Dec 31, 2012

GUAN ENG SAHUT CABARAN PELUK ISLAM DEMI 'KALIMAH ALLAH?'



Mana-mana pihak selain orang Islam yang berkeras ingin menggunakan kalimah “Allah” perlu memeluk agama Islam.

Itu cadangan paling bernas dari Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Tegasnya, perkataan Allah itu adalah eksklusif untuk masyarakat Islam dan penganut agama selain Islam tidak seharusnya mempersoalkan perkara itu kerana ia telah dienakmenkan dalam undang-undang negeri di setiap negeri di negara ini.

“Penggunaan kalimah Allah itu telah dienakmenkan setiap negeri ... mereka sengaja mahu melakukan provokasi supaya orang Islam melatah."

“Kalau nak pakai kalimah Allah, masuk Islam,” tegas Harussani.

Beliau turut menegaskan, sekiranya perkataan Allah itu dibenarkan untuk komuniti bukan Islam, ia bakal mengundang kekeliruan kepada masyarakat Islam.

“Kalau mereka (Kristian) gunakan nanti ada kekeliruan kepada orang Islam.

“Orang Kristian jangan sibuk dengan agama Islam, jaga agama mereka sendiri,” katanya lagi.

 



Harussani bagaimanapun menasihati masyarakat Islam di negara ini agar tidak cepat melatah berhubung perkara itu walaupun menegaskan mereka perlu membantah tuntutan tersebut.

“Orang Islam pula perlu membantah, namun jangan cepat melatah,” tambahnya.

Adalah melanggar prinsip perlembagaan untuk menghalang sesiapa menggunakan perkataan “Allah”, kata hari ini, menegaskan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2010 tidak terpakai kepada bukan Islam.

 Setiausaha Agung DAP mencetuskan kegemparan apabila beliau menggesa kerajaan persekutuan untuk membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam Bible Kristian versi Bahasa Melayu.

Beliau menegaskan bahawa ini dibenarkan di Sabah dan Sarawak semenjak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun.

Tetapi rakan kongsi DAP, PAS masuk ke dalam gelanggang untuk mempertikaikan panggilan Lim, menegaskan bahawa orang Kristian tidak perlu menggunakan ia di dalam Alkitab kerana ia tidak mencerminkan makna sebenar “Tuhan” dalam teks asal.

PAS juga berkata menggunakan perkataan “Allah” dalam Alkitab akan mengelirukan kedua-dua Kristian dan Muslim.  

Reaksi yang sama turut dilontarkan Mufti Negeri Pulau Pinang, Hassan Ahmad yang memarahi Lim kerana menimbulkan isu ini dan mengingatkan beliau fatwa 2010 yang mengharamkan penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam, bersama-sama dengan 39 lain.

Semalam, bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Dr Ismail Ibrahim dilaporkan mengatakan bukan Islam seharusnya berhenti untuk menuntut hak menggunakan perkataan “Allah” oleh kerana perkataan Arab itu hanya fundamental dan eksklusif kepada orang Islam.

“Enough is enough, cukuplah dengan segala dasar yang lain, termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan telah dituntut untuk disamaratakan, diberikan hak sama rata, sama rasa di antara rakyat tanpa mengira sebarang latar belakang sosial, ekonomi dan agama, maka hak dalam menghayati konsep ketuhanan dalam agama ini, janganlah direbutkan, dicabar dan dimanipulasikan begitu rupa.

“Nama Allah, dari sudut falsafah, dari segi takrif dan konsepnya tidak sama dengan ‘Tuhan’, ‘God’, ‘Lord’ dan sebagainya tidak sama dalam penggunaan agama lain,” katanya yang dipetik dari laporan muka depan Sinar Harian semalam.

Pertikaian mengenai penggunaan kalimah Allah kembali hangat apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas baru-baru ini menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan penggunaan kalimah itu untuk Bible berbahasa Melayu.
 

Dec 30, 2012

ANWAR DEDAH PENYELEWANGAN KARNIVAL SAYANGI SELANGOR?



Nyata dan Jelas penganjuran Karnival Sayangi Selangor oleh BN Negeri di I-City sehingga Selasa ini bukan bersifat politik akan tetapi memberi kebajikan kepada rakyat.

Tuduhan Kerajaan Negeri bahawa penganjuran Karnival Sayangi Selangor satu pembaziran sangat menjengkelkan tatkala Kerajaan pimpinan PKR ini lebih fokus dalam menganjurkan siri2 Ceramah Politik Gergasi dengan diisi janji2 manis mengiurkan kepada rakyat. 






Walhal ianya tidak dimanfaatkan setelah menakluki Kerajaan sebuah Negeri terkaya di Malaysia. Wang Negeri disalahgunakan disalurkan untuk Kempen Politik yang bersifat politik berkepentingan peribadi semata2. Akibatnya janji2 manifesto hanya sekadar 10% daripadanya berjaya dilaksanakan.

Karnival Sayangi Selangor terbukti lebih efektif dan berjiwa rakyat.

FAKTA DAN BUKTI? 






6 Ribu peluang tawaran pekerjaan yang disediakan menerusi Karnival tersebut dengan kerjasama Job Malaysia.

Ianya membuka peluang kepada para belia terutamanya golongan lepasan IPTA dan IPTS untuk mendapatkan peluang kerjaya tatkala Negeri Selangor berdepan masalah pengangguran yang kian meningkat.

KLIK DI SINI untuk mendapat maklumat dan info terperinci. Ada tawaran yang lebih istimewa disediakan buat setiap pemohon.


HADI AWANG BAKAL KENDALI SLOT RANCANGAN DI RTM.



Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu Amanat Haji Hadi.

Bagaimanapun kata beliau, ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.
"Kita minta Datuk Seri Hadi beritahu lokasi penjelasan itu hendak dibuat rakaman.

"RTM boleh buat liputan dan sekiranya kandungan berita itu sesuai, kita akan tayangkan di TV," kata beliau kepada pemberita ketika menyaksikan persiapan dan raptai Majlis Rumah Terbuka Krismas 2012 dan sambutan Tahun Baharu 2013 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
Hadi Awang sebelum ini berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan. KLIK DI SINI kenyataan penuh beliau.

Dec 29, 2012

PEMIMPIN DAP KECAM HALA TUJU PKR SEMAKIN 'TIDAK SIHAT'.



Veteran DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor menyifatkan ideologi perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin tidak sihat serta tiada hala tuju.

Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang itu berkata demikian merujuk kepada matlamat asal perjuangan parti itu yang semata-mata mahu menuntut kebebasan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun sasaran itu telah dicapai dan hala tuju parti itu tampak samar-samar dan tidak seiring dengan gerakan rakan komponen mereka, DAP dan PAS.

“Selepasnya reformasi sepatutnya habislah. Reformasi ditubuhkan hanya untuk memperjuangkan kebebasan Anwar.

“Tetapi selepas reformasi, maka ditubuh pula PKR, maka bermulanya satu parti yang tidak mempunyai ideologi yang sihat. Dia tidak ada hala tuju yang tepat,” ujar Zulkifli ketika ditemui Antarapos baru-baru ini.

Zulkifli menambah matlamat perjuangan yang kabur itu ditambah buruk dengan kebanyakan pemimpin-pemimpin kanan PKR yang diketuai oleh isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, tidak mempunyai penyokong.

Disebabkan itu, PKR katanya dilihat terpaksa bergantung kepada sekutunya, PAS dan DAP.

“Oleh yang demikian, maka dia (PKR) mempunyai pemimpin yang tidak ada penyokong..akar umbi tidak ada. Kalau dia lawan kawasan ‘mix area’, DAP dengan PAS yang akan tolong dia,” jelas beliau yang baru-baru ini tewas pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) yang berlangsung di Pulau Pinang.

Kredibiliti PKR makin goyah apabila sering kali dikritik kerana pemimpin-pemimpinnya adalah bekas ahli Umno BN.

“(Ahli) PKR dia biasanya (yang) keluar daripada Umno. Seperti yang ramai orang kata, kalau anda ditolak atau keluar daripada sesuatu parti, itu bererti anda bukan yang terbaik di dalam parti itu.

“Dan apabila anda tubuhkan sebuah parti baru, tidak mungkin ia akan lebih baik daripada parti yang telah anda tinggalkan,” katanya.


LAGI ULAMA' TEGUR GUAN ENG - "KALIMAH ALLAH HAK UMAT ISLAM."




Penggunaan kalimah ALLAH adalah hak mutlak umat Islam, atas sebab itu, ia tidak boleh digunakan oleh kaum lain.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Noh Gadut berkata, bagi penganut agama lain boleh menggunakan perkataan lain selain daripada ALLAH.

“Dia (agama lain) boleh menggunakan kalimah lain iaitu Tuhan dan sebagainya. Itu pegangan kita, sebab itu hak mutlak tentu tidak boleh orang lain gunakan.

