Mar 30, 2013

PRU13 - DAIM KEMBALI LANTANG BERSUARA..!!







Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional (BN) akan menang dengan majoriti yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Katanya, walaupun BN mungkin kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, Sabah dan Sarawak namun keputusan keseluruhan akan lebih baik berbanding tahun 2008 kerana BN juga dijangka akan memenangi balik banyak kerusi di Selangor, Kedan dan Kelantan.

Beliau berkata demikian dalam temuramah bersama akhbar China Press yang disiarkan hari ini.

Kata beliau, BN memiliki peluang yang cerah untuk menawan kembali Selangor dan Kedah tetapi masih tidak mampu untuk mendapatkan kembali Pulau Pinang dan Kelantan.
“Penduduk Kedah dilihat bersedia mahu membantu Mukhriz Tun Mahathir untuk menjadi Menteri Besar negeri itu,” katanya.

Selangor pula katanya berpeluang jatuh kembali ke tangan BN andai perikatan berkenaan dapat menyediakan calon menteri besar yang sesuai dan diterima ramai.

Perak pulak jelas beliau, wujud peluang sama rata atau 50-50 kepada BN dan Pakatan Rakyat bagi menguasainya.

Menurut Daim, permasalahan terbesar dengan pembangkang di negara ini ialah mereka tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto tahun 2008.

Katanya, disebabkan itu pembangkang dilihat kurang kredibiliti dan tidak dipercayai rakyat.

Beliau juga menafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai terlepas peluang keemasan untuk membubarkan Parlimen seperti yang dijaja beberapa pemimpin DAP.

Katanya, pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dan bukan dalam tempoh tertentu sahaja.

Dalam temuramah berkenaan, beliau juga menasihati pengundi Cina agar berfikir secara mendalam dan berhati-hati sebelum mengundi.

“Apa yang anda dapat dengan cuba menghukum BN,” soalnya.

Beliau juga yakin pengundi kali ini akan mengundi berdasarkan tiga faktor utama iaitu menolak penyelewengan, ekonomi dan masa hadapan.

Mengulas mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu beliau berkata, ia merupakan sesuatu yang menyebelahi BN walaupun ia tidak dirancang oleh pihak itu.

Pandangan Daim mengenai keputusan pilihan raya umum adalah sesuatu yang ditunggu terutama apabila meramal dengan tepat keputusan PRU ke 12 (2008) yang menyaksikan BN kehilangan beberapa negeri yang dilihat kubu kuat kerajaan ketika itu.

10 comments:

Anonymous said...

hahahaha .... kalau betul ramalan ni, najib pondan tak kan tunggu sesaat pun utk bubar parlimen.

sian sungguh daim ni. terpaksa buat ramalan yg bukan dari lubuk hatinya.

kau kata perak 50-50 ????
ini yg paling rakyat kata kau penipu besar. siap la ko lepas pru13 nanti. semua salah tadbir kewangan ko akan dibongkar.

peramal tersohor terpaksa malukan dirinya sendiri kerana teramat takut dgn kebangkitan rakyat.

Anonymous said...

BN Insya Allah akn kembali mnemerintah dg 2/3 majoriti. Beberapa faktor yg menyumbang kpd kemenangan ini:-
1. Dari segi kepimpinan, kredibiliti DS Najib lbh terserlah berbanding dg Kepimpinan Ketua Pembangkang. Kelantangan Ketua Pembangkang dlm berckp/berceremah
sama seperti tin kosong. bunyi kuat tpi isi habuk pn tiada.
2. DS Najib seorang pemimpin yg brwawasan. Ini tlh dibuktikn hnya dlm tempuh bbrapa tahun mnjdi PM DS Najib tlh memprlihatkan sorang pemimpin yg memahami kehendak dn aspirasi rakyat. Harus di ingat, DS Najib mengambil alih kepimpinan dlm keadaan kepercayaan rakyat mulai luntur tpi DS Najib berupaya memulihkn keprcayaan rakyat trhadp UMNO/BN.
3. Di bawah kpimpinan DS Njib ekonomi malaysia dlm kedudukn yg baik. Ini terbukti apabila lbh ramai pelabur dtg melabur ke Malaysia.
4. Kepimpinan kerajaan Pembangkang di negeri-negeri yg mereka perintah ternyata lemah lantaran kegagalan mereka menunaikan menifesto yg mereka janjikn.
5. Isu-isu penipuan atau rasuah UMNO/BN yg d war-warkn pmbangkang tidak dbuktikan secara kukuh.
6. Pakatan pembangkang tidak berwawasan. Mereka hanya sekadar melaungkn reformasi tnpa hala tuju yg jelas bentuk pemerintahn mereka sekirsnya mereka menang.
7. Majoriti Melayu semakin sedar bahaya perpecahan melayu hanya akn menguntungkn DAP.
Berasaskn faktor-faktor inilah UMNO/BN Insya Allah akn kembali memerintah dg 2/3 majoriti.

