Oct 31, 2012

DAP 'PANAS PUNGGUNG'.. HASAN ALI TUBUH SALURAN TV & RADIO ISLAM IMR..!!





PAS sepatutnya malu dengan perjuangan Islam yang dibawa sehingga hari ini jelas tidak mampu direalisasi walaupun telah mentadbir 4 buah Negeri pada masa kini. Ianya ekoran kepimpinan dicemari dengan Parasit2 yang tidak berkehendakkan matlamat Islam sebagai rujukan utama dakwah terhadap masyarakat.






Akhirnya mantan Pemimpin PAS yang dibuang secara tidak bermaruah bernama Hasan Ali berjaya merealisasi dakwah sebenar dengan menubuhkan saluran IMR Network. Saluran yang memaparkan elemen2 Islam ini dirasmikan petang tadi dengan menyediakan pakej IMR.TV DAN IMR.FM.






Datuk Dr Hasan Ali yang turut bertindak selaku Pengarah IMR Network menjelaskan IMR TV dan IMR FM boleh diakses dengan melayari imrnetwork.my untuk mengikuti program menarik, hangat dan berbeza daripada stesen televisyen sedia ada.

Jelas beliau pengisian program IMR TV dan IMR radio FM mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan institusi Raja Melayu dalam rangka membina negara bangsa.






"Program bual bicara kita 'hard talk' umpamanya akan mengupas isu-isu berkaitan ummah secara berterus-terang," katanya kepada pemberita pada pelancaran IMR Network di Alam Avenue, Seksyen 16 di sini.






Menurut Hasan saluran tv dan radio web itu juga mempersembahkan program muzik dan sukan menepati kehendak kesemua lapisan masyarakat.

PAS kemarukkan kuasa Kerajaan Pusat. Belum tentu mampu menubuhkan saluran sebegini. Kerana ianya sebagaimana didakwa DAP, melanggar hak asasi manusia menuntut kebebasan beragama di Negara ini. 

NAJIB : "SAYA SEDIA SERAH JAWATAN PM PADA ANWAR..!!"



PM Najib Tun Razak laksana Pahlawan Rakyat setelah disambut dengan penuh meriah dari kalangan yang didakwa Anwar kononnya benci akan kepimpinan Presiden UMNO itu.

Ternyata Pantai Merdeka Sungai Petani menjadi bukti 3 golongan ini iaitu Petani, Peladang dan Nelayan amat menghormati kepimpinan Najib. Ribuan menyambut dengan laungan 1Malaysia.

Musykil pula apabila Anwar mendakwa 3 golongan ini tekad menentang Kerajaan BN. Bukan sahaja menyokong, akan tetapi sokongan ini dibuktikan di sebuah Negeri yang diterajui Pakatan (Kedah). 

Anwar memang 'bijak' menimbulkan persepsi.

Dalam ucapannya, Najib dengan penuh rasa rendah diri menyebut dirinya tidak menghadapi masalah jika benar ditakdirkan Anwar memimpin Kerajaan. Akan tetapi beliau meletakkan syarat agar budaya 'khianat' dibuang sama sekali dalam kepimpinan Ketua Pembangkang yang dilihat amat 'gemar' mengamalkannya.

“Saya tak marah kalau mereka nak jawatan saya. Saya tak marah mereka nak kejar jawatan lain, tapi jangan mengkhianati negara kira.Jangan musnahkan segalanya semata-mata nak mengejar undi di peringkat negeri mahupun Persekutuan.

“Saya percaya orang Kedah sudah bersedia untuk melakukan perubahan sekali lagi. Kita sudah sedar bahawa apa yang kita hasratkan itu pergantungannya adalah pada kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Najib membuktikan bentuk pengkhianatan Anwar yang dengan mempersoalkan janji2 luar biasa yang kononnya bakal dilaksanakan Anwar atas tiket 'kebajikan' walhal ianya dilihat bakal membunuh Ekonomi sebuah Negara Dunia Ketiga seperi Malaysia ini.

“Kalau ekonomi kita merudum, golongan penternak, nelayan dan petani tidak akan mendapat subsidi, tidak akan mendapat insentif dari kerajaan sebab hasinya juga akan merudum.

