Mar 1, 2013

2 POLIS MAUT DISERANG PENCEROBOH DI LAHAD DATU.






 
Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.
  
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
  
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
  
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
  
Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
  
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.

6 comments:

Anonymous said...

Ya Allah.. Selamat adik2 aku dan wira2 Msia..

Anonymous said...

selesaikan lah konflik ni kalau boleh...jangan biarkan keamanan negara kita diperjudi saya tak rela.....sejarah lama kembali berulang..demi anak bangsa mohon menteri luar malaysia selesaikan konflik ini

Anonymous said...

Kami rakyat malaysia tidak izinkan orang politik masuk campur dlm isu keselamatan negara. Serahkan mandat kpd polis dan askar kerana mereka yg faham the battlefield. Menteri pun kena faham perkara ni, bukan semua boleh masuk campur.

Anonymous said...

ya allah bapa yang maha kuasa, berkatilah abang ku yang turut bertugas di tempat kejadian... God Jesus Christ my lord our Saviour, please protect him...

Anonymous said...

http://borneoinsider.com/wp-content/uploads/2013/02/paskal-ld20.jpg

ini gambar PASKAL...bukan tentera penceroboh

Anonymous said...

Sebenarnya ,ape ba yang filipina nak niii hhaaa?

Powered by Blogger.