May 16, 2013

PANAS ISU AIR ASIA - SHAHRIZAT 'BALUN' RAFIDAH AZIZ.




BERIKUT MERUPAKAN KENYATAAN MEDIA KETUA WANITA UMNO MALAYSIA DATUK SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL TERHADAP TAN SRI RAFIDAH AZIZ.


Saya mewakili Pergerakan Wanita UMNO Malaysia ingin melontarkan pertanyaan kepada Tan Sri Rafidah Aziz selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Airasia X di atas kenyataan oleh Ketua Pengarah Eksekutif beliau dari Airasia X, Azran Osman-Rani terhadap Utusan Malaysia dan tindakan menarik balik iklan di dalam akhbar tersebut.

Saya yakin Tan Sri Rafidah Aziz yang telah menerajui kepimpinan Wanita UMNO selama 22 tahun dan berusia 66 tahun semasa meninggalkan pucuk pimpinan Wanita UMNO Malaysia, cukup matang untuk menjelaskan isu ini berdasarkan perjuangan Wanita Melayu yang turut didukung oleh beliau semasa memimpin Wanita UMNO.

Malah, saya harap beliau memahami perjuangan Utusan Malaysia sebagai satu-satunya lidah rasmi orang Melayu.

Beliau seharusnya tampil kehadapan untuk memberikan pandangan, pendirian dan pendapat beliau untuk menyelesaikan isu ini, bukan terus berdiam diri walaupun beberapa desakan telah dikemukakan oleh badan-badan NGO Melayu dan beberapa pihak yang lain.

Wanita UMNO amat kecewa dan meminta Tan Sri Rafidah sebagai Pengerusi yang bertanggungjawab untuk Airasia X memberikan penjelasan secepat mungkin kerana terlalu ramai orang Melayu berasa amat tersinggung dengan pandangan yang tidak bertanggungjawab oleh Azran Osman-Rani


May 7, 2013

PAPAGOMO DITAHAN PIHAK POLIS.




Penulis blog kontroversi pro-Umno Papagomo hari ini ditahan polis.

Laporan menyebut ianya telah disahkan pihak PDRM menerusi laman twitter anggota keselamatan tersebut.
Blogger Pro Kerajaan itu ditahan bersama seorang lagi individu yang dikenali sebagai "King Jason".

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak polis melalui pesanan Twitter hari ini. Sebab penahannya setakt ini belum diketahui.

Bagaimanapun, sebelum ini dilaporkan terdapat laporan polis dibuat terhadapnya dan seorang pembaca Shahrizad Mohd Diah atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berhubung isu Melayu dan Cina.

Free Malaysia Today melaporkan, laporan itu dibuat oleh Jamilah Baharuddin di balai polis Simpang Tiga dan kemudiannya di Sungai Maong di Kuching.

May 5, 2013

59% KELUAR MENGUNDI HINGGA TENGAHARI TADI.



Hampir 59 peratus pengundi telah keluar mengundi sehingga jam 1 tengah hari tadi untuk menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, peratusan ini akan meningkat sehingga jam 3 petang ini.

Bagaimanapun, beliau berkata sebarang provokasi mengenai pengundi hantu tidak akan menjejaskan proses pengundian yang berjalan di seluruh negara.

"Kita belum dapat jangka statistiknya, tapi kita jangka sehingga pukul 1 tengah hari ini sebanyak 50 peratus pengundi yang keluar mengundi.

"Bagaimanapun yang timbul kata ada pengundi hantu itu, bagaimana mereka tahu itu pengundi hantu, walaupun muka mereka seperti 'bangla' tapi jika mereka warganegara ada kad pengenalan biru, itu hak mereka nak mengundi," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Dalam pada itu, Wan Ahmad turut menasihatkan supaya penyokong setiap parti tidak menimbulkan kekacauan yang boleh merosakkan perjalanan undi di seluruh negara.

Sementara itu, peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari ini berbeza mengikut negeri dengan Selangor mencatat 58.96 peratus atau 1.2 juta daripada 2.03 juta pengundi di negeri itu,

Di Negeri Sembilan setakat 1 tengah hari mencatat 58.35 peratus daripada 555,982 pengundi manakala di Melaka setakat 12 tengah hari mencatat 40 peratus daripada keseluruhan 424,519 pengundi berdaftar.

Di Perak, SPR negeri melaporkan sebanyak 30 peratus daripada 1.36 juta pengundi telah keluar mengundi setakat pukul 11 pagi.

Di Pahang, seramai 29.44 peratus atau 216,681 pengundi daripada sejumlah 736,111 pengundi juga telah mengundi sehingga 11 pagi.

Kelantan pula mencatat 13.19 peratus daripada sejumlah 918,573 pengundi sehingga 11.30 pagi.

Sementara itu, pusat pengundian di kawasan terpencil di Sabah iaitu di Kampung Mangkasulap, Beluran dan beberapa tempat di Penampang dan Kudat ditutup pada pukul 11 pagi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, kia-kira 58.99 peratus daripada 7.6 juta pengundi di seluruh negara telah mengundi pada pilihan raya umum ke-13 setakat tengah hari ini.

Beliau memberitahu sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini hari ini proses pengundian di seluruh negara berjalan lancar dan berharap masih ramai pengundi yang akan keluar melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebelum pusat
pengundian ditutup pada pukul 5 petang.

"Seramai 12,885,434 pengundi (pengundi biasa) akan mengundi pada hari ini di 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi. Sehingga jam 12 tengah hari, seramai 7,600,499 (58.99 peratus) pengundi biasa telah keluar mengundi.

"Setelah dicampur dengan jumlah pengundi awal dan pengundi pos, jumlah keseluruhan keluar mengundi ialah 7,916,703 (59.67 peratus)," katanya.

Abdul Aziz berkata sepanjang tempoh itu, tiada sebarang laporan insiden tidak diingini yang mengganggu proses pengundian di seluruh negara.

May 3, 2013

KECOH - SAMSENG PKR SERANG MUSTAFA ALI DI CERAMAH KOTA DAMANSARA.



Dakwaan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pembongkaran video seks beliau bakal menambah sokongan pengundi terhadap Pakatan nyata meleset sekali. 

Malah bukan isu tersebut yang dipertikaikan para penyokongnya. Akan tetapi, kesilapan beliau selaku Setiausaha Agung parti berkenaan memperjelaskan beberapa isu dikecam.





Menerusi sumber gambar dari blog Mazidul Akmal Sidek, Mustafa Ali terpaksa menamatkan ceramahnya di Seksyen 7, Kota Damansara, selepas 15 minit berucap setelah para penyokong PAS dan Pakatan bertindak berang  kerana enggan menjawab isu pertindihan kerusi antara PAS dan PKR di DUN Kota Damansara.

Keadaan menjadi tidak terkawal apabila penyokong tersebut berang selepas Mustafa segera menamatkan ucapannya dan beredar dari lokasi ceramah.