“Saya katakan perkara ini sebab saya sebagai Menteri  Kewangan saya amat faham. Mengendalikan urusan kerajaan bukanlah sesuatu yang mudah dalam bentuk kita boleh ikut suka hati kita menyedapkan telinga pengundi semata-mata.”

Kebajikan adalah hak bagi golongan yang memerlukan. Berilah kepada golongan ini. Bagi yang berkemampuan, Kerajaan membuka peluang. Berusahalah untuk merebut peluang tersebut. Kerana Usaha itu tangga Kejayaan.

Jangan biarkan diri mengamalkan sifat meminta2. Walhal kudrat masih kental, Akal masih panjang. Tanpa usaha, diri tidak maju, keluarga tidak maju, Negara juga tidak akan maju. Yang akan berakhir sifat malas yang bakal memakan diri.


KDN KENALPASTI ADA 'PENYELUDUPAN' PENGGANAS DI MALAYSIA..!!?




Penahanan 2 warganegara Malaysia di Lubnan baru2 ini telah menggemparkan masyarakat di Negara ini kerana ianya ada perkaitan dengan penglibatan Kumpulan Pengganas Al Qaeda.

Ianya sedikit sebanyak menimbulkan persoalan masyarakat di seluruh dunia mengenai status keselamatan Malaysia pada masa kini.

Adakah Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang menjadi pangkalan rekrut Pengganas Al Qaeda?

ISU KONDO.. MP HULU SELANGOR MAHU SAMAN RONNIE LIU..!!



SAMAN... Itu saja cara menebus maruah terhadap tuduhan2 dan persepsi2 palsu yang dimainkan Pembangkang. Dan ianya bakal dilakukan Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan ke atas Exco Selangor, Ronnie Liu jika tuduhan isu projek kondominium di Batu Caves yang dikaitkan dengan pembabitan Pemimpin MIC itu tidak ditarik balik.

"Saya pun ada tahap kesabaran saya. Kalau saya tidak dengar apa-apa permohonan maaf daripada beliau, saya akan mulakan tindakan perundangan," katanya kepada salah seorang wartawan Sinar Harian Online.

Malah Kamalanathan dengan tegas mendakwa Ronnie Liu sebagai individu yang menipu kerana melakukan fitnah ke atas dirinya.
"Bagus, mudah kerja saya (kalau dia kata tak sebut nama). Apa nak dibuktikan lagi. Dia fitnah saya, dia menipu," tegas Kamalanathan.

"Awak tanya dia betul atau tidak YB pada satu sidang media pada 23 Oktober 2012 ada menyebut nama saya, kalau dia tetap kata tidak ada, mudah kerja saya," katanya lagi.

TERKINI.. KAK WAN UMUM BERTANDING DI DUN SELANGOR..!!?



Jika sebelum ini Presiden PKR Wan Azizah mendakwa beliau berkemungkinan akan bertanding di kerusi DUN Pulau Pinang, kini PKR Selangor pula menawarkan beliau bertanding di 4 buah kerusi DUN di Negeri tersebut.

Kawasan yang diumumkan oleh Ketua Penerangan PKR Shuhaimi Shaifie hari ini kepada Sinar Harian adalah  Dun Seri Muda, Kota Anggerik, Seri Setia dan Sementa.

Agak musykil dengan tawaran di sebuah Negeri yang menghadapi kepimpinan yang melibatkan Khalid Gagap dan musuh sekutu Azmin Ali. 

Menurut sumber dalaman PKR Negeri, Kak Wan diminta untuk memantau strategi sulit Azmin Ali yang mahu menumbangkan Khalid Gagap dan kuncu2nya lantas merampas kuasa tersebut. Ianya disokong secara sulit oleh Anwar Ibrahim sendiri dengan alasan mahu memberi jawatan berstatus Menteri jika Pakatan menang pada PRU13. Bagaimana pula jika Pakatan tewas pada PRU13?

Kak Wan diketahui tidak seteru dengan Azmin Ali yang berdepan masalah moral.

Kuncu2 Khalid Gagap dikatakan meminta jasa baik Kak Wan menggunakan platform jawatan No. 1 Parti untuk mengawal tindakan kotor Azmin Ali ini dan mempertahankan kepimpinan Khalid Ibrahim.

Kebuntuan dalam berdepan masalah kepimpinan PKR Negeri Selangor ini turut mendapat rungutan dari rakan Pakatan iaitu DAP dan PAS yang semakin bosan dengan permainan kotor dalam parti milik Anwar.

