan bertelagah tentang calon di kerusi Parlimen Segamat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak dan Johor Jaya, sambil pucuk pimpinan PKR Johor memberi amaran mereka tidak akan berkompromi lagi dalam isu pembahagian kerusi.

Semalam, Kit Siang menegaskan Parlimen Bakri dan Kulai kekal milik DAP selepas ada ura-ura mengatakan Jui Meng cuba bertanding di Bakri apabila hasratnya untuk menjadi calon di Gelang Patah tidak kesampaian.

4 comments:

GF said...

salam2all,

Bisnis sekejap, jom check out promosi kapsul herba pacak langit untuk tegang lebih lama, rm100 utk 3 botol, klik di bawah untuk keterangan lanjut.

kapsul herba pacak langit tegang lebih lama

Anonymous said...

Hati-hati...... itu hanya sandirawa ajer .... bn johor jangan lalai .... dia orang nak pecah ker, nak hancur ker biar padan muka dia orang... kita mesti mantap memastikan johor tidak menjadi mudah di masuki oleh chin peng... bayangkan johor jadi mcm penang.... bersorak besar singapura...

Jijan Mali.... said...

Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
Tolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!

SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

Anonymous said...

Hello my family member! I wish to say that
this post is awesome, great written and include
approximately all important infos. I'd like to see more posts like this .

Also visit my web site :: авиарейсы из хабаровска расписание

Powered by Blogger.