Feb 24, 2013

PANAS - ANAK FADZIL NOOR DESAK UMNO & PAS BINA KERAJAAN PERPADUAN.







Seorang pendakwah yang merupakan anak bekas presiden PAS, Ahmad Fauwaz Fadzil membangkitkan semula soal kerjasama antara PAS dan Umno, didakwa demi kepentingan Melayu dan Islam.

Malah, organ kedua-dua parti, Harakah dan Utusan Malaysia juga patut bekerjasama, kata anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor itu dalam satu wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia.

"Jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini," katanya dalam wawancara bersama akhbar milik Umno itu.






Beliau juga berkata PAS dan Umno mempunyai "slogan" tersendiri dalam soal agama Islam, Melayu dan negara kebajikan.
"Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan,"

"Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya'," katanya menerusi laporan media Pro Pembangkang Malaysiakini.

Isu perpaduan PAS dengan Umno itu kembali dipromosi selepas lebih setahun menyepi.



15 comments:

Anonymous said...

Eloklah saranan tu.

Tambahan lagi, sekarang pun dah semakin ramai pemimpin PAS yg pakai songkok hitam.

Dulu (saya tak tahu la PAS di negeri lain), di Kelantan jika seseorang tu pakai songkok hitam, dia akan terus dilabel sebagai orang UMNO. Lucu betul.

Kononnya songkok hitam mencerminkan melayu, bukan Islam. Orang PAS ialah yg pakai serban atau bersongkok putih. Begitulah taksubnya. Saya rasa bodoh pulak bila terkenangkan perkara ni sbb kerana kejahilan, saya juga termakan dengan dakyah ini.

Budak sekolah agama takkan dilabel gtu kalau pakai songkok hitam sbb uniform sekolah.

Sekarang, selamba aje saya tengok geng2 Anwarinas pakai songkok hitam. Malah Azizan MB Kedah juga selalu pakai songkok hitam.

...makna dah bolehla bersatu!

-bekas penyokong PAS

usin said...

tanya komen nik aziz pasal saranan anak allahyarham fadhil nor ini. harus beliau kena maki. pantang pas bagi nik aziz ialah berbaik dengan umno. kalau dengan kafir harbi, dengan syaitan....ok.

Media Shah Alam said...

kompom kena tuduh macai umno nanti...

Anonymous said...

Sure kena kata dah dibeli umno.

sedih memikir bangsa sendiri.

Anonymous said...

Extremist islam nik aziz.. Extremist kafir katpal singh.. Heran macamana boleh bersatu dalam PR.. Lebih mrnghairankan bagaimana seorang yang konon nya ulama seperti nik aziz boleh bersekedudukan dengan anti islam ni..

Anonymous said...

rasa2nya dah tak cium bau syorga dah pendakwah ni... gara2 bercakap tentang perpaduan, persaudaraan sesama islam...(perkataan yg paling dibenci oleh TG tetapi paling dituntut dalam islam)

Anonymous said...

YANG DAH BETUL2 MATANG DALAM PAS TIDAK MUNGKIN TERMAKAN DGN PUJUKAN UMNO. UMNO JGN NAK BERANGAN. BERI PELUANG PADA ORG LAIN. MEREKA AKAN BUKTIKAN YG MEREKA DAPAT MENTADBIR PUTRAJAYA JAUH LEBIH BAIK BERBANDING UMNO.

Anonymous said...

JANGAN PERCAYA DGN UMNO. DASAR PENIPU. MEREKA TIDAK BERMINAT DGN ISLAM PUN. YG MEREKA HARAP ADALAH KESINAMBUNGAN KUASA UTK TERUS SAMUN DAN ROMPAK HARTA RAKYAT. ITU TETAP JADI AGENDA UTAMA UMNO.

Anonymous said...

Knp x habis2 dgn buruk sangka. Itukah ajaran islam yg dibawa PAS? Sikap berburuk sangka terhdp sesama muslim. Syabas PAS kerana berjaya mentarbiah org2 PAS supaya bersikap sedemikian. Adakah itu ciri2 Islam?... Para2 Ustaz yg jujur...tolong jawab.

warga kota bharu said...

Amboi.. amboi .. sedapnya kata kata diatas...
Selagi manusia ada nafsu .. selagi tu lah ia Berkeinginan .. 3 TA
Faham.. faham sajalah..
Tipu makhluk bolih la..
Dengan Allah taala .. macam mana !!!!! ?

Anonymous said...

Saya menyeru semua orang melayu supaya kita tarbiahkan Pas pada PRU13 nanti supaya mereka bawa Pas seperti yang kita mahu selepas kalah teruk dalam PRU13.

Kita tak suka Pas kawan dengan DAP. Kita tak suka Pas tunduk kepada Anwar.

Saya nak tengok sangat kepala2 dalam Pas seperti Hadi Awang, Nik Aziz, Nasrudin Hassan, Mat Sabu, Khalid Samat dan Mahfuz Omar dicantas oleh para pengundi pada PRU13 nanti. Sebab bila mereka dah tak ada lagi, insyallah Pas akan bangkit mengikut acuan yang orang melayu mahu, sekarang ini Pas hidup ikut acuan cina DAP.

ask said...

Salam,

Seringkali bila kita menghadapi kesulitan atau kita kebingungan, kita menadah tangan dan memohon diberi petunjuk oleh Allah swt.

Seringkali juga apabila petunjuk telah diberi dengan terang dan jelas tetapi kita yang tolak petunjuk itu dengan bermacam-macam sebab.

Sedangkan apabila kaum Islam berperang dengan kafir, dan apabila pihak kafir ingin berdamai, kita diperintahkan menerima dengan minda terbuka (Surah Anfal, ayat 61).

Inikan pula saudara sesama Islam macam mana?

Anonymous said...

bila pas buka ruang dengan dap maka dikatanya berbaik dengan kafirlah dan sbgnya. masa mca join dgn umno tak nampak pula mca tu cina. yg org umno sokong bn tu bukn org melayu shj termasuklh mca cina dan mic india. negara ni kn majmuk. kalau nakcari semua melayu pegi cari satu pulau cari org melayu umno duduk situ lps tu lantik diri sendiri jadik pemimpin..

Kapak Net said...

Bos tolong pautkan blog saya..kapaknet.blogspot.com

MediaShah Alam said...

Sudah Bro Kapak Net,,link sudah paut

Powered by Blogger.