PEMUDA UMNO DESAK KERAJAAN TANGGUH AES SEGERA..!!




Pemuda Umno hari ini sebulat suara mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga kajian menyeluruh dilakukan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga berharap mesyuarat Kabinet  minggu ini dapat membuat keputusan berhubung perkara itu.

“Pemuda desak kerajaan tangguh AES. Kaji semula," kata beliau, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), menerusi Twitternya petang ini.

Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, beliau dipetik Bernama berkata, kajian semula itu perlu bagi mengatasi kelemahan pada pelan pelaksanaan AES sekarang dan memastikan sistem itu mampu berfungsi sempurna mengesan pesalah trafik di negara ini.

"Sistem AES itu sendiri merupakan sistem amat baik, namun hasil maklum balas

akar umbi kami dapati terlalu banyak kelemahan pada pelan pelaksanaan AES yang perlu diatasi antaranya lokasi dan had laju praktikal bagi sesebuah kawasan,” katanya.

Khairy berkata kerajaan juga perlu mengadakan publisiti dan pendidikan umum

bagi memberikan informasi yang lebih jelas kepada rakyat.

"Adalah penting untuk rakyat memahami dengan jelas sistem AES ini kerana ia

mampu menyelamatkan nyawa mereka selain mengelakkan AES menjadi 'alat mainan' pembangkang untuk menakut-nakutkan rakyat," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda.

Semalam, empat Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan AES.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.

"Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.
 
AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut.
Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah.

Dalam pada itu, laporan Bernama berasingan menyebut Kementerian Pengangkutan akan menghantar pasukan teknikal untuk memberi penerangan mengenai AES kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor seperti dipohon. 

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata, setakat ini hanya

kerajaan negeri berkenaan meminta penjelasan berkaitan pelaksanaan AES itu.

Oct 30, 2012

KU NAN SAHKAN TERIMA DOKUMEN SENARAI CALON PRU13 PEMBANGKANG.



Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan bahawa parti itu sudah mengetahui calon-calon yang akan dinamakan oleh komponen Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umumke-13 (PRU13).

Malah ujar beliau,"tiap-tiap dokumen mereka pun kita ada.”

“Siapa calon mereka pun kita tahu, tapi kita diam sahaja lah.

“Hari ini baru saya sebut," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas menerima penyerahan buku 100 Wira Negara daripada Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak).

Tengku Adnan berkata demikian apabila diajukan soalan berhubung satu dokumen Barisan Nasional (BN) yang didakwa terlepas ke tangan komponen PR Pulau Pinang.

“Kita juga ada dokumen daripada puak pembangkang. Tapi kita tidak buat bising tak macam mereka. Mereka buat bising.

“Kalau ada mereka akan cerita, kita pun tahu apa yang ia (pembangkang) laksanakan tetapi kita diam sahaja,” kata Tengku Adnan.

Menurut Tengku Adnan lagi, dokumen yang didakwa bocor itu hanya mengandungi butiran tentang kesiapsiagaan parti dalam menghadapi pilihan raya umum.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan agar barisan kepimpinan di semua peringkat agar menyimpan dengan sebaiknya dokumen yang diberikan dan menganggapnya rahsia supaya tidak jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya sudah tulis surat kepada 13 parti komponen Barisan Nasional supaya mereka berhati-hati dan anggap setiap dokumen yang diedarkan sebagai rahsia,” ujar Tengku Adnan lagi.

Menurut beliau, siasatan kini sedang dilakukan untuk mengesan bagaimana kebocoran dokumen itu boleh berlaku dan akan menyerahkan kepada presiden parti untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya nama individu terbabit sudah diperoleh kelak.

“Barangkali ini dia terletak di merata-rata, barangkali beliau tidak berniat, dalam pejabat itu, rambut sama hitam, hati lain-lain,” ujar beliauyang juga Setiausaha Agung BN.

“Barangkali pada dia ini bukan dokumen rahsia sebab kita tidak cop rahsia, tetapi yang pembangkang, dia cop rahsia pun kita ada,” katanya disambut gelak tawa wakil media.

Oct 29, 2012

MORIYAN NAK KEKAL JADI MB.. AZIZAN HINA ORANG MCM BERUK..!!




