Jan 18, 2013

NAJIB PANIK? - WARTAWAN SOAL TENTANG IC PENDATANG TANPA IZIN DI SABAH.








Maaf banyak-banyak pada mereka yang harap Datuk Seri Najib Tun Razak panik berdepan dengan isu dakwaan seorang bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  semasa prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Kalangan wartawan yang berada dalam sidang akhbar beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di PWTC malam tadi menjadi saksi bagaimana Perdana Menteri begitu relaks sekali.

Seperti diduga isu RCI menguasai sidang akhbar itu.Lepas satu..satu soalan itu ditembak padanya.

Kalau mendengar jawapan Perdana Menteri kita akan dapat gambar 'lebih rasional' berbanding putarbelit laporan portal-portal pembangkang yang cuba ' cari makan' dari dakwaan bekas pegawai JPN Sabah itu.

Ramli Kamaruddin dalam keterangannya pada prosiding RCI Rabu mendakwa menerima arahan dari bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri ( sewaktu pentabiran Tun Dr Mahathir)  yakni, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

Mungkin ramai macam buat-buat lupa atas kuasa siapa RCI itu ditubuhkan.

Najib nampak tenang-tenang dan tersenyum saja menjawab soalan khususnya dari kalangan wartawan portal pembangkang.

"Kita tidak boleh melihat hasil berdasarkan seorang saksi. Terdapat seramai 167 saksi yang akan dipanggil. Oleh itu, jangan kita membuat kesimpulan. Biarkan prosiding dijalankan," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Agendadaily.

Najib berkata memberi kerakyatan asalkan mengikut undang-undang bukan satu kesalahan, malah banyak negara lain juga memberikan kewarganegaraan.

Perdana Menteri juga memetik kata-kata Dr Mahathir ketika ditanya wartawan mengenai isu itu,bahawa semasa era bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman 1 juta orang pendatang diberi kerakyatan.

"Jangan beritahu saya anda tidak tahu, anda tahu,"ujarnya.

Beliau mengingatkan bahawa penubuhan RCI itu merupakan manifestasi jelas membuktikan keikhlasan Barisan Nasional mahu menyelesaikan masalah itu.

Ditanya sekiranya, RCI akan menjejaskan pilihan raya umum akan datang, Najib berkata: "Selagi rakyat tidak putar belitkan dengan cara yang salah,"

"Sila terima RCI sebagai usaha ikhlas untuk menyelesaikan masalah ini yang menjadi kebimbangan ramai rakyat Sabah. Kami telah memutuskan untuk menyelesaikan masalah ini.

"Permintaan terhadap RCI telah dibuat parti komponen BN di Sabah dan sebagai pengerusi BN, saya menghormati permintaan itu," tambah Perdana Menteri.

Isnin lalu, RCI memulakan pendengaran awam pertamanya di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah sehingga esok.

Prosiding seterusnya akan diadakan pada 28 Jan hingga 1 Feb dan mulai 22 Feb hingga 27 Feb.

0 comments:

Powered by Blogger.