Jan 8, 2013

NUKILAN MAHATHIR AKUI BN MAKIN LEMAH.. KENAPA?








Generasi muda hari ini harus bijak membuat penilaian terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara sepanjang 55 tahun mentadbir negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, generasi muda yang lahir selepas negara mencapai kemerdekaan dan maju telah menganggap kemajuan negara adalah satu perkara yang biasa dan mereka juga tidak bersyukur dan berterima kasih terhadap usaha kerajaan.

Sehubungan itu, beliau yang sudah hampir 67 tahun menceburi bidang politik  khuatir golongan muda yang kurang pengalaman mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mahu mengubah kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Ada pula yang kata mahu tukar kerajaan kerana sudah diperintah BN selama 55 tahun. Ini sesuatu yang merbahaya dan kalau memberi kuasa kepada orang yang tidak baik, ia boleh merosakkan negara kita dalam jangka masa singkat dan ia tidak mudah dipulihkan.

"Generasi muda jangan nak ada selera baru dan cuba parti pembangkang yang hanya akan membawa kerosakan kepada negara. Mereka harus bijak membuat perbandingan iaitu Malaysia dahulu, sebelum merdeka dan apa yang dicapai sekarang.

"Mereka harus ikhlas membuat penilaian bahawa Barisan Nasional yang memerintah selama 55 tahun telah banyak berjasa dalam memajukan Malaysia. Mereka harus membuat pertimbangan waras dan memilih siapa yang boleh memerintah negara ini menjelang PRU13 nanti," katanya selepas menghadiri sesi dialog bersama anggota Kelab Veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Dr Mahathir juga mahu pemimpin veteran yang mengetahui matlamat dan pencapaian negara terus membantu dan memimpin generasi muda yang akan menentukan masa depan negara agar terus menyokong BN yang telah berjasa dalam membawa pembangunan di negara ini.

"Tidak dapat dinafikan bahawa generasi muda hari ini mungkin tidak sependapat atau tidak puas dengan kerajaan sekarang tetapi adalah lebih baik memilih orang yang kita kenal dan tahu daripada orang yang tidak kenal. Bak pepatah Inggeris, 'Better the devil you know than the angel you don't," katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir menyaran semua ahli Umno berganding bahu untuk memastikan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menang dalam PRU13 nanti.

Sambil mengakui bahawa Najib bukan terbaik dan ada kelemahan, beliau mahu semua ahli Umno agar tidak membuat penilaian terbuka tentang baik buruknya, sebaliknya mengemblengkan tenaga untuk memastikan BN boleh mendapat majoriti dua pertiga.

"Apabila BN dah menang pada PRU13 dan tubuhkan kerajaan, kita boleh memperbetulkan kesilapan dan kesalahan demi kepentingan bersama... pada masa itulah, kita boleh tegur dan menggodam," katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir kesal tindakan sesetengah pemimpin Umno demi kepentingan diri telah menyekat golongan yang berpendidikan, berbakat dan profesional menyertai parti itu.

"Tidak dapat dinafikan bahawa ada orang masuk Umno kerana mahu mendapatkan sesuatu untuk diri sendiri sehingga tidak bagi orang lain masuk Umno.

"Ini penyakit yang sudah ada ketika zaman saya ... dulu doktor dan jurutera tiada dalam Pas tetapi sekarang dah ada kerana apabila mereka tidak masuk Umno, mereka masuk Pas," katanya.

15 comments:

Anonymous said...

Dah minum berapa botol San Miguel hari ini TUN? Dah Mabok ke pe?

Anonymous said...

Yang kutuk kat atas ni lagi mabuk...mabuk nak kan putrajaya...dulu kata nak lelong sekarang nak pulak...muka tak malu...

Anonymous said...

Anon Januari 08, 2013,

Selain,... "Dah minum berapa botol San Miguel hari ini TUN? Dah Mabok ke pe?".... tidak adakah hujah hujah bernas lain yang boleh digunakan untuk menafikan benar atau tidak pendapat TDM.
Kalau buat komen macam itu, budak budak tadika pun boleh!
Itulah kalau kail panjang sejengkal jangan laut hendak diduga!, Tenggelam nanti!

GotYou! said...

Depa yang mabuk...dah ternampak-nampak termimpi-mimpi Putrajaya dihujung jari! Kikikiki.

Anonymous said...

sesungguhnya realiti yang perlu kita telan walaupun pahit, moga kepimpinan PM Najib diperkukuhkan oleh Islam dan pendokong yang baik dan jujur. Allah yang maha mengetahui, kadang kala nampak seperti tiada harapan tapi berjaya juga ahkirnya, yang penting sandarkan semua kepada Allah, siapa yang bertawakal sepenuh kepadaNya, tiada perlu bersedih....