Sebahagian daripada anggota keselamatan terdiri daripada penyokong PKR yang cuba mengeluarkan penyokong yang hadir dari kawasan tapak ceramah.

Tindakan itu menyebabkan penyokong berkenaan berkumpul di kawasan jalan raya bagi meneruskan bantahan termasuk mahu calon PAS, Ridzuan Ismail bertanding di kerusi Kota Damansara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini mewakili Pakatan Rakyat Subang.




Namun tindakan pantas polis berjaya meleraikan keadaan dari menjadi bertambah tegang dengan mengarahkan kedua-dua penyokong bersurai kira-kira jam 11.30 malam.

Tiada sebarang tangkapan dilakukan oleh pihak polis berikutan insiden tersebut dan keadaan di kawasan itu kembali terkawal.

Artikel berkaitan (KLIK tajuk di bawah untuk paparan) :-

PROTES KOMUNIS - PAS KOTA DAMANSARA AKUI LANCAR KEMPEN TOLAK CALON PKR.


May 2, 2013

DAKWAT TIDAK KEKAL - MEJAR AZMEE BUANG DEDAH PENIPUAN NURUL IZZAH.

 


 “Tidak sangka keikhlasan saya untuk menunjukkan jari yang sudah dicalit dengan dakwat kekal itu kepada Nurul Izzah dimanipulasikan oleh pihak pembangkang,” jelas Mejar Azmee Buang, 41.

Beliau adalah pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang gambar jarinya dicalit dakwat kekal cuba dibersihkan oleh calon PKR Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, tetapi tersebar luas di internet.

Katanya, ketika keretanya berhenti dalam kesesakan lalu lintas berdekatan Taman Koperasi Polis, sekumpulan penyokong pembangkang yang mana Nurul Izzah ada berdekatan, meminta untuk melihat jarinya yang sudah dicalit dakwat kekal.

Beliau mendakwa Nurul Izzah yang tiba kemudian cuba mencuci dakwat itu termasuk dengan sejenis cecair yang dibawanya dan pada masa sama gambar itu diambil pihak tertentu, lapor Berita Harian.

“Gambar itu memang saya, tapi ketika itu saya sedang berbual dan beliau (Nurul Izzah) ada meminta untuk melihat dakwat itu dan cuba untuk mencucinya tapi tidak boleh.

“Saya tidak sangka gambar beliau sedang mencuci itu tersebar di internet dengan dakwaan ia boleh ditanggalkan,” katanya ketika ditemui BH di pekarangan Kementerian Pertahanan, di sini, semalam.

Justeru, Azmee yang juga Pegawai Penyelaras Pilihan Raya Kem Sungai Besi itu, menafikan dakwaan beliau bersubahat dalam isu itu.

“Saya tidak ada berjumpa sesiapa pun termasuk pemimpin pembangkang untuk mengadu mengenai warna dakwat itu hilang seperti yang digembar-gemburkan di internet kerana kesannya masih ada di jari.

“Saya tidak menyangka tindakan spontan (menunjukkan jari pada Nurul Izzah) itu akhirnya mengundang padah dan jika pihak pembangkang masih memanipulasi dan mengaitkan saya dalam hal ini, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya yang tampil bersama enam anggota ATM menyangkal dakwaan pembangkang itu.

Staf Sarjan Rafei Abdul Rahman yang turut hadir berkata walaupun sudah seharian dakwat itu dicalit di jarinya, kesannya masih boleh dilihat.

CONFIRM - BLOGGER MILO SUAM DITAHAN POLIS.




Peguam PKR,  R Sivarasa mengesahkan makluman mengenai penahanan blogger Milo Suam malam tadi dan ketika ini pihaknya sedang berusaha mendapatkan maklumat daripada pihak polis sebelum dapat mengambil tindakan selanjutnya.

“Barisan peguam sedang cuba mendapatkan respons dari pihak polis pagi ini sebelum bincang langkah seterusnya yang perlu diambil.

“Saya akan maklumkan perkembangan mengenai perkara ini sejam lagi,” jawab beliau ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Sementara itu, satu kenyataan ringkas oleh Biro Komunikasi PKR lewat malam tadi memaklumkan penahanan Milo Suam atau nama sebenarnya Yusuf Al Siddique Suratman, 29, oleh pihak polis dan dibawa ke Bukit Aman.

Menurut kenyataan media itu juga, pihak polis juga berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square, Petaling Jaya.

Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali blog Milo Suam yang sebelum ini menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya.

Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Apr 30, 2013

PROTES KOMUNIS - PAS KOTA DAMANSARA AKUI LANCAR KEMPEN TOLAK CALON PKR.




Laman portal Pro Pakatan Malaysiakini melaporkan Jentera PAS Kota Damansara tetap meneruskan berkempen bagi memenangkan calon PAS.

Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertanding atas tiket PKR berkata, perkara itu harus diselesaikan segera kerana hari pengundian sudah hampir.

Arahan sudah diberi oleh kepimpinan tertinggi (PAS) bahawa PKR akan bertanding di kerusi ini dan PAS harus menyokongnya.

"Tetapi ada kumpulan di sini yang melanggar arahan, saya tidak tahu mengapa," kata Nasir ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya, beliau sudah berhubung dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali melalui SMS dan beliau sudah mengambil maklum akan perkara itu.

"Saya harap mereka selesaikan perkara ini segera kerana masa sudah suntuk," kata Nasir.






Walaupun perkara itu sudah diselesaikan di peringkat atasan kelmarin, kedua-dua logo PKR dan PAS akan tetap dicetak di kertas undi.

Sabtu lalu, PAS bersetuju menyerahkan Kota Damansara untuk ditandingi calon PKR - keputusan yang dicapai selepas hampir seminggu berunding dengan PKR dan PSM.

Mustafa berkata, calon yang bertanding di bawah tiket PKR akan menjadi wakil rasmi Pakatan.

Masalah itu bermula apabila Nasir sebagai penyandang kerusi tersebut bersetuju bertanding bawah tiket PKR, sehinggalah PAS turut meletakkan calonnya, Razali Ismail, pada hari penamaan calon.

HINA KARPAL SINGH - MAHATHIR BAKAL TERIMA WARAN TANGKAP..!!?




"Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis".

Demikian respons bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam bahawa pembangkang akan menangkap dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Lim sebagai perkauman, jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Beliau berkata Karpal Singh membuat kenyataan itu kerana mahu menghalangnya daripada menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sikap Lim yang didakwanya rasis.

"Terkejut saya, pucat muka saya (nada menyindir)...fasal Pengerusi DAP Karpal Singh mahu tangkap saya kerana saya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

"DAP hanya mahu bertanding di kawasan majoriti Cina kerana mereka hanya diterima pengundi di kawasan berkenaan dan tindakan DAP ini ternyata menunjukkan sikap rasis mereka," katanya semasa berucap pada satu majlis di Kampung Padang Jual, Johol, di sini hari ini.