Datuk Seri Mahdzir Khalid menyelar kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang seperti beruk atas pokok cermai."

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) itu berkata, sebagai Menteri Besar, Azizan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Dia (Azizan) kata Ketua Pemuda Gerakan ‘beruk atas pokok cermai’, mana boleh kata macam tu.

“Jangan cakap orang seperti itu sebab dia tu seorang ulamak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa Azizan mengibaratkan Ketua Pemuda Gerakan ibarat "beruk atas pokok cermai."

Laporan itu menyebut, Azizan menyifatkan tindakan Keng Liang yang berterusan mendesaknya membuat penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan sebagai politik tidak matang.

Azizan secara berseloroh menggadaikan situasi Keng Liang yang sering mendesak beliau umpama pepatah Melayu ‘jangan usik beruk atas pokok cermai’.

“Beruk atas pokok cermai, dia tengok kita dan usik kita, jika kita pun sama layan dia, dia lagi syok goncang pokok sampai habis jatuh buah dan daun cermai. Jadi tak payahlah layan, jika kita layan sampai bila pun tak habis,” katanya.

Oct 27, 2012

ANWAR UGUT PENGUNDI INDIA.. ARAHAN ROBOH KUIL BATU CAVES!!



Jawatankuasa Kuil Batu Caves memberi tempoh sebulan kepada kerajaan negeri supaya menghentikan cadangan pembinaan kondominium setinggi 29 tingkat di kawasan warisan, jika gagal ia akan mengambil tindakan undang-undang.
Pengerusi Jawatankuasa Kuil, Datuk R. Nadarajah berkata, beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan peguam dan Jabatan Peguam Negara sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Kita tidak akan dapat apa yang kita mahu tanpa memperjuangkannya. Jika tiada sebarang tanda arahan tetap untuk menghentikan pembinaan itu dalam tempoh sebulan bermula sekarang, kami akan membawa perkara ini ke mahkamah,” katanya kepada para pemberita selepas menangani kumpulan penunjuk perasaan di sini,petang semalam.

Terdahulu, ratusan penganut agama Hindu dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) menyertai himpunan di perkarangan Batu Caves bagi menyatakan bantahan ke atas pembinaan kondominium yang terletak di sebelah kuil tersebut yang dikatakan akan memberi ancaman kepada alam semulajadi  bukit.

Bantahan itu dianjurkan oleh jawatankuasa kuil Batu Caves.

Terdapat beberapa sepanduk yang menyatakan bantahan pembinaan kondominium itu, ahli jawatankuasa juga mendapat tandatangan daripada orang ramai untuk petisyen membantah projek itu.

Pakar-pakar teknikal turut dijemput untuk menerangkan tentang keburukan mempunyai bangunan bertingkat tinggi di tapak warisan.





R. Nadarajah memuji mereka yang hadir kerana mempunyai semangat patriotik.

“Sebuah kerajaan yang tidak takut kepada Tuhan, tetapi kejam dalam pentadbiran dan meluluskan projek ini tidak akan bertahan lama,” katanya kepada semua penunjuk perasaan, yang merujuk dengan jelas terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang telah meluluskan rancangan projek itu.

Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jeyakumar pada awal minggu ini berkata ketika beliau mengambil berat tentang isu tersebut, kerajaan negeri tidak seharusnya memenuhi permintaan jawatankuasa itu.

Beliau mempersoalkan keperluan untuk menghentikan projek itu, sambil menambah bahawa pembangunan bertingkat tinggi di kawasan itu sebelum ini diluluskan.

Oct 25, 2012

VIDEO TRAGIS.. TANGISAN PENEROKA GARA2 KHALID GAGAP ROMPAK TANAH FELDA!!




AGENDA EKONOMI MELAYU.. SANUSI JUNID 'KEMBALI' BALUN ANWAR!!




Reformasi perbankan Tun Dr Mahathir Mohamad diilhamkan oleh polisi lalu negara Jerman untuk mengekang pengaruh kewangan Yahudi bagi membantu orang Melayu tetapi ia kemudiannya digagalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas menteri kabinet Tan Sri Sanusi Junid hari ini.

Sanusi memberitahu forum ekonomi Melayu di PWTC hari ini bahawa Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin telah hilang harapan orang Melayu akan mengawal ekonomi.

