Feb 22, 2013

SELANGOR CIPTA REKOD - PROJEK 'DEMI RAKYAT' PALING BERJAYA DI MALAYSIA.







"Mengapa kita mesti mengundi sebuah Kerajaan yang mengutamakan projek berbilion ringgit untuk memperkayakan kroni2 Pemimpin UMNO Barisan Nasional? Tanpa memikirkan derita rakyat? Ini bezanya prinsip kita (Pakatan Rakyat) dengan Kerajaan UMNO Barisan Nasional."

"Buku Jingga jelas menjanjikan kebajikan dan hak rakyat dijamin. Wang Kerajaan dibahagikan sama rata agar rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik."


Ucapan lunak lagi memukau tertera di atas merupakan janji Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang kian gelojoh menyerang pimpinan Najib Tun Razak bagi merampas Putrajaya.

Lontaran kata2 yang begitu angkuh dan bongkak dari Penasihat Ekonomi Negeri Selangor menghina kepimpinan sebuah Kerajaan yang pernah dipertahankan beliau selama 16 tahun satu ketika dahulu.






Projek apa di atas ini? DATUM JELATEK. Yang mentafsir kecurangan beliau terhadap rakyat golongan sederhana dan bawahan.






Tatkala penghuni di kebanyakan Rumah Pangsapuri dan Flat di Selangor dahagakan janji air percuma yang tidak ditepati sehingga hari ini, pelan pembinaan Apartment Multi Bilion milik PKNS ini diluluskan Kerajaan Negeri.




Bakal dibina di sebuah kawasan penempatan Melayu bertaraf sederhana dan miskin di Keramat, Projek Mewah ini turut bakal memusnahkan penempatan2 penduduk sekitar lokasi berdekatan.






Projek milik Kerajaan Negeri ini telah dirancang secara sulit terbongkar setelah dilancarkan di Singapura Oktober tahun lalu. Ianya menawarkan unit termurah Bumiputera berjumlah SGD 301,924 iaitu lebih kurang RM 754,81.

Manakala harga paling tinggi ialah SGD 3,739,611 iaitu lebih kurang RM 9,349,027.






Projek Rakyat? Memang benar ini salah sebuah projek milik rakyat. Rakyat terkaya yang sudah pasti menguburkan rakyat termiskin.

Projek Demi Rakyat ini telah mencipta rekod paling 'berjaya' Kerajaan Negeri Selangor sepanjang pemerintahan lebih 50 tahun. Malah projek ini mampu 'dijayakan' sebuah Kerajaan Negeri tanpa bantuan peruntukan Kerajaan Pusat.



 


Rakyat Termiskin di Flat2 Kos Rendah ditimpa maut dahagakan air percuma.. Rakyat Terkaya diberikan kemewahan tersergam indah laksana syurga.

DEMI RAKYAT. Anwar janjikan 'perubahan luar biasa'.


KLIK DI SINI untuk dapatkan info penuh berkenaan Projek Mewah ini.


9 comments:

Anonymous said...

Demi Rakyat: Rakyat naik basikal, Azmin naik Ferrari.... ;p

Anonymous said...

Bukak kat area sini dulu geng2 Pas nak pertahankan Surau kampung Berembang tu?

Anonymous said...

lepas ni nanti kerajaan negeri selangor kena buat lagi satu projek pembangunan pasa 2 untuk penduduk melayu[peringkat bawahan]pula.iaitu projek pembangunan perumahan SETINGGAN DENTOM JELATEK.

SayangMalaysia said...

Salam Perjuangan..
TOLONG JANGAN LEKA DAN SELESA.. PUTRAJAYA BELUM SELAMAT LAGI!!


Jgn fikir soal ramalan akan menang, itu sbg 'sweetener' psywar supaya jentera UMNO BN leka, syok sndiri dan mula lalai. Anggaplah kita akan hadapi perperangan besar, battle ship.. direction mesti tepat, must GO AHEAD!!

Jgn lihat godaan di kiri kanan..terus mara pd sasaran.

Musuh yg amat dahsyat sedang tunggu utk menghancurkan kita. PR anggap inilah peluang terbaik mereka utk habis2an tumbangkan UMNO BN. Anwar sudh caturkan ini peluang akhir utk dia jd PM!! Mereka akan buat apa shj, gunakan taktik paling kotor dr luar negara utk musnahkan UMNO (mereka tk kisah sgt dgn MIC MCA, itu senang urus)

PR akan pakai semua perkakas yg ada dlm kerajaan jika mereka menang (minta Allah jauhkan) utk balas dendam pd pemimpin UMNO BN.. terutama Tun M, DS Najib, Rosmah dan penentang2 Anwar.

Misi balas dendam ini dikhabarkan sgt mengerikan, dn Polis, ATM akan diperkudakan sepenuhnya utk capai cita2 ZALIM Anwar ini..

Kita tiada pilihan melainkan sepenuh jiwa raga mempertahankan PUTRAJAYA seterusnya mengembalikan 2/3.

DS Najib sudah lakukan yg terbaik dan bermacam2, jgn last minute ini ada yg jd dalang pengkhianat utk sebarkan fitnah buruk pd DS Najib/Rosmah dr DALAM JENTERA UMNO SENDIRI (aku sudah hidu maklumat, ada ejen perosk dr dlm pd saat akhir)!! Terpulang kpd kita utk fikir pakai otak atau kepala lutut.. Skrg we MUST ALL OUT with FULL THROTTLE!!
(PAS yg korok miskin pn sudah ada treler propaganda.. UMNO masih pakai cara lama, khemah knduri??!)

