Feb 19, 2013

NIAT JAHAT MR. XENOPHON AGEN ANWAR KE PUTRAJAYA.








Beberapa senator Malaysia yang dengan keras menolak campur tangan asing dalam urusan demokrasi Malaysia, hari ini tampil mempersoal niat sebenar senator dari Australia Nick Xenophon yang kononnya cuba hendak memastikan pilihan raya umum ke-13 bersih dan telus.

Mereka berpendapat Malaysia tidak memerlukan individu asing atau pihak luar yang cuba memandai-mandai mengajar kerana Malaysia telah dikenali dunia sebagai antara negara yang mengamalkan sistem demokrasi terbaik dan teruji sejak merdeka.

Senator Datuk Boon Som Inong berkata hasil amalan demokrasi raja berperlembagaan jugalah Malaysia dikenali dunia sebagai negara yang aman dan stabil politiknya serta menikmati kadar pertumbuhan ekonomi yang baik dan pembangunan pesat.

"Siapalah dia (Xenophon) hendak mengajar kita? Masyarakat majmuk Malaysia sudah hidup bersama dalam aman damai dan saling menghormati antara satu sama lain sejak sekian lama, jadi tidak perlulah senator Australia ini untuk menunjuk pandai.

"Senator kita sendiri tidak pernah campur tangan dalam urusan dalaman negara lain kerana kita sedar setiap negara mempunyai acuan demokrasi unik dan tersendiri. Kita juga tidak mahu orang luar cuba mempersoalkan kedaulatan kita," katanya.

Boon Som mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Alias Ahmad yang berani bertindak tegas menghalang kemasukan Xenophon ke negara ini berdasarkan kedaulatan undang-undang negara.

Senator Datuk Jaspal Singh pula berkata dengan rekod campur tangan Xenophon dalam aktiviti haram di negara ini dahulu, adalah wajar bagi rakyat Malaysia mempersoal niat sebenar senator dari Australia itu.

"Kita perlu tanya kenapa tiba-tiba beliau mahu masuk ke Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-13. Pasti ada niat tersembunyi yang bertentangan dengan kerajaan kita atau yang berkepentingan kepada pembangkang.

"Ini berdasarkan pelbagai dalih yang dilapor disebutkannya dalam media massa termasuk hendak menemui ketua pembangkang dan kononnya juga hendak berjumpa Suruhanjaya Pilihan Raya. Lagipun dia tidak mewakili kerajaan Australia tetapi atas dasar individu," katanya.

Jaspal juga bangga dengan tindakan tegas Alias menghalang kemasukan elemen tidak diingini itu ke Malaysia kerana langkah itu dianggapnya mencegah pihak asing menyebar maklumat jahat dan mempengaruhi rakyat secara tidak wajar.

Beliau berkata adalah lebih baik bagi Xenophon menumpukan perhatiannya dalam negara sendiri yang juga akan menghadapi pilihan raya tidak lama lagi.

Presiden protem Majlis Senator Malaysia Datuk Mohammed Najeeb Abdullah turut  menyokong tindakan Imigresen yang mengusir senator Australia yang mungkin mempunyai niat tidak baik untuk mencampuri urusan dalaman Malaysia termasuk proses pilihan raya.

Beliau berkata berstatus sebagai senator bukanlah tiket untuk mana-mana pihak melanggar undang-undang sesebuah negara, apatah lagi negara berdaulat yang lain seperti Malaysia.

Kedatangan untuk menjadi pemerhati pilihan raya juga perlulah atas jemputan antara kerajaan dengan kerajaan dan bukannya atas jemputan pihak tertentu, katanya.

"Amatlah tidak wajar untuk dia hadir dan memberikan ulasan dan mencampuri pilihan raya kita. Apabila bukan undangan daripada kerajaan, pandangan dia akan berpihak kepada siapa rakan yang menjemputnya ketika itu.

"Kita perlu menghormati undang-undang sesebuah negara itu. Kedatangan beliau tidak mewakili kerajaan Australia sebaliknya atas kapasiti peribadi sebagai rakyat Australia," katanya ketika dihubungi di sini.

Senator Datuk Syed Ibrahim Kader pula menyifatkan tindakan senator bebas Australia itu yang cuba mencampuri urusan politik negara ini adalah agenda yang cuba dicetus pembangkang.

"Siapa dia (Xenophon) nak masuk campur dalam hal kita? Dia bukannya senator yang mewakili seluruh dunia, dia hanya layak di negara (Australia) dia sahaja.

"Kalau dia benar-benar ikhlas dia harus menggunakan saluran yang betul iaitu berjumpa dengan kepimpinan kerajaan kita. Apakah agenda yang cuba disembunyikan oleh beliau (Xenophon) kalau tidak bersubahat dengan pembangkang?" katanya.

Beliau yang juga Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) berkata pembangkang hari ini sebenarnya sudah ketandusan isu untuk dijaja kepada rakyat dan cuba menggunakan orang luar untuk memberi pandangan natif tentang negara ini semata-mata bagi menarik perhatian rakyat.

Beliau berkata Malaysia dan Australia selama ini mempunyai hubungan yang baik dan tindakan ke atas Xenophon diharap tidak akan menjejaskan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Seorang lagi Senator, Norliza Abdul Rahim berpendapat kemasukan Xenophon ke negara ini tidak sesuai memandangkan negara bakal menghadapi pilihan raya umum dan kedatangannya pasti akan menimbulkan isu di kalangan ahli politik dan masyarakat.

