Feb 25, 2013

ULAMA' PAS KESAL - HADI AWANG KIAN KETAGIH 'LAPAR KUASA FIRAUN.'







Kenyataan terbaru Presiden PAS Hadi Awang menerusi Ucapan Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini nyata klimaks serangan yang kian hilang kawalan dan mengubah prinsipnya secara total.

Hadi Awang yang dilihat bersifat sederhana dalam mengeluarkan sebarang kritikan terhadap UMNO/BN kini dilihat kian taksub dan liar tatkala bahang PRU13 semakin hampir.

Beberapa tokoh Ulama' PAS nyata kesal dan khuatir kecelaruan Hadi Awang dalam menyerang pelbagai cemuhan dan kecaman yang tidak menggambarkan apa yang dinasihatkan beliau satu ketika dahulu.



 

Hadi Awang pernah meminta Pimpinan PAS agar menyatakan kritikan bersifat lebih sederhana terhadap parti lawan memperlihatkan situasi ketidaktentuan dan kekeliruan perpaduan ummah di Negara ini yang bakal berdepan perpecahan besar antara umat Islam jika tidak dikawal.

Beliau meminta setiap anggota parti agar mengeluarkan teguran2 membina dan tidak terpesong sehingga memakan diri masyarakat serta ummah.

Hadi Awang juga pernah menyeru pimpinan agar tidak menolak secara terus menutup sebarang pintu rundingan dan muzakarah yang memberi kebajikan ummah.

Pintu rundingan sewajarnya lebih releven diutarakan bersama dalam bermuzakarah berkaitan isu2 utama berkaitan Islam bersama parti lawan dan mana2 organisasi.






Video di atas memperlihatkan pendirian sederhana Hadi Awang menerusi Ucapan Muktamar PAS ke 55 yang menyatakan pendirian agar tidak menutup sama sekali pintu kerjasama dengan mana2 pihak demi Islam.

Hari ini kenyataan Hadi Awang menyerang pemberian wang BR1M umpama Habuan Firaun dalam pentadbiran Mesir nyata bercanggah sama sekali dengan apa yang diutarakan satu ketika dahulu.

Adakah Hadi Awang menerima tekanan kritikal dari rakan Pakatan sehingga sanggup menyelar kenyataan sedemikian demi membuktikan keutuhan beliau bersama2 Pimpinan DAP & PKR?






VIDEO di atas menggambarkan pendirian sebenar Hadi Awang dalam meneruskan dakwah politik Islam. Kehadiran PM Najib Razak disambut dengan pelukan mesra dari beliau. Adakah Hadi Awang sanggup berpeluk tubuh kembali dengan individu yang kini beliau gelar sebagai Firaun?

Kezaliman Firaun memperkasa rakyat sebagai hamba abdi. Bekerja tanpa upah. Mengarahkan anak2 lelaki yang baru dilahirkan dibunuh kerana takut rampasan kuasa. Malah Firaun menggelar dirinya Tuhan yang Berkuasa.

Adakah ini prinsip Najib Razak wahai Hadi Awang?

Mungkin ada benarnya dakwaan Zulkifli Nordin menerusi paparan Siri Video Ceramahnya yang mendakwa PAS kini telah Kafir kepada ALLAH.

KLIK DI SINI untuk tonton video tersebut.



4 comments:

Anonymous said...

Tak da pe yang nak di hairankan. Semua ini berlaku diatas solat hajat dan doa yang di pohonkan agar Allah menunjukkan siapa yang benar dan siapa yang salah. Dan petunjuk2 Allah amat jelas keatas apa yang berlaku kepada Pok Nik, Haji Hadi dan Annuar. Terpulanglah kepada anda semua untuk menilaikan nya.

Anonymous said...

Itu lah sikap dia yang sebenar2nya!

Anonymous said...

Allah beri petunjuk satu persatu tetapi mereka masih tidak sedar atau buat tak tahu......tunggulah sehingga api neraka memamah badan...dan tatkala itu kamu sudah terlambat...................
Ingatlah 'iman' bukan pada serban dan jubah....jika sekiranya ianya membuatkan anda lebih sombong dan ria'.......

Anonymous said...

Akal Hj Hadi bagaikan budak baru bertatih cakap

Powered by Blogger.