“Perkara ini nak kaji apa, kerana kajian itu untuk benda yang tidak ada, tidak diisytiharkan dan benda yang tiada hukum, tidak jelas dalam al-Quran.

‘Perkara ini (penggunaan kalimah ALLAH) adalah jelas, terang nak kaji apa?” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Pelancaran Operasi Pusat Perlindungan Wanita Maij, di sini, semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta kerajaan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.






Semalam, Pimpinan PAS Penang telah mengetuai demonstrasi menyatakan bantahan keras terhadap tuntutan Ketua Menteri Negeri tersebut dan mendesak permohonan maaf secara terbuka terhadap umat Islam.

 KLIK DI SINI untuk artikel penuh dan beberapa keping gambar sekitar Demonstrasi tersebut.


PAS PENANG TEKAD PROTES - FATWA HARAM SOKONG LIM GUAN ENG.



Kerjasama Pakatan 'ditampar' dengan penganjuran Demonstrasi di Pulau Pinang semalam menentang kepimpinan Lim Guan Eng yang dikepalai PAS Negeri tersebut.

Majoriti Pimpinan PAS Kawasan di Negeri semakin tidak seteru dengan sikap berdolak dalik Kepimpinan Salleh Man selaku Pesuruhjaya PAS Penang dan beberapa Pimpinan PAS Pusat yang dikuasai Parasit mengawal dan membiarkan DAP semakin liar menyentuh beberapa isu sensitiviti melibatkan Agama Islam walaupun telah diputuskan menerusi Mesyuarat Pimpinan Pakatan.






PAS diiringi lebih 10 NGO Negeri telah berarak sejauh satu kilometer dari Masjid Simpang Enam di sini, selepas solat Jumaat dan berkumpul di perkarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) membawa sepanduk dan kain rentang, sebelum menyerahkan satu memorandum kepada wakil kerajaan negeri.
   
Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Penang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata demonstrasi itu bagi melahirkan rasa marah umat Islam berhubung kenyataan Guan Eng selain mendesak Setiausaha Agung DAP itu menarik balik kenyataannya yang dianggap boleh mencetuskan perbalahan kaum.
  




"Amat jelas sekali, kandungan perutusan berkenaan sangat biadab, serta berniat mahu mengeruhkan hubungan antara umat Islam dan penganut Kristian di negara ini.
  
"Sebelum ini Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja dan mengapa beliau sengaja tidak mahu memahami perkara ini," katanya kepada pemberita di lokasi perhimpunan di sini hari ini.


Dec 27, 2012

RIBUAN RAKYAT KELANTAN BERDEMO TUNTUT JANJI PRU12.



Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS selama lebih 20 tahun menerima tamparan hebat apabila ribuan rakyat dari seluruh negeri tersebut telah berhimpun secara aman petang tadi bagi menyatakan bantahan dan menuntut janji-janji yang dibuat oleh kerajaan Pas Kelantan sebelum ini.

Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Kelantan yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dengan kerjasama Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan (Tukar), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Profesional Kelantan (Kelpro) dan Minda Pondok itu berlangsung di Perkarangan Bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Ianya berlangsung bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Peserta perhimpunan tersebut juga membawa pelbagai sepanduk untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap PAS yang telah memerintah negeri ini selama 22 tahun.

Beberapa isu yang dijanjikan pada PRU12 yang lalu seperti tanah rizab dan isu air bersih gagal dilaksanakan walaupun dicanang Kerajaan Negeri menerima tahap ekonomi yang cukup teguh dengan kemasukan pelaburan berlipat kali ganda sejak berjaya bergabung tenaga bersama 3 Kerajaan Negeri Pakatan.
 

AMANAT HADI AWANG - NIK AZIZ RELA DERHAKA SULTAN KELANTAN.




Selain Amanat Hadi yang perlu ditarik balik Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam negara ini, Mursyidul Am parti pembangkang itu juga perlu berbuat demikian kerana mengeluarkan beberapa fatwanya sendiri.

Ianya merujuk titah Sultan Kelantan ketika merasmikan Sambutan 100 Tahun Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) yang mahu semua pihak menyedari betapa tingginya kerinduan umat Islam kepada kedamaian dan kerukunan serta betapa kecewanya apabila tenaga dan kekuatan umat habis tercurah dalam sengketa peperangan sesama sendiri.

Dipetik Bernama, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini kerana beberapa fatwa oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan terutamanya mengenai Umno murtad dan sesiapa yang menyokong Umno sebagai mungkar, turut memberi implikasi buruk terhadap bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.

"Nik Aziz perlu menarik balik fatwanya itu yang boleh menjadi perpecahan bangsa Melayu dan umat Islam. Bukan Abdul Hadi sahaja yang perlu berbuat demikian (menarik balik amanat)," katanya kepada pemberita selepas melawat 157 mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong di sini, malam ini.

Ahmad berkata, ini sejajar dengan titah Sultan Kelantan Sultan Muhammad V semalam yang mahukan umat Islam supaya saling menghormati dan mengelak daripada sengketa berpanjangan.

Ahmad berkata, masyarakat sebenarnya keliru dengan fatwa politik yang dibawa Pas, yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan.

"Bukan orang Islam sahaja yang keliru malah orang bukan Islam juga keliru. Kita tidak boleh biarkan pihak lain menempelak orang Islam dalam hal-hal
sebegini," katanya.

Beliau berkata titah baginda itu tepat pada masanya dan tidak terlewat bagi umat Islam untuk mengubah nasib mereka sendiri.

 

Dec 24, 2012

PERUTUSAN HARI NATAL LIM GUAN ENG - "KRISTIAN BANGKIT TUNTUT KALIMAH ALLAH"



Umar Abdul Aziz versi DAP hari ini kembali membangkitkan isu kalimah Allah setelah isu ini telah kembali 'tenteram'.

Menerusi Perutusan bersempena Sambutan Hari Krismas 25 Disember ini, Lim Guan Eng cuba membangkitkan semula api kemaraan masyarakat Kristian di Negara ini untuk berjuang bagi menuntut semula kalimah Allah digunapakai dalam Kitab Bible versi Bahasa Melayu di Negara ini.

Guan Eng beri alasan tak munasabah. Mengapa Allah digunakan pada Kitab dalam versi Bahasa Melayu semata2? Kalimah Allah bukan satu perkataan translate melibatkan melibatkan mana2 Bahasa Pengantara.

Kalimah Allah adalah nama Maha Suci Tuhan bagi penganut Agama Islam. Bukan satu perkataan bagi memberi maksud terhadap mana2 Tuhan selain dari Islam? Itu jelas dan nyata. Mengapa harus dibangkitkan kembali isu ini?

KLIK DI SINI untuk kenyataan Perutusan Hari Krismas selaku KM Pulau Pinang. 

Nyata Guan Eng amat terdesak dalam mengembalikan semula sokongan masyarakat bukan Islam di Negara ini terhadap DAP yang diperakui kian merosot.


Dec 23, 2012

RASUAH JAWATAN MB PERAK - KARPAL SINGH BALUN NGEH SEKONGKOL DGN. PAS.



Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham mesti menerangkan kepada pimpinan parti tentang penglibatan beliau dengan syarikat pembalakan dikatakan menerima tawaran dari kerajaan negeri PAS Kelantan sebagai pertukaran dengan jawatan MB Perak.

Pengerusi DAP Karpal Singh yang menyelar tindak tanduk Ngeh itu berkata, MP Beruas itu yang mengaku sebagai Pengarah dalam syarikat tersebut, mesti memberi keterangan kepada kepimpinan parti kerana penglibatan tersebut menjadi titik tolak kesan hubungan DAP dan PAS.

“Ini adalah isu yang serius, jadi beliau mesti menerangkan kepada kepimpinan parti,” kata Karpal dalam sidang medianya hari ini.

“Nasihat saya kepada pemimpin DAP, supaya elakkan diri dari kedudukan yang mengakibatkan persepsi salahlaku,” katanya.






Ngeh, bersama sepupunya Nga Kor Ming, yang juga pemimpin DAP Perak dan MP Taiping, dituduh terlibat dalam pertukaran tanah untuk jawatan MB minggu lalu oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dalam sidang dewan.

ADUN BN Perak itu mendakwa Ngeh dan Nga dianugerahkan tanah bernilai RM30 juta sebagai pertukaran dengan jawatan MB yang disandang oleh Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin selepas pilihan raya 2008.

DAP, PAS dan PKR membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) yang akan bersaing dengan BN dalam pilihan raya akan datang, yang akan diadakan selewat-lewatnya selepas mendat 2008 tamat pada April hadapan.

Semalam, Ngeh memberitahu akhbar The New Straits Times (NST) beliau dan Nga melabur di dalam projek tersebut tetapi menafikan kerana pertukaran dengan jawatan MB.

