Mar 3, 2013

RESPONS KETUA POLIS NEGARA TENTANG INSIDEN DI SEMPORNA.





 
 
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

Menurut Ismail di dalam laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia, kejadian itu susulan daripada pemeriksaan pihak polis ke atas sebuah premis di situ.

"Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu.

"Pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang," katanya.

Beliau berkata dalam kejadian itu beberapa anggota polis dilaporkan tercedera.

Sementara itu di Lahad Datu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, dua anggota polis cedera dalam kejadian tersebut.

Hamza bagaimanapun menafikan Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna diserang dan berkata keadaan di Semporna terkawal serta tidak ada perintah berkurung dilaksanakan.

Menurut Hamza setakat ini belum ada tangkapan dibuat berhubung kejadian tembakan itu dan polis masih menyiasat suspek yang bertanggungjawab.
 
 

12 comments:

Anonymous said...

Lima anggota polis lagi terkorban..

Berapa ramai lagi mereka hendak tunggu sebelum menamatkan conflict ini.. Serahkan sahaja kes ini kepada askar.. Mereka bukan berperang dangan orang awam, tetapi askar sulu.. Biar askar malaysia gempur mereka ini..

Anonymous said...

Tak payah nak gempur gempur.. Nanti lebih ramai askar atau polis malaysia yang terkorban.. Cuma bagi amaran suruh serah diri dalam 24 jam tak kira perempuan, kanak kanak atau askar itu sendiri.. Jika tidak bom sahaja dari atas.. Macam style amerika.. Tak payah nak tunjuk hero perang secara combat..

Anonymous said...

Jangan buang masa guna taktik kepong sampai depa tak cukup makan.. Kemudian harap depa serah diri..

Anonymous said...

Tindakan segera perlu diambil.. Askar sulu itu telah menceroboh malaysia dan membunuh 7 orang wira malaysia.. Apa hendak tunggu lagi..

Anonymous said...

Aku rasa betul ini memang kerja pembangkang.. Mereka memang harap sangat askar atau polis malaysia terbunuh rakyat malaysia kat situ, jadi boleh dijadikan modal politik.. Tapi bila wira malaysia terbunuh mereka buat tak endah sahaja..

Kalau diperhatikan tindak tanduk pembangkang ni.. Mereka akan selalu guna reverse psikology.. Dia cakap ini sandiwara BN, tapi sebenarnya mereka tahu ini memang kerja mereka sendiri..

Anonymous said...

Hairan ke politik malaysia kini?

Anwar ibrahim nak saman utusan dan tv3 keluar kenyataan yang beliau terlibat dalam insiden lahat datu.. Apa ysng tv3 atau utusan laporksn itu datang dari news di manila.. Salahke mereka melaporksn balik di malaysia ini... Kenapa tak saman aje perisik filipina tu.. Itu yang dinamakan kebebasan bersuara ala pembangkang.. Lagi satu ada ke dia sebut nsma anwar ibrahim.. Adakah semua mengenai pembangksng merujuk kepada tindakan anwar sahaja., bodoh betul jika itu yang difikirkan..

Apa pula tindakan umno.. Kenapa tak saman aje tisn chua yang menuduh ini sandiwara politik umno.. Kenapa berdiam sahaja., tisn chua patut disamsn sebab dia bukan melaporksn apa yang agensi luar caksp, dia cuma menuduh sahaja tanpa bukti ysng kukuh..


Anonymous said...

Serang jangan tak serang.. Bila pembangkang mainkan isu ini nanti., jelaslah mereka yang suruh puak sulu ini menakluk malaysia..

Anonymous said...

Kenapa pihak malaysia belum ambil tindakan lagi.. Sebab org sulu ini adalah orang islam.. Sebenarnya itu yang menyebabkan melayu lemah..

Anonymous said...

CARA KETUA POLIS NEGARA BERCAKAP MACAM DALAM MAJLIS MEMINANG ..LEMBUT DAN TAK ADA KARISMA...

LANGSUNG TAK ADA WATAK PANGLIMA !!!

AKU MULA RASA TAK SELAMAT ...JIKA BERLAKU KRISIS,KITA SIBUK BERBINCANG,BERI AMARAN,BERI MAKANAN PADA PETUALANG WALAU MEREKA TERUS MEMBUNUH ANGGOTA KITA !!

gen2felda

Anonymous said...

Gen2felda...
M'sia negara paling selamat dalam asean.
Apa yg berlaku di lahad datu, itu hanya cerita yang dreka-reka pembangkang...

Anonymous said...

lemah lembut dan lembik diambil jadi ketua atau jadi menteri .. yang berani dan tegas di ketepikan.. inilah hasilnya..

Anonymous said...

jgn risau. kerajaan bn sekarang ni kerajaan terbaik utk selesaikn konflik ini. jom beri mandat besar pd bn. tolak pr yg semunya pencacai. pemimpin tk de kelas. buat onar pastu tuduh org lain. anwar perosak negara. termasuklah smua org pr.

Powered by Blogger.