Feb 25, 2013

KES ALTANTUYA - BALASUBRAMANIAM SUMPAH GUNA KALIMAH ALLAH?





 

Kemunculan semula P.Balasubramaniam, individu yang mendakwa PM Najib Razak terlibat dalam kes Pembunuhan Altantuya dan kemudian menarik semula tuduhan beliau.

Menghilangkan diri seketika ke luar Negara .. Tiba2 muncul kembali petang semalam di KLIA disambut pimpinan PKR.

Kepulangan Bala turut disusuli dengan sumpah laknat menjunjung Kitab Agama Hindu Bhagavad Gita 'kembali' menuduh Najib terlibat di dalam kes pembunuhan Altantuya.

3 kali membuat kenyataan bercanggah. Dan semua ini berlaku secara drastik akibat terkejar2 kan bahang PRU13. Perancangan agak 'kelam kabut'. Mungkin Anwar Ibrahim tiada waktu untuk menantikan saat  membolot kuasa menawan Putrajaya.


 


Jikalau benar 'strategi sumpah' ini sasaran paling tepat menyatakan kebenaran dan keadilan, mengapa Anwar sendiri menolak untuk bersumpah meyakinkan rakyat bahawa dirinya bukan individu yang terpapar menerusi Video Seks yang didedahkan satu ketika dahulu?

Oh.. itu fitnah jahat. Mudah sungguh mencipta persepsi.

Mungkin selepas ini Anwar bakal beri kejutan baru bersumpah menggunakan Kitab yang dijunjung Bala semalam.






Jika hendak bicara soal sumpah, Najib sendiri pernah bersumpah satu ketika dahulu dengan menegaskan tidak pernah mengenali apatah lagi terlibat dalam kes Pembunuhan Altantuya. Sumpah Najib itu disebut mengikut tertib dengan melafazkan kalimah Wallahi... dengan rasa rendah diri pada Allah.. bertempat di Masjid Guar Perahu, Georgetown Pulau Pinang pada sekitar tahun 2009. TONTON VIDEO DI ATAS.

Sebagai individu berstatus Muslim, adakah Sumpah Najib dilihat 'jijik' jika dibandingkan dengan sumpah P. Bala semalam? 





Oh lupa. Fatwa PAS boleh 'mengemaskini' isu sumpah ini. Mungkin Nik Aziz bakal mengeluarkan fatwa selepas ini bahawa sumpah Bala lebih releven dari Najib.

Inilah politik pembangkang. Lebih malu apabila Pimpinan PKR beragama Islam menjulang sumpah Bala seolah2 lupa akan agama sendiri. Sebaliknya, sumpah Najib yang mengikut syariat Islam dicerca dan dihina.

Lebih jahil apabila Bala mengumumkan rasa tekad akan bantu berkempen dan memberi sokongan penuh terhadap PKR dan Pakatan pada PRU13 sehurus melafazkan sumpah tersebut.

Bukankah jelas sama sekali ianya bermotifkan politik?




Akhirnya mainan sumpah jadi senjata Pembangkang.

Namun tidak kira samada Sumpah Al Qur'an mahupun Sumpah Bhagavad Gita, apa yang pasti Anwar sehingga hari ini tidak berani tampil bersumpah menafikan penglibatkan beliau menerusi video seksnya itu yang  didedahkan sendiri sahabat karibnya Datuk Eskay.


PS : Hanya percaya pada Al Qur'an dan Sunnah.


8 comments:

Anonymous said...

Bodoh punya kafir org islam tk percaya kitab ko kitab ko kitab buatan manusia ....org islam percaya kitab alquran..........alquran adalah kitab suci yg diturunkan ......bodoh punya kafir lahanat berapa la anwar bayar ko........masyuk nk dekat pru Pr dh terdesaak sgt

Kekuda said...

tak kisahlah orang bukan Islam nak percaya kitab mana, tapi kalau ada orang Islam tak yakin dengan Al-Quran, itu dah boleh jatuh m*****. mari kita perhatikan siapa yang nak guna hujah bala bersumpah ni..

Anonymous said...

Yg mengaku Islam tapi lbh percayakan sumpah KAFIR itu mmg lahanatla jawabnya...sumpah mubahalah DSNajib xnak pulak derng percaya...

Kalo org kata xberiman marah pulak...percaya pada Qada' dan Qadar...Najib brani bersumpah melaknati diri sendiri seandainya beliau berbohong, tapi masih ada DUNGUAN2 taksub pakatan yg mmprtikaiknnya...

ANUwar pula sampai la neh xbrani nak bersumpah , nape DUNGUAN2 taksub xnak persoalkn?????

Budussss....

Anonymous said...


bala............. SD 1 Vs SD 2

Anonymous said...

Kita tgk apa puak pencacai pakatan kata....hehehe.....klu sumpah saiful dorang tak percaya...klu sumpah bala dorang percaya ...mmg confirm ....puak pencacai pakatan telah syirik pd allah

nonbal said...

Anwar dijamin berani bersumpah guna kitab Bala tu... tak percaya cuba tanya..

Anonymous said...

ANWAR HANYA BERANI BERSUMPAH DENGAN MENJUNJUNG BUKU YELLOW PAGES..MUNGKIN KAT SITU ADA SENARAI NOMBOR TALIPON ''tuuttt'''

gen2felda

Anonymous said...

Biarlah si Bala tu bersumpah. Nanti kalau tak betul Allah akan bayar cash. Percayalah. Orang2 kafir ni memang tak takutkan Allah.

Powered by Blogger.