Jan 17, 2013

HASAN ALI - "TUAN GURU HADI AWANG LUPA PERISTIWA MEMALI."








Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali mendakwa presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'sedang menangis kesedihan' merenung kembali amanat yang dikeluarkannya lebih 30 tahun dahulu sehingga menyebabkan 14 orang meninggal dunia dan didakwa pengikutnya sebagai mati syahid.

Hasan berkata, Hadi pada 1981 menyifatkan Umno 'halal' untuk ditentang kerana mengamalkan perlembagaan acuan British.

Nasihat Hadi itu kemudiannya mencetuskan peristiwa Memali dan meragut nyawa mereka yang tidak bersalah, berpuluh cedera dan beratus ditahan pihak berkuasa.

Namun kini kata Hasan, Hadi antara pemimpin Pakatan Rakyat yang lantang mahu mempertahankan Perlembagaan Persekutuan walhal perlembagaan itu langsung tidak pernah ditukar sejak tiga dekad lalu.

"Dulu (Hadi kata) perlembagaan negara kafir. Tapi sekarang perlembagaan dipertahankan. Maknanya, kalau dulu pun perlembagaan tidak kafir, bagaimana kematian pemimpin Kampung Memali, Ibrahim Libya? Adakah deklarasi syahid itu tidak dikafankan, tidak dimandikan terus ditanam dengan darah-darahnya itu?

"14 orang, siapa nak bertanggungjawab? Anak-anaknya siapa nak bertanggungjawab? Cucu cicitnya siapa nak bertanggungjawab? Ini perkara yang saya rasa sedang menghantui Ustaz Hadi. Saya rasa dia mesti 'bersedih kesal' apabila memikirkan soal ini," katanya dengan nada sebak.






Hadi dalam ceramahnya di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 menyeru ahli PAS untuk menentang Umno selain mendakwa parti pemerintah sebagai kafir. Amanat itu antaranya berbunyi :-

“Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka."

Hasan yang juga ADUN Gombak Setia berkata beliau mengenali Hadi secara peribadi.

Katanya Hadi seorang yang berjiwa murni dan beliau sendiri mengkagumi keperibadian Ahli Parlimen Marang itu.

Oleh sebab itu Hasan berkata beliau yakin Hadi akan muhasabah dirinya dan menyesali tindakannya mengeluarkan amanat itu.

"Sekarang ini saya rasa beliau sedang merenung. Saya yakin, saya kenal Ustaz Hadi, saya pernah pergi bermusafir dengan Ustaz Hadi, lebih kurang dalam 12 hari berdua sahaja bermusafir dekat Afrika.

"Dan saya kenal dia, saya tahu jiwa dia, saya tahu murninya hatinya, murninya jiwanya, hebatnya dia, pada saya, saya kagum sebenarnya,"  ujar Hasan.

Hadi digesa pelbagai pihak untuk menarik balik amanatnya itu, namun seperti biasa bekas Menteri Besar Terengganu itu enggan berbuat demikian. Beliau juga sehingga kini tidak menjelaskan rasionalnya amanat itu dikeluarkan.


9 comments:

Anonymous said...

Kerana pentingnya politik peribadi dan material hidup Hadi Awang sanggup berbuat apa-apa aja. Peduli apa orang dah mati. Buat masa ini biar si mati yang jawab dalam kubur. Giliran Hadi Awang setelah dia mati nanti. Sepatutnya masa hidup ni le peluang untuk memperbetulkan apa yang salah dan silap. Malu ke? Aib ke? Rugi faedah politikus ke? Setakat ini tidak nampak Hadi Awang untuk memperbetulkan Amanat dia. Tambah mengelirukan umat Islam sekarang ni adalah.

Anonymous said...

KALAU HATI DAH MATI KEINSAFAN TIDAK AKAN DATANG MEMJENGGAH LUBUK HATI.....SEBALIKNYA RIAK, TAKBUR DAN SOMBONG JADI PERHIASAN DIRI LANTAS BELIAU AKAN MEMPERTAHANKAN AMANAT KARUT TERSEBUT SAHINGGA KE LIANG LAHAD....JAWABLAH HADI DI DEPAN ALLAH NANTI......

Anonymous said...

KALAU HATI DAH MATI KEINSAFAN TIDAK AKAN DATANG MEMJENGGAH LUBUK HATI.....SEBALIKNYA RIAK, TAKBUR DAN SOMBONG JADI PERHIASAN DIRI LANTAS BELIAU AKAN MEMPERTAHANKAN AMANAT KARUT TERSEBUT SAHINGGA KE LIANG LAHAD....JAWABLAH HADI DI DEPAN ALLAH NANTI......

Anonymous said...

Hadi akan buat apa saja untuk menang,sarban besar cuma lakonan agar nampak warak tapi sebenarnya beliau hanya kayu apa Pkr dan DAP.Allah telah tunjukkan sedikit demi sedikit sifat beliau. PAS akan tersungkur dalsm pru13

Anonymous said...

