RAMALAN TUN M PRU13 - KERAJAAN BN TUMBANG KE TANGAN ANWAR?



Kenyataan Bekas PM Mahathir Mohamad sejak akhir2 ini tidak sewajarnya dipandang remeh dari setiap pimpinan BN di peringkat Cawangan, Bahagian hinggalah barisan Majlis Tertinggi.

Menerusi 22 tahun pengalaman mentadbir Negara dan Parti, sudah pasti beliau individu paling releven memberi ramalan paling tepat dalam melihat masa depan lanskap politik di Malaysia.

Apatah lagi rentetan kronologi penglibatan politik satu2 nya Pemimpin Tertinggi UMNO yang lahir dan dibesarkan dari kalangan golongan kebanyakan ini. Ketegasan prinsip tidak dipamer menerusi teriakan di pentas. Akan tetapi terkenal dengan nada sinis sebagai peringatan buat parti dan pemerintah.






Semalam Mahathir menjelaskan bahawa BN dianggap tewas pada PRU13)sekiranya mereka masih gagal memperoleh kemenangan 2/3 sepertimana disaksikan pada tahun 2008.

Beliau menegaskan walaupun BN masih menang, namun kemenangan tersebut disifatkan "kosong" kerana sebuah kerajaan yang berwibawa memerlukan kemenangan majoriti besar dalam Dewan Rakyat.

Menurutnya, dalam sistem demokrasi, kerajaan yang lemah amat mudah diserang dan kekuatan mereka akan terus merosot jika tidak berani bertindak.

“Untuk menghadapi PRU13, pemimpin-pemimpin kena berani menonjolkan diri, jangan takut, jika terus takut maka kerajaan akan terus diserang dari pelbagai penjuru.

“Jadi sekiranya kerajaan sekarang gagal mendapat dua pertiga, maka kerajaan yang ada sekarang adalah lemah,” katanya pada program Bicara Minda: Masa Depan Melayu dan Islam Selepas PRU13?’ anjuran Sinar Harian di sini, semalam.





Selain itu, Dr Mahathir turut menegur kerajaan sekarang yang dilihat terlalu berlembut dengan tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh pihak pembangkang sehinggakan keputusan tersebut amat merugikan. (Video Hishamuddin Rais Hasut Guling Kerajaan di Jalanan)

Sambil memberi contoh pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Dr Mahathir menegaskan pelbagai negara seluruh dunia terutamanya Amerika Syarikat (AS) meniru Malaysia, walaupun pernah menuduh akta ini menindas hak asasi manusia.

“Di Malaysia, tangkapan ISA masih tertakluk di bawah undang-undang, tetapi AS terus menangkap tanpa apa-apa undang-undang dan menempatkan mereka di Teluk Guantanamo sehingga 10 tahun lebih,” katanya.

Peringatan Mahathir ini mesej paling jelas dan mesti dititikberat setiap pimpinan BN di seluruh kawasan. Dasar dan Prinsip Kerajaan adalah benar2 berkepentingan Suara dari Mulut Rakyat dan bukannya Suara Rakyat dari Mulut Anwar.

Jangan hanya kerana ugutan persepsi demi persepsi Pembangkang yang kian bijak mengenalpasti pergerakan 'minda' Kerajaan. 






Kerana apabila Pembangkang pimpinan Anwar berjaya mengawal 'minda' Kerajaan, BN sudah pasti terkubur di sasaran. Mesti diingat Mahathir antara mangsa yang terpengaruh dengan permainan minda Anwar selama 16 tahun.

Atas dasar prinsip itulah yang menyedarkan Mahathir seterusnya tekad memecat anak emasnya itu.

Ada yang mendakwa Mahathir sewajarnya tidak perlu campurtangan dalam hal politik UMNO mahupun Kerajaan. Anda silap.

Mahathir tidak campurtangan. Mahathir hanya memberi peringatan. Bukan arahan.






Kita mudah berbicara. Kerana kita lupa akan nikmat yang kita perolehi sejak tahun 1981 hinggalah ke 2003 hasil kebijaksanaan kepimpinan beliau. Dan bukan sukar bagi Mahathir memastikan tempoh 22 tahun itu berakhir dengan cemerlang.