"Saya rasa penahanan beliau daripada memasuki negara ini memang patut kerana kita sedang bersiap sedia untuk pilihan raya. Tetapi kalau beliau nak datang ke Malaysia selepas pilihan raya umum, beliau amat dialu-alukan," katanya.

Ditanya mengenai keperluan campur tangan orang luar dalam politik negara, Norliza berkata perkara sebegitu tidak perlu kerana hanya rakyat Malaysia yang berhak memilih dan menentukan kerajaan pilihan mereka.

"Malaysia adalah antara negara demokrasi yang dipandang tinggi di mata dunia. Namun setiap rakyat juga mestilah bijak membuat keputusan sendiri tanpa perlu dipengaruhi pihak luar yang boleh kita curigai motif sebenar kedatangannya," katanya.

15 comments:

Anonymous said...

kenapalah yahudi ni dijadikan kawan oleh anwar???

Memang lepas PRU nanti kau Anwar akan jadi gila dan sakit otak!!!

Anonymous said...

nuar babi mmg lgbt tegar tu pasal xelotape ni dia import khas...senang dia nak menjobor.

Anonymous said...

mat kangaroo ni dah tak da minah kangaroo di sana ke dia nak lantak, dah tentu datang malaysia ada penganjur nak hidang ayamg panggang/golek yang lazat, you are just a senator, not appointed by the people, elected by some one, why come to this peaceful country to create problem, your involvement in Bersih is clear enough you are going to cause unwanted condition in Malaysia... malaysian don't need you... only those babi anak babi may need you,..good that you are not entering this beautiful peaceful malaysia,..

Anonymous said...

malaysia don't need you to be advisor to the country, we have many educated people for the country,who love the peaceful situation in the country...I will say shhoooo shhoooo pls get out if you are coming to spoilt the country... we don't need you.

Pakcu Rantau Panjang said...

Kadang-kadang kerana dah terdesak orang Melayu kita sedia bersengkokol dengan orang asing biar pun terasa baik disegi luaran tapi hati dan niatnya jauh sekali dari yang dicerminkan....

Dan sejarah telah mengajar kita bahawa menerima orang luar belum tentu sama dengan anak watan sendiri yang dilahir dan dibesarkan di sini......

Tahniah kepada pihak yang berkuasa kerana dapat membaca " kilas ikan diair "....walahualam

Anonymous said...

Kenapa australia nak jadi big brother atau polis kat asia pasifik ke.. Adakah kita mahu negara luar masuk campur dalam urusan kita.. Tak lama lagi australia jadi macam amerika..

Anonymous said...

Perasan lah rakyat australia yang mereka semua adalah convict british.. Iaitu penjenayah yang di buang british.. Jangan cuba nak tunjuk lagak..

Anonymous said...

Editor atau suratkhabar malaysia harus memainkan peranan bagi mengkritik xenophone ni.. Siapa dia yang nak masuk campur urusan negara luar.. Apa kata kita suruh senator dari malaysia masuk australia dan kritik australia di dalam negara mereka.. Suruh senator kita cakap pasal racist kat australia (ingat paulin hanson).. Suruh cakap pasal hak aborigine yang dirampas oleh mereka.. Suruh cakap pasal PM dia yang hidup tak bermoral dengan boyfriend dia (adakah itu diterima dimalaysia atau dikebanyakan negara)..

Anonymous said...

Duta australia patut dipanggil wisma putra.. Mika tidak mereka akan lebih menjadi kurang ajar..

Anonymous said...

if u xenophone or public phone or whatever kinda phone u might be , think that being white makes u above the law, u re fucking wrong ausie !!! it was obvious that u were not being fair to all the political parties in this country. i really hope u u lose yr chair in the next coming election in yr country.

Sarawak Kolok Mee™ said...

sila follow blog kamek.. terima kasih.... http://sarawakkolokmee.blogspot.com/

Sarawak Kolok Mee™® is one of the crew members of Bloggers Anak Sarawak™®, a fraternity of locals bloggers, each with their own unique and respective backgrounds. Our existence here is just to spice-up and create a "merrier" surrounding in political Cyber-Warfare Zone particularly with the General Election inching nearer and closer. We definitely don't do self promos or sensationalize issues just to get high blog hits, if you are wondering. We post only FACTS, FACTS and FACTS. We don't give a damn shit to anyone because we're serious in what we're doing! Sarawak Kolok Mee™®

Anonymous said...

Dick Sexnophon adalah kekasih Anuswar.....keduanya adalah Pondan/Gay/homosexual dan pejuang kebebasan sex....Dick Sexophon apom Anuswar, Anuswar apom Dick Sexnophon.

Anonymous said...

Dick Sexnophon adalah kekasih Anuswar.....keduanya adalah Pondan/Gay/homosexual dan pejuang kebebasan sex....Dick Sexophon apom Anuswar, Anuswar apom Dick Sexnophon.

Anonymous said...

Rupa ni lah yang akan berdoyon datang Malaysia kalu Kote Lembik jadi PM.

Anonymous said...

wakil dari australia ini akan bertindak sebagai pemerhati politik PR.sebagaimana yang pernah mereka buat di TIMUR TIMOR[TIMOR LESTE].

Powered by Blogger.