Mar 28, 2013

TONY PUA 'HUTANG' RM200 RIBU DGN. SYABAS.








Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua membayar ganti rugi RM200,000 kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) berhubung kenyataan memfitnah.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Zaharah Ibrahim membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Pua.

Bagaimanapun, tiada alasan penghakiman diberikan.

Panel itu turut mengarahkan SYABAS membayar RM50,000 kepada Pua sebagai kos perundangan bagi prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

SYABAS memfailkan saman itu pada 28 Jan 2011 selepas mendakwa Pua mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap syarikat berkenaan melalui artikel bertajuk 'Tony Pua: Selangor government must have water rights to prevent rate hike' yang disiar edisi Metro akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 16 Nov 2010.

Pada 6 Jun tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan setiausaha publisiti kebangsaan DAP itu membayar ganti rugi kepada SYABAS selepas Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menolak pembelaan perlindungan bersyarat yang dikemuka Pua.

Beliau turut membenarkan permohonan SYABAS bagi satu perintah injunksi untuk menghalang Pua dan/atau ejennya daripada terus menerbitkan perkataan berunsur fitnah terhadap syarikat itu.

4 comments:

Anonymous said...

http://tunhisyamuddin.blogspot.com/

Anonymous said...

x payah masuk mahkamah lah asyik kalah jer pihak kerajaan...

Anonymous said...

Bila menang depa kata kebenaran telah terbukti TETAPI bila kalah ini konspirasi

Anonymous said...

Sebab itu mahkahmah semua takut nak beri kemenangan kepada pihak kerajaan.. Takut di cop konspirasi kerajaan..

Powered by Blogger.