Apr 4, 2013

FATWA PRU13 NIK AZIZ - "SOLAT ORANG UMNO DITOLAK TAK DAPAT PAHALA"








Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus-menerus mencetuskan kontroversi melalui fatwa-fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO termasuk sebelum ini mendakwa UMNO murtad kerana menolak Islam.

Malam tadi, Nik Aziz mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.






"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam.

"Kalau orang Pas tolak Islam pun tokleh pahala, orang Pas kalau riak tokleh pahala dan kalau kedekut pun tidak boleh pahala.

"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SWT tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Jambu dalam laporan Utusan di sini malam tadi.

Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.






Pada 17 November tahun lalu pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut mendoakan supaya Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.






Dalam pada itu, Nik Aziz semasa ceramahnya itu kemudian menyeru agar rakyat di Kelantan supaya memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

"Hambo (saya) pesan pada suma rakyat baik Pas lebih-lebih lagi UMNO, tolong undi Pas... demo (kamu) hendak UMNO, UMNO lah, tapi beri kertas undi, undi Pas.

"UMNO bagi duit ambil, bagi gula kacau, bagi kain pakai,bagi lembu sembelih tetapi apabila bagi kertas undi, pangkah Pas, kita nak ajar dia (UMNO)," katanya.


ARTIKEL SEBELUM INI (Klik tajuk di bawah untuk baca) :-

VIDEO PALING MEMALUKAN NAJIB - PELUANG ANWAR KE PUTRAJAYA CERAH.


26 comments:

Anonymous said...

kompom sesattt.....

Ms Pearl said...

yang jahil akan percaya
yang berilmu akan beristighfar
p/s: biarlah dia terjun dengan labu-labunya

i still pilih UMNO.

Anonymous said...

no words!!! astaghfirullah...

Anonymous said...

Nak guna tolak hudud takit kena tempias kpd DAP saudar sehidup semati. maka guna statement 'tolak islam' supaya tidak mengguris hati dap pkr.... apa nak jadi dgn najis ni?

sky awana said...

ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: “Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.
Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: “Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”
Rasulullah lantas menjawab: “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.”

Anonymous said...

Makin teruk.

Selamatkanlah Malaysia.

Aku undi BN.

-Parlimen Gombak

Anonymous said...

Nik punoh ranoh berdiri sebelah najik . Jelas kemetod

Yeoman BieJey said...

1. Nik Aziz belum mengenal Agama (Addeen-TAUHID)& belum mengenal Islam (alIslam-AKTIQAD)...

Yeoman BieJey said...

Nik Aziz belum berIman (alIman-AQIDAH)kpd seluroh isi alQuran (bacaan)< alKitab (qalam, lambang, Huruf... )

Yeoman BieJey said...

* Nik Aziz belum berIMAN kpd alQuran... sekadar di mulut sahaja. ImanNya bernyata di mulu t...belum meresap & Istiqomah di Qalbu : Hati.
* Nik Aziz belum berAKTIQAD dgn AKTIQAD di redhai Allah ISLAM-alIslam. Kalau tidak ISLAM maka wajib lah YAHUDI.
* Nik Aziz telah menafi, membatal, menentang (Zat) Allah maha Esa itu hanya Satu & tidak bungkin berbilang2 - AKTIQAD TAUHIDNYA. Berbilang Aktiqad Tauhid - Pluralisme... adalah MURTAD : TIDAK BERAGAMA - Addeen.

SIAPA SEBENAR NIK AZIZ DI SISI ALLAH : alQuran ?.

Anonymous said...

Jangan memarahi beliau kerana usianya telah pun lanjt dan faham-faham la yea. Yang penting rakyat kelantan tolak dia dalam pilihanraya nanti. berikan peluang kepada generasi muda untuk membawa perubahan.Nabi kekasih ALLAH pun solat dan tetap bertaubat walaupun telah dijanjikan syurganya. Inikan pulak nik aziz. mengucaplah banyak dan banyakkan astagfar...wallahu alam.

Anonymous said...

Gila khinzir punya bahgal!

Takbir! x3

Anonymous said...

Dah Parti Ajaran Sesat ajaran dia mcm ni la lebih sudu dr kuah dh nk jadi tuhan sgt...Sebuah parti tunggangan PKR & DAPigs...

Anonymous said...

Datuk Nik Aziz harus bertaubat dan harus meminta maaf kepada setiap ahli UMNO kalau nak selamat didunia dan diakhirat.

Janganlah selalu riak, sombong, bongkak, mencaci, membenci dan mengkeji orang lain atau golongan lain, mungkin golongan itu lebih baik dan lebih berjasa kepada agama, bangsa dan negara daripada golongan dan puak kamu sendiri.

Orang yang zalim pasti tidak akan mendapat petunjuk.