Apatah lagi membawa UMNO yang pernah diharamkan Mahkamah satu ketika dahulu dibina semula hingga menjadi sebuah parti yang lebih kukuh.

20 comments:

Anonymous said...

Mantan PM Tun Mahathir tinggalkan satu amanah dalam keadaan terbaik tetapi penggantinya Mantan PM Pak Lah lemah dan terlalu lemah punca menyebabkan kemelutan politik di negara Malaysia.
PM sekarang Najib terlalu mengikut kehendak dan tekanan pihak lawan demi menjaga matlamat 1Malaysia. Menteri dibawah naungan Najib juga lemah terutama Menteri Dalam Negeri.

Anonymous said...

Malaysia ada lagi ke kementerian dlm negeri??? ingatkan dah bubar kementerian tu...atau kementerian tu takde menteri dah?

Anonymous said...

kalau Umno bn mahu menang majoriti 2/3 pru 13 iaitu Umno bn mesti tawan Kelantan krn di negeri Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur adalah Umno dan bn tidak akan menang banyak kerusi disanadengan melihat isu semasa sekarang

Anonymous said...

Menteri KDN mesti d tukar selagi tidak d tukar keadaan tetap bahaya.

warisan tmk said...

Aku amat bersetuju dengan pandangan Tun Mahathir bahawa ISA tidak wajar dihapuskan. Buktinya, setelah ISA dihapuskan, apakah sokongan pengundi Cina kembali kepada BN? Jawapannya TIDAK!!!!

Apa yang amat menghairankan aku ialah apabila Anwar Ibrahim mengugut untuk TOPPLE KERAJAAN ala-Arab spring, semua agensi keselamatan buat PEKAK TELINGA sahaja. Menteri pun tak ada ambil tahu...

Dari membuang masa untuk memujuk rayu pengundi-pengundi Cina, UMNO lebih bijak jika mengambil daya usaha serius untuk mengajak PAS bekerjasama, termasuk menawarkan formula pembahagian kerusi/kuasa yang tidak menggugat kedudukan wakil rakyat PAS sediada.

Kalau Melayu bersatu, kita nak hantar balik kaum TIDAK MENGENANG JASA ke negara asal nenek moyang mereka pun tak ada masalah.

Anonymous said...

Aku sokong pendapat ko, aku pun rase camtu.. umno ngan pas perlu bersatu.. jgn terus jadi boneka kaum lain. Kite same2 melayu harus bangkit dan bersatu..

Anonymous said...

Jangan harap jika nik aziz masih hidup.. Dendam kesumat yang tak boleh diubah terhadap umno..

Anonymous said...

Dengan memansuhkan ISA keselamatan Negara kini terancam, sebab undang2 yg kini ada tak mampubuat apa apa dgn peguam yg bijak berbayar akan membebaskan meka atas lasan teknikal. Manakala Menghapusan Undang2pencegahan yg lain kini membuat penjenayah kini sesemakin berani sebab Tanpa bukti yg kukuh Pendakwa tak mempun mendakwa atau mensabitkan meka dgn jenayah yg mereka lakukan, Rakyat kini salahkan kerajaan iaitu polis tidak mempu menjamin keselamatan mereka. Suara RAKYAT " Anu war" mengatakan kerajaan zalim dgn undang undang tersebut itu sebenarnya bukan suara rakyat sebenar, BN amat takut dgn presepsi sebenarnya rekaan puak itu sahaja, Kini takyat Biasa di bawah kini bersuara menyatakan meka tak selamat berada di mana mana, Isu peningkata jenayah dan ancaman keselamatan awam akan menjadi modal pembanagkang meka sebanarnayblieat kerajaan dalam sedar, akibat kalutnya kerajaan BN . Tun Mahathir betul Najib byk silap. Byk Rela Polis dan tentera menunjukkan Terang terang Malaysia MEMANG Tak selamat, mcm masuk negara Cuba, atau colombia sana sini pis dan tentera..Tan Sri Musa Hasan le faham dan tahu

Anonymous said...

