Feb 26, 2013

MANIFESTO PAKATAN UMPAMA "TANAM TEBU DI BIBIR MULUT."








Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata manifesto pilihan raya yang diumum pakatan pembangkang semalam tidak realistik, umpama "tanam tebu di bibir mulut" (tanam tebu di tepi bibir).

Ini kerana katanya sehingga sekarang pembangkang masih tidak melaksanakan janji untuk memberi "bintang dan bulan" di negeri-negeri yang mereka kuasai selepas pilihan raya umum lepas.

"Janji pembangkang dalam manifesto memberikan pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading jika menguasai Putarajaya tidak realistik.

"Tak payah tunggu memberikan pendidikan percuma sekiranya menguasai Putrajaya, buat dulu di negeri yang ditadbir mereka bagi membuktikan kemampuan mereka seperti di Selangor.

"Saya lihat manifesto ini tidak lebih sekadar 'tanam tebu di bibir mulut', manis mulut bercakap tapi hati lain, macam cakap tak serupa bikin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor, di Klang malam tadi.

Noh yang juga menteri pertanian dan industri asas tani berkata banyak janji yang dibuat kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat di Selangor pada pilihan raya umum lepas tidak ditunaikan dan sekarang rakyat mula bangkit menuntut hak mereka di mahkamah.

Manifesto bertema "Manifesto Rakyat Pakatan Harapan Rakyat" yang dibentang pakatan pembangkang semalam antara lain berjanji untuk menghentikan serta-merta operasi kilang nadir bumi Lynas dan membatalkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) jika mereka memenangi pilihan raya umum ke-13(PRU13).

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar meminta rakyat negeri tersebut agar tidak terpedaya dengan janji manis pembangkang dalam manifesto mereka yang beliau percaya tidak akan ditunaikan selepas memerintah.

"Janji ini bukanlah janji baru tapi janji sama yang muncul setiap kali menjelang pilihan raya umum," kata Abu Hassan yang juga Yang Dipertua Mubarak Selangor.





ARTIKEL PANAS (KLIK pada tajuk di bawah):-
  
ULAMA' PAS KESAL - HADI AWANG KIAN KETAGIH 'LAPAR KUASA FIRAUN.'


5 comments:

Anonymous said...

la ingat kan tanam tebu justin bibir hampir2 salah baca hahaha!

Anonymous said...

saya baru jer baca, Manifesto Pakatan Rakyat. Memang terbaik dari segi proposalnya!!! Memang tabik spring. Semua nampak cantik, dan masuk akal. Cuma yang saya sangsi wal aneh. 4 negeri PR pegang, tak nampak pun perbezaan antara PR dan BN. malah lebih buruk lagi adalah. Senang cakap, Saya sokong PENBANGKANG memerintah MALAYSIA asalkan bukan, Anwar Ibrahim, Pok Nik, Hj, Hadi, LGE, LKS, dan lain-lain kulit muka yang dah kematu, tak tahu malu, banyak berskandal. Saya rasa, lebih baik kita lantik orang yang berkecuali atau orang yang sememangnya berkalibar, dihormati, tinggi ilmu dan pemgamalan Agama, bekata benar dan berbudi bahasa, pintar, disukai ramai.

RH said...

Haji Hadi dan Anuar tu ibaratkan langit dan bumi bezanya.

Hadi turuuuut je pe yg Nuar cakap.
Nuar brilliant tapi sayang brilliant kat lain. Perosak bangsa & negara, sedangkan Haji... mak aiiii... otak ada tapi tak pakai betui2.

Jijan Mali.... said...

Siapa nak percaya kat Manifesto juak-juak Pakatan Haram ni. Manifesto 2008 dulu pun depa cakap bukan janji dan banyak yang belum ditunaikan, cakap kosong saja. Bukan aku yang cakap, Khalid Gagap yang cakap ni, MB Selangor 2008-2013, sat lagi kena sebut Mantan MB lah. Ini dah keluar menifesto baru....tak yah lah. Tak kan aku pangkah dah juak-juak PR ni lagi. Buat perugi undi aku saja.

Tolak PR dlm PRU13 ni. Satu undi untuk PR adalah satu undi untuk PAS-pis-pus, DAPpigs, P'Gay'R dan
satu undi untuk tuhan 'Allah Trinity' DAPpigs mereka tu. Jangan kita gadaikan masa depan anak-anak
dan cucu kita dengan memangkah parti-parti yang bersekongkol bawah PR dlm PRU13 nanti.....

Anonymous said...

Tengok dan amati gambar Hadi dan Anwar. Cuba baca body language. Daripada body language, " siapa dengar siapa ?, siapa ikut siapa ? dan siapa control siapa ? ".

Cuba bagi tahu dekat kita....

Powered by Blogger.