Anonymous said...

Kamu yang diatas mabuk, ini lah kaum yang tahu bersyukur.

Anonymous said...

Anon Tuesday 08.2013 jangan biadap dan kurang ajar. kesian mak bapak dapat anak macam ini !!!!

Anonymous said...

Sbnrnya awak yg mbuk. Mbuk dngan angan2 nak twan. Pjaya. Keja xbuat. asyik merapu meraban. Siang mlm. Dah kena pnyakit anuar brahim/nikajis/mtsabu.

Anonymous said...

Anon Tuesday 08.2013, kau kutuk2 Tun M, Tun dapat pahala.. kau yg dapat dosa.. mak bapak kau x ajar kau ke? Dasar makhluk x sedar untung.. kau hidup senang kat M'sia ni pun atas jasa Tun M.. Kahak ptuihh!!! lah kau Anon!!! Bodoh!!!

Anonymous said...

putrajaya tu dekat je, tapi bg org pas 'putrajaya is so near yet so far'. anda faham tak maksudnya wahai ahlul pas. maksudnya kamu tak kan sampai putrajaya sampai bila2 pun sebat ia sangat jauhhhhhhhh.sekian

Anonymous said...

wahai pemabuk, jangan kurang ajar dan kurang bahasa, kalau aku jumpa hang aku cincang lumat2, kesian mak pak hang yang bela hang , aku ingat kalau depa tau lah ahng kurang ajar macam ni , dah lama depa baling hang dekat anjing.

Anonymous said...

Baca ler artikel dgn pandangan yg jauh dari pelbagai sudut untuk masa depan negara seperti krisis hutang di eropah,harga minyak dunia di paras yg tinggi,pengalaman pemerintah yg ada sekarang dgn menghadapi perbagai krisis,apa visi dan misi utk negara dalam dalam masa terdekat,sederhana dan jauh.Banyak perkara harus di fikirkan.Zaman BN meredah krisis ekonomi dan politik negara dan berjaya mengatasinya ketika itu,DSAI tengah berehat di sungai buluh.Misi yg jelas ketika beliau keluar dari penjara, adalah utk menggangu gugat suasana politik dalam negara dan menjadi PM demi cita2 beliau.Setakat nak jadi PM,KJ pun nak..

Anonymous said...

jika kamu tidak bersyukur, Allah akan tarik nikmat & beri siksa yg amat pedih ..

itulah janji Allah kpd hamPAS, PKR & pengikut2nya.... lihatlah nasib di negeri2 yg mrk tawan...

apa boleh buat, semua atas tgn sendiri... sekali terlepas, rugi selamanya... spt penang,,,

org melayu itulah nasib.. sebab Tak Bersyukur dgn nikmat kestabilan & keamanan, nakkan 'arab spring" berlaku di Msia??? punya la bangang bahlul...

bala hingga tak reti nak mngenang jasa negarawan yg berjasa hingga sanggup menghina Tun yg menjadi idola ku...

apalah jasa mu berbanding Tun??? hang hanya "anonymous" Tun terkenal seantero dunia!!!!!

Anonymous said...

Amboi anon paling atas tu bukan main berani lagi... Tengah 'hai' ke atau dah mabok? Tiba-tiba pulak cakap orang mabok...

Ada artikel diatas ni disebutkan bahawa Anwar Ibrahim muka takde cahaya kaki liwat? homoseks? pondan tua? Balun cina doll?
Ada sebut Nik Aziz si tua kutuk nyanyuk bodoh nak mampus?
Ada kata Haji Hadi si sumbing lembu tarik hidung DAP bodoh otak senget?
Ada kata Mat Sabu mengorat skandal dengan isteri ahli PAS main dalam hotel kena tangkap khalwat?
Ada cakap Azmin makan aiskrim dan buah papaya dengan kakitangan PKR dalam bilik air melacurkan isterinya Shamsidar kepada Sivaji the Boss?
Ada kata Badrul Amin si bomoh kuat nafsu ubat bini orang kat hotel pukul 3 pagi?

Ada? Ada tak artikel diatas sebutkan tu semua? Takde sebut kann????

So apa masalah yang tiba-tiba kata Mahathir mabok, atau kau yang mabok?

Seri said...

elok juga kalau kita bergaduh sesama sendiri supaya anakcucu kita esok lusa merempat kat kampung sendiri...syabas bangsa melayu...

Powered by Blogger.