PENGHAPUSAN I.S.A ADALAH SATU KESILAPAN YANG MAHA BESAR,DI SAAT KITA MENGHPUSKAN UNDAN-UNDAG YANG BENAR BERKESAN NEGARA LAIN CUBA MEMPRAKTIKAN ISA DI NEGRA MEREKA BAGI MENANGANI ISU KESELAMATAN.....KITA BNAR-BENAR RUGI KERANA TERLAMPAU TAKUTKAN PERSEPSI......UTK ITU UNDAG-UNDANG YG SETARA ATAU LEBIH BAIK DARI ISA PERLU DIWUJUDKAN......KAMI RAKYAT MAJORITI SUNGGUH KECEWA

Anonymous said...

Sebenarnya BN memang sangat kuat masa zaman Mahathir dulu. Pengikut2nya sudah terlalu lama menyokong beliau dan pengikut2nya dan rakyat sudah sangat selesa. Semasa transisi kepada Pak Lah, beliau cuba menaikkan penyokong beliau menyebabkan penyokong Mahathir tak puas hati. Itu yang menyebabkan tsunami politik. Pada masa itu PR tidaklah sangat kuat dan kemenangan mereka di beberapa negeri adalah disebabkan perpecahan BN. Najib juga tidak mempunyai ramai penyokong kuat dan sangat bergantung kepada penyokong Mahathir yang dulu. Sekiranya BN ingin menang, kesemua kem BN perlu bersatu. Penyokong2 Mahathir juga perlu menyokong sesiapa yang dipilih oleh Najib. Penyokong2 Mahathir yang sudah lama mendapat rahmat pada zaman Mahathir dulu perlulah menerima hakikat yang Najib juga ada sedikit pilihan sendiri. Janganlah penyokong Mahathir berpaling tadah. Berilah peluang kepada Najib. Najib mempunyai cara tersendiri memerintah negara. Mahathir sudah puas memerintah negara selama 22 tahun dan itu satu tempoh masa yang sangat lama. Penyokong2 Mahathir pun sudah puas mendapat habuan. Dahulu Najib sudah menyokong Mahathir semasa krisis UMNO. Silap2 Mahathir tidak akan terus menjadi PM kalau bukan disebabkan Najib. Oleh itu penyokong2 Mahathir yang sudah mempunyai capital yang sangat besar perlu sokong 100% sesiapapun pilihan Najib. Janganlah bila Najib naikkan sedikit orang beliau, penyokong2 Mahathir akan sabotaj.

Anonymous said...

hidup tiada matlamat akhirat

Anonymous said...

Bn pasti kalah untuk pru13

InshaAllah. ..Bn pasti menang

InshaAllah. ..Bn pasti menang

Anonymous said...

Foolish. Kalau menyokong Dr.M undilah dia. Kalau Menyokong Najib undi shj. Ingat Dr.M tidak menberi arahan,Nasib Makan Nasi ke taik ke ada di tangan Najib. Dr.M bukan Najib, Najib bukan Dr.M.

Anonymous said...

kita sesama Islam.sesama melayu.marilah sama2 brsatu.undilah bn. sy yakin bn akan mng pru13 berkat jasa bakti pemimpin kpd rkyt. InsyaAllah sy doakn bn mng lbh baik dr pr12.

Anonymous said...

inn Syaa Allah BN akan menang

Anonymous said...

R.A.H.M.A.N
R. RAHMAN
A. ABDUL RAZAK
H. HUSEIN ONN
M. MAHATHIR
A. ABDULLAH
N. NAJIB

din said...

Insyallah bn akan menang

Anonymous said...

BN menang bersama airmata dan tawa-derai DAP berjaya perdayakan kaum Cina yang Melayu dan India takkan tinggalkan kawan walau tergores tercalar persahabatan sekian lama. BN kena bangun dengan semangat baru maju bergerak kehadapan jangan ambik peduli PKR tanpa arah tuju perjuangan dan PAS pakat bersama demi ukhuwah sesama kita-hamba Allah

Best Blogspot Templates 2013