Dr Mahathir mendakwa sekutu DAP iaitu Pas juga bersikap rasis kerana hanya mahu bertanding di kawasan majoriti kaum Melayu terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

Katanya ini berbeza dengan Umno dan MCA yang tidak menunjukkan sikap perkauman kerana boleh bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara tanpa mengira majoriti kaum.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat bersikap hipokrit apabila menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya Jumaat lalu kerana mahu meraih undi di sana.

"Dulu Pas kata mereka nak lelong pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya tapi sekarang tak mahu lelong pula dan mahu menawan Putrajaya dalam PRU ini...buat la pusat pentadbiran seperti Putrajaya di Kelantan," katanya.

Turut hadir pada majlis itu isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Johol Abu Samah Mahat.

Apr 29, 2013

MUSA HASSAN ISYTIHAR SOKONG PAKATAN RAKYAT?



Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kini menyertai Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat sebagai penasihat.

Walau bagaimanapun jelasnya, beliau tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan akan membuat perkara sama jika dijemput oleh Barisan Nasional (BN).

Musa menegaskan keputusan dibuat atas dasar kebimbangan beliau terhadap keganasan politik menjelang pilihan raya umum, 5 Mei nanti.

“Saya tidak memihak kepada mana-mana parti politik...Saya datang hari ini kerana saya mengambil urusan keselamatan rakyat dengan serius,” kata Musa.

Sidang media itu juga disertai bekas ketua turus tentera darat Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang juga calon Pakatan di Parlimen Johor Bharu.

"Sebagai pihak yang menghabiskan sebahagian besar hidup kami melindungi dan berkhidmat kepada rakyat Malaysia untuk memastikan keselamatan di negara kita, kami berharap keganasan politik tiada tempatnya lagi dalam proses demokrasi kita," kata Hashim.

Musa sebelum ini dikaitkan dengan pembangkang apabila mendakwa Kementerian Dalam Negeri (KDN) campur tangan dalam urusan polis sekali gus mengganggu urusan pihak berkuasa.

"Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan dari orang luar," kata beliau.

Namun apabila ditanya sama ada beliau mahu menyertai politik, Musa berkata beliau tidak berminat.

Apr 28, 2013

TUN DAIM - EKONOMI DUNIA BAWA MALAYSIA MUSNAH JIKA ANWAR PM..!!



Malaysia akan berada dalam situasi bahaya sekiranya rakyat memilih pihak yang tidak berpengalaman untuk menerajui kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata, dalam keadaan krisis ekonomi yang melanda dunia ketika ini, ia bukanlah masa yang sesuai untuk rakyat menukar tampuk pemerintahan negara dengan menyerahkannya kepada pakatan pembangkang yang tidak mempunyai pengalaman.

Apatah lagi jika Ketua Pembangkang diangkat sebagai PM bagi meneruskan misi sulit yang pernah dibawanya bersama beberapa tokoh US ke Negara ini.



 
"Sekarang ini krisis ekonomi dunia, di Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, India, China, masalah ekonomi akan berlaku.

"Kalau kita ambil kerajaan yang kita tidak tahu, tidak ada pengalaman... lingkuplah negara kita, " katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan Jentera PRU13 Parlimen Merbok di sini, hari ini.




Mengenai PRU13, Daim berkata, beliau berkeyakinan Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kuasa sebagai Kerajaan Persekutuan, dan BN  empunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan kembali Kedah dan Selangor, yang kini ditadbir parti pembangkang.

Beliau berkata, ini boleh dicapai sekiranya pemimpin dan anggota Umno serta parti komponen BN bersatu.

Mengenai insiden letupan ketika ceramah BN di Pulau Pinang dan Perak, Daim berkata, tindakan sedemikian dilakukan oleh mereka cuba mewujudkan rasa takut di kalangan rakyat.


Apr 26, 2013

PAS IKTIRAF FATWA TUAN IBRAHIM - "HUDUD KINI RUGIKAN ISLAM DI MALAYSIA."



Ketua Penerangan PAS Datuk Tun Ibrahim Tuan Man menggesa semua kepimpinan dan ahli parti itu untuk berhenti mengulas lebih lanjut berhubung pelaksanaan isu hudud jika Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya.

Sebaliknya kata beliau fokus harus diberikan kepada isu-isu pilihan raya termasuk menerangkan tentang manifesto pembangkang.

Menurut Tuan Ibrahim, isu tersebut hanya akan merugikan PAS di saat-saat akhir tempoh kempen pilihan raya umum.

"Saya menyeru supaya semua ahli dan pimpinan agar memfokuskan kepada isu pilihan raya dari menyentuh isu hudud," katanya memetik Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menegaskan hukum hudud akan dilaksanakan jika pakatan mengambil alih kerajaan pusat walaupun DAP menentang keputusan tersebut.

Kelmarin, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yakin pelaksanaan hukum hudud akan direalisasikan sekiranya PR menang di Putrajaya pada PRU13.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata PAS akan melaksanakan hudud berdasarkan mazhab Maliki dan menegaskan hanya akan melibatkan orang Islam di negara ini.

CONFIRM - UPSI WARNING KES GANGSTER ADAM ADLI.




Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes semakan kehakiman pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, hari ini mengingatkan pelajar itu supaya menghormati pemimpin walaupun pegangan politik berbeza.

Hakim Datuk Zaleha Yusuf berkata demikian dalam penghakimannya selepas menolak permohonan Adam Adli untuk mencabar keputusan UPSI yang menggantungnya kerana melanggar peraturan universiti.

Beliau tidak menetapkan sebarang kos setelah mengambil kira pemohon (Adam Adli) adalah seorang pelajar.

Hakim Zaleha berkata perbuatan Adam Adli di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Disember 2011, telah mendapat publisiti meluas dan sebagai pelajar UPSI, nama UPSI turut tercalit dan pihak universiti berhak mengambil tindakan disiplin terhadapnya.




"UPSI memberitahu mahkamah bahawa Adam Adli telah diberi peluang untuk mengemukakan kesnya dan beliau boleh menghantar wakil. Tetapi pemohon menolak untuk menghantar wakil dalam prosiding jawatankuasa tatatertib UPSI dan tidak memberi sebarang bantahan semasa prosiding dijalankan.

"Beliau tidak hadir walaupun telah dimaklumkan sebelum itu dan Adam Adli hanya menghantar wakil untuk mengetahui keputusan pihak jawatankuasa sahaja," katanya.

Tambahnya, afidavit jawapan Adam Adli juga tidak mempertikai dakwaan responden berhubung alasan kenapa keputusan penggantungan dibuat.

Hakim Zaleha berkata Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2009 yang dipinda turut memberi hak kepada jawatankuasa tatatertib UPSI mengendalikan prosiding terhadap pelajar dan ianya sah.

Pada 17 April 2012, Adam Adli, 24, pelajar semester kelima Pengajian Inggeris sebagai Bahasa Kedua, memfailkan permohonan tersebut dengan menamakan UPSI, jawatankuasa rayuan tatatertib dan kerajaan sebagai respondan.

Beliau memohon supaya Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan jawatankuasa rayuan pada 8 Mac 2012 yang menolak rayuannya terhadap perintah jawatankuasa tatatertib UPSI yang menggantungnya.

