Feb 12, 2013

TUN M : ORANG MELAYU MESTI GUNA AKAL KEKAL KUASA MELAYU.









Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan kaum Melayu betapa pentingnya untuk mengekalkan kuasa politik yang dimiliki selama ini.

Beliau berkata demikian pada program ‘Santai Bersama Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad’ di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) baru-baru ini, dengan menjelaskan bahawa kedudukan Melayu di negara ini hanya boleh diperbaiki sekiranya kuasa politik kekal di tangan mereka.

Katanya, sebagai contoh Malaysia telah berusaha keras sejak negara mencapai kemerdekaan lagi pada tahun 1957 untuk mempertingkatkan kedudukan orang Melayu dengan berbekalkan ilmu pengetahuan agar mereka tidak lagi bergantung harap kepada kerajaan meskipun terpaksa menelan kos yang tinggi.

“Tujuan kita hendak kuasa politik ialah supaya kita dapat memperbaiki kedudukan kita.

“Sebab itulah apabila kita merdeka, maka kita berusaha membekalkan orang Melayu dengan ilmu pengetahuan. Perbelanjaan yang cukup banyak ditumpukan kepada perbekalan ilmu supaya orang Melayu tidak lagi bergantung kepada kerajaan,” katanya.

Namun begitu, beliau menegaskan usaha-usaha yang dijalankan kerajaan setakat ini masih belum mencapai matlamatnya.

Meskipun mengakui terdapatnya orang Melayu yang berjaya di dalam perniagaan dan menjawat jawatan penting di dalam syarikat-syarikat korporat, namun menurut Dr Mahathir yang mentadbir negara ini selama 22 tahun, jumlah mereka masih lagi kecil berbanding kaum lain.

Justeru katanya, dengan memiliki kuasa politik jurang dikalangan masyarakat yang tidak seimbang ketika ini akan dapat diperbetulkan.

“Tetapi kita dapati kita tidak mencapai matlamat kita sepenuhnya. Sementara ramai juga yang dapat biasiswa, ilmu pelajaran, dapat pegang jawatan tinggi, bahkan dapat berniaga dengan jayanya. Tapi jumlah mereka sangat kecil.

“Sebab itu kita kena membantu mereka yang belum mempunyai kekuatan. Untuk itu, kita perlu berkuasa dalam bidang politik..politik memberi kuasa kepada kita untuk memperbetulkan jurang di dalam masyarakat kita..keadaan tidak seimbang dalam masyarakat kita,” ujar beliau.

Dalam masa yang sama, beliau turut menasihatkan masyarakat Melayu di negara ini supaya tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan.

Sebaliknya, beliau menggesa orang Melayu untuk lebih berdikari dan memajukan diri supaya ia akan lebih disegani oleh lain-lain kaum di negara ini.

“Orang yang kuat tak perlu pertolongan..sebaliknya orang yang lemah perlu mendapat bantuan. Jadi kalau kita nak tentukan nasib kita, kita boleh bergantung kepada bantuan yang mana kadang-kadang datang kadang-kadang tidak..

“Sebaliknya kalau kita perkuatkan diri kita, sampai orang pun takut tengok badan kita begitu tegap sekali, kita tak perlu kepada bantuan lagi,” katanya.

4 comments:

Kampong man said...

Salam,

Izinkan saya berkongsi di blog tuan berkenaan perpecahan orang Melayu yang di main pembangkang bagi melunturkan legacy Tun sebagai pencerahan.Saya memberi komen di blog WZWH.blogspot dan dibawah adalah komen saya :

Kampong man said...

"Pada tahun 1988 Mahathir berbalah dgn Ku Li kerana berebut nak jadi PM. Akibtnya UMNO pecah dua. Sejarah mencattkan, ini merupakan perpecahan yg paling dashyat yg menimpa orang Melayu yg bernaung dibawah UMNO "dari satu komen pro PR.

Ini statement kelentong.

Perpecahan sementara pada ketika itu mungkin berlaku disebabkan Ku Li memikirkan beliau layak dan tidak berpuas hati lalu beliau menubuhkan S46 menyebabkan UMNO dibubarkan atas kesalahan teknikal ROC.Alhamdulillah ,Ku Li sedar dengan kesalahan beliau memecahkan orang Melayu dan akhirnya terus bertaup kembali bersama UMNO mewakili Gua Musang kerana COMMON SENSE PREVAILS akhirnya.Yang penting Ku Li sedar kesalahan beliau.Kesalahan Ku LI memecahbelahkan orang Melayu dimaafkan.

Mahathir,kesayangan Melayu dalam UMNO terus diberi mandat selama 22 tahun meneraju UMNO dan negara. Hebat,Satu rekod yang lama. Negara terkenal di seluruh dunia sebagai model negara islam yang baik dan moderate kerana dapat menyatupadukan masyarakat majmuk berbilang kaum dan ugama.Malaysia yang sungguh unik.Mahathir berundur dengan sendirinya tanpa ada cabaran dan ganggu gugat dari siapa pun dalam parti UMNO bagi memberi peluang pada pemangku UMNO A Badawi.