Skrg masa bkn bermain2 lg.. bukan masa utk buat lawak kosong lg, hntikan thread publisiti murah utk artis, gambr2 merepek dan lucah, PLEASE!.. be serious, tingkatkan motivasi dan smgt juang utk jentera BN!!

Jgn lupa sbg hamba Allah, kita yg Melayu Islam tetapkan DOA dan SOLAT di hari2 genting ini utk panjatkan pertolongan ALLAH TA'ALA..

Sebaik2nya UMNO Pusat anjurkan majlis bacaan Yaasin dan Solat Hajat mohon kemenangan dan jauhi malapetaka..

skdr ingatan dr rakyat biasa yg tiada apa2 jawatan..

SEMOGA UMNO BN MENDAPAT KEMENANGAN PRU13 2/3..AMIINN!!

Anonymous said...

Naik jet mana..

Anonymous said...

kita kena buat kajian cost benefit analysis ... masyarakat tmn keramat kena fikir secara rasional & strategik sama ada nk kekal dlm kelompok miskin bandar atau miliki aset & melayu yg berdaya maju melalui datum jelatek ini!

jika melayu keramat akan mendapat faedah maksima apa salahnya datum jelatek drp kita kekal tidak berubah dan hidup dalam kemunduran buatan sendiri!

fikir yg positif & keuntungan berganda .....

tapi sebaliknya jika pembangunannya merugikan hak & kepentingan kita, tolak saja projek ini!

Anonymous said...

Melayu keramat yang tak berkemampuan akan menjadi lebih perit.. Tiada apa yang menguntungkan.. Merugikan adalah.. Lebih terpinggir..

Anonymous said...

Itu baru 4 tahun perintah. Kalau orang S'gor nak rasa lagi.. nak tengok lebih banyak 'Datum Jelatek', bagilaa lagi undi kat PR tu.
Melayu murtad juga boleh ditambah lg bilangannya.

Kalau kat Penang ni dah teramat banyak 'Datum Jelatek' dibina. Yg beli rata-rata foreigners. Malah, setiap kali mereka bina, mereka pasti akan pergi ke Hong Kong dan S'pore (tempat geng depa laa) untuk buat promosi.

Nampak tak..? penjajahan bentuk baru. Tak payah guna tentera, guna duit aje.

Ada satu lagi taktik puak asing ni, spt yg berlaku kat Penang, ialah: seorang ejen hartanah akan datang dan beli 4-5 unit yg harga juta-juta tu. (Contoh: The Cove, a few yrs ago, one American came and bought 5 units (each abt 5000sq ft, berharga RM1.5 mil ++). Saya tya untuk apa beli banyak gitu, nak duduk sini ke? Dia jawab for investment).

Anda tahu tak, jika dia dapat jual kesemuanya dengan harga say RM2.8mil or more se unit, dengan sendirinya harga pasaran untuk 5000 sq ft bagi projek2 baru akan jadi RM3 mil++.

Dan harga akn terus naik dan naik dan developers ni pun sengih tak muat muka. Dan kita? hanya boleh menyanyi...

Bumi dipijak..milik orang...

Dulu,bawah Gerakan, wlupun Koh Tsu Koon orang Cina, dia faham aspirasi BN, jadi dia banyak sekat developers yg tamak nak bina 'Datum Jelatek' ni. Kerana tu ramai bekas kroni tikam belakang. Fitnah berleluasa...ditambah dgn kelemahan parti untuk melawan fitnah.. maka orang Cina Penang tolak Gerakan dan MCA.

Sekarang... mereka rasa laa betapa peritnya sebab majoriti dr mereka juga tak mampu nak beli.

Saya tahu sbb tahun lepas bila saya iklankan rumah saya standard 2 tingkat corner lot pada harga RM600K, ramai orang Cina yg dtg nak beli, tp mereka tak mampu utk dapatkan pinjaman bank (dan mereka tu adalah professionals). Akhirnya sorang jutawan yg belikan utk anak dia yg baru berkeluarga.

Saya akan merasa amat hairan jika S'gor yg majoriti penduduknya org Melayu, akan beri undi kpd PR sekali lagi.

At least, di Penang, majoriti orang Melayu telah undi UMNO (tp bilangan kerusi Umno tak banyak...apa boleh buat... kita Melayu/Islam adalah minoriti di pulau ni).

Fikir-fikirkan lah...

-bekas penyokong PAS

Anonymous said...

PKNS dah jadi sosialis... Pasaran semasa akan menentukan hala tuju mereka.. Matlamat asal penubuhan PKNS adalah untuk memajukan dan memakmurkan selangor dengan memberi peluang kepada orang yang berpendapatan rendah sederhana dapat duduk di kawasan bandar dengan membina rumah mampu milik.. Kini apa dah jadi dibawah pimpinan PR atau PKR selangor.. Matlamat telah tersasar.. Tiada lagi rumah mampu milik dibina di kawasan bandar.. Semua dah jadi macam datum jelatek.. Tengok di shah alam sahaja.. Tiada lagi rumah mampu milik dibina.. Yang ada beberapa unit condominium yang kononnya harga murah lebih kurang 300-400 ribu.. Tetapi jika dikira per sq feet mencecah rm500.. Adakah logik orang nak beli unit unit ini untuk duduk.. Keluasan dalam 400sq feet sahaja.. Buat sewa untuk pelajar kolej MSU bolehlah.. Tapi itu bukan tujuan asal PKNS.. Ingat lah PKNS bahawa tanah yang diperolehi mereka bukan dibeli dengan harga pasaran sebenar..

Powered by Blogger.