Pada 9 Jan 2012, jawatankuasa tatatertib memerintahkan penggantungan selama tiga semester ke atas Adam Adli yang akan berakhir penghujung September tahun depan.

Dalam permohonannya itu, Adam Adli berkata dia didapati bersalah oleh jawatankuasa tatatertib kerana memburukkan nama universiti itu dan mengganggu ketenteraman serta keselamatan awam.

Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Adam Adli memberitahu pemberita, pihaknya akan mengemukakan rayuan.


Apr 25, 2013

PRU13 - PESANAN TERAKHIR MAHATHIR SEBELUM NIK AZIZ KECUNDANG.



Pas tidak mungkin dapat melaksanakan hukum Hudud kerana parti itu tidak akan mampu menguasai majoriti kerusi Parlimen untuk meminda perlembagaan negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
   
Beliau berkata bagi meminda perlembagaan, Pas perlu memperoleh sokongan dua pertiga kerusi Parlimen dan ia pasti tidak akan tercapai kerana parti itu hanya bertanding 70 kerusi Parlimen daripada keseluruhan 222 kerusi.
   
"DAP dan PKR tidak aakn sokong, mereka (Pas) tidak akan mendapat dua pertiga majoriti tetapi rakyat tidak memahaminya.
   



 
"Untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud, ini semua temberang, cakap bohong. Orang yang menipu, suka berbohong tak boleh jadi kerajaan," katanya kepada pemberita pada Program Himpunan Rakyat Padang Terap Bersama Calon Barisan Nasional di Padang Awam Padang Terap, di sini hari ini.
   
Beliau berkata pakatan pembangkang juga tidak layak mentadbir negara kerana pemimpin-pemimpin mereka sering bercanggah pendapat.
  
"Kalau kita tengok Datuk Seri Najib (Tun Razak) cakap semua sokong, Cina, Melayu, India, Iban dan Kadazan. Tapi bila satu pihak mereka (pembangkang) kata sesuatu benda, yang lain semua bantah.
   
"Mereka bertanding, PKR lawan PAS, mana boleh ada kerjasama, kalau tak dak kerjasama macam mana nak bentuk kerajaan bersekutu?," kata Mahathir.     





Dalam perkembangan lain, beliau menyifatkan insiden letupan ketika majlis ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) di pekarangan Bilik Gerakan BN Nibong Tebal Selasa lalu sebagai bukan budaya orang Malaysia.
   
Mahathir berkata budaya itu mungkin ditiru dari negara yang kerajaannya bersifat kuku besi dan perkara seumpama itu tidak seharusnya berlaku di sini kerana Malaysia ada pilihan raya umum setiap lima tahun.
   



 
"Dia tak tau nak jawab apa yang kita kata, dia guna kekerasan, cuba nak bunuh orang, orang Malaysia tak bunuh orang, ini budaya orang luar," katanya merujuk kepada mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan perkara itu.
   
Dalam kejadian pada 10.15 malam itu seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan yang diletakkan pada jarak kira-kira 10 meter dari bahagian belakang pentas ucapan.

ANWAR AKUI BAKAL TUKAR WARGANEGARA EROPAH LEPAS PRU13.



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berkemungkinan bekerja di Eropah, termasuk di Perancis sekirannya pakatan pembangkang yang dipimpinnya tewas pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

“Masanya untuk saya berundur jika kalah. Kerjaya saya sebelum ini mengajar (dan) saya ada ditawarkan kerja di Eropah saya juga akan pertimbangkan tawaran di Perancis,“ kata Anwar pada satu majlis di Johor Bharu.





Kenyataan Anwar itu menguatkan hujah bahawa Ketua Pembangkang itu menganggap PRU 13 sebagai “perang hidup mati” dalam cubaan terakhirnya untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar menjadikan Johor sebagai sasaran utama kempennya untuk memecahkan kubu kuat Umno dan terus membidas Menteri Besarnya, Datuk Abdul Ghani Othman.

Ghani menghadapi Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam pertembungan dua penjuru untuk kerusi Parlimen Gelang Patah. 

Antara lain, Anwar menuduh pemimpin utama Johor selama 18 tahun itu sebagai gagal memastikan penyertaan rakyat negeri itu dalam projek wilayah pembangunan Iskandar.





Bagaimanapun Anwar berkata Pakatan Rakyat akan meneruskan projek mega itu jika diberikan mandat untuk memerintah.

“Ada pemberita tanya saya semalam kalau PR menang di Johor adakah Iskandar akan dibatal saya kata tidak. Tapi kita kena pastikan ia dilaksanakan dengan telus,” kata beliau.

Projek Iskandar disasarkan menyumbang 60 peratus KDNK Johor dengan sektor perkhidmatan menjadi pemacu utama pertumbuhan.


Apr 24, 2013

KARPAL SINGH BALUN HINA PAS TERIMA MAT TAIB SEBAGAI AHLI.



Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berpendapat bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak layak menyertai Pas apatah lagi bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pemimpin yang mempunyai rekod lampau yang buruk tidak layak diterima sebagai ahli komponen parti PR.

"Itu pandangan peribadi saya kerana rekod dia (Mat Taib) tidak baik sepanjang bersama Barisan Nasional (BN).

"Hanya orang yang ada rekod baik sahaja harus diterima dalam mana-mana parti termasuk BN mahupun PR," katanya ketika diminta mengulas mengenai penyertaan tokoh itu dalam Pas Isnin lalu.

Karpal turut mencurigai tindakan Mat Taib untuk bersama Pas dan mengganggap penyertaannya itu tidak ikhlas.

"Motif dia menyertai Pas adalah kerana dia tidak dapat apa dia mahu. Bukan ikhlas... saya rasa dia menyertai Pas," katanya.

 

AMARAN ANWAR BUAT HADI AWANG - "SAYA LEBIH LAYAK JADI PM.."




Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata menberi jaminan bahawa Presiden PAS Hadi Awang tidak akan dipilih menjadi PM jika Pakatan Rakyat menguasai kemenangan PRU13 pada 5 Mei depan.

Anwar berkata perkara itu akan diatasi melalui rundingan bersama rakan komponennya DAP dan PAS agar dirinya dipilih menjadi Pemimpin No. 1 Negara.

"Masalah itu tidak berbangkit tetapi perkara itu boleh dirunding dengan baik," katanya ringkas kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya PKR di Sungai Udang, Melaka.





Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika berceramah di Johor Bharu semalam menzahirkan kebimbangannya jika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat menjadi perdana menteri.
 
Dalam keghairahan mencari undi bukan Melayu di Johor, Kit Siang berkata beliau dan pengundi di negeri itu “tentunya sama-sama akan bimbang” jika Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.





“Jika benar dakwaan bahawa DAP sudah bersetuju untuk Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri kita, tuan-tuan dan puan-puan, Johor dan saya tentulah sama-sama akan bimbang…terhadap apakah yang beliau akan lakukan kepada kita semua. Betul, tidak?" kata Kit Siang.

