Jan 2, 2013

KES SAMAN UTUSAN - KARPAL BAKAL 'UGUT' TAMPIL SAKSI LIWAT ANWAR?





 
 
Karpal Singh perlu tampil secara sukarela walaupun tidak dipanggil untuk menjadi saksi dalam perbicaraan kes saman fitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd.

Tindakan tersebut wajar sekiranya Pengerusi DAP itu adalah seorang peguam atau pemimpin yang mempunyai kredibiliti dan berintegriti.

Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Abdul Ghani Haron berkata, Karpal tidak seharusnya mengambil sikap 'menikus' jika tidak mahu orang ramai melihat beliau sebaliknya.

"Sebagai seorang peguam berpengalaman, Karpal tidak perlu takut membantu mengemukakan bukti dimilikinya tentang kegiatan liwat Anwar seperti dinyatakan di Parlimen pada tahun 1997.

"Walaupun Karpal dan Anwar kini sudah 'bersaudara', namun kenyataan tersebut tidak pernah ditarik balik menunjukkan bukti yang dikatakan sebelum ini benar-benar wujud," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan pemimpin Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim agar Nallakaruppan memanggil Karpal sebagai saksi defendan kerana mempunyai peranan yang sama penting dengan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin.

Anwar memfailkan saman fitnah itu pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Mengulas lanjut, Zamil yakin penglibatan Karpal sebagai saksi dan dengan segala bukti kukuh yang dimilikinya, pasti tidak akan menyenangkan ramai pihak khususnya rakan pakatan pembangkang.

 
 
 
 
 
"Saya rasa Karpal akan sedaya upaya mengelak daripada menyerahkan segala bukti kukuh yang dimilikinya supaya Anwar terselamat.

"Apa pun, keputusan Anwar menyaman Nalla adalah tindakan yang akan memakan diri dan seterusnya memusnahkan segala reputasinya jika Karpal terpaksa mendedahkan bukti yang dimiliki tentang kegiatan liwat Anwar," ujarnya.

KLIK DI SINI untuk baca hansard penuh Karpal Singh yang mendakwa ada fakta mengenai penglibatan Anwar dalam kegiatan liwat pada Disember 1997.


3 comments:

Anonymous said...

Ada habuan bole cakap, tak ada habuan apa guna cakap?

Anonymous said...

Parlimen malaysia memang tempat ramai org temberang.. Tak perlu dihormati.. Orang macam. Karpal pun boleh menipu dalam parlimen., apa tah lagi ahli ahli parlimen yang lain dari PR.. Tak boleh percaya punya parlimen

Anonymous said...

Biarlah karpal di panggil ke court.. Baru tahu dia tipu dalam parlimen atau dalam mahkahmah..

Powered by Blogger.