Apabila mereka melihat kemajuan lambat, mereka memutuskan untuk mengikuti contoh Jerman tidak memberikan lesen perbankan kepada orang-orang Yahudi.





Akan tetapi rancangan tersebut gagal selepas Anwar menjadi menteri kewangan yang meluluskan lesen kepada kumpulan perbankan bukan Melayu iaitu Alliance Bank dan Hong Leong Bank.

“Kami berpendapat bahawa jika kita tidak boleh mengawal ekonomi, kita akan mengikuti Jerman,” Sanusi berkata di Kongres Ekonomi Melayu di sini.

“Di Jerman lesen perbankan tidak diberi kepada orang-orang Yahudi.”

Beliau berkata sementara lesen sedia ada telah diberikan kepada bukan Melayu, Daim memastikan bahawa semua bank mempunyai pengarah Melayu yang paling penting adalah untuk memastikan semua bank mempunyai pengaruh Melayu.

“Tetapi malangnya kecelakaan besar berlaku. Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan beliau meluluskan lesen perbankan Alliance Bank dan Hong Leong Bank,” katanya.

“Kami tidak mahu beri. Sudah lama kami kawal.

“Hasilnya sekarang terdapat “dua bank bukan Melayu tanpa pengaruh Melayu,” katanya lagi.

Sanusi adalah bekas setiausaha agung Umno di zaman pemerintahan Dr Mahathir.

Beliau berdiri teguh dibelakang Dr Mahathir semasa krisis Umno yang menyebabkan Anwar yang pada ketika itu timbalan presiden Umno dipecat dari jawatan kabinet dan parti.

Sanusi juga merupakan pengasas kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang kemudiannya dipimpin oleh Anwar sebagai presiden.

Oct 24, 2012

HASAN ALI DEDAH MCA & DAP ADA 'KERJASAMA SULIT' TUMBANG POLITIK MELAYU!!



Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Hasan Ali mengesyaki terdapat semacam wujudnya persefahaman di antara MCA dan DAP, khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Hasan mendakwa, MCA sebuah parti yang didokong masyarakat Cina dikatakan hanya mampu meraih undi nominal di kalangan masyarakat tersebut dan mungkin merasakan lebih logikal untuk membawa keseluruhan sokongan masyarakat Cina kepada DAP.

Beliau mengesyaki ianya dilakukan bagi menentukan DAP menjadi wakil mutlak masyarakat Cina dalam memperjuangkan tuntutan-tuntutan yang sekian lama dibuat oleh masyarakat Cina

"Hati kecil saya juga membisikkan bahawa masyarakat Cina seolah-olah mempunyai satu “grand design” merentasi fahaman dan aliran politik.

"Fahaman dan aliran politik yang kelihatan berbeza dan bertentangan secara luaran tidak lebih daripada wayang lakonan sahaja," kata Hasan yang juga presiden NGO Jalur Tiga (JATI) dalam satu kenyataan malam ini.

"Mereka mempunyai agenda besar. Sebahagian daripada agenda besar DAP sekali lagi ditimbulkan baru-baru ini. Inti agenda besar DAP itu bukan merupakan satu rahsia lagi," katanya yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor.

Dalam dua tiga hari ini, tegas Hasan, timbul semula isu Negara Islam dan pelaksanaan hudud.

Isu ini, tambah Hasan, seperti biasa menyemarakkan semula suasana politik bertepatan dengan bertambah hampirnya PRU13.

Dalam episod terbaru ini, Hasan mendakwa, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dengan secara tiba-tiba menjadi orang pertama yang menekan butang jentera menentang pelaksanaan Negara Islam dan hudud di negara ini.

Menurutnya, penentangannya terhadap Negara Islam dan hudud menerima tindakbalas yang sengit daripada pimpinan Pakatan Rakyat, DAP, PKR dan PAS.

"Secara jujurnya saya tidak melihat ada perkara yang baru dari segi hujah-hujah yang dikemukakan sama ada dari pihak MCA, DAP dan juga dua lagi parti komponen Pakatan Rakyat itu.

"Hanya hati kecil saya sahaja tampil membisikkan bahawa terdapat beberapa andaian yang boleh digunakan untuk mengatakan bahawa buat sekian kalinya MCA dan DAP membuat pementasan lakonan politik," katanya sambil menambah bahawa isu yang selama ini dimainkan oleh MCA dan DAP menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu-Islam.