Perbuatan Kit Siang meremehkan kebolehan Hadi sebagai calon Perdana Menteri itu dibuat bagi menangkis dakwaan bahawa presiden PAS itu akan diangkat mengisi jawatan PM sekiranya Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan kelak.

Apr 23, 2013

DAYANGKU INTAN AKUI MASUK POLITIK KETAGIH DUNIA GLAMOR.




Penyanyi Tersohor. Label seorang selebriti bernama Dayangku Intan satu ketika dahulu. Era 80an nama beliau antara yang diminati ramai selaku penghibur tanah air.

Lagu2 berkumandang di radio disusuli persembahan di kaca tv hampir setiap minggu. Walaupun tidak sehebat Aisyah, sekurang2 nya ada dalam senarai Penyanyi Popular.

Kini beliau memilih terjun ke arena politik Negara. Enggan memilih BN sebagai platform, Dayangku Intan merasakan penyertaan beliau di pentas PKR bakal melonjakkan namanya semula. 

Lebih mengejutkan, beliau yang dicalonkan mewakili parti bagi kerusi Parlimen Pengerang mengakui ianya salah satu 'strategi' mempopularkan semula namanya walaupun dalam kerjaya berbeza. Nyata wanita ini tidak mampu hidup sempurna tanpa dikelilingi dunia glamor.

Mudah menjadi pemimpin Negara pada masa kini. Bukan kerjaya seni yang dipersoalkan, akan tetapi pengalaman dan latar belakang pendidikan tidak menjadi pakej paling utama dalam menentukan keupayaan seseorang memimpin.

Masyarakat Malaysia di peringkat bawahan berlumba2 mahu menimba ilmu ke menara gading dalam bersaing bidang kerjaya, berhempas pulas mengecapi pengalaman secukupnya bagi mencapai kejayaan lebih cemerlang, sebegitu mudah PKR dan PAS memilih rakyat Malaysia bernama Dayangku Intan sebagai calon berlandaskan populariti semata2.

Itupun tidak mengambilkira sifat seorang pemimpin yang tinggi moral mental dan fizikal.





Ini tiada kelulusan yang berkelayakan, apatah lagi pengalaman, dengan mudah menghukum mengkhinzir buta terhadap Kerajaan BN membuka ruang seperti beliau menimba kejayaan dalam bidang seni satu ketika dahulu.

Strategi yang tidak bijak dalam melahirkan pemimpin contoh di Negara ini.

Kerana politik merupakan kerjaya yang mengatasi kekuatan minda. Cabaran dan khidmat jauh lebih tinggi pengetahuannya jika dibandingkan dengan kerjaya2 lain.

KLIK DI SINI untuk kupasan selanjutnya berkaitan Dayangku Intan dan Dunia Glamor Politik.


PS : Nak kupas pasal Abby? Tak payahlah. Ustaz Azhar Idrus beri kiasan sikit dia bidas balik. Dia dah disahkan masuk syurga. Orang macam ni tak boleh terima kritikan sesiapa waimah individu bergelar Ustaz.



PRU13 - ABBY TERUJA LIHAT FOTO PANAS AKSI ASHRAF MUSLIM & AKIM AF7.



Penglibatan Artis dalam dunia politik seringkali dikaitkan dengan Parti Pembangkang. Publisiti dimainkan semaksima mungkin menumpang populariti artis seperti Abby Abadi, Aishah dan Yasin Brothers bagi menggambarkan penolakan secara total Kerajaan BN pimpinan Najib Razak.

Lebih kritikal, PAS dan PKR sanggup mempertaruhkan Aishah dan Dayangku Intan sebagai calon PRU13 bagi menagih sokongan rakyat Malaysia berbekalkan pengalaman cetek dalam dunia politik.

Publisiti Murahan. Amalan politik yang tidak proaktif itu tidak diamalkan BN. Dan realitinya,lebih ramai artis yang menyokong BN tanpa menyalahgunakan publisiti golongan seni ini. 

Antara artis yang bertindak menyokong BN termasuklah Akim AF dan Ashraf Muslim. 

Maka tidak benarlah dakwaan golongan artis yang menyertai PAS telah insaf meninggalkan BN. Kerana Ashraf Muslim merupakan salah seorang artis yang mendekatkan diri dengan kerohanian. Mengapa tidak menyertai PAS? 

Politik itu hanya sebahagian dari Islam. Jangan sempitkan pemikiran manusia dengan membiarkan kuasa politik mengawal Agama Allah. Apatah lagi menyalahgunakannya dengan menjanjikan syurga.

Kerana Islam itu Universal. Politik bukan penentu kekuatan iman dan taqwa manusia. 

LAGI GAMBAR ARTIS2 DI HARI PENAMAAN CALON?  KLIK DI SINI.


Apr 22, 2013

VIDEO PANAS AMUKAN HADI AWANG - "CALON PRO ANWAR RENDAH MORAL & PRO KOMUNIS"



RIBUAN PENGUNDI BOIKOT CALON BN DI WANGSA MAJU?




Menjelang pembubaran Parlimen, Wangsa Maju merupakan kerusi Wilayah Persekutuan yang paling panas diperkatakan orang ramai yang mengikuti perkembangan politik.

Parlimen yang kelihatan hampir terlepas pandang di mata masyarakat pada PRU sebelum ini tiba2  gamat dengan Satu Sidang Media anjuran Ketua MCA Wangsa Maju Yew Teong Lock yang tidak berpuas hati dengan keputusan BN memilih wakil UMNO sebagai calon.

Namun 'suara sumbang' calon BN yang tewas ke tangan PKR pada PRU12 itu tidak mewakili majoriti masyarakat Wangsa Maju. 





Hari Penamaan Calon di Parlimen berkenaan baru2 ini memberi jawapan sebenar relevennya BN meletakkan Dato Dr. Shafei Abdullah sebagai calon.

Malah mukadimah serangan politik PKR yang mahu mengambil kesempatan menggunakan isu Teong Lock terhenti gara2 kejutan ribuan para penyokong Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju itu tanpa mengira kaum mahupun latar belakang agama.





Serangan mengaitkan status jawatan Dato' Shafei selaku Setiausaha Politik Najib sebagai tiket memudahkan beliau terpilih sebagai calon terkubur sejurus melihat lautan manusia berarak menjadi tulang belakang mengiringi beliau ke Pusat Penamaan Calon.

Ianya membuktikan bahawa Najib lebih mengutamakan suara rakyat di kawasan tersebut terhadap bakal pemimpin mereka walaupun berhadapan risiko besar dengan rakan komponen MCA.

Akan tetapi ianya berjaya diselesaikan atas semangat persaudaraan.





Jikalau itu suara rakyat, apalah sangat hendak perbandingan dengan calon PKR Dr Tan Kee Kwong yang hanya pernah dikenali di kaca tv satu ketika dahulu. Apatah lagi menjejakkan kaki menerjah masyarakat di Wangsa Maju.