Ngeh beberapa hari lalu memberitahu wartawan bahawa beliau dan Nga melabur di atas jemputan klien mereka Upaya Padu Plantations Sdn Bhd.


VCD SEKS SPEAKER PERAK 'SENJATA' TUTUP RASUAH RM30 JUTA DINASTI NGA & NGEH.



Cerca dan maki hamun tuduhan Anwar di setiap Siri Jelajah Ceramah terhadap pimpinan UMNO akhirnya memakan diri.

Penyelewengan dan rasuah 2 saudara yang sedang membina empayar Dinasti Politik DAP Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Him akhirnya terbongkar. 

DAP dilihat cuba mengalih perhatian atas tuduhan ini apabila secara tiba-tiba mengeluarkan dakwaan terdapat VCD Seks melibatkan Speaker DUN Negeri R.Ganesan.

Turut menjadi mangsa serangan provokasi dan ugutan tersebut termasuklah Exco Kerajaan Negeri Perak Datuk Hamidah Osman.





"Saya akan terus bongkar apa mereka buat,” tegas Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman ketika membuat laporan polis terhadap ugutan diterima daripada Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming.

Menurutnya, laporan polis dibuat bagi mendapatkan perlindungan pihak berkuasa kerana bimbang keselamatannya dan keluarga.

Beliau berkata, ugutan diterimanya itu berikutan pendedahan pemilikan tanah di Gua Musang oleh sebuah syarikat yang mempunyai pegangan saham milik Kor Ming dan Adun Sitiawan, Ngeh Koo Ham.

“Saya melihat apa yang berlaku semalam (kelmarin) mengenai tuduhan terhadap Speaker Dun, Datuk R Ganesan berkaitan VCD seks, maka hari ini saya terpaksa membuat laporan polis untuk melindungi diri dan keluarga saya daripada sebarang kemungkinan.

“Selepas pendedahan skandal tanah itu mereka (Kor Ming dan Koo Ham) kelihatan gelisah dan tak ceria sepanjang Sidang Dun. Jadi saya takut mereka boleh mengada-adakan perkara yang tidak wujud,” katanya kepada media di Balai Polis Kampung Rapat, semalam.

Mengenai ugutan diterimanya daripada Kor Ming, katanya, ia berlaku Khamis yang lalu pada jam 3 petang ketika minum di dewan makan Sidang Dun.

Hamidah berkata, Kor Ming datang kepadanya dan mengeluarkan perkataan, ‘you reveal and watch out,  I’ll go after you’ dengan muka yang marah dan geram.

“Ugutan tidak patahkan semangat saya dan saya akan bongkar siapa mereka kepada rakyat, kerana mereka perlihatkan diri mereka seolah-olah suci.

“Mereka patut nafikan ia bukan putar belit keadaan. Saya cabar mereka buat kenyataan menafikan penglibatan syarikat mereka itu,” katanya.






Laporan yang disahkan sendiri Ngeh Koo Ham mendakwa beliau dan Nga Kor Ming telah terlibat dalam sebuah Projek Pembalakan bersama Syarikat Efektif Kirana Sdn Bhd di sebuah kawasan sebidang tanah bernilai RM30 Juta di Gua Musang.

Projek yang dikendalikan Syarikat yang dipimpin Ngeh selaku Pengarah Urusan dikatakan 'secara kebetulan' diluluskan sejurus Datuk Seri Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar Perak selepas pilihan raya 2008.

Dec 22, 2012

TUDUHAN VCD SEKS - SPEAKER DUN PERAK BUAT LAPORAN POLIS.




Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk R. Ganesan hari ini membuat laporan polis berhubung sampul surat yang diterima oleh dua pemimpin DAP negeri, semalam, yang mengandungi cetakan dan VCD yang dipercayai mengandungi bahan lucah membabitkan beliau dengan seorang wanita.
   
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada kira-kira 10 pagi tadi.
   
Menurut laporan polis itu, Ganeson mendakwa beliau dimaklumkan oleh wartawan bahawa empat anggota Dewan Undangan Negeri daripada DAP iaitu V. Sivakumar, A.N Sivasubramaniam, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming telah mengadakan satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak semalam antara pukul 12.15 tengah hari dan 12.40 tengah hari.
   
Ganesan mendakwa pada sidang media itu, pihak media dimaklumkan bahawa Sivakumar dan Subramaniam  masing-masing menerima satu sampul surat mengandungi cetakan daripada laman web National Express Malaysia dan sekeping VCD dan pada kulit VCD berkenaan memaparkan gambar lucah Ganeson dan seorang wanita.
   
Dalam laporan polis itu, Ganeson mendakwa penerbitan, penerbitan semula dan penyebaran cetakan dan VCD tersebut dilakukan dengan niat jahat untuk mengaib dan memfitnahnya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas membuat laporan polis itu berkata laporan itu dibuat supaya polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap penyebar fitnah.
   
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman turut membuat laporan polis hari ini terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadapnya.
   
Dalam laporan itu, Adun Sungai Rapat itu mendakwa pada kira-kira pukul 3.30 petang, Khamis lepas, ketika berada di dewan makan, Dewan Undangan Negeri Perak, beliau didatangi oleh pemimpin DAP itu yang berkata kepadanya "You revealed, watch out, I will go after you".
   
Hamidah mendakwa kejadian itu disaksikan oleh Adun Hulu Kinta Datuk Rusnah Kassim.
   
Beliau berkata laporan polis itu dibuat demi keselamatan diri dan keluarganya daripada kejadian yang tidak diingini.
   
Laporan itu dibuat di Balai Polis Kampung Rapat, dekat sini pada kira-kira 9.30 pagi.

PEMIMPIN DAP HINA SYARIAH ISLAM PUNCA KEGIATAN TIDAK BERMORAL.




DAP sekali lagi membuktikan penentangan terhadap sebarang bentuk sistem perundangan berlandaskan Islam setelah lantang mengecam sebarang perlaksanaan ke arah Syariah yang didakwa menjadi punca berlakunya penyalahgunaan kuasa .

Malah salah seorang Pemimpin DAP M.Kulasegaran menegaskan percubaan perlaksanaan Dasar Syariah Islam telah terbukti berlakunya kegiatan rasuah dan penyelewengan melibatkan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kelantan.
"Tindakan terbaru penguatkuasa Kelantan jelas menunjukkan keperluan segera bagi undang-undang tersebut dimansuhkan atau dipinda, samada dalam kerajaan Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional (BN)," kata Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran.

Katanya, hak moral dan sivil rakyat tidak harus menceroboh oleh pegawai yang keterlaluan.

"Tindakan pegawai penguatkuasa Kelantan tidak boleh diterima walaupun ia bukan merupakan kes pertama di negara ini," katanya lagi.

Kulasegaran membuktikan penentangan yang sama pernah dilontarkan terhadap Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan BN  pada 5 Jun 2003 yang mengambil tindakan penguatkuasaan Majlis Perbandaran Ipoh  mengeluarkan saman kepada orang bukan Islam untuk memegang tangan di bawah undang-undang kecil taman.

Kulasegaran mengulas laporan yang memetik Penolong Setiausaha Agung PAS dan Exco Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan yang menuduh Pengerusi Kongres Kebangsaan PAS Hu Pang Chaw mempunyai "niat jahat" apabila membawa kontroversi tersebut kepadas media terhadap tindakan yang diambil kepada orang bukan Islam yang didakwa berkelakuan kurang sopan.


KDN ULAS KEMATIAN AHLI MILITAN MALAYSIA DI FILIPINA.




Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menasihatkan rakyat Malaysia agar sentiasa menjaga ahli keluarga masing-masing oleh kerana gerakan militan sentiasa mempengaruhi orang ramai untuk menyertai mereka.

Minggu lalu, seorang rakyat Malaysia, Mohd Noor Fikrie yang disyaki ahli kumpulah Jemaah Islamiah (JI) ditembak mati oleh polis di Davao, Filipina selepas dia disyaki memiliki alat letupan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihati semua rakyat Malaysia untuk berwaspada dengan pergerakan ahli keluarga mereka.

“Ini bagi mengelakkan ahli keluarga kita dari dipengaruhi dan mudah tertipu oleh mana-mana ideologi serta pergerakan militan yang menyokong keganasan,” kata menteri dalam negeri itu dipetik dari Mstar Online.

Jenazah Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, dikebumikan pada 7 pagi semalam dalam keadaan hujan renyai dengan dihadiri hampir 100 anggota keluarga dan kenalan.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di perkarangan Masjid Jamek Temenggong Daeng Abdul Rahman, pada 5.30 pagi setelah diterbangkan dari Davao, Filipina pada 9 malam tadi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, pada 1 pagi.

Jenazah kemudian dibawa pulang dengan menaiki van jenazah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke kampung halamannya di Kampung Parit Abdul Rahman dekat sini, untuk dikebumikan.

