Mar 13, 2013

POLIS JOHOR REKOD KETERANGAN BIADAP TIAN CHUA.








Polis Johor telah merekod percakapan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berhubung laporan polis terhadapnya mengenai kenyataan beliau berkaitan pencerobohan di Lahad Datu.

Ketua Polis Johor DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata percakapan Tian Chua dirakam pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pagi tadi.

"Kita telah menghantar pegawai kita untuk merakam percakapan Tian Chua.

Beliau datang bersama tiga peguamnya untuk merakam percakapan tersebut pagi ini," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan Tabung Kebajikan PDRM untuk keluarga wira negara yang terkorban di Lahad Datu di sini hari ini.

Sumbangan berjumlah lebih RM100,000 itu disumbangkan warga PDRM Johor, orang ramai dan badan-badan bukan kerajaan di negeri ini dan akan diserahkan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tidak lama lagi.

Beliau berkata 318 laporan polis dibuat ke atas Tian Chua yang membuat kenyataan yang mengaitkan insiden di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara Umno.

Daripada jumlah tersebut, 82 dibuat di negeri ini.

"Kita akan lengkapkan kertas siasatan dan akan menyerahkannya kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau menasihati mana-mana pihak agar tidak membuat kenyataan sesuka hati sehingga menyinggung orang ramai.

"Berfikirlah dahulu sebelum bercakap. Jika anda tidak mempunyai apa-apa yang baik untuk dikatakan sila diam," katanya

1 comments:

Anonymous said...

siapa2 yang menyokong PR bererti mereka sama menyokong TIAN CHUA[pkr]mempersenda2kan operasi[OPS DAULAT] anggota keselamatan NEGARA DISABAH.MENYOKONG KALIMAH ALLAH digunakan dalam bible versi melayu.menyokong MEYUJUDKAN ISLAM LIBERAL dinegara ini.

Powered by Blogger.