"Isu ini juga menarik sokongan masyarakat Cina kepada MCA dan DAP disebabkan apa yang dilontarkan selari dengan kehendak, kemahuan dan tuntutan masyarakat keturunan Cina," tegasnya.

Sehubungan itu, Hasan bertanya, kalau masyarakat keturunan Cina mempunyai agenda besar, maka bagaimana pula masyarakat Melayu-Islam yang menjadi warga peribumi negara ini.

"Setakat yang saya ketahui serta pengalaman berada di barisan tertinggi pimpinan parti PAS khasnya, hubungan di antara parti-parti politik Melayu Islam hampir berada di tahap berkerat rotan berpatah arang," katanya.

Hasan mendakwa, kenyataan yang selama ini keluar dari mulut pimpinan PAS dan PKR, terutamanya yang menyentuh persoalan penyatuan masyarakat Melayu Islam, menceritakan segala-galanya.

"Saya ingin membawa bisikan hati kecil saya ini kepada pengetahuan barisan pimpinan masyarakat Melayu-Islam. Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berdendam kesumat?

"Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berkerat rotan berpatah arang? Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang didorong oleh sifat sombong, angkuh dan bongkak?

"Akhirnya, wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang menggerhanakan nasib umat dan generasi pengganti yang akan datang?" tambahnya.

Oct 22, 2012

PRU13.. SHAHRIZAT UMUM SOKONG RAJA NONG CHIK BERTANDING DI LEMBAH PANTAI.




Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menyatakan sokongan terhadap Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
  
Bekas anggota Parlimen Lembah Pantai itu berkata tiada siapa yang lebih layak selain Raja Nong Chik yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno kerana kerja kerasnya di kawasan Parlimen Lembah Pantai selama ini.
  
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat itu juga berkata: “Sebenarnya saya telah menyokong Datuk Raja (Nong Chik) sejak tiga tahun yang lalu, cuma hari ini saya umumkan.  
  
“Ini kerana Datuk Raja Nong Chik telah bersama saya selama 15 tahun ketika saya menjadi ahli parlimen Lembah Pantai selama tiga penggal,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Raja Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar turut hadir pada sidang akhbar itu.
  
Shahrizat yang merupakan anggota Parlimen Lembah Pantai sejak pilihan raya umum 1995 setelah mengalahkan bekas ketua hakim negara Tun Mohamad Salleh Abas dari parti Semangat46 dengan majoriti 13,361 undi gagal untuk mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal ke-empat pada pilihan raya umum lepas.
 
Shahrizat telah dikalahkan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar. Nurul Izzah mendapat kelebihan sebanyak 2,895 undi.
  
Raja Nong Chik berkata hubungan beliau dengan Shahrizat tidak pernah putus walaupun terdapat dakwaan bahawa beliau menjadi punca karier politik Shahrizat berakhir.
  
“Semasa dalam kabinet, saya duduk sebelah menyebelah dengan Shahrizat. Saya akui kadang-kadang saya ada perbezaan pendapat, tapi saya tidak pernah bergaduh dengan Datuk Seri.
  
“Sebenarnya yang nak sangat kami gaduh cuma pembangkang, mereka seboleh-boleh mahu Umno berpecah supaya mereka menang dengan mudah. Kalau parti Umno ini bersatu padu, mustahil mereka akan dapat menang,” katanya.
  
Sementara itu, Shahrizat juga menuntut Nurul Izzah menunaikan janji untuk memberikan elaun saraan dari RM600 hingga RM1,500 kepada suri rumah jika menang pilihan raya umum 2008.
  
“Semasa kempen 2008, beliau menjanjikan elaun saraan kepada suri rumah, sekarang sudah empat tahun, mana dia janji-janji mereka?
  
“Ternyata ini adalah janji kosong mereka, asalkan mereka dapat menang pilihan raya, mereka tidak lagi mempedulikan rakyat,” katanya.

SAMAN FITNAH KHIR TOYO & RONNIE LIU SELESAI..!!




Exco Kerajaan Negeri Selangor Liu Tian Khiew atau Ronnie Liu dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang difailkan pada 2008.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan esok untuk merekod terma penyelesaian yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili Ronnie Liu memberitahu pemberita mengenai perkara itu selepas pihak-pihak berkenaan menemui hakim di dalam kamar.