Suasana hiba dan sedih menyelubungi perkarangan masjid sebaik kenderaan membawa jenazah itu tiba.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan sebaik solat subuh dengan diketuai Imam III, Rahmat Roduan bersama lebih 100 jemaah.

Sementara itu, bapa Allahyarham Abd Kahar Sirun, 53, turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana menguruskan urusan membawa pulang jenazah anak sulung daripada empat beradik itu.

Dilaporkan sebelum ini bahawa Mohd. Noor Fikrie ditembak mati oleh polis Filipina di sebuah hotel di Davao, Jumaat lalu selepas bergelut dengan pihak polis yang ingin memeriksa beg sandang berisi bom buatan sendiri dibawa isterinya.

Oktober lalu dua rakyat Malaysia ditahan di Lebanon kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda dan merancang melakukan serangan ganas di negara berkenaan.

Kedua-dua mereka, Razif Mohd. Ariff, 30, dan Muhamad Razin Sharhan Mustafa Kamal, 21, ditangkap perisikan tentera darat Lebanon pada 25 Oktober lalu di sebuah hotel di Beirut Hamra dan diserahkan kepada Tribunal Ketenteraan untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Dec 21, 2012

DAP DEDAH VIDEO SEKS SPEAKER DUN PERAK MENYERUPAI ANWAR.



Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk R. Ganesan secara tegas menyangkal cakera padat video (VCD) kononnya aksi seks di dalamnya melibatkan diri beliau sebagaimana yang didakwa Adun DAP Tronoh, V. Sivakumar.

Beliau menegaskan, spekulasi DAP ini merupakan amalan 'gutter politic' yang semakin menjadi ikutan pihak pembangkang khususnya apabila tarikh pilihan raya umum seperti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya lagi, penyebaran VCD berkenaan juga jelas bertujuan untuk memalukan dirinya serta keluarga yang bakal menanggung malu akibat fitnah yang jijik ini.

 




"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan tegas termasuk tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis terhadap fitnah yang dahsyat ini.

"Saya juga memberi amaran kepada mereka yang membuat dan menyebarkan fitnah ini kerana saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya ketika di Dun, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut digemparkan dengan paparan sebuah video aksi seks yang dipaparkan menerusi laman Youtube.

TAN SRI MUSA HASSAN BERDEPAN SAMAN FITNAH RM100 JUTA.

 


Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan mempunyai tempoh seminggu untuk menjawab surat tuntutan daripada dermawan Tan Sri Robert Phang atau berdepan saman fitnah RM100 Juta.

Phang menuduh bekas pemimpin tertinggi pasukan polis tersebut telah menjatuhkan reputasinya semasa memegang jawatan panel jawatankuasa penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya sudah menghantar surat tuntutan RM100 juta kepada Musa Hassan dan beliau telah menerimanya. Ditandatangani beliau sendiri," beritahu pengerusi Social Care Foundation kepada wartawan hari ini.

Tokoh terkenal tersebut berkata Musa telah mencalarkan imejnya dengan menuduh beliau menyalahguna kuasa untuk memindahkan seorang pegawai polis lama bertujuan mempercepatkan projek yang dikatakan mempunyai kepentingan dengannya.

Beliau berkata Musa mempunyai tujuh hari untuk membalas, jika gagal beliau akan menfailkan tindakan undang-undang ke Mahkamah.

Musa menjadi perhatian umum kebelakangan ini kerana pendedahan terhadap penyalahgunaan kuasa di dalam badan polis, menuduh Phang mengarahkan seorang pegawai polis senior dengan berkata: "(Phang) mengugut pegawai tersebut, jika tidak meluluskan (projek tersebut), beliau akan dipindahkan dalam masa 24 jam."

"Jika seseorang rakyat biasa boleh mengugut anggota polis, beliau mesti mempunyai kuasa dalam polis."

Projek pada tahun 2009 yang didakwa untuk meningkatkan sistem komunikasi analog yang digunakan PDRM kepada sistem digital Motorola, menurut Musa bernilai jutaan ringgit.

Beliau berkata pegawai yang dipindahkan itu adalah pakar dalam bidang komunikasi, yang jawatannya "lebih tinggi" dari Penolong Ketua Polis (ACP), seorang datuk dan masih lagi anggota polis.

Apabila membuat dakwaan tersebut, Musa mengatakan beliau cuma mahu mendedahkan penyalahgunaan kuasa itu setelah Phang mendakwa bekas KPN tersebut bersekongkol dengan sindiket jenayah.

"Saya tidak mahu malukan sesiapa, tetapi orang yang memalukan saya, tetapi ini bukan balas dendam," katanya lagi.

Tetapi Phang berkata, berdasarkan penghakiman oleh Hakim Supang Lian di Mahkamah Kota Kinabalu semasa perbicaraan Datuk Ramli Yusuff, hakim itu berkata menurut Phang, Musa adalah seorang yang tidak boleh dipercayai.

"Kalau mahkamah pun dulu kata macam tu, saya nak kata apa lagi?" kata Phang pula.

Menurut Phang, seorang lagi bekas KPN, Tun Haniff Omar, juga sudah menjawab dan menafikan tuduhan Musa bahawa Phang merupakan penasihat beliau.

Dec 20, 2012

PAS FATWA DR. ASRI ULAMA' SETAN GARA2 AMANAT HADI AWANG?

 
 
 
PAS berdepan satu lagi malapetaka dalam menggoncang prinsip Islam parti berkenaan setelah Tokoh Agama yang sebelum ini dilihat menyebelahi Pakatan telah menggesa Presiden PAS Hadi Awang menarik semula Amanat yang pernah disampaikannya satu ketika dahulu.
 
"Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat. Amanat tersebut diungkapkan ketika zaman muda beliau (Hadi). Ketika itu angin kebangkitan Islam mempengaruhi segenap pemuda ditambah dengan ketegangan sistem Perlembagaan yang menjadi teras negara ini.”
 
 
 
 
 
 
Itu ulasan Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Beliau yang juga antara penulis jemputan Laman Portal Pro Pakatan Malaysiakini juga Hadi Awang wajar menarik semula Amanat tersebut ekoran perubahan besar prinsip dan hala tuju parti berkenaan termasuklah mengadakan kerjasama erat bersama DAP.

Ianya merupakan satu perubahan besar yang diputuskan PAS jika dibandingkan dengan Amanat Hadi Awang pada tahun 1981.



 
 
 
Mungkin PAS hari ini menyokong penuh gelaran yang pernah dilontarkan Ulama PKR Dr. Badrul Amin yang pernah menyifatkan tindak tanduk Dr. Asri sebagai 'Ulama' Bapak Setan' sebagaimana tertera pada video di atas.

Tapi bagaimana pula dengan pengikut2 tegar Dr. Asri dalam PKR dan PAS seperti Zuraida dan Saari Sungib? Adakah mereka juga bersama2 menyokong desakan Dr. Asri terhadap Presiden PAS ini?
 
 

Dec 19, 2012

DAP DESAK PAS PERTAHAN AMANAT HADI AWANG.




Ulama mahupun mufti sepatutnya disegani dan dihormati tetapi tindak  tanduk mereka bergelar ulama dalam PAS semakin mengelirukan.Sudah macam-macam isu berkaitan Islam cuba ditonjolkan parti itu  tetapi akhirnya tunduk pada tekanan DAP tetapi ulama dalam PAS jarang  buka mulut.

Kesudahannya ada yang melihat ulama PAS juga terpaksa ikut parti untuk  jaga hati DAP dan bukannya pertahan kepentingan agama.

Namun, pelik pula ulama PAS sanggup menyelar mufti-mufti yang membuat  teguran ikhlas terhadap pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan  Islam.

Apakah teguran untuk kebaikan satu kesalahan pada pendapat ulama PAS  khususnya Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Harun Taib apabila  mengecam dua mufti yang menggesa Presiden PAS, Datuk Seri  Abdul Hadi
 Awang menarik semula amanat pada 1981 yang mendakwa UMNO kafir?

Sepatutnya Harun menerima teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani  Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang  menggesa  Hadi menarik balik amanat yang dikeluarkan lebih tiga dekad
 lalu.

Menurut Harussani, tidak mudah untuk meletakkan orang itu kafir dan,  perkara itu sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti.

Wan Zahidi pula berkata, amanat tersebut tidak berbahaya kepada UMNO  sebaliknya kepada diri Hadi sendiri.

 Malah, beliau mahu Hadi kembali kepada pegangan Ahli Sunnah Waljamaah.

Amanat  Haji Hadi merujuk kepada satu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh beliau di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Ucapan Hadi telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas Pas sekitar tahun itu.

 Malangnya, Harun dengan lantang meminta mufti-mufti agar tidak masuk campur dalam hal berkaitan politik tanah air jika tidak tahu sejarah perkembangan sesebuah parti politik.

