11 ADUN PAS KEDAH DESAK USTAZ AZIZAN LETAK JAWATAN.




Sebelas Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu.

Ketua Unit Peti Undi (UPU) PAS Megat Dewa Asri Ahmad mendakwa kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai di kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa.

"Dari segi pentadbiran negeri tak dak masalah, tapi dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya PAS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Komplek PAS Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.

Asri mendakwa antara 11 DUN yang mahu Azizan berundur ialah Kota Siputeh, Bandar Baharu, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas.

Dakwanya desakan itu sebenarnya disokong Dewan Ulama PAS Kedah yang bermesyuarat hari ini dan perkara itu akan dibawa ke peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya.

"Kami bagi sokongan kepada Ulama dan mahu selesaikan perkara ini di peringkat pusat, minta Azizan turun... kami mahu PAS Kedah kembali kepada dasar yang ditetapkan, ulama adalah dasar perjuangan PAS," kata Asri.

Sementara itu Azizan ketika diminta mengulas mengenai desakan itu berkata ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan huru-hara dan ia merupakan strategi yang dipercayai dirancang musuh PAS.

Beliau berkata bagaimanapun sebagai sebuah negara bebas, sesiapa sahaja berhak untuk mengeluarkan kenyataan dan pihaknya hanya boleh lihat apa sahaja yang dilakukan mereka.

"Pimpinan-pimpinan bahagian semua bersatu dan tak ada masalah pun, tiba-tiba ada pulak pihak lain cuba timbulkan huru-hara. Apa lagi yang saya buat tak kena, saya dah cuba bangunkan negeri, buat yang terbaik untuk rakyat," katanya. - Antarapos

 

4 comments:

Anonymous said...

knp azizan cakap musuh PAS yang rancang walhal terang lagi bersuluh ahli pas sendiri yang desak lain la bkn dr kalangan yang desak itu dtg dr org luar pas,tu baru musuh dan sekarang azizan sebenarnya berperang dengan musuh dalam selimut dlm pas itu sendiri

HIJAU TUA said...

Ustaz Oii, yang dok komplot nak jatuhkan Ustaz bukan orang lain. Puak-puak penyokong PKR.

Ustaz cakap saja jangan takut. Tak payah nak lapik-lapik cakap.

Orang PAS mau pun bukan dah tau.

Cakap saja, yang lain tu tau la kami nak buat macam mana.

Puak-puak ni kena ajaq sikit baru depa tau siapa yang dalang dalam menjatuhkan PAS negeri Kedah.

Salam Bro...

Minta tolong link blog saya di sini boleh?
http://tegurkeranasayang.blogspot.com

Thanks bro...

Anonymous said...

MB kedah... dengarlah suara akar umbi.... dan keluhan rakyat!

PAS nk pertahankan individu atau jemaah?

Best Blogspot Templates 2013