Mar 14, 2013

AKTA HASUTAN - TIAN CHUA DIHERET KE MAHKAMAH.







Naib Presiden PKR, Tian Chua dihadapkan dengan tuduhan hasutan melalui kenyataannya yang mendakwa tindakan anggota keselamatan negara mempertahankan Sabah sebagai 'sandiwara Umno'.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Batu, didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 di mana pada pukul 11 ​​pagi pada 1 Mac, mendakwa tembakan di Lahad Datu adalah satu konspirasi kerajaan Umno.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Mohamad Sekeri Mamat menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi seorang penjamin.

Tian Chua diwakili oleh N Surendran, Latheefa Koya, Willian Leong, Eric Paulsen dan dua yang lain.

Beliau didakwa bercakap kepada KeadilanDaily.com bahawa kejadian tembak-menembak di Lahad Datu yang mengorbankan dua orang anggota polis diperingkat awal insiden pencerobhan sebagai satu konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat Sabah.

Kenyataan tersebut mencetuskan kemarahan rakyat seluruh negara.

4 comments:

Anonymous said...

bukti wujudnya kes menghasut ialah ...
terdapat rakyat malaysia yang tidak puas hati / menyokong ... hasil daripada perkataan seseorang dan mereka yang tidak puas hati / menyokong ini ini akan ...
berpiket menentang / menyokong penghasut dan isu yang dibawa ...
berdemontrasi mennentang / menyokong isu yang dikemukakan oleh penghasut ...
dengan bersenjata bertindak menentang / menyokong isu itu ...
report polis menentang / menyokong isu tersebut ..
apakah isu itu sebegitu rupa dan boleh menjejaskan keamanan negara ...
mahkamah akan melihat kewujudan elemen di atas ...
so ... suara majoriti ... jika wujudnya isu yang boleh mengancam keselamatan negara dan mahu pemimpin pembankang didakwa di mahkamah ... bersuaralah dengan ...
1, membuat report polis ...
2. berpiket ...
3, berdemontrasi ...
4. bab guna senjata tu biarlah puak pakatan lakukan ...
ingat kes karpal yang pernah dituduh menghasut ... kes ini dibuang oleh mahkamah kerana tiada perkara-perkara di atas .

Anonymous said...

Baik boss..

Anonymous said...

Yang heran je kalau pembangkang denda sikit sahaja.. Kalau bn yang kena saman.. Berjuta juta bunyinya..

Anonymous said...

Padan muka ko tian chua

Powered by Blogger.