 Katanya, Hadi tidak perlu menarik balik kenyataan yang pernah dibuat itu kerana apa yang dikatakan itu berpunca daripada kepimpinan Umno terdahulu.

“Kita akui ucapan itu pernah dibuat dan beliau (Abdul Hadi) tidak perlu tarik balik. Harussani perlu ingat sejarah. Perlu ingat isu debat yang dibatalkan UMNO semasa kepimpinan Mahathir ( Tun Dr Mahathir Mohamad).

“Kalau mufti tidak tahu sejarah politik, jangan campur tangan. Mufti perlu tutup mulut,” katanya.

 Inilah wajah sebenar ulama dalam PAS.

 Mereka tidak boleh disentuh atau ditegur malah keterlaluan meminta mufti tutup mulut padahal Harussani sudah menjelaskan, isu itu tiada kaitan dengan politik.

 Sewajarnya Harun menilai apa dikatakan dua mufti itu dan kemudian berbincang dengan Hadi sebelum membuat kenyataan meminta mufti jangan campur tangan dan tutup mulut.

 Islam sendiri mengalakkan umatnya bersikap sederhana, saling menghormati dan tegur menegur dan tidak salah jika Harun menasihatkan Hadi meminta maaf atau menarik balik Amanat Haji Hadi.

Malah, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, perbuatan mengkafirkan sesama Islam adalah sama seperti golongan khawarij.

“Maksud amanat tersebut secara langsung dan jelas bahawa PAS menuduh UMNO berpaling dari agama Islam.

“Mereka (Pas) menuduh UMNO kafir kerana membawa ideologi atau fahaman yang boleh menghancurkan umat Islam, sedangkan ia meleset sama sekali,” katanya.

 Apa dikhuatiri selepas ini, panggilan ulama atau ‘ular dalam semak’ kepada ulama PAS berterusan dan sekaligus akan merendahkan martabat ulama-ulama lain.

Kepada Harun dan ulama PAS lain, jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelangga.

Dec 18, 2012

MELAYU DAP TERUS JADI BALACI BUNUH BANGSA SENDIRI.




Kegagalan pemimpin Melayu dalam DAP memperolehi sebarang tempat dalam pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semasa Kongress Kebangsaan DAP ke-16 tempohari menyerlahkan lagi betapa sikap perkauman masih menebal dikalangan ahli parti itu.

Pusinglah ikut mana pun, sudah terpampang depan mata rakyat, kewujudan DAP hanya untuk menjaga kepentingan orang Cina yang rasis. Itu hakikat yang tiada siapa mampu nafikan.

Jelas sekali wujud perbezaan ketara dengan propaganda politik yang sering dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin DAP yang mendakwa parti itu memperjuangkan keadilan, kesaksamaan dan berjuang untuk kepentingan semua kaum.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika mengulas perkembangan tersebut pula tak semena-mena menyalahkan liputan meluas oleh media tempatan yang dituduhnya telah dengan sengaja memutar belitkan fakta untuk meniupkan sentimen perkauman.

Sebetulnya tiada pun sebarang putar belit atau pemesongan fakta. Media tempatan hanya melaporkan kebenaran dan Kit Siang sepatutnya sedar hakikat itu apabila melihat sendiri tiada seorang pun pemimpin Melayu yang berjaya menempatkan diri dalam CEC.

Sekalipun Kit Siang bertegas mendakwa parti yang dimonopoli keluarganya itu tetap terbuka kepada semua serta keahliannya disertai pelbagai kaum, realiti semasa menunjukkan pembuat dasar parti hanya berlegar dikalangan orang Cina sahaja.

Rasanya Kit Siang yang pernah terpalit dengan agenda perkauman semasa tragedi 13 Mei 1969 itu belum lagi rabun atau buta kayu untuk melihat semula senarai nama pemenang untuk jawatan CEC hampir kesemuanya terdiri daripada nama-nama Cina kecuali dua tiga nama adalah India dan Sikh.

Nama Melayu? Satu haram pun tiada. Ini menunjukkan sememangnya benar kedudukan orang Melayu dalam DAP hanya sekadar layak untuk dibalacikan sahaja. Itu sahaja, tak lebih dan tak kurang.

Bagi DAP, orang Melayu tiada kelayakan untuk dipilih sebagai pemimpin parti dan imej kepelbagaian kaum parti itu yang cuba ditonjolkan selama ini hanyalah hipokrasi politik sekadar untuk mengumpan undi orang Melayu sahaja.

Benarlah bagai dikata oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz, konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP kononnya mengutamakan keadilan dan sama rata hanyalah retorik sahaja, sekadar cakap-cakap kosong untuk menyedapkan halwa telinga sahaja.

TUNKU ABDUL AZIZ BALUN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA.




Calon Melayu dalam DAP kalah teruk dan ditolak pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) hujung minggu lalu adalah disebabkan ahli parti tersebut belum bersedia menerima orang Melayu dalam kepimpinan mereka.

Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, sebelum ini beliau pernah membawa beberapa isu yang melibatkan orang Melayu, namun pemimpin DAP tidak boleh menerima isu-isu tersebut serta tidak ikhlas menerima orang Melayu dalam parti yang didakwa berbilang kaum itu.

Kata Tunku Abdul Aziz, ideologi 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan DAP selama ini hanyalah retorik sahaja.

“DAP masih belum bersedia untuk terima Melayu dalam kepimpinan parti mereka. Apa yang dikatakan hanya cakap-cakap kosong sahaja.

“Tidak perlu tipu orang lagi khususnya orang Melayu. Orang Melayu tidak bodoh.  Memang tidak ada Malaysian Malaysia itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau juga menafikan kenyataan bekas ahli CEC, Zulkifli Mohd Noor yang mendakwa peletakan jawatannya sebagai punca Melayu tidak dipilih untuk menganggotai 20 kerusi CEC.

“Salah saya kah? Itu persepsinya saja, bukan saya punca DAP tidak boleh terima Melayu. Kalau dia (Zulkifli) kalah, itu bukan kerana saya. Tidak logik langsung, tetapi ikut suka dialah mahu kata apa.

"Saya keluar parti kerana DAP telah tipu saya, dan saya sudah tidak ada persefahaman dengan parti itu. Takkan saya tidak boleh keluar?  Ketika saya di dalam parti sudah tiga kali saya ingin keluar parti tetapi mereka (DAP) pujuk," katanya.

Zulkilfli sebelum ini dilaporkan mendakwa konsep parti berbilang kaum yang ditekankan DAP sejak 47 tahun itu masih belum sampai kerana mesej tersebut tidak ditransformasikan kepada keputusan pemilihan, kelmarin.

Pada Kongres Kebangsaan DAP yang berlangsung di Bayan Baru, minggu lalu menyaksikan Karpal Singh berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP dalam pemilihan CEC 2012-2015.

Begitu juga dengan jawatan Setiausaha Agung, masih dipegang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Dec 14, 2012

ROBOH KUIL - MP KAPAR DESAK KHALID GAGAP LETAK JAWATAN.




Nyata tindakan terbaru Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan PKR mencerminkan keikhlasan Pemimpin2 Pembangkang dalam memperjuangkan hak kaum India di Negara ini.

Semuanya hanya berkepentingan politik peribadi semata2.

Terbaru, Ahli Parlimen yang disenaraikan antara Pimpinan PKR paling kontroversi bagi Kawasan Kapar, S Manikavasagam mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan sekiranya gagal menyelesaikan isu perobohan kuil di negeri itu.
Manikavasagam juga mendakwa Khalid terlalu banyak bercakap kosong jika diajukan permasalahan perobohan rumah ibadat masyarakat Hindu, yang berlaku sepanjang ADUN Ijok itu mengetuai kepimpinan kerajaan negeri Selangor.

Khalid juga katanya gemar menubuhkan pelbagai jenis jawatankuasa bagi menyiasat atau mengkaji apa-apa isu yang melanda Selangor.

"Kalau Tan Sri Khalid tidak mengambil tindakan atau menyiasat perkara ini, beliau kena undur, kena letak jawatan.

"Selalu beliau bercakap beliau akan tubuh badan siasatan bebas, selalu cakap begini sejak 2008, selalu cakap (isu) kuil di Batu Caves, akan tubuh siasatan bebas, kuil di Sepang (pun) dia cakap akan siasat, tapi saya tidak nampak sebarang siasatan dilakukan," tegasnya ketika dihubungi Antarapos.

Manikavasagam berkata beliau sangat komited membela nasib masyarakat India di Selangor, namun segala usahanya sia-sia sahaja apabila tindakannya tidak mendapat sokongan daripada kerajaan negeri dan juga PKR.