Serpihan S46 masih yang cupit bilangannya masih ada di celah celah bandar ,kampong dan dibawah pokok durian dan manggis menyanyikan lagu perjuangan S46 yang lama telah berkubur. Bukankah baik mereka kembali bersatu saperti KU Li ,Rais Yatim dan ramai lagi pengikut S46 dibawah UMNO dan memperkasakan UMNO.Mereka memilih untuk melawan arus dan menentang.Mereka kurang cerdik dan terus mahu memecahkan orang Melayu.Sia sialah sahaja kerja mereka.Meraka pasti gagal.

Anwar adalah satu lagi orang Melayu yang bertanggung jawab dan amat berjaya memecahkan orang Melayu kepada TIGA pula lagi PKR,Pas dan UMNO kerana kempunan dan bernafsu besar mahu dan MESTI juga berhajat menjadi PM yang belum kesampaian.Beliau akan pasti di tolak oleh orang Melayu kerana keasalahan moral beliau yang dengar khabarnya tiada bukti sahih .Betul ke?.KM tak mahu ambil pusing.Bahkan Pas sekarang tidak dapat menerima beliau sebagai PM walaupun beliau ketua pembangkang PR dengarnya.Eloklah begitu.Sekira dalam pemangkang ada yang menolak cara Anwar ni apakah kita dalam UMNO masih boleh mempercayai beliau sebagai ketua kerajaan kita nanti ?.Tidak mungkin.Option terbaik lupakan sahaja budak Anwar ni.

Manakah halatuju kita orang Melayu yang berpecah belah kerana S46 dan PKR ini ?.Semua mahu menjadi perdana Menteri baik Ku Li,Anwar dan Tun.Mahathirlah yang dipilih oleh rakyat majotity.Majority rules kata orang puteh.Di bawah Mahathir negara maju,aman,harmoni dan ekonomi baik.Bayangkan tanpa S46 dan PKR pasti huruhara tidak berlaku dan perpecahan Melayu tidak berlaku.Bukankah mereka ini semua orang UMNO dulu ?.Kekuatan UMNO adalah bukan dari individu tetapi parti itu sendiri.Individu datang dan pergi UMNO tetap kekal selama lamanya.

Orang Melayu harus bersatu demi bangsa dan ugama kepada satu parti atau satu pakatan yang kuat.Buat masaini UMNO lah parti tunjang orang Melayu kerana parti Melayu lain hanyalah biasa biasa sahaja.

Apabila Melayu lemah kaum lain mula naik tochang terutama yang biadap DAP tu dan di sokong pulak oleh Melayu desperado macam Samkmongkol maka pengikut yang kurang cerdik pun terikut ikut mahu mentalkinkan UMNO.Boleh kah ?.Majoriti orang Melayu pasti dibawah UMNO juga sebenarnya. Mereka sayangkan UMNO dan mahu memperbaiki Ukelemahan UMNO dari dalam.

orang melayu menang sorak tetapi awas nanti kampong pula tergadai.Buatlah pilihan yang terbaik bagi kita orang Melayu dan pastinya di belakang UMNO bukan PKR dan bukan PAS.Wassallam.

SELAMAT MENGUNDI.

February 13, 2013 at 8:46 AM

Anonymous said...

UMNO yg asal telah dimatikan atas tindakan politikal survival Tun M. Tertubuh nya UMNO baru selepas itu olih orang yg mematikan UMNO asal memperlihatkan peristiwa perpecahan Melayu sehingga kini.

Sejak itu orang Melayu telah biadap sesama Melayu dan institusi Raja paling teruk di hina. Tidak perlu kita cerita tentang PKR, PAS atau DAP, perpaduan sesama kita dalam UMNO pun berbalah tak sudah.

Lihat di perengkat bahgian sekarang, perebutan kerusi macam hidup ini menongkat langit, walhal mereka ini dulu masuk UMNO dgn kata kata keramat mahu membela agama dan bangsa, tapi atas acuan budaya tersendiri UMNO hujung hujung jadi manusia rakus dari ahli biasa hingga pimpinan.

Ini perlu di ubah dahulu baru orang Melayu luar UMNO melihat sebagai satu yg baru dan baik bukan macam sekarang rencong di dalam.

Anonymous said...

diharap JANGAN KELIRU.UMNO TIDAK DIMATIKAN tetapi UMNO LAMA ditukar kepada UMNO BARU.MAKSUDNYA UMNO YANG BERNAFAS BARU.cuba tengok sekarang berapa banyak KEMAJUAN yang kerajaan sudah buat.inilah dia UMNO BARU[umno yang bernafas baru].UMNO TETAP juga UMNO.

Anonymous said...

diharap JANGAN KELIRU.UMNO TIDAK DIMATIKAN tetapi UMNO LAMA ditukar kepada UMNO BARU.MAKSUDNYA UMNO YANG BERNAFAS BARU.cuba tengok sekarang berapa banyak KEMAJUAN yang kerajaan sudah buat.inilah dia UMNO BARU[umno yang bernafas baru].UMNO TETAP juga UMNO.

Powered by Blogger.