Anonymous said...

hang sapa...apa hang ingat lepaih mati malaikat nak mai bawa kereta VIP ka untuk hang...hang patut tobat nasuha dengan kata2 hang orang tua..sombong tak tentu tempat..ingat dengan kata2 hang nie hang conpom ka masuk syurga...pirahhhh

Anonymous said...

Marah tol gurka kat atas ni.. Ha ha ha..

Anonymous said...

Kompom PAS kecundang dlm pru 13 ni.

Anonymous said...

aku tak tau la pulak yang syarat sah solat kena jadi ahli PAS. Tak pernah jumpa dalam mana-mana kitab

Anonymous said...

Aku pernah beiman kan nik aziz masa solat jumaat ...masaallah bacaan fatiha tak jelas surah lain dengar ngungak jea.. Dah tu nafas cam semput... Dlm hati ... Kesian imam nie dah tak larat apasal qariah ambik org tua jadi imam... Lepas sbyg aku tengok org terus kedepan ... Tanya2 rupa2nya nik aziz jadi imam...
Kesian kariah2 terpaksa lah mengalah nak wat caman tok guru... Putar.. Putaran... Sbyg pun tak betol nak cakap pasal islam...

Anonymous said...

kenapa ko x angkat tangan nak jadi imam je? cuba la try, mana tau fatihah ko tu lebih betul dari dia? ada bran?

Anonymous said...

syarat sah solat bukan ahli PAS, kena faham betul2. ko ahli planet pluto pun sama je syarat sah solat. Islam tu Agama Allah, yang ditekankan tegakkan Agama Allah..agama Islam. tak tegak lagi ke sekarang? Islam tu bukan makanan halal haram je. bersalaman lelaki perempuan bukan muhrim tak boleh, korang ada buat tak sekarang? xde cantiklah...tumbs up.. aurat nak kena jaga, jangan dedah2.. korang ada buat tak? klu ada cun la.. yang kawen pula kawen ikut islam, buat tak? klu buat..terbaekk... pemerintahan pemerintahan Islam,,, ada tak? hukum hukum Allah, jangan sembarangan hudud bukan hukum buatan manusia. itu datang dari Allah. so sokong tak apa-apa2 dari Allah? ekonomi ekonomi Islam, bukan riba2 tak main..amal tak? Banyak lagi, agama Islam ni syumul, bukan aku buat satu, yang lain aku x suka aku tak yah buat.. faham betul2.. klu takde ilmu jangan berbunyi,,, pergi berguru dulu,,, dah ada ilmu baru bercakap. ini macam tin kosong..kelaut masing2..

Anonymous said...

aku xde dengar dengan telinga aku sendiri pula dia cakap macam tu, yang aku dengar semua dari mulut orang lain, dan sumber tak bermulut, so sape2 pun boleh buat cerita. tapi yang pelik tu,,kat media, semua kata tgna cakap buruk2 belaka, tapi dari mulut tgna sendiri aku tak dengar, dari mulut diorang je yang aku dengar.. so kira diorang la yang bercakap buruk2 tu sbb itu yang sohih sampai kat telinga aku.. maaflah aku lebih mempercayai telinga aku dari telinga orang lain..

Anonymous said...

hidup ini ujian,yg ada solat sunat fajartu tahniah,kerna anda dari golongan terkaya dakhirat,so utk isu ini pandangan saya rasanya
jgnlah kutuk orang yg sentiasa dapat pahala sahid,sabda rasullulah.
"adalah dari golongan mereka yang mengikut sunnahku",
so orang nak bawa kita utk dapatkan amalan berkualiti atau hanya ala kadar saja...so pilihan dan iman di tangan kita....tahniah tgna dan lain kerna ada unsur sunnah dalam berpakaian.itu baru pakaian yg lain lagi Allah hu Aklam,insyallah
panjang umur niat tu ada juga nak pakai....untuk meyahut cabaran dan amanat saw,berbaik sangkalah kita ok

Anonymous said...

bukan tak sah cuma tak berpahala
sedangkan Alfatiha tak betul bagi yg dalam lahir islam pun boleh batal solat...apapun sentiasalah memperbaiki

iban said...

mungkinkah kerana tak memahami betul2 mengenai akhlak baik secara amali? atau budu dah meresap masuk ka otaknya?

Anonymous said...

Mcm ni la mudah.kesahihan itu kita tidak tahu.kita pandai bercakap dosa dan pahala. Sedangkan tgk sendiri apa yg korg tgh buat.mengutuk,menghina sana sini.sedangkan solat sendiri tunggang langgang.baca Al-quran belum tentu lancar.kalau lancar belum tentu faham maksudnya.so sudah2 la nak gelar org sana sini.kalau TGNA tidak salah,korg la tanggung dosa memfitnah.kalau dia salah,kurang pahala korg.Allah guna akal suruh fikir.pegang pada Al-Quran dan sunnah.bukan kepimpinan dunia dan nafsu kemarahan. BEBAS

Powered by Blogger.