Menurut Manikavasagam beliau pernah beberapa kali berjumpa dengan pimpinan tertinggi PKR termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan isu sensitif itu, namun ia ibarat' mencurah air ke daun keladi'.

"Pada 2007, saya pernah ditangkap, masuk lokap kerana mempertahankan kuil, seperti itu di Kampung Berempang, surau mahu roboh. Kita lawan dulu, tapi sekarang mungkin mereka semua lupa, Tan Sri Khalid sudah lupa. Saya mahu ingatkan dulu (kita) lawan, sekarang lupa," ujarnya dalam nada kesal.

Manikavasagam mengakui akibat isu perobohan kuil yang tiada penyelesaian oleh kerajaan Pakatan Rakyat, beliau malu untuk berhadapan dengan rakyat terutama masyarakat India.

"Orang hentam saya, bila pergi mana-mana (ungkit kata-kata) langkah mayat saya kalau roboh kuil, macam mana saya mahu jawab.

"Saya pergi ceramah di estet, orang tanya, kenapa kerajaan negeri masih merobohkan (kuil)? Menteri Besar perlu serius perkara ini. Jika tidak, kita habis," katanya.

Beliau tidak menolak jika masalah itu terus berlarutan, rakyat mungkin akan berpaling menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) kembali.

Manikavasagam mengesahkan sejak 2008, sebanyak 7 buah kuil dirobohkan di seluruh Selangor dan ada diantaranya dibina semula. Manakala terdapat lima lagi notis perobohan dikeluarkan PBT yang mana dua daripadanya baru sahaja ditangguh untuk pertimbangan pihak berkuasa.

Untuk rekod, Sabtu lalu, ratusan penganut Hindu mengadakan tunjuk perasaan di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam membantah kerajaan Selangor 'merestui' tindakan merobohkan kuil di Sepang.

Mereka menuntut supaya Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar meminta maaf dan membina semula struktur berkenaan. Namun Xavier menegaskan pembinaan tempat pemujaan itu melanggar undang-undang pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Beliau juga enggan membuat permohonan maaf seperti yang diminta.

Setelah lebih tiga minggu berlalu, Khalid kelmarin memberitahu pihaknya baru sahaja meminta PBT yang terlibat membuat laporan samaada segala prosedur telah dituruti atau tidak.


PENGAKUAN - DEEPAK BINCANG ISU ALTANTUYA DLM. VIDEO SEKS ANWAR.



Video tertera di bawah ini membuktikan Konspirasi Politik paling kotor telah dirancang Anwar Ibrahim sendiri sebenarnya dalam menjatuhkan PM Najib Tun Razak yang turut mengheret isterinya Rosmah Mansor.

Deepak merupakan antara individu yang terlibat dalam konspirasi ini. Tonton Video tertera 2 cerita 'ganjil' mengenai kisah isu Altantuya melibatkan P.Balasubramaniam dan Kisah Video Seks Anwar Ibrahim.





PS : Maruah PAS semakin jijik apabila tidak menghiraukan teguran Dewan Pemuda Parti tersebut berkaitan hala tuju akhbar rasmi Harakahdaily malah lebih bertindak liar menjadi media paling utama dalam strategi kotor ini.


Dec 11, 2012

AFDLIN SHAUKI ANTARA PEJUANG NEGARA DI BUMI GAZA.



Apa yang diusahakan oleh Pelakon dan Pengarah Afdlin Shauki adalah salah satu usaha murni  seorang penggiat seni yang wajar dijadikan contoh. Beliau bukan sahaja tampil meneruskan agenda memperjuangkan Palestin, malah berani turun berjihad mempamerkan watak realiti seorang manusia yang lahir dari bumi Malaysia melangkah arus perjuangan menyumbang tenaga ke Negara Palestin.

Ikuti kupasan beliau semasa menceritakan sedikit pengalaman ketika di bumi Palestin.

Ketabahan dan semangat juang penduduk Palestin di Gaza memberi kesan mendalam kepada artis tanah air, Afdlin Shauki yang menyertai Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif ke Gaza (A2G). 

 




 
Selebriti yang menyertai misi ke-11 Aqsa Syarif ke Gaza itu melihat sendiri penduduk Gaza tidak pernah meminta simpati, malah mereka tabah menghadapi kehidupan walaupun kehilangan anggota keluarga dalam serangan.

"Apabila menceritakan pengalaman mengharungi detik-detik cemas dan kekejaman Israel, mereka tidak menangis sebaliknya saya dan peserta misi yang lain yang tidak dapat menahan air mata.

"Selain itu, penduduk Gaza sentiasa bersyukur dengan setiap bantuan yang disalurkan oleh dunia antarabangsa," katanya ketika ditemui sejurus tiba dari Kaherah, Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

 




Misi Aqsa Syarif yang diketuai Norazmi Talib bermula pada 3 Dis lalu turut disertai dua lagi artis Bront Palarae dan Zain Saidin.

Afdlin yang mengakui cuak sebelum ke Gaza, berkata jika diberi peluang, beliau ingin kembali ke Gaza untuk membantu penduduknya selain membangunkan infrastruktur yang musnah.

Mengulas kritikan sesetengah pihak yang mempertikaikan penyertaan artis dalam misi kemanusiaan, Afdlin berkata beliau tidak mahu memperbesarkan isu remeh itu malah mahu memberi tumpuan ke arah pembangunan di Gaza.

 




Mengenai ura-ura bahawa beliau bakal dilantik sebagai Duta Kehormat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Gaza, Afdlin mengesahkan bahawa beliau sudah bertemu dengan pihak berkenaan dan masih mengadakan perbincangan mengenai pelan pembangunan infrastruktur di sana.

Sementara itu, Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata pihaknya akan menghantar dua lagi misi bantuan ke Gaza yang bakal disertai artis dan selebriti terkenal tanah air yang dijangka bertolak pada 16 dan 24 Disember.

"Kita telah berjaya menyalurkan bantuan berjumlah RM1.9 juta kepada penduduk Gaza," katanya.


BEKAS KETUA SIASATAN JENAYAH 'BELASAH' MUSA HASSAN.



Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim menyifatkan Tan Sri Musa Hassan sebagai 'bersandiwara' apabila mendakwa pemimpin Umno dan kakitangan kerajaan campurtangan dalam urusan polis.

Mat Zain berkata, beliau pada mulanya berpendapat bahawa bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu ikhlas dalam membuat tuduhan-tuduhan, namun menyedari hanya bersikap pura-pura.

"Baru-baru ini, Musa membuat beberapa serangan ke atas Menteri Kabinet dan pemimpin UMNO, namun beliau menegaskan bahawa tiada campur tangan dalam siasatan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Saya kemudiannnya sedar bahawa kemarahan Musa itu... hanya satu lagi sandiwara," katanya.

Beliau mendakwa, Musa hanya berpura-pura menentang pemimpin tertinggi dalam kabinet dan dalam Umno, namun sebenarnya melindungi individu tertentu terutamanya peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Musa perlu sedar bahawa kejujuran seseorang itu bukan perkara yang sukar untuk diuji," ujarnya lagi.

Mat Zain menegaskan beliau bersedia bersemuka dengan Musa pada bila-bila masa untuk membuktikan dakwaan-dakwaannya terhadap bekas KPN itu.

Beliau menegaskan rekod Musa dan Gani dalam peristiwa mata lebab Anwar, khususnya dalam memalsukan rekod perubatan Anwar pada tahun 1998 harus dijadikan peringatan untuk semua.

Sejak dua minggu lalu, Musa mendapat perhatian umum apabila beliau menuduh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein campurtangan dalam urusan polis.


Dec 8, 2012

TERKINI - RATUSAN RIBU RAKYAT MESIR SEDANG MERUSUH ANTI PRESIDEN MORSI.



Inilah akibatnya apabila Pemimpin Politik mengajar Penyokong Parti Politk yang dipimpin bertindak berlandaskan emosi dengan menggunakan platform demo jalanan terhadap Kerajaan yang ditampuk Parti Lawan. 

 Lama kelamaan ianya akan menjadi satu protes besar sehingga mengakibatkan pertelingkahan dan pembunuhan.

Jika sebelum ini kita dihidangkan dengan cerita kezaliman Kerajaan Pimpinan Hosni Mubarak sehinggakan dilabelkan Pemimpin ini sebagai Pewaris Firaun. 

Dikatakan protes jalanan sahaja yang mampu menumbangkan Kerajaan Hosni. Tiada jalan lain. Malah di Malaysia sendiri Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengambil peluang menyamakan kepimpinan Hosni dengan Najib. Anwar cuba menggambarkan dirinya seperti Morsi antara senarai Bakal Pemimpin Dunia yang akan membina sebuah Kerajaan Telus.

Anwar juga telah membangkitkan semangat Arab Spring di Mesir sebagai pembakar semangat anak2 muda yang menyokong beliau bertindak sama di Negara ini.






