Mar 13, 2013

JAMALUL KIRAM RANCANG CEROBOH SABAH SEJAK OGOS LALU.







Seorang penasihat Jamalul Kiram III hari ini membuat pendedahan bahawa pihaknya mahu menceroboh Sabah seawal Ogos lalu dalam usaha menuntut wilayah Malaysia itu.

Setiausaha Agung Majlis Hal Ehwal Filipina, Pastor Saycon berkata, Agbimuddin Kiram mula merancang untuk menuntut Sabah ekoran keengganan Presiden Filipina, Benigo Aquino III mengadakan perbincangan dengan Jamalul.

Saycon berkata, pada awalnya, Agbimuddin merancang untuk menceroboh Sabah, Ogos lalu tetapi rancangan itu ditangguhkan.

Memetik laman web www.abs-cbnnews.com, penasihat kepada Jamalul itu tidak membenarkan pengikut dan Agbimuddin untuk menceroboh Sabah pada 12 Februari bersama 235 pengikutnya.

Saycon menambah, pihaknya lebih selesa jika tuntutan Kiram itu dibawa terlebih dahulu ke badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebelum mengambil tindakan menceroboh.

3 comments:

Anonymous said...

ALKIRAM menanggohkan pencerobohannya terhadap sabah sebab tak ada SPONSOR.sekarang ni dah ada SPONSOR barulah diaorang menceroboh.

Anonymous said...

Jika benar apa yang awak dakwa ada SPONSOR laporlah kepada pihak berkuasa supaya dapat tindakan diambil dengan segera untuk mendakwa si SPONSOR berkenaan,ini demi tanah air yang kita cintai..

Anonymous said...

kiram DAJJAL Bermata Satu...... DAJJAL KIRAM III

Powered by Blogger.