Pada 6 Okt 2008, Liu menyaman Dr Mohamad Khir kerana didakwa memfitnah dengan mengaitkan beliau dalam usaha menghalang penghapusan kegiatan pelacuran.

Liu mendakwa Dr Mohamad Khir mengeluarkan perkataan palsu dan berunsur fitnah mengenai perkara itu dalam satu artikel yang dicetak dan disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina pada 9 Mei 2008.

VIDEO PANASS.. PENDUDUK SELAYANG SERANG KHALID GAGAP PENIPU..!!



Sedang sibuk PKR Selangor memikir strategi mencipta isu baru menimbulkan persepsi buruk Kerajaan BN demi menawan Putrajaya, masalah air di Selangor semakin kritikal dengan tuntutan penduduk Selayang Height yang sehingga hari ini masih tidak memiliki pakej yang dijanjikan Kerajaan Negeri Selangor sekian lama iaitu pemberian air percuma.




Tonton video panas di atas seperti yang tertera.


Oct 20, 2012

ANWAR TERUS MENCARUT : YUSUF AL QADHAWI PUJI PIMPINAN NAJIB..!!




Peranan Malaysia dalam memperjuangkan keamanan, keadilan dan kemanusiaan di dunia Islam mendapat pujian banyak pihak termasuklah dari Pengerusi Al-Quds International Institution Sheikh Yusuf al-Qaradawi.

Dalam perjuangan rakyat Palestin tatkala ini, peranan Malaysia yang menyokong perjuangan adil dan kemanusiaan telah mendapat pujian daripada Al-Quds International Institution (QII) menerusi dua pucuk surat daripada al-Qaradawi.
 
Dalam surat beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, al-Qaradawi melahirkan penghargaan dan terima kasih beliau terhadap dedikasi dan komitmen Malaysia yang menyokong perjuangan penduduk di Baitulmaqdis.

"Tidak memeranjatkan, kami sentiasa mendapati anda antara yang pertama dan terawal dalam menyokong perjuangan adil dan kemanusiaan, isu Palestin dan Baitulmaqdis adalah antaranya," katanya dalam surat kepada Najib.

Beliau menambah: "Kami amat tersentuh dengan keprihatinan anda dalam konteks ini, khususnya berhubung keperluan segera bagi inisiatif seumpamanya."

Pencapaian terbaharu hasil daripada usaha tanpa mengenal jemu Malaysia itu ialah perjanjian damai yang dimeterai kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bagi pewujudan wilayah autonomi Bangsamoro di selatan Filipina.

Al-Qaradawi berkata: "Lebih penting lagi, Malaysia telah diiktiraf sebagai antara negara Islam yang mempunyai strategi pembangunan mengagumkan dan terbuka, kini menjadi pusat rujukan dan contoh bagi dunia Islam.
"Malah lebih membanggakan kami ialah pencapaian dan kejayaan mewujudkan cawangan QII di Malaysia, pencapaian yang mungkin tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan dan naungan anda".

Beliau merujuk kepada pelancaran Al-Quds Foundation Malaysia, sebuah yayasan kebajikan untuk rakyat Palestin, yang antara lain mendidik masyarakat mengenai isu di negara berkonflik itu di samping membantu rakyat Palestin.

Sementara itu, kalangan rakyat Malaysia turut memuji kerajaan berhubung peranan strategiknya dalam menamatkan konflik dan penderitaan selama kira-kira 40 tahun di selatan Filipina dan dalam mewujudkan prospek bagi keamanan dan pembangunan di Mindanao.

Mereka berkata sewajarnya bagi Malaysia, sebagai jiran terdekat dan prihatin, untuk memainkan peranan berterusan dalam membantu kerajaan Filipina dan Bangsamoro melaksanakan pembangunan semula di kawasan itu demi manfaat rakyat.

Memuji usaha jitu kerajaan Malaysia dalam membantu umat Islam di seluruh dunia, Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata banyak negara khususnya negara Islam mempercayai dan menerima Malaysia untuk memainkan peranan sebagai pengantara ekoran pencapaiannya sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan dinamik.