Anonymous said...

LGE CM Penang kena berani dicabar pengerusi BN Penang di mana mana kawasan ADUN Penang yang jumlah pengundinya adalah seimbang dari segi kaum.. Baru kita dapat lihat siapa yang berani.. Baru LGE boleh digelar CM untuk semua kaum.. Ini hanya di kawasan cina DAP sahaja..

Anonymous said...

Jelas di sini kaum DAP ini hanya berani di kawasan mereka sahaja.. Itu menunjukkan confidence mereka untuk kalah pada PRU nanti.. Juga menunjukksn mereka ini sangat mengharapkan undi melayu PAS.. INGAT SATU UNDI UNTUK PAS ADALAH SATU UNDI UNTUK DAP.. SATU SUARA UNTUK KEHANCURAN ISLAM..

Anonymous said...

CM pun takut.. Apatah lagi yang lain lain tu..

Anonymous said...

Najib tak bodoh untuk diperbodohkan oleh si bodoh MB selangor dan kuncu kuncu nya.. Harapan untuk adakan PRU secara berasingan tak tercapai kerana semua DUN pembangkang akan terbubar atau hampir bubar bila Najib umumkan pembubaran parlimen.. Dengan ini, Mereka juga tidak dapat mengambil kesempatan untuk memburukkan SPR kerana kononnya berpihak kepada kerajaan kerana menagguhkan terlalu lama PRU Parlimen ..

Anonymous said...

yg mempertahankan dan membela sistem pemerintahan barat/british di dunia ini ialah ahli ahli politik ciptaan barat, baik dalam kerajaan mahupun dalam pembangkang. mereka adalah agen agen kepada kerajaan vatikan dan penjajah barat. mereka takut kehilangan kuasa pemerintahan eksekutif mereka yang diberi oleh penjajah barat selama ini, kepada sistem pemerintahan eksekutif beraja yang berdaulat yang dirampas kuasa eksekutif pemerintahannya oleh penjajah barat dahulu,sebab itu mereka sedaya upaya selama ini berhelah memperdayakan perasaan dan fikiran umat manusia supaya mereka dapat mempertahankan dan mengekalkan sistem pemerintahan penjajah barat ini untuk kepentingan diri mereka dan keturunan mereka dengan mengekalkan kelansungan kuasa dan harta serta kemahsyuran diri mereka sesama ahli politik dan keturunan mereka sama.

Anonymous said...

Apa cerita bro.. Nak ikut pemerintahan macamana.. Di malaysia pada masa ini, mungkin ini yang terbaik.. Nak buat hudud pun hudud ala PAS.. Gamaknya jadilah macam banyak negara timur tengah yang bergolak itu.. Bukan salah cara pemerintahan secara islam.. Cuma yang akan mengamalkannya sahaja yang songsang dan tak betul.. Macam PAS itu.. Cakap berubah ubah ikut keadaan semasa..

Ciara Cordelia said...

Salam & respect to all
Entri yang menarik. PRU13 memang key yang hot sekarang ni. Jentera Perang Poster dan Kempen kat luar sana just tunggu semboyan aje nak bermula. Harap-harap segalanya berjalan lancar untuk kali ke 13 ni. Yang dah layak undi jangan tak undi! Itu hak kita..

• Laman terakhir dilawati: Hootoh Blog
• Track Entri: Kata-Kata Semangat Hari Pilihan Raya
Pilihlah calon yang terbaik demi Agama dan Negara. "Ahli-ahli politik seperti lampin. Mereka perlu berubah dan selalu ditukar ganti demi menjaga kebersihan."

Anonymous said...

Kelangsungan kuasa politik melayu tu wajar dipertahankan dengan akal dan fikiran yg waras. Pilihan yg terbaik ialah dengan memberikan kemenangan besar kepada UMNO/BN. Walau pn UMNO/BN ada kelemahannya namun pada masa yg sama UMNO/BN tlh jga tlh memerintah negara dg baik shingga Malaysia antara negara yg disegani di mata dunia.
Walau pn melayu ada pilihan utk mengundi PAS atau PKR yg kedua-duanya diterajui oleh Melayu tetapi orang melayu kena fikir jga gaya kepimpinan kedua-dua parti ini. Kesepakatan PKR dan PAS dg DAP masih boleh diterima memandngkn UMNO/BN pn trdiri dr plbagai parti. Ttpi sejauh mana ia menyangkut dg kepentingan melayu dan Islam, PKR dn PAS lbh menjurus kpd kemunafikan. PKR dg fahaman liberalisma agama dn PAS pula bersetuju penggunaan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam. Sepatutnya PAS tdk brkompromi dg isu kalimah Allah ini. Dsbbkn hal ini maka melayu perlu menyokong UMNO/BN agar kelansungan kuasa melayu dan akidah umat islam trpelihara.

Powered by Blogger.