Mungkin sebelum ini bekas Timb. Menteri Kabinet yang dibeli Anwar ini sekadar pernah singgah kedai kopi di Wangsa Maju sahaja.
 




Insyaallah, usaha dan tawakal. BN bakal kembali menang dengan keputusan lebih cemerlang.

Terima kasih buat Dato Yew Teong Lock kerana tidak mengambil langkah seperti Datuk Kamelia Ibrahim yang memilih bertanding atas tiket bebas.

TERKINI.. ADA BERITA BAIK BERKAITAN KONTROVERSI ISU BAZAAR NIAGA UPTOWN DANAU KOTA

KLIK DI SINI untuk ketahui maklumat tersebut.


BANK NEGARA - PELOBI ZIONIS SALUR DANA PRU13 BUAT PARTI POLITIK.



Laporan terbaru pihak Kementerian Kewangan mengenalpasti terdapat dana yang disalurkan menerusi agensi Pelobi Zionis bagi pembiayaan sepanjang kempen PRU13 melibatkan sebuah parti politik?

Bank Negara sedang memantau kegiatan itu dan berharap pihak berkuasa berkaitan turut menyiasat perkara tersebut.

Parti Politik manakah yang terlibat? KLIK DI SINI untuk paparan selanjutnya.


CALON TIKET BEBAS - KARPAL SINGH UGUT JENICE LEE.



Pengerusi DAP Karpal Singh berkata parti itu tidak akan bertolak ansur dengan tindakan anggota yang melanggar disiplin dengan bertanding sebagai calon Bebas apabila tidak dinamakan sebagai calon dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Oleh yang demikian, beliau memberi tempoh 24 jham kepada calonnya yang bertanding Bebas – Jenice Lee (DUN Teratai) dan Sim Tong Him (Parlimen Kota Melaka) – 24 jam untuk memohon maaf dan berundur dari pertandingan.

Jika tidak, kedua-dua calon berkenaan akan dipecat daripada parti, katanya.

"Ini ada satu perbuatan melanggar disiplin yang serius. Ianya tidak boleh diterima, tidak boleh dimaafkan dan melampau,” katanya dalam satu sidang media di Pulau Pinang hari ini.

Selain itu, tindakan juga akan dikenakan ke atas para penyokong kedua-dua calon berkenaan.


Apr 21, 2013

CALON DUN SG. ACHEH - CHEGU BARD LUDAH KERJASAMA PEMUDA PAS PULAU PINANG.




Perebutan kerusi DUN Sungai Acheh antara PKR dan PAS sampai ke kemuncak hari ini apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pertandingan tiga penjuru di kerusi berkenaan termasuk penyandang Datuk Mahmud Zakaria dari Barisan Nasional (BN).

PKR meletakkan Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai 'Chegubard' sebagai calon parti itu akan menentang Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah.

Kesemua mereka menyerahkan borang di pusat pencalonan di sini pagi tadi.

"Saya telah dipilih oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk bertanding di sini dan ia adalah mandat dari Pakatan," kata Badrul.

Mohd Yusni sebelum ini menyatakan perasaan terkejut apabila Pengerusi PKR negeri Datuk Mansor Othman mengumumkan akan meletakkan calon untuk bertanding di Sungai Acheh walaupun telah bersetuju kerusi tersebut milik PAS.

Pencalonan Mohd Yusni diumumkan oleh Ketua PAS Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man pada Rabu minggu lalu.

"Saya ingat Chegubard (Badrul Hisham Shaharin) akan diletakkan sebagai calon di kerusi Parlimen Nibong Tebal. Saya jangkakan perkara ini kerana saya dan beliau telah bekerjasama secara rapat.”

GAMBAR ADEGAN PANAS NAJIB BERTEMU SAKSI KES ALTANTUYA?




Gambar di atas sudah cukup menggambarkan sikap sebenar seorang Pemimpin No. 1 Negara. Berhadapan dengan seorang lelaki muda dari PKR belaan individu bernama Anwar.

Pelikkan? Individu yang merupakan wakil calon PKR menentang Najib di Parlimen Pekan ini merupakan salah seorang individu penting dalam menyebarkan serangan fitnah terhadap beliau. Fitnah bukan sebarang fitnah. 

Menerusi sebaran gabungan blogger JINGGA13, Fariz Musa antara Pemimpin PKR yang tidak jemu2 menggunakan segala ruang memfitnah Najib dengan pelbagai tuduhan termasuklah penglibatan Najib dalam pembunuhan Altantuya.

Jika anda berada di tempat Najib, adakah aksi sebegini bakal anda lakukan? 

Gambar tersebut juga memperlihatkan sifat Najib seorang pemimpin rendah diri, tidak sombong dan riak dengan kedudukan dan pengalamannya dalam pimpinan Kerajaan.





Jikalau kita di pihak yang benar, tak perlulah mudah melatah. Tak perlu keliling dunia memburukkan pihak lawan secara ekstrim di hadapan peminatnya.

Malah mampu berdepan dan senyum dengan tenang. Kerana yakin akan kewujudan Allah. Utamakan tanggungjawab selaku pemimpin. 

Najib seorang individu yang tenang. Walaupun dihimpit tuduhan yang mengancam keselamatannya sendiri. Tiada roadshow politik membersihkan nama. Tiada bas yang membawanya keliling dunia meraih simpati.

Kerana Najib percaya kepada kehendak Allah. Amanah paling utama selaku PM dilaksanakan dengan penuh komited. Insyaallah, doa pemimpin sebegini disayangi dan dilindungi Allah.



Apr 20, 2013

HARI BERSEJARAH - KEJUTAN DI HARI PENAMAAN CALON.




Hari ini, merupakan hari bersejarah, di mana semua calon yang dilantik akan menyerahkan borang penamaan calon di pusat penamaan calon, seluruh negara.

Dijangka terdapat banyak kawasan akan menyaksikan pertarungan tiga penjuru dan mungkin lebih, ini kerana berdasarkan laporan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), lebih 900 borang 4 dan 4A telah dibeli oleh calon Bebas, sejak kelmarin.

Hari ini juga dijangka akan berlaku pertukaran calon di saat-saat akhir oleh Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Rakyat (PR), yang akan memberi sedikit kejutan pada permulaan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pertukaran ini dibuat berkemungkinan akibat desakan oleh ahli dan penyokong di peringkat akar umbi yang mahu calon digantikan dengan pemimpin yang lebih dekat dengan mereka.

Selain itu ia mungkin disebabkan calon yang dilantik menarik diri dari bertanding kerusi dicadangkan parti.

Sebagai contoh, pertukaran yang berlaku bagi kerusi Dun Seri Setia, calon BN Datuk Dr Tengku Rethwan Tengku Mansor dilaporkan menarik diri daripada bertanding PRU13 dan kerusi tersebut akan digantikan oleh Datuk Abdul Halim Samad.

18 April lalu, Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob turut mengumumkan tiga pertukaran calon BN di negeri itu membabitkan Parlimen Lipis, Dun Padang Tengku dan Dun Bebar.

Bagi Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad akan menggantikan calon sebelum ini iaitu Datuk Shahrom Osman, manakala tempat Abdul Rahman di Dun Padang Tengku digantikan oleh Datuk Mustapa Long.

Sementara itu, calon asal Dun Bebar Ibrahim Awang Ismail, digantikan oleh Mohd Fakruddin Mohd Arif.

Selain itu, kejutan yang terbesar yang pasti memberi satu sejarah buat PR dalam PRU kali ini adalah isu logo DAP yang dijangka tidak akan digunakan oleh parti itu.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan calon-calon DAP akan membawa dua watikah lantikan dari DAP dan satu lagi dari rakan komponen PR, iaitu Pas bagi Semenanjung dan PKR bagi Sabah.


Apr 19, 2013

ISU SURAT YUSUF AL QARDHAWI - PKR BANTAH KEPUTUSAN MAJLIS SYURA PAS.

K


Tindakan mengheret ulama Yusuf Qardhawi dalam kancah PRU 13 semakin hangat tatkala Pimpinan PKR dilihat tidak mengiktiraf keputusan Majlis Syura PAS yang tidak membenarkan surat tokoh Ulama' Antarabangsa itu dijadikan bahan kempen politik pada PRU13.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah menegaskan PKR akan tetap mengedarkan surat berkenaan kepada rakyat sebagai tiket paling efektif mengembalikan sokongan dari pengundi.

Nurul juga mendakwa surat itu yang dikatakan memberi sokongan mutlak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri pembangkang, dihantar oleh Qardhawi bukan sahaja kepada PKR, tetapi juga kepada PAS.

"Itulah istimewanya dengan Dr Yusuf Qardhawi kerana beliau sebagai pemimpin Islam yang ulung, dia dapat berinteraksi dan memberikan surat tersebut kepada semua pimpinan PAS, Keadilan dan juga DAP untuk menyatakan kepercayaan beliau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Nurul kepada Antarapos.

Ketika ditanya mengenai kewujudan surat itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini berkata Qardhawi tidak harus diheret dalam kancah politik tanah air.

"Beliau (Yusuf Qardhawi) tidak mengundi di sini, beliau rakyat Qatar, yang berhak ialah pengundi-pengundi," kata Hadi.

Selain Hadi,  pelbagai pihak turut mempersoalkan kesahihan surat berkenaan selain menyifatkan sebarang cubaan untuk meraih sokongan Qardhawi sebagai tindakan terdesak Anwar untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.

Surat itu juga dilihat sebagai usaha PKR menangkis tindakan PAS enggan memberi sokongan terbuka kepada Anwar untuk dilantik menjadi PM sekiranya pembangkang menang pilihan raya umum.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu mengikut amalan lazim bahawa jawatan PM hanya akan diisi oleh pemimpin daripada parti yang paling banyak memenangi kerusi.
  .
Nurul berkata surat itu adalah bukti keprihatinan Qardhawi terhadap perkembangan dalam Pakatan Rakyat.

"Saya harap pihak media dapat juga menunjuk kepada rakyat versi asal Bahasa Arab dan juga terjermahan (Bahasa Malaysia). Ini penting (untuk) menunjukkan betapa prihatinnya beliau (Qardhawi) terhadap masa depan dan juga kepimpinan dalam Pakatan Rakyat,” kata Nurul.

“Beliau (Qardhawi) rasa (kepimpinan Pakatan) harus utuh untuk melawan kebejatan yang sedia ada," katanya.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengesahkan surat Qardhawi itu akan disebarkan, khususnya untuk menarik sokongan pengundi Melayu, meskipun PAS tidak mahu ulama itu diheret dalam isu calon Perdana Menteri pembangkang.

Nurul menzahirkan pendirian tegas PKR itu dan menolak anggapan pihaknya memperalatkan surat berkenaan.

"Bukan isu guna (surat sokongan Qardhawi) tetapi pada saya itu adalah kewajipan kita, setiap seorang rakyat itu ialah kewajipan untuk memaklumkan kepada yang lain tentang surat tersebut, jadi insya-Allah kita teruskan," katanya.

Bulan lalu, Qardhawi turut mengutus surat kepada Najib, memuji beliau di atas lawatannya ke Gaza untuk memberikan sokongan nyata kepada perjuangan rakyat Palestin. Lawatan Perdana Menteri itu telah dicemuh oleh Anwar sebagai gimik politik.

Dalam pembuka kata surat itu, Qardhawi berdoa agar Allah mengurniakan keberkatan serta rahmat kepada Najib dalam melaksanakan tanggungjawab mencapai matlamat kemajuan, kestabilan dan keselamatan rakyat Malaysia dan global.

RONNIE LIU DIBUANG CALON DUN SELANGOR GARA2 KES BUNUH TEOH BENG HOCK?





3 Pemimpin Tertinggi DAP Negeri Selangor tidak disenaraikan dalam calon mewakili DAP bagi mana2 kerusi DUN pada PRU13. Teresa Kok, Ronnie Liu dan Jenice Lee.

Mungkin bagi pihak yang mengikuti perkembangan Jenice Lee tidak terkejut dengan keputusan yang diambil itu. ADUN Teratai itu adalah mangsa kerakusan penyelewengan dan dijadikan kambing hitam sebelum pembongkaran rasuah merebak ke peringkat pimpinan Kerajaan Negeri Selangor.

Namun ada kisah di sebalik pengguguran Teresa dan Ronnie. 2 pemimpin yang tidak seteru yang menyebabkan berlakunya cabang 2 kumpulan DAP Negeri tersebut. 

Lim Guan Eng yang membacakan senarai calon mewakili DAP Negeri telah dipengaruhi Teresa dalam mencantas Ronnie sekaligus menutup beberapa kes jenayah termasuklah berkaitan pembunuhan Teoh Beng Hock. ( KLIK DI SINI UNTUK KETAHUI KISAH DI SEBALIK NAMA RONNIE LIU DALAM KES PEMBUNUHAN TEOH BENG HOCK. )





Mungkin tiada masalah bagi Guan Eng yang juga merupakan teman rapat Ronnie bagi menggugurkan Teresa dan mengekalkannya sebagai calon Parlimen Seputeh. Malah angan2 ke Putrajaya sudah pasti menyenaraikan Teresa dalam barisan Kabinet Malaysia idaman Anwar.

Dendam Ronnie terhadap Teresa masih belum terpadam. Teresa yang memulakan kejayaan pertama merampas jawatan Pengerusi DAP Selangor dari Ronnie Liu kini tiba ke kemuncak menggugurkan beliau terus dari gelanggang politik.





Menurut sumber, Ronnie kini telah dikunjungi beberapa kumpulan Pro beliau dalam DAP bagi merancang protes secara lebih 'licik' seterusnya menjatuhkan rekod kepimpinan Teresa Kok pada PRU13.

Mungkin Teresa terlupa kejayaan DAP membawa keputusan cemerlang pada PRU12 menerusi penguasaan kerusi DUN dan Parlimen Selangor di era kepimpinan Ronnie pada ketika itu.

Apa2 pun, inilah permainan politik. Namun menutup tuduhan pembunuhan melibatkan pimpinan dengan mengaitkan pembabitan politik pihak lawan dilihat 'keterlaluan'.

Keputusan PRU13 menjadi penentu kejayaan atau kegagalan kepimpinan Pakatan.

KLIK DI SINI untuk laporan senarai calon Calon DUN Negeri Selangor dari Pakatan yang diumumkan malam tadi.

HINDRAF AKHIRNYA ISYTIHAR TOLAK ANWAR.



Pertubuhan Hak Asasi Kaum India (Hindraf) sebentar tadi menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meningkatkan kedudukan sosio ekonomi masyarakat itu.

Sejajar dengan itu Hindraf juga berjanji untuk menggerakkan seluruh jenteranya bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), khususnya untuk mendapatkan sokongan masyarakat India.

MOU itu adalah kemuncak siri pertemuan dan rundingan di antara pimpinan Hindraf dan Najib bersabit dengan pelan tindakan pergerakan itu untuk mengubah nasib kaum berkenaan.

Pelan tindakan berkenaan sebelum ini ditolak oleh Pakatan Rakyat di mana Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pihaknya tidak akan menandatangani sebarang perjanjian.

Najib dalam ucapan di Majlis menandatangani 'Blueprint - For a new dawn for Malaysians Indians' berkata, perkembangan politik di Malaysia amat positif apabila mulanya persefahaman antara Barisan Nasional (BN) dan Hindraf.

Hari ini akan tercatat dalam sejarah iaitu permulaan hubungan antara Hindraf dan Barisan Nasional.

Hindraf telah melakukan satu langkah strategik dalam menjadi sebahagian perjuangan BN dalam membawa perubahan kepada masyarakat India di negara ini.

"Apabila saya dilantik menjadi PM 4 tahun lepas, keutamaan saya adalah untuk membantu semua rakyat Malaysia di bawah konsep 1 Malaysia, juga termasuk dalam kaum India. Saya percaya sokongan kaum India dalam memajukan negara kita terutama dalam sektor estet dan mereka layak mendapat hak yang sepatutnya di negara ini," kata beliau.

Tambah Najib, pelan rancangan yang dikemukakan Hindraf adalah keseimbangan daripada perubahan yang dilakukan sejak 4 tahun diterjemah melalui komitmen kerajaan bersesuaian dengan prinsip, "Janji Ditepati."

Najib mengalu-alukan kerjasama daripada Hindraf dalam menyokong mereka dalam PRU13 ini supaya kemenangan dua pertiga dapat dicapai.

Perkara yang dipersetujui kedua-dua belah pihak dalam pelan rancangan berkenaan adalah pembentukan sebuah unit khas kerajaan persekutuan untuk masyarakat India di bawah Jabatan Perdana Menteri merangkumi:

- Special Implementation Task Force (SITF) yang memberi fokus kepada isu dokumen pengenalan diri seperti kewarganegaraan, kad pengenalan, sijil kelahiran.

- Pelan tindakan masa depan sekolah-sekolah Tamil memberi fokus kepada isu berkaitan SJK(T) dan membangunkan satu pelan induk bagi masa depan sekolah-sekolah Tamil.

- Sekretariat khas utk memperkasa usahawan India supaya dapat bantu mendapatkan pinjaman perniagaan serta memberi khidmat nasihat kepada masyarakat India yang mahu menceburi bidang perniagaan.

- Peningkatan masyarakat India dalam sektor kerajaan dan GLC

- Peningkatan pengambilan pelajar India ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA)

- Mencapai sasaran pemilikan 3 peratus ekuiti

- Mengurangkan kadar jenayah dan gangsterism

Apr 18, 2013

TERKINI - ROS ISYTIHAR DAP DIHARAMKAN?




DAP kini dihimpit dilema ekoran surat Pendaftar Pertubuhan (RoS) dihantar hari ini, yang memaklumkan bahawa agensi itu tdak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dipilih Disember lalu.

Sebagai langkah awal parti telah mengambil keputusan untuk menggunakan logo rakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu Pas bagi kerusi di Semenanjung Malaysia, manakala logo PKR bagi Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan DAP boleh bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), namun parti itu masih tidak yakin dan mahu surat rasmi dikeluarkan SPR sebelum hari penamaan calon Sabtu ini.

Menurutnya, tindakan RoS merupakan satu sabotaj terbesar yang pernah dialami DAP sejak mula aktif dalam dunia politik negara.
Beliau berkata, keputusan DAP untuk menggunakan logo Pas dan PKR adalah untuk mengelakkan parti itu, terpaksa bertanding atas tiket bebas kerana lambang roket tidak boleh digunakan pada hari penamaan calon.

"DAP tidak akan terima begitu sahaja, kita akan lawan kezaliman ini. Kita akan tetap bertanding dalam PRU13.

"Kita telah mendapat persetujuan Pas dan PKR untuk menggunakan logo mereka, ini adalah satu contoh kekuatan PR, kerana ada rakan yang boleh membantu ketika kita susah," katanya pada sidang media di ibu negara, hari ini.

Turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, penyokong DAP perlu tenang dalam menghadapi isu ini kerana sejak 48 tahun DAP diwujudkan, beliau tidak pernah melihat taktik sebegini digunakan dua hari sebelum hari penamaan calon.

Ketika ditanya adakah penyokong parti akan keliru jika DAP guna logo DAP terutama di kawasan majoriti bukan Islam, beliau berkata, isu sama ada pengundi keliru akan diketahui pada hari pengundi itu nanti.

"Peti undi itu sendiri akan menjadi saksi, saya yakin kami tetap akan menang," katanya.

Mustafa berkata, dua pemimpin tertinggi Pas iaitu Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah bersetuju DAP menggunakan logo Pas dalam PRU13.



"Kedua-duanya berkata tiada masalah bagi Pas, kita akan bantu rakan dalam PR," katanya.

Saifuddin pula berkata, DAP merupakan sekutu penting dalam PR kerana mempunyai pengaruh kuat dan penyokong yang ramai.

"Jika isu ini berlaku, kita akan menghadapi pelbagai masalah termasuk isu logistik, yang mana melibatkan calon dari pendalaman Sabah dan Sarawak yang perlu berulang-alik ke Semenanjung untuk mendapatkan watikah dan sebagainya," katanya.

Difahamkan, DAP telah mengadakan mesyuarat khas bersama CEC parti itu untuk menentukan keputusan seterusnya berhubung isu ini.
RoS telah memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru CEC parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.

Berikutan itu, RoS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai dan satu salinan surat RoS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.

Walau bagaimanapun, SPR menjelaskan DAP boleh menggunakan lambangnya pada pilihan raya umum kali ini kerana siasatan RoS itu tidak akan memberi kesan kepada parti itu dalam meletakkan calon mereka untuk bertanding pada PRU13.
Powered by Blogger.