"Pujian Sheikh Yusuf Al Qaradawi merupakan satu pengiktirafan dunia kepada Malaysia (dalam memperjuangkan isu Palestin) dan kejayaan kerajaan Malaysia bertindak sebagai mediator bagi mengakhiri konflik antara Manila dan Bangsamoro pastinya suatu pencapaian membanggakan," katanya.

Beliau berkata kejayaan Malaysia dalam mentadbir sebuah negara berbilang kaum dan kepelbagaian juga telah membolehkan negara dijadikan sebagai rujukan dalam penyelesaian konflik Bangsamoro.

Mengiktiraf usaha berterusan Malaysia sejak sekian lama dalam menyuarakan kebimbangan berhubung penindasan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin dan umat Islam lainnya, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Pendidikan Sultan Idris Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata dalam soal konflik di selatan Filipina, Malaysia merupakan negara jiran paling hampir berbanding dengan negara atau badan Islam yang lain.

"Malaysia tidak pernah berganjak apabila menyuarakan isu yang membabitkan penganiayaan terhadap etnik dan umat Islam seperti dalam isu Palestin dan bagi isu Bangsamoro ini, kita merupakan jiran paling hampir yang boleh diharapkan oleh Manila dan Bangsamoro sendiri untuk dirujuk sebagai orang tengah dan diberi kepercayaan," katanya.

Sebagai anggota perkumpulan serantau Asean, persefahaman dan kerjasama rapat antara Kuala Lumpur dan Manila banyak membantu dalam kejayaan rundingan damai antara MILF dan kerajaan Filipina.

"Sebenarnya peranan Malaysia dalam membantu Bangsamoro sudah lama berlangsung sejak zaman bapa Perdana Menteri, Tun (Abdul) Razak (Hussein) lagi... memang kita memperjuangkan pasal Bangsamoro dan membantu mereka dalam pelbagai sudut dan sebagai contoh banyak warga Filipina yang menjadi warganegara Malaysia khususnya di Sabah.

"Kita memang dikenali sebagai mediator yang berjaya menyelesaikan konflik yang berlaku di sesebuah negara dan disebabkan itu kita dipandang tinggi oleh dunia dan peranan yang kita galas adalah besar," kata Junaidi.

Pendirian sederhana kerajaan Malaysia dan kestabilan politik negara turut diperakui oleh dunia dan diterima baik oleh banyak pihak, dengan itu memudahkan Malaysia untuk mendapat kepercayaan, katanya.

Penekanan Perdana Menteri terhadap pergerakan kesederhanaan dengan penubuhan Pergerakan Kesederhanaan Global memberikan kelebihan kepada Malaysia untuk memainkan peranan lebih besar sebagai pengantara untuk membantu menyelesaikan masalah dan salah faham di negara-negara yang berdepan masalah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahaya berpendapat proses pembinaan semula Bangsamoro patut menggunakan pendekatan Islam sederhana bagi pembangunan, pendidikan, ekonomi dan sosial menerusi penubuhan agensi-agensi Islamik sepertimana Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Institut Kefahaman Islam Malaysia.

"Jadi pada saya dengan membawa Islam seperti yang kita amalkan di negara ini, ia akan membantu membangunkan masyarakat Bangsamoro daripada segi rohani dan juga materialistik," katanya.

Pesuruhjaya Suhakam (Pendidikan dan Perhubungan Awam) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula berkata kerajaan Malaysia boleh memainkan peranan dan membantu kerajaan Filipina dalam bidang ekonomi dan pendidikan kerana ia elemen penting dalam kemajuan sesebuah negara.

"Bidang ekonomi dan pendidikan merupakan aspek penting dalam memastikan kerajaan Filipina dapat meningkatkan taraf kehidupan rakyatnya. Ini termasuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat agar dapat mengatasi masalah kemiskinan," katanya.

Menyokong pendirian dan pendekatan sederhana kerajaan Malaysia, Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia A. Prakash berkata setiap komuniti perlu saling membantu demi faedah bersama dalam bidang ekonomi, sosial dan pendidikan.

"Malah agama Hindu juga tidak sama sekali mengalakkan fanatisme dipratikkan dan sebaliknya membantu semua umat manusia tidak mengira agama dan taraf hidup seseorang.

"Saya rasa apa yang telah kita capai adalah sesuatu yang cukup besar kerana kalau kita lihