Blog Gelombang Rakyat
Blog Gelombang Rakyat

Feb 1, 2013

ISU KALIMAH ALLAH - MAHATHIR KATA UMNO SOKONG BAKAR BIBLE?



UMNO tidak pernah menyokong tindakan membakar kitab Bible berbahasa Melayu yang menggunakan kalimah 'Allah'.
   
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali tidak mencerminkan pendirian UMNO.
   
"Ibrahim bukan anggota Umno. Beliau mungkin menyokong Umno tetapi beliau bukan jurucakap bagi Umno," katanya dalam entri terbaharu blognya www.chedet.cc.

Dr Mahathir berkata adalah malang Ibrahim harus mencadangkan agar kitab Bible menggunakan kalimah Allah, yang baru dicetak dibakar.
   
"Itu mungkin cara untuk kita melupuskan sebarang penerbitan yang tidak diingini. Namun ia tidak boleh dilakukan untuk kitab suci seperti Bible dan Al-Quran.
   
"Tetapi apa yang diperkatakan Ibrahim tidak mencerminkan pendirian UMNO. Malangnya, beberapa ahli politik ingin menganggapnya sebegitu untuk meraih publisiti politik," katanya.
   
Dr Mahathir berkata beliau menganggap cubaan untuk membayangkan sokongan Ibrahim terhadap UMNO  'bermaksud apa yang diperkatakan ialah apa yang dilanggan Umno sebagai nakal'.
   
Beliau berkata walaupun rakyat Malaysia boleh menganuti perbezaan fahaman politik, namun mereka tidak harus menggunakan perbezaan agama untuk meraih sokongan pengundi bagi memenangi pilihan raya.
   
"Ia umpama pedang bermata dua, dan mereka yang hidup dengan pedang akhirnya mati oleh pedang.
   
"Biarlah kontroversi ini diselesaikan oleh orang yang bertanggungjawab secara tertutup. Jangan biarkan pelampau mengambil alih dan mengeksploitasi isu agama. Ia mungkin menafikan kebebasan bersuara tetapi kebebasan tersebut, di dalam demokrasi yang liberal, mempunyai kekangan jika mahu demokrasi terus subur.
   
"Saya ingin merayu semua pihak supaya menghentikan tindakan menyalahgunakan isu ini," katanya.

10 comments:

Ibrahim ali bertanding atas ticket apa ye dulu.. Sokongan siapa ye.. Cuma kini sahaja bernada umno dalam banyak hal.. Jadi salah siapa.. Cuma pihak satu tu tak ada chance dak buang dia dari majlis syura dan pecat keanggotaan dia.. Pihak itu harus bertanggungjawab atas segala tindakan ibrahim..

Bible pada asalnya diturunkan dalam bahasa Hebrew sebab Isa Al Masih hidup dalam kelompok masyarakat Yahudi. Semite adalah rumpun keturunan dimana wahyu turun kepada bangsa ini termasuk Arab dan Yahudi ada beberapa persamaan linguistik dan tulisan, contohnya dari kanan kekiri dan sebutan. Dalam Bible Tuhan yang satu di sebut "ELOHIM" dari perkataan Elo merujuk kepada Tuhan yang satu bila di terjemahkan dalam bahasa Arab nermaksud ALLAH yang sama maksudnya.
Sebelum kedatangan Nabi besar Muhammad terdapat beberapa kelompok Arab yang memeluk agama Yahudi beramal dengan Taurat dan Kristian beramal dengan Injil.Mereka membahasakan Tuhan sebagai ALLAH kerana perkataan Allah itu adalah bahasa Arab jadi kita kena sedar perkataan Allah itu bukan hak mutlak Islam tetapi bahasa Arab.Cuma cara kita mensifati Allah itu berlainan dengan agama kristian dan Yahudi serelah berlaku penyelewengan. Itu pentingnya mengenali dan mempelajari sifat-sifat Allah, kerana awal agama itu mengenal Tuhan.
Supaya kita tidak dipermalikan dengan isu yang diluar logik akal kerana dunia luar memerhati-mentaliti masyarakat kita.

kalau dia nak bakar bible biarkanlah tapi jangan guna nama umno sebab masaalah bible ni adalah urusan ugama dan bukan urusan umno kerana umno adalah parti politik.apabila QUR'AN turun kedunia ini semua jenis bible adalah TERBATAL[tidak bolih diguna pakai lagi].secara MEJORITYNYA ORANG MELAYU dalam negara ini ADALAH BERUGAMA ISLAM DAN ALQUR'AN ADALAH KITAB RUJUKAN NYA.BUKAN BIBLE.kenapa DAP sibuk sangat hendakkan bible berbahasa melayu.inilah yang dipanggil ada udang disebalik mee.

Entahnyer..diaorg b'dua tu bukan p'anut kristian tpi nyibuk nk jadi jaguh,melibatkn agama islam plak tu.jaga tokong dan kuil masing2 dhla..yg pak turut ni pun satu asyik ngikut jer ekor roket tu,last2 org umno gak yg tkena.haru cmni!!

Yang memulakan isu ini perlu bertanggugjawb bukan orang lain. Yang mula buka suis Cina DAP Lim Guan Eng.

This piece of writing presents clear idea in support of
the new users of blogging, that genuinely how to do blogging and site-building.


my homepage: Binary options broker

I know this web page provides quality based posts and other stuff, is there any other web page which provides these
kinds of stuff in quality?

My page - what are binary options

Blog Gelombang Rakyat
Blog Gelombang Rakyat
Blog Gelombang Rakyat
Blog Gelombang Rakyat
Blog Gelombang Rakyat
Blog Gelombang Rakyat
Blog Gelombang Rakyat
Blog Gelombang Rakyat
Blog Gelombang Rakyat
Blog Gelombang Rakyat
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More