Mar 6, 2013

INSIDEN PENCEROBOH DI SABAH - TUN M WARNING KERAJAAN?








Kerajaan memerlukan perancangan teliti dan tidak boleh tergesa-gesa menangani serangan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu.
  
Bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerana ia melibatkan keselamatan rakyat, selain serangan kumpulan penceroboh itu yang agak ganas hingga sanggup membunuh sesama Islam.
   
"Ini adalah satu gerakan yang agak kompleks kerana kerajaan tidak boleh serang balas dengan begitu sahaja. Kalau kita serang balas mungkin penduduk di situ akan jadi mangsa," katanya pada sidang media mengenai sukan Paintball World Cup Asia di sini hari ini.
  
Dr Mahathir mengulas dakwaan bahawa pasukan keselamatan dan pertahanan negara lewat membuat serangan balas kepada kumpulan pengganas asing bersenjata.
  
"Kita berhadapan dengan satu masalah baharu, kita tak pernah lihat benda ini berlaku dalam negara kita. Mereka melakukan sesuatu yang cukup buruk iaitu mendedahkan orang tidak berdosa," katanya.
 
Mengenai tindakan beberapa kumpulan di Filipina yang menyelar tindakan Malaysia menyerang kumpulan penceroboh itu, beliau berkata pasukan keselamatan negara berhak melawan kerana mereka telah menceroboh dan membunuh.
  
"Kalau mereka serang kita dengan senjata, bunuh orang kita macam mana lagi kita nak tangani masalah ini, mereka nampak begitu ganas sekali, datang dengan senjata, itu pun sudah jadi satu kesalahan," katanya.
  
Dr Mahathir juga percaya rata-rata penduduk di Sabah masih setia dengan Malaysia serta yakin terhadap kemampuan pasukan keselamatan dan pertahanan negara.

1 comments:

Anonymous said...

Satu malaysia mendoakan rakyat malaysia, termasuk anggota keselamatan di sabah selamat.. Banyak sembahyang hajat fan tahlil dibuat oleh pihak kerajaan..

APA PIHAK PAS BUAT.. seorang pun tidak pernah mendoakan keselamatan anggota keselamatan kita di lahad datu.. SeMbahyang hajat mendoakan kehancuran umat islam melayu ditanahair sendiri dibuat..

APA PKR BUAT.. mereka yamg menjemput pengganas tersebut.. Oleh sebab itu mereka tidak pernah hendak berterima kasih atau menghargai nyawa anggota keselamatan kita.. Lagi di tuduh ini sandiwara politik umno..

Powered by Blogger.