Antara Pemimpin Politik Mesir yang giat mengecam apa yang dituduh beliau bertindak zalim terhadap rakyat adalah Presiden Mesir pada ketika ini Mohamed Morsi Isa El-Ayyat.

Beliau berjaya mengambilalih Kerajaan Mesir susulan rusuhan yang diarahkan pimpinan beliau sebagai langkah bagi mendesak Pilihan Raya diadakan segera.






Akan tetapi, sebentar tadi dilaporkan ratusan ribu Rakyat Mesir telah mengadakan tunjuk perasaan di Bandar Kaherah mendesak Morsi pula meletakkan jawatan. Dikatakan Morsi mengamalkan dasar Diktator setelah mengambil alih Kerajaan yang dipegangnya tidak sampai setahun.

KLIK DI SINI untuk maklumat terperinci mengenai kekecohan rusuhan yang kini sedang berlangsung di Kaherah Mesir.

Malah peserta rusuhan semakin berang dengan tindakan Morsi yang bukan sahaja terus membiarkan polis bertindak samseng, malah turut menyalahgunakan peranan Institusi Pertahanan dengan mengarahkan pihak tentera turun mengambil bahagian dalam menghalau kesemua Kumpulan Protes.

Mana satu Pemimpin Zalim? Inilah akibatnya apabila Pemimpin menyalahgunakan kuasa dan pengaruh mendidik rakyat bertindak tanpa merujuk tatasusila Agama dan Negara. Dan inilah akibatnya juga apabila Pemimpin membuat pelbagai persepsi sehingga memukau penyokong untuk terus mempercayai tuduhan tersebut.

Perlembagaan dan Sistem Perundangan dipijak2. Akibatnya, jadilah seperti Mesir pada ketika ini. Rakyat sendiri diperbodohkan menjadi alat untuk mendapatkan kuasa peribadi.

Malaysia kaya dengan adab Bangsa dan Rukun Agama. Mungkin tiada lagi hari ini, jika Anwar dan kuncu2nya terus dibiarkan.


Dec 7, 2012

PEMIMPIN DAP DEDAH RONNIE LIU KAUT HASIL PROJEK RAKYAT SELANGOR.




Rahsia Penyalahgunaan Kuasa Exco Selangor Ronnie Liu akhirnya terbongkar hari ini setelah bekas Sahabat Karibnya sendiri mendakwa Pemimpin DAP itu telah melindungi kumpulan pemaju-pemaju projek yang dikuasai kroni2 beliau.

Bekas Pemimpin DAP Sungai Pelek Tan Tuan Tat yang mengecam  sikap  Ronnie mengesyaki kegiatan ini setelah Ronnie sehingga hari ini enggan mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan pemaju itu sehingga memberi kesan buruk kepada rakyat di Klang akibat beberapa masalah projek yang diluluskan di daerah berkenaan.

“Sebagai seorang Exco, dia sepatutnya mengambil langkah yang proaktif dengan mengambil tindakan terhadap pemaju. Dia ada tak ambil tindakan kepada pemaju? Saya rasa tiada.

“Jika dia ada mengambil tindakan, pemaju akan perlu membiayai kos tebatan banjir di kawasan yang terlibat. Mengapa dia tak buat begini sedangkan Pakatan sentiasa kata tentang kompetensi, akauntabiliti dan transparensi.

“Dia ada fikirkah yang akhirnya siapa yang menanggung masalah ini? Rakyat dan pembayar cukai. Hal ini menjadi-jadi sejak Pakatan mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008. Kerajaan negeri terutamanya Ronnie cuba melindungi isu perbelanjaan yang membebani residen di Klang dan Selangor,” tegas beliau dalam kenyataan media hari ini.

Kerajaan negeri kata Tuan Tat, dilihat lebih tertarik untuk bermain tarik tali dengan pemaju daripada mencari jalan meringankan beban rakyat yang telah memberikan amanah kepada Pakatan Rakyat  untuk mentadbir Selangor.

Ia juga sekaligus katanya membuktikan Ronnie sebenarnya tidak layak untuk memegang jawatan sebagai Exco.

“Sebenarnya apa yang mereka buat (ibarat) main bola sepak dengan pemaju dan menghindarkan apa yang patut dibuat untuk menyelamatkan air muka sendiri. Ini sangat bertentangan dengan kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Ini (juga) menunjukkan yang beliau (Ronnie) tidak kompeten dan tidak berguna sebagai seorang Exco. Beliau tidak layak memegang jawatan tersebut kerana mengancam pentadbiran kerajaan tempatan.

Tuan Tat yang mendakwa mewakili rakyat di Klang berkata, kebanyakan mangsa kini berada dalam keadaan fobia memandangkan banjir boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Mangsa sentiasa diselubungi perasaan takut bila lagi akan berlakunya banjir. Mereka fobia.

“Apabila berlakunya banjir, mangsa-mangsa terpaksa menanggung banyak kerugian dan kerosakan harta benda. banyak wang terpaksa dibelanjakan oleh mangsa. Bukannya dia keluarkan duitnya sendiri dan berikan kepada mangsa,” tegas beliau.

AMARAN NAJIB HARI INI BUAT PEMIMPIN & JENTERA BN YANG MASIH 'TIDUR'.

 


PM memerlukan mandat yang kuat untuk menyempurnakan tugas beliau sebagi perdana menteri, dan memerlukan sokongan menjangkaui Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan sebelum akhir Jun depan.
Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut mengingatkan kesemua Pemimpin dan Jentera Parti agar menekankan bahawa satu mandat besar yang amat diperlukan daripada rakyat jika mahu melakukan pembaharuan ke atas perikatan 13 parti komponen itu.

"Jika saya mahu melakukan pembaharuan ke atas parti, saya memerlukan mandat daripada rakyat.

"Tanpa mandat daripada rakyat, macam mana saya boleh melakukan pembaharuan ke atas parti?" kata beliau dalam temu bual eksklusif bersama The Malay Mail sempena edaran sejuta naskhah yang dikeluarkan hari ini.

Akhbar paling lama di negara ini itu mengedarkan sejuta naskhah secara percuma hari ini, dengan membawa temu bual khas bersama Najib di muka depan.

Najib yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam awal 2009 susulan pilihan raya umum 2008 berkata, "kami telah memulakan perubahan, tetapi proses perubahan perlu dipertingkatkan."


"... ia seharusnya dalam bentuk yang disepadukan sebagai sebahagian imej politik kami Umno dan Barisan Nasional.

"Bagi saya menyempurnakan kerja saya, tanggungjawab saya, saya mahukan satu mandat yang kuat daripada rakyat," kata beliau menjawab soalan "bagaimana beliau akan memujuk pengundi-pengundi khususnya di kawasan bandar BN adalah parti yang baru dan sudah berubah, selepas anda memperoleh mandat."

Beliau seterusnya berkata, "dengan mandat yang kuat daripada rakyat, saya boleh kata, 'tengok, rakyat telah bercakap, mereka yakin dengan polisi-polisi yang saya laungkan, dan oleh itu, polisi-polisi itu perlu dilaksanakan, dan Umno dan BN harus menggambarkan polisi-polisi yang disokong oleh rakyat."

"Bagi saya itu adalah bahagian terakhir perjalanan.

"Dengan mandat ini, saya tahu rakyat percaya dengan polisi-polisi saya dan BN sendiri akan melalui pembaharuan secara total di peringkat akhir untuk mencerminkan kehendak dan aspirasi rakyat," kata Najib yang minggu lalu menyempurnakan Perhimpunan Agung Umno.

Temu bual ini diadakan selepas berakhir perhimpunan tahunan itu.

Dalam ucapan dasarnya, Najib berkata, pilihan raya umum empat tahun merupakan pengalaman yang "sungguh pahit, sungguh kelat, dalam episod politik Umno dan BN."

Kata beliau, seharusnya Umno sebagai sebuah parti yang menunjang Kerajaan Persekutuan lebih separuh abad, episod hitam 2008 sepatutnya memahatkan iktibat kepada "kita semua."

"Malah, ia merupakan isyarat jelas rakyat Malaysia kepada Umno dan rakan-rakan dalam BN untuk berubah, sesuai dengan selera, aspirasi dan jangkaan rakyat," katanya. Sinar Harian


KISAH SEORANG MENTERI KANAN SABAH OTAK MABUK PARABOLA.




Agak kecewa juga apabila ada salah seorang Pemimpin yang merupakan antara berjawatan Menteri di Negeri Sabah mengkritik isu yang 'merepek' terhadap Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tatkala beliau sewajarnya memberi fokus dalam memperkukuhkan Kerajaan Negeri pada ketika ini.

Pemimpin ini bukan sahaja membangkitkan isu secara terbuka tidak kena pada tempatnya, akan tetapi kenyataannya ini juga memperlihatkan kebodohan seorang Pemimpin terhadap fakta sebenar. Pelajar sekolah pun tahu membezakannya.

