Apr 10, 2013

CALON PRU13 - WAN AZIZAH BOIKOT MESYUARAT PKR?








Kehilangan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika rakan-rakan pakatan pembangkang sedang berbincang menyelesaikan persoalan calon dan agihan kerusi bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), menimbulkan tanda tanya.

Beliau nampaknya memilih berdiam seribu bahasa tentang pencalonan dan kerusi yang bakal ditandinginya, walaupun suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memutuskan beliau tidak bertanding pada PRU13.

Bernama melaporkan sebagai presiden parti, Dr Wan Azizah seharusnya hadir di setiap mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, namun dalam beberapa siri perbincangan antara parti-parti itu, beliau tidak kelihatan.

Satu kemungkinan yang dilihat oleh penganalisis politik berhubung perkembangan ini ialah Dr Wan Azizah semakin hilang peranannya sebagai presiden parti dan kepercayaan sepenuhnya diberikan Anwar selaku Ketua Umum PKR kepada Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, untuk mengetuai semua mesyuarat dan keputusan parti.

Mereka juga tertanya-tanya sama ada keputusan mengenai calon PKR kali ini ada melibatkan peranan Dr Wan Azizah atau beliau sendiri mungkin tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.





Sehingga kini anak pasangan itu yang merupakan anggota Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah, masih yakin bahawa ibunya akan bertanding dalam PRU13.

Penganalisis politik melihat kemungkinan Dr Wan Azizah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Bagaimanapun pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli memberitahu Bernama bahawa Dr Wan Azizah mengalami masalah suara dan demam dalam tempoh seminggu ini.

"Kini beliau sibuk dengan aktiviti walkabout untuk kempen parti," kata Rafizi pada Selasa.

Ditanya mengenai pembabitan Dr Wan Azizah dalam urusan penentuan calon parti, Rafizi berkata: "dia (Dr Wan Azizah) tidak terlibat sangat dan dia ditugaskan untuk kempen raih undi kaum wanita seluruh negara".

Rafizi berkata presiden PKR itu mungkin akan mengadakan sidang akhbar dalam masa dua tiga hari lagi. - Agendadaily.


13 comments:

Agent X said...

Wan azizah sakit suara sebab itu bnyk persoalan yg timbul ketika ini dia tak dpt jawab. Cari alasan...

Anonymous said...

Itu pun nak jadi fitnah ke? Bersatulah wahai umat Islam, DAP, Gerakan, MCA tetap bersatu secara rahsia demi mengambil alih Malaysia. Di sekolah rendah dan sekolah menengah telah lama diajarkan bahawa Malaysia adalah tanah yang harus mereka kuasai dan harus mencontohi Singapura dan Pulau Pinang. Tolonglah jangan jadikan Melayu sebagai Pelestin/Singapura Kedua

Anonymous said...

Setuju. Tapi puak2 pas dn pkr dn penyokong mereka buta mata, buta hati dn berkpla batu. Ckp mcmana pun masih bkeras dn ikut telunjuk anwar yg berangan nk jadi pm. Dia selfish pentingkn diri,.

Anonymous said...


Wan Azizah boikot ke x boikot mesuarat itu dia punya pasal lah...yang penting BN semua kena bersatu, pastikan BN menang!

Anonymous said...


Jam Omega mana...?

Anonymous said...

Nak wat camane hari2 kena tinggi suara ngan abg nuar.
Abg nuar nie asyik keluar mlm. Kata ada meting lah perjumpaan lah.... Tapi video asyik kuar jea... Tu yg tinggi suara aysik konspirasi umno...

Anonymous said...

MCA kecam usaha pembantu PM ambil Wangsa Maju....kikiki, kemelut dan perebutan dalam BN lagi parah

Anonymous said...

kikkiki...perpecahan dan perebutan dlm PR lagi ramai di serata negara....meh kita gelak kuat2 kahkahkah....

Saya Islam said...

Bangsa lain bersatu, tapi Melayu terus layu dan berpecah belah... Sedih sangat...

Anonymous said...

VEN. ASHIN INDAKA: CROOK”DIRTY SEX” OF MYANMAR BUDDHIST MONKS
http://www.youtube.com/watch?v=Sbfptk60--E&feature=youtu.be
Kepada rakyat Malaysia yang hormati,
Suka-lah kita memberitahu bahawa Sami Negera Myamnar kebanyakannya ajaran sesat, banyak permikirannya yang tak betul, main perempuan, tipu wang orang ramai dan lain-lain.

Seorang Myanmar Sami Buddha (VEN. ASHIN INDAKA) bertinggal SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, 52100 MALAYSIA (YIP KUM FOOK”MCA GOMBAK” PRESIDENT) yang sama jahat.

Harap orang ramai, khasnya rakyat Malaysia mesti jauhkan sami Myanmar ini. kami harap juga Kerajaan Malaysia lebih mengambil perhatian Sami Buddha yang di upah dari luar Negeri, supaya rakyat Malaysia dan Nagera dapat di selamatkan. Sekian, Terima Kasih

Respect to people of Malaysia,
Likely, we are told that the Myanmar monks mostly false teaching, many impress notions which are not right, play girl, cheating of the public money and others.

Myanmar Buddhist Monk (VEN. ASHIN INDAKA) stayed at SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, 52100 MALAYSIA (YIP KUM FOOK”MCA GOMBAK” PRESIDENT) as same bad.

Hope all people; especially Malaysians must far away Myanmar's monks. We hope more Malaysia’s Government also noted that the wages of Buddhist monks from the other countries, so that the Malaysian and country can be saved. Thank you

尊敬的马来西亚人民,
我们想告知,缅甸僧侣多半是假的教学,观念是不正确的,玩女人,谎言,欺骗金钱………

缅甸佛教的僧侣 (VEN. ASHIN INDAKA) 住在 SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, 52100 MALAYSIA (YIP KUM FOOK ” MCA GOMBAK” PRESIDENT) 同样糟糕。

希望所有的马来西亚人, 都应该注意远离缅甸的僧侣。我们更希望马来西亚政府注意,外来的僧侣. 谢谢

EVRERYONE CLICK HERE TO SEE MORE INFORMATION: http://www.youtube.com/watch?v=Sbfptk60--E&feature=youtu.be
“VEN. ASHIN INDAKA (MYANMAR): CROOK OF MYANMAR BUDDHIST MONKS (MUST WATCH)”

Anonymous said...

Hello! I simply want to give an enormous thumbs up for the
nice info you have right here on this post. I might be coming back
to your weblog for extra soon.

Look at my web blog 網站排名

Anonymous said...

Whats up! I just would like to give an enormous thumbs up for
the nice info you’ve got here on this post. I will likely be coming
back to your weblog for more soon.

Review my site - semi automatic 22 caliber rifle for sale

Anonymous said...

Hi there! I just wish to give a huge thumbs up for
the great info you’ve gotten right here on this post.
I will likely be coming again to your weblog for more soon.


Look at my homepage: sff 8088

Powered by Blogger.