Apa hassan ali dah buta.. Mana hadi nak tarik amanat dia.. Lagi menjual buku amanat adalah..

Anonymous said...

Amanat patut diubah.. Tak payah pergi yahudi nak tentang mereka.. Tak payah pergi cina nak tentang mereka.. Tentang sahaja PKR, DAP dan sekutu kuatnya PAS ditanah air.. Gerenti masuk syurga.. A vote to PAS is a vote to YAHUDI and antiislam dap.. Fikirkan la..

Anonymous said...

Tunku Abdul Rahman dibayar oleh kongsigelap/gangster lombong untuk memasukkan syarat Kemerdekaan Tanah Melayu dengan mengambil banduan banduanndari Tanah Besar China sebagai warganegara. Cina cina lombong(di ketuai oleh Tan Cheng Lok) inilah asal usul DAP dan LIM Kit Siang. Tunku Abdul Rahman terima sebab sudah dibayar berjuta juta Pound Sterling, Banduan banduan angkutan dari Tanah Besar ini juga merasuah Jutaan Pound Sterling kepada Pegawai British Sir Donald MacGillivary, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu bagi pihak baginda Queen Elizabeth II, supaya menetapkan syarat Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu adalah dengan memberi kerakyatan kepada semua banduan-banduan angkitan dari Tanah Besar China.

Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 8 Februari 1956 di Lancaster House, London. Perjanjian ini ditandatangani di antara Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu bagi pihak kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Mr. Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Negara Tanah jajahan British bagi pihak Kerajaan British. Dimana ketika ini, semua orang cina bertepuk tangan sebagai tanda matlamat mereka untuk bebas dan memulakan empayar China di luar China sudah tercapai.

Tidak hairanlah jika orang Cina mengangungkan Tunku Abdul Rahman dengan mendirikan Kolej Tunku Abdul Rahman dan Universiti Tunku Abdul Rahman, kerana jasa-jasa Tunku kepada kaum Cina bekas banduan yang tidak mahu pulang ke China dan menjadi banduan semula.

Dan mereka inilah juga merupakan punca segala maslah di dalam Malaysia sehingga saat ini. Rumah pelacuran, pendatang haram, penjualan arak kepada anak anak Melayu, penjualan dadah, Maksiat, GRO Melayu, perdagangan Manusia, DVD haram, along/ceti moden, Kenaikan harga barang, Kesukaran graduan Melayu mendapat pekerjaan, kerosakkan hutan hutan dan sungai sungai serta pembalakan haram, kecurian tanah di Cameron Highland, pembukaan hutan haram, ladang ternak babi hatam di Bukit Pelanduk, menghina Aama Islam dan AlQuran( terbaru Patrick Teoh Kah Yong), kesukaran orang Melayu untuk membeli rumah, kedai dan hartanah serta berniaga, monopoli pemaju Perumahan oleh pemaju kaum Cina yang hanya membenarkan Orang Cina sahaja yang membelinya, tidak mahu bayar tol dan parking, membuang sampah merata rata seperti do Kta Damansara dan Kepong.

Membuka premis judi dan pelacuran, sanggup membawa orang asing kerana tidak mahu menyalurkan kekayaa kepada orang Melayu, tidak mahu berunding di dalam Dewan Parlimen, hanya mahu percuma tapi suruh kerajaan buat. Tidak menghormati hak pengguna,
Memandang rendah orang Melayu dan Bahasa Melayu, mahu menyingkirkan Raja Raja Melayu, mengasingkan Orang Melayu dari bandar bandar dan Pulau Pinang, Melaka, Ipoh, Kuantan, Kuala Lumpur, tidak mengormati Undang Undang Negara dan undang undang Islam dan turut mengatakan bahawa Orang Melayu adalah pendatang. Mereka juga mahu kerajaan menutup kilang LYNAS sedangkan mahkamah telah memutuskan bahawa kilang itu selamat dan apakah mereka mahu 100% pekerja Melayu hilang pekerjaan dan merempat? Apakah Melayu Melayu yang menyokong DAP dan menyokong Anti LYNAS tidak pernah membaca tentang hal ini?

Jijan Mali said...

Tolak PR dlm PRU13 ni. Satu undi untuk PR adalah satu undi untuk PAS-pis-pus, DAPpigs, P'Gay'R dan
satu undi untuk tuhan 'Allah Trinity' DAPpigs mereka tu. Jangan kita gadaikan masa depan anak-anak
dan cucu kita dengan memangkah parti-parti yang bersekongkol bawah PR dlm PRU13 nanti.....

Anonymous said...

Bapak @ datuk ko nie mmg bekas setiausaha sulit TAR sebab itu ko ada simpan bukti.Tahniah atas info sejarah ko tu.

Powered by Blogger.