Sedang Negeri Sabah diancam Pembangkang, beliau pula cuba dilihat mencari populariti murahan mengkritik Kerajaan Pusat berkaitan isu Parabola yang 'difikirkannya' berfungsi sebagai rangkaian  mengakses internet. Hah? Apakah?

Kaji dan pergilah bertemu Menteri berkenaan. Jangan bodoh sombong bercakap nun jauh di Sabah dengan penjelasan yang memperbodohkan diri sendiri.

Apa sebenarnya isu yang dibangkitkan ini? Agak malu hendak bercerita. Tampak kurang cerdik bagi seorang bertaraf Menteri paling Kanan sebuah Kerajaan Negeri di bawah Bayu.

KLIK DI SINI untuk penjelasan terperinci mengenai kenyataan kurang bijak seorang Pemimpin memegang status Menteri paling kanan di Sabah.

Satu pesanan buat beliau, mengkritik tidak salah, akan tetapi kaji terlebih dahulu maklumat mengenai isu yang hendak dibangkitkan. Lebih baik lagi jumpa Menteri yang bertanggungjawab.

Dan bukankah kamu kini berstatus Menteri Paling Kanan dalam sebuah Kerajaan Negeri yang sealiran dengan Kerajaan Pusat dalam melaksanakan Dasar kepimpinan Najib Tun Razak?

Mengapa harus bertindak mempamerkan seolah2 ada jurang pengurusan dan pentadbiran di antara Kerajaan Negeri dan Pusat ini? 

Kamu juga Pemimpin BN bukan?

Atau sudah ada niat nak lompat parti juga?

Dec 6, 2012

KAJIAN BIKIN ANWAR GILA - KHALID GAGAP BAKAL UMUM LETAK JAWATAN?



Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata hasil kajian majoriti penganalisis politik yang berkecuali telah melihat masalah utama rakyat Selangor adalah terpaksa berhadapan dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sering berdolak dalih untuk menyelamatkan diri.
Katanya, tindakan kerajaan negeri yang seolah-olah menipu rakyat dengan menawarkan jaminan kebajikan dalam manifesto pilihan raya umum tanpa mengambilkira kemampuan untuk melaksana akan mengakibatkan rakyat berubah arah.

"Dulu semasa berjanji tidak bagi tahu bahawa ada syarat-syarat kepada janji itu tetapi sekarang setelah berkuasa ada pula syarat-syaratnya.

"Tidak betul jika tindakan memberikan manifesto hanya sekadar untuk berjanji untuk buat tetapi kita tidak buat," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Khalid pada Rabu memberitahu bahawa bukan semua rakyat di Selangor layak untuk mendapat manfaat daripada manifesto yang diisytiharkan pakatan pembangkang sebelum berjaya menjadi kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri hanya bertanggungjawab menjaga kepentingan golongan yang kurang berkemampuan.

Sehubungan dengan itu Agus menggesa agar kerajaan Pakatan Rakyat menilai terlebih dahulu kemampuan kewangan negeri sebelum berjanji kepada pengundi di Selangor terutamanya.

"Lain kali dalam pilihan raya yang akan datang kalau tidak dapat buat sesuatu yang baru kepada rakyat jangan berjanji.

"Begitu juga dengan isu PTPTN, penurunan harga kereta, jadi mereka perlu fikir baik-baik sebelum berjanji," beliau menjelas.

Ketua Pembangkang negeri Selangor, Datuk Satim Diman sebelum ini mendakwa sumber kewangan yang tidak kukuh adalah faktor kerajaan PKR Selangor tidak mampu melaksanakan program-program rakyat sepertimana yang dijanjikan dalam manifestonya.

Beliau berkata Khalid mencari pelbagai alasan untuk mengenepikan hak rakyat Selangor yang dianggarkan berjumlah RM2.4 bilion.

LAPORAN TERBARU (KLIK PADA TAJUK DI BAWAH) : -

TERKINI - NAJIB BAKAL ISYTIHAR BUBAR PARLIMEN DI PENANG SABTU INI?



TERKINI - NAJIB BAKAL ISYTIHAR BUBAR PARLIMEN DI PENANG SABTU INI?



Sejak akhir2 ini masyarakat terutamanya tokoh2 politik BN mahupun Pembangkang sentiasa mengenalpasti malah mengekori setiap pergerakan PM Najib Tun Razak dalam sesi lawatan ke setiap Negeri. 

Antara Program yang menjadi pilihan utama termasuklah Siri Jelajah Janji Ditepati. 


Terbaru, Siri Jelajah ini bakal membawa Najib ke salah sebuah Negeri yang ditadbir Pembangkang Pulau Pinang, yang juga merupakan Negeri kelahiran seorang Pemimpin yang menyimpan dendam terhadap beliau iaitu Anwar Ibrahim.

Namun kali ini, laporan mengatakan bahawa Najib bakal membuat 1 pengumuman paling penting yang bakal mengejutkan rakyat Malaysia. Apa kejutannya?

Ianya disahkan sendiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman yang mendakwa pengumuman itu akan dibuat oleh Najib pada program Siri Jelajah Janji Ditepati (JJD) di padang kawad, Universiti Sains Malaysia (USM).

Pengumuman penting ini bakal disuarakan Najib di hadapan lebih dari 50 Ribu rakyat Pulau Pinang.

Setakat ini, apa yang dilihat kemungkinan ada berita gembira bakal diumumkan khas buat masyarakat Negeri tersebut bersesuaian dengan tema Program Siri Janji Ditepati yang berkisarkan 'Perumahan Rakyat.'

Namun ada yang lebih jauh pemikirannya menjangka Najib bakal mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa pada hari berlangsungnya Siri Jelajah tersebut.






Yang pasti, Siri Jelajah Janji Ditepati yang diilhamkan Najib merupakan satu Program yang jauh berbeza dengan Siri Jelajah Merdeka Rakyat yang dibawa Anwar. 

Siri Jelajah Janji Ditepati bukan medan pentas Najib untuk membuang masa menghina dan mencerca musuh politik.






Jelajah Janji Ditepati adalah platform Najib dalam melaksanakan Janji2 Kerajaan BN terhadap rakyat tanpa mengambilkira status pemerintah Negeri tersebut. Nyata perpaduan rakyat Malaysia dapat ditafsirkan apabila kita berkunjung ke Program tersebut. Tiada sebarang provokasi.






Apa yang diisi adalah satu demi satu pengumuman perlaksanaan Janji2 yang diberikan terhadap rakyat Malaysia menerusi Manifesto Kerajaan BN.

Dari generasi muda hingga warga emas dapat merasakan persaudaraan dan menghidupkan suasana bekeluarga menerusi program tersebut di samping berkongsi rasa syukur dan gembira terhadap pengumuman Pemimpin Negara secara rasmi melaksanakan janji2 yang diamanahkan.






Jelajah Merdeka Rakyat adalah platform Anwar dalam menghidupkan semangat kebencian terhadap pihak musuh. Menerusi ucapan berapi2 Anwar yang cuba mencipta pelbagai persepsi terhadap penyokong2 beliau di setiap Siri di seluruh Negara sehingga mampu mengawal minda setiap yang hadir agar melupakan beberapa janji Pakatan di 4 buah Negeri yang sehingga hari ini tidak dapat ditunaikan.

Setiap yang hadir akan merasakan suasana tegang sepanjang Siri Jelajah tersebut dengan pengisian Ucapan Anwar yang mengapi2 kan semangat melampau laksana sebuah taklimat peperangan terhadap musuh. Tiada janji yang dikotakan. Lebih teruk lagi janji2 baru dicipta menerusi misi menawan Putrajaya semata2 mahu memastikan rakyat mengundi Pembangkang.






Malah Anwar akan bertindak berucap dengan lebih keras menghina Kepimpinan UMNO/BN apabila diberitahu terdapat beberapa Penyokong UMNO/BN berada di sekitar kawasan Program Jelajahnya itu.

Apa sebab? Kerana mahu mengapi2 kan lagi perasaan benci di kalangan penyokongnya pada masa yang sama mahu penyokong UMNO/BN bangkit marah dengan tuduhan yang dilemparkan beliau.






Lantas akhir apa yang berlaku? Kita semua tahu jawapannya. Maka siapa sebenarnya pencetus insiden di Gombak baru2 ini. Mengapa Anwar mahu insiden sebegini berlaku dalam siri Ceramah Jelajah Merdeka beliau? Di mana logik dan rasionalnya? KLIK DI SINI untuk ketahui kisah di sebalik perancangan awal yang dilakukan Anwar sebelum berlangsungnya program Jelajah Kotor beliau di Gombak.

Adakah ianya ditunaikan? Anwar hanya banyak bercakap. Tidak mampu melaksanakannya.


Powered by Blogger.