Feb 5, 2013

KARPAL SINGH MAKIN 'LIGAT' HINA ALLAH.







Pengerusi DAP, Karpal Singh didakwa tidak menghormati Islam dan Pas sebagai salah sebuah komponen terbesar dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila dilihat cuba berulang kali mempertahankan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Melayu di negara ini.

Karpal yang menganggap isu kebebasan penggunaan kalimah itu masih belum selesai juga menunjukkan sikap seorang pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri dan parti politik semata-mata.

Penganalisis Politik, Profesor Dr Ismail Sualman berkata, Karpal tidak sepatutnya mempersoalkan lagi isu tersebut kerana keputusan itu dilakukan oleh Ahli Majlis Syura Ulama Pas baru-baru ini.

“Dari awal lagi Karpal dah tunjuk belang, dia tidak menerima Islam, bagaimana pemimpin Islam kita boleh bekerjasama dengan pemimpin seperti itu, tidak mustahil masyarakat Melayu Islam di Malaysia akan kucar-kacir selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga kelihatan meluat dengan tindakan yang dilakukan Karpal dan meminta supaya rakan seperjuangannya itu untuk tidak mencampuri hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam.

Beliau berkata, Nik Aziz sepatutnya sudah menyedari hakikat tersebut lebih awal dan bertindak mengikut keadaan supaya hak asasi umat Islam negara ini tidak tercemar.

“Dia (Nik Aziz) sudah nampak perkara ini, tetapi kenapa masih mahu pertahankan Karpal dan berada dalam PR yang sebenarnya berkeinginan untuk menghapuskan umat Islam negara kita.

“Dari apa yang berlaku, kita dapat lihat bahawa mereka (PR) sebenarnya tidak boleh bekerjasama antara satu sama lain, mereka mempunyai agenda tersendiri dan yang menjadi mangsa adalah rakyat.

“Ramai pemimpin dan penyokong Pas tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan Karpal dan tindakan Nik Aziz seperti berkompromi dengan orang bukan Islam semata-mata untuk menjaga kepentingan politik mereka,” katanya.

Ismail yang juga Pensyarah Kanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, Karpal sengaja memanjangkan isu tersebut kerana matlamatnya adalah untuk menguasai masyarakat bukan Islam dan menjadikan
negara ini sebagai negara yang berkebajikan semata-mata.

“Mereka tidak sehaluan, itu amat jelas sekali, mereka hanya bermuka-muka dan berlakon yang mereka sentiasa bekerjasama dan sepakat, padahal masing-masing mempunyai muslihat tersendiri.

“Apa yang penting, rakyat dan agama Islam tidak boleh menjadi mangsa dalam hal ini, Karpal terang-terang sudah tidak memihak dan menghormati Islam, mereka kini berlumba untuk memegang takhta pemimpin negara Islam, tidak mustahil pelbagai masalah perkauman akan berlaku jika perkara ini tidak diselesaikan.

11 comments:

Anonymous said...

Singh ni dah melampau!!..Dia nak mengkucar kacirkan umat Islam ..yang hairan nya pemimpin2 Islam dlm PR tu kenapa bengap sangat!!..keluar dari pakatan..itu lah jalan terbaik demi umat Islam dan Islam itu sendiri. Kerajaan BN pun jangan lah slow sangat dlm isu ni..tak kan dah terjadi sesuatu baru nak bertindak!

Anonymous said...

Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH ini, SEBAB mereka semua orang politik. Apa sahaja yang boleh menguntungkan mereka, akan dipolitikkan.
PERKARA berkaitan kalimah ALLAH dan akidah ISLAM DYMM YDP AGONG, SULTAN DAN RAJA2 MELAYU yang harus memainkan peranan.
Bila dibiarkan sahaja tanpa tindakan maka MELARATLAH CACING NAIK KEMATA.
AMPUN TUANKU

Anonymous said...

Asalamualaikum...
yg paling mangkuk tingkat ayun kiter org melayu....adew ISA p mansuh....manew akta yg kata ganti ISA tu...adew kalo guna jew la....
ntah la...penin....

Anonymous said...

Bai ni sendiri murtad ugama dia, ugama dia pun ada lima rukun, tak caya tanya dia, kenapa dia murtad, sebab dia tak simpan rambut panjang dan janggut, ini rukun utama dalam ugama dia,pasal seluar dalam pun rukun ugama dia selain pakai gelang, pedang kecil. Kalau dia tak kenal Allah tak payah cakap pasal Allah, Allah is tuhan untuk orang Islam, bukan God bukan Lord, tanya mana ugama pun tau Allah is god in Islam. Sama sama kita jaga kalimah allah, tiada kompromi dalam soal aqidah islam..Allahu akbar...

Anonymous said...

TG kata pas dah berjaya tarbiah dap.. sehingga dap dah faham tentang islam..sekarang apa cite, dap tak habis2 bantah perkara2 yg bersangkut paut tentang islam yg pas nak laksanakan sekarang nak mempermainkan kalimah Allah pulak.. apa dah jadi..

nampaknya dap yg telah berjaya tarbiah pas sehingga pas jadi tunggul kayu sehingga segala2nya nak digadaikan

pas perosak agama, bangsa dan negara, pas bertopengkan islam utk berkuasa, pas menggunakan islam utk undi dan putrajaya
pas sejak berkawan dgn dap dan pkr semakin jauh terpesong

Anonymous said...

salam.tiba dah masanya umno bersuara.jgn harapkan Pas atau pkr utk tegakkan Islam.mereka kelihatan sama mempermainkan kesucian agama.cepat umno..cepat...

labu 901 said...

beruk singh kalau datang tempat memang aku ludah je muka ,,,paling bangsat pon aku tolak je beruk tua jatuh,,,kencing muka kera tua singh..babi punya singh...berwaspada lah kau singh...

tokgaru said...

Kasihan la saya tengok korang. Tak pasal2 buat dosa kering jer. Yang korang sumpah dan maki Karpal tu apasal. Apa salah dia dan apa dosa dia kepada kita ? Dia setakat mengungkit janji yang dijanjikan kepada dia. Hadi Awang dan Nik Aziz, depan dia janji setuju, tapi belakang dia ikut Majlis Syura Ulamak pulak. Hadi Awang dan Nik Aziz belot terhadap Karpal dan DAP atau dalam bahasa islam " munafiq ". Ini lah yang hari2 dituntut oleh Karpal. Itu belum lagi dia keluar ayat " islam mengharamkan umat mungkir janji " .... dapat malu free jer Hadi dan Nik Aziz.

Cuba kalau awal2 lagi Hadi dan Nik Aziz tak sokong kalimah Allah dalam bible. Tentulah Karpal pun tak riuh macam sekarang ... macam orang minta hutang.

Nak kecam, nak keji, nak kutuk, nak maki, nak hamun ... Hadi dan Nik Aziz adalah sasaran yang paling tepat dan BUKAN Karpal. Please shoot at the right target.

Anonymous said...


Beng....Beng.....Beng.....

Anonymous said...

Nampak Garang macam Singa,rupanya KUCING,itu lah POK NIK<HJ.ADI dan sekutu dlm PAS,tengok Slogan mengenai ISLAM bukan main lagi.....munafikkkkkkkkkk,jangan ingat ALLAH x hisab perbuatan mu wahai ULORRRRMATI PAS

Anonymous said...

Akhirnya.... haram undi DAP kerana merekalah parti yg menolak ISLAM 100%. Fikirkanlah wahai umat islam.... jgn kerana politik kita khianati agama kita. Suhahanallah.......

Powered by Blogger.