Jan 7, 2013

SPRM TAHAN ORANG KANAN ANWAR DI PERMATANG PAUH.







Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pembantu khas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam percubaan merasuah seorang lelaki sebanyak RM30,000 bagi menarik balik laporan polis berkaitan gangguan seksual terhadap isterinya.

Suspek yang juga bertugas di pejabat PKR di Permatang Pauh tersebut dikatakan hadir untuk menyerahkan wang suapan di sebuah restoran kira-kira 11 malam semalam.

"Lelaki itu hadir di restoran tersebut bersama dua lagi individu dan menyaksikan penyerahan wang yang dilakukan oleh salah seorang daripada mereka.

"Ketiga-tiga lelaki itu kemudian ditahan oleh SPRM hasil maklumat awam," menurut sumber yang dilaporkan Mingguan Malaysia.

Selain pembantu khas Timbalan Ketua Menteri, dua lagi individu yang ditahan ialah seorang pegawai daerah berusia 52 tahun dan seorang pegawai bank yang berusia 40 tahun ditahan.

Menurut laporan tersebut, pengadu yang bekerja di sebuah pejabat daerah di negeri tersebut membuat laporan polis berhubung kejadian gangguan seksual yang berlaku penghujung tahun lalu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan pembantu khas Timbalan Ketua Menteri itu antara tiga yang ditahan semalam.

"Siasatan sedang dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan kertas siasatan yang lengkap akan dikemukakan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat," kata Mustafar yang dipetik dari laporan akhbar berbahasa Melayu itu. 

3 comments:

Anonymous said...

Kemensngan khairil dalam DAP tak merubah impak kpd pandangan kaum melayu untuk mengundi DAP.. Khairil adalah nobody.. Hanya budak hingusan dan suruhan LGE.. Nasib baik tak dalam PKR dgn anwar, kalau tidak pasti jadi toyboy anuar..

Anonymous said...

Ikan bilis pun boleh menang.. Sebab dok berkepit dgn LGE.. Jadi pak turut dan dipergunakan oleh DAP.. Nak bersuara janganlah.. Nanti kena warning dek pak Singh.. Ada brrani dia buat komen pasal kemenangan dia.. Kalimah Allah.. Hudud PAS.. Amanat hadi dsbnya.. Cuba tanya sikit... Juga pasal perhimounan hajjah samsidar..

Anonymous said...

Cuba usha usha si pengarah pilihanraya DAP tu dan yang kononnya kalah lepas menang tu dapat habuan apa jadi babi babi hitam LGE..

Powered by Blogger.