Jan 17, 2013

TUN M - 2 PILIHAN ATAU ORANG MELAYU JADI HAMBA DI NEGARA SENDIRI.







Di sebalik demam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dirasai, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan orang Melayu bahawa mereka bukan sekadar bakal berhadapan dengan pilihan raya umum biasa, sebaliknya bakal menentukan percaturan survival masa depan.

Dalam mencapai matlamat itu, bekas Perdana Menteri berkata, orang Melayu sebenarnya boleh membuat keputusan sama ada yang akan mendatangkan kebaikan ataupun keburukan terhadap masa depan bangsa mereka sendiri.

PRU13 dilabel sebagai ibu kepada segala pilihan raya umum negara ini.

Malah katanya, “orang Melayu boleh membuat pilihan yang akan memberi kebaikan hanya pada masa ini tetapi masa depan yang akan terkubur.

“Jadi, apa yang kita nak ramal untuk masa depan kita? Saya berpendapat, orang Melayu cuma mempunyai dua pilihan.

"Bagi yang sedar, mereka akan mempertahankan kedudukan mereka dan bagi yang tidak sedar, mereka akan berkata keadaan adalah biasa... kami orang Malaysia dan kita tidak perlu kaitkan diri kita dengan Melayu lagi, kita juga akan berjaya,” kata negara ini yang dilihat akan memainkan peranan penting dalam menentukan arah aliran sokongan pada PRU13.

Beliau berkata demikian menerusi laporan Sinar Harian pada program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk "Masa Depan Melayu & Islam Selepas PRU13" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri dan telah memimpin Barisan Nasional pada PRU 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999. 




 
Pada program itu, Dr Mahathir turut melancarkan buku Berani Tanpa Segan tulisan Tan Sri Abdullah Ahmad.

Menyentuh pelbagai aspek berkaitan dengan masa depan politik orang Melayu, Dr Mahathir berkata, masa depan orang Melayu adalah berdasarkan apa yang difikirkan dan kebolehan bangsa itu membuat pertimbangan, terutamanya sejauh mana kecekapan mereka untuk meneka apa yang akan serta sudah berlaku.

Katanya, tidak ramai yang membuat kajian sendiri mengenai perkara seperti ini dan rata-rata apabila orang Melayu berasa marah, mereka sekadar melepaskan rasa marah.

“Kita tidak bertindak untuk mengatasi masalah, sebaliknya kita hanya marah.

"Mengapa kita kata begitu... tak baik, itu sahaja, sebaliknya kita perlu bertindak bukan untuk mengganas seperti di negara-negara yang lain dengan mengikat bom pada badan dan letupkan diri kita.

“Hanya yang dikehendaki, kita harus berfikir secara mendalam tentang masa depan kita dan bagaimana menyelamatkan dan memajukan masa depan kita,” jelas beliau.

Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno menambah, sebagai sebuah negara demokrasi, keputusan banyak bergantung kepada pemilihan orang Melayu termasuk pemilihan tentang siapa yang mampu mentadbir negara.

Ujarnya lagi, jika orang Melayu bertindak berasaskan emosi dan terutamanya kebencian, beliau yakin masa depan orang Melayu tidak akan terjamin.

“Sebaliknya, jika berfikir secara mendalam, berasaskan kepada pengalaman kita berasaskan keadaan, sejarah dan keadaan yang kita lihat sekarang, saya yakin kita akan membuat pilihan bijak.

"Pilihan yang bijak akan menentukan masa depan kita akan terselamat," katanya.

Dr Mahathir, seorang doktor perubatan sebelum menceburi politik dan pernah menghasilkan buku Dilema Melayu yang popular berkata:

"Kita juga harus ingat orang Melayu ini juga yang beragama Islam."

"Kalau orang Melayu gagal, disingkir dan diketepikan dan menjadi kaum yang termiskin dalam negara kita ini, percayalah agama Islam juga akan menghadapi masalah," kata beliau.

8 comments:

Anonymous said...

Melayu memang mudah lupa..

Anonymous said...

Dan bodoh..

Anonymous said...

itulah emosi tanpa berfikir...cayalah Tun.Memang dah terbukti 2 komen di atas.

Anonymous said...

TUN M sentiasa MENCARI JALAN supaya ORANG MELAYU menjadi BOSS[TOKEY].tapi malangnya ORANG MELAYU SENDIRI yang mencari jalan nak jadi KULI.

Anonymous said...

listen! listen! listen!
sampai bila orang melayu mahu ditipu mamak?.

Anonymous said...

listen listen listen

sampai bila org melayu mau di tipu kotey bengkok...ekekek

Anonymous said...

suka anwar yekkk. walau dah 12 hakim sahkan dia meliwat, walau dah ada kesan air mani dlm jubo saiful, walau dah ada video blue. tapi rakyat bahalol tetap angkat dia. anwar hanya utk rakyat bahalol.

Anonymous said...

Tunku Abdul Rahman dibayar oleh kongsigelap/gangster lombong untuk memasukkan syarat Kemerdekaan Tanah Melayu dengan mengambil banduan banduanndari Tanah Besar China sebagai warganegara. Cina cina lombong(di ketuai oleh Tan Cheng Lok) inilah asal usul DAP dan LIM Kit Siang. Tunku Abdul Rahman terima sebab sudah dibayar berjuta juta Pound Sterling, Banduan banduan angkutan dari Tanah Besar ini juga merasuah Jutaan Pound Sterling kepada Pegawai British Sir Donald MacGillivary, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu bagi pihak baginda Queen Elizabeth II, supaya menetapkan syarat Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu adalah dengan memberi kerakyatan kepada semua banduan-banduan angkitan dari Tanah Besar China.

Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 8 Februari 1956 di Lancaster House, London. Perjanjian ini ditandatangani di antara Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu bagi pihak kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Mr. Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Negara Tanah jajahan British bagi pihak Kerajaan British. Dimana ketika ini, semua orang cina bertepuk tangan sebagai tanda matlamat mereka untuk bebas dan memulakan empayar China di luar China sudah tercapai.

Tidak hairanlah jika orang Cina mengangungkan Tunku Abdul Rahman dengan mendirikan Kolej Tunku Abdul Rahman dan Universiti Tunku Abdul Rahman, kerana jasa-jasa Tunku kepada kaum Cina bekas banduan yang tidak mahu pulang ke China dan menjadi banduan semula.

Dan mereka inilah juga merupakan punca segala maslah di dalam Malaysia sehingga saat ini. Rumah pelacuran, pendatang haram, penjualan arak kepada anak anak Melayu, penjualan dadah, Maksiat, GRO Melayu, perdagangan Manusia, DVD haram, along/ceti moden, Kenaikan harga barang, Kesukaran graduan Melayu mendapat pekerjaan, kerosakkan hutan hutan dan sungai sungai serta pembalakan haram, kecurian tanah di Cameron Highland, pembukaan hutan haram, ladang ternak babi hatam di Bukit Pelanduk, menghina Aama Islam dan AlQuran( terbaru Patrick Teoh Kah Yong), kesukaran orang Melayu untuk membeli rumah, kedai dan hartanah serta berniaga, monopoli pemaju Perumahan oleh pemaju kaum Cina yang hanya membenarkan Orang Cina sahaja yang membelinya, tidak mahu bayar tol dan parking, membuang sampah merata rata seperti do Kta Damansara dan Kepong. Membuka premis judi dan pelacuran, sanggup membawa orang asing kerana tidak mahu menyalurkan kekayaa kepada orang Melayu, tidak mahu berunding di dalam Dewan Parlimen, hanya mahu percuma tapi suruh kerajaan buat. Tidak menghormati hak pengguna,
Memandang rendah orang Melayu dan Bahasa Melayu, mahu menyingkirkan Raja Raja Melayu, mengasingkan Orang Melayu dari bandar bandar dan Pulau Pinang, Melaka, Ipoh, Kuantan, Kuala Lumpur, tidak mengormati Undang Undang Negara dan undang undang Islam dan turut mengatakan bahawa Orang Melayu adalah pendatang. Mereka juga mahu kerajaan menutup kilang LYNAS sedangkan mahkamah telah memutuskan bahawa kilang itu selamat dan apakah mereka mahu 100% pekerja Melayu hilang pekerjaan dan merempat? Apakah Melayu Melayu yang menyokong DAP dan menyokong Anti LYNAS tidak pernah membaca tentang hal ini?

Powered by Blogger.