Feb 22, 2013

LATEST - PERTEMUAN SULIT PAS & DAP BERSAMA KULI BINCANG CALON PM?








Laman Portal Pro Pakatan Malaysian Insider telah membongkar satu pertemuan sulit telah diadakan dari kalangan pimpinan PAS & DAP bersama Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

 Pertemuan yang diperakui sumber dari Pakatan Rakyat ini diadakan bagi mencalonkan Ku Li sebagai PM jika gabungan tersebut menang majoriti pada PRU13 kelak.

“Pakatan perlu ingat, mereka perlu konsisten dalam isu siapa bakal perdana menteri ini. Jangan nanti rakyat nampak kita Flip-Flop,” kata sumber berkenaan.

Lebih parah lagi, tekanan dan desakan Majlis Syura PAS didakwa bertegas menolak Anwar sebagai Pemimpin No. 1 Negara jika PAS bersama2 Pakatan menerajui Kerajaan Pusat

"Haram' bagi Anwar untuk meminta jawatan Perdana Menteri", tambahnya.

Ianya diputuskan setelah membuat kajian jangka panjang kepimpinan Anwar jika PAS berterusan bersama gabungan pimpinannya terutamanya dalam memperteguh prinsip Islam dan Syariah.

Pemimpin tertinggi PKR kemudian berkata Anwar tidak pernah meminta jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya rakyat yang mengangkat beliau.

"Ini sudah dipersetujui oleh PAS dan DAP semenjak pilihan raya umum 1999,” jelasnya.





Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan sebelum itu berkata PAS tidak teragak-agak untuk keluar daripada Pakatan Pembangkang sekiranya pengabungan itu tidak menguntungkan Melayu dan Islam.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyatakan sokongan konsisten terhadap Anwar sebagai calon Perdana Menteri, begitu juga dengan kepimpinan tertinggi DAP.

Namun langkah-langkah untuk menolak Anwar telah dinyatakan secara terbuka oleh akar umbi PAS sejak muktamar parti itu di Kelantan November tahun lalu.

Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini dilaporkan dalam sebuah perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota majlis tersebut menolak Anwar sebagai calon Perdana Menteri pembangkang dan berkemungkinan melantik calon dari luar bagi menggalas jawatan tersebut.






Apapun keputusannya, nyata Pakatan tidak stabil dalam menyatakan konsisten dalam pentadbiran memakmurkan rakyat.

Kepimpinan penuh bercelaru. 

Jikalau benar sumber dari sebuah laman portal Pro Pembangkang ini, diharap Ku Li berpegang pada kenyataan terbarunya yang menyokong kepimpinan Najib.
 
PS : Sentiasa 'memerhati Ku Li.

8 comments:

Anonymous said...

x boleh pakai pun.. tongsampahkan jer.

Anonymous said...

mari kita semua minta pengakuan dari KU LI dulu tentang hal ni.

Anonymous said...

Balik2 KU ni juga yang bawa masalah.
Payahlah kalau orang perasan lebih kuah dari nasi.
Gila babi nak jadi PM mcm aljubur

Anonymous said...

Tgklah betul2 foto tu rasanya zaman KU LI zaman muda2 dulu....

Anonymous said...

Sengaja nak kacau BN kat kelantan.. Mereka dah takut dgn kebangkitan gelombang merah di kelantan..

Anonymous said...

langkah politik yg bagus!

Anonymous said...

aku setuju Tengku Razaliegh berjuang dan bertanding bersama PAS atau PR untuk tumbang kuasa syaitan korup UMNO/BN ni yg tak pernah sedar diri sejak 55 tahun lagi itu.......

soal PM itu perkara kedua...... yang penting siapa yang mampu betulkan jalan pemerintahan dan pentadbiran negara serta tadbir urus yang PINCANG ini?
sistem perkhidmatan awam,
sistem pilihanraya, spr
sistem badan kehakiman,
sistem akauntabiliti: audit negara, sprm, biro pengaduan awam, PAC, dll.....
sistem perolehan kontrak,
sistem kawalan harga perkhidmatan & barangan asas,
sistem tadbir urus korporat dan glc,....
sistem pendidikan, moral dan sosial,
sistem kawalan jabatan imigresen negara- PATI,
sistem kepolisan & ketenteraan,
sistem politik demokrasi negara (separation of power, people rights, public justice)
dsb,

YM Tengku Razaliegh, anak didik Tun Razak, pakar ekonomi dan ahli politik negara yang berwibawa, memang ada aura yg kuat dalam masyarakat massa diperingkat nasional dan global... jika digabungkan dengan kekuatan people figures DS Anwar, TG Nik Aziz dan DS Abdul Hadi semamangnya satu PASUKAN PIMPINAN RAKYAT yang dipercayai seluruh lapisan rakyat!

Setentunya TS Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Tamrin Ghaffar, dll bekas UMNO akan merasai cita2 AMANAH akan benar2 menjadi realiti!

Itulah harapan politik baru Malaysia agar akan menjadi kenyataan! Allah makbulkan. Insya Allah. Ameeiin!!!!!!!

Anonymous said...

Cuba amat baik baik nama diatas tu.. Msna ada nama yang berwibawa.. Anwar kski liwat dll, maaf panjang sangat nak cerita dll tu.. Nik aziz memang dah sesat dan rabun islam.. Abful hadi pula sesumpah pak turut, turut apa sahaja keputusan yang dibuat dimana dia berada.. Yang dua lagi tu.. Bukan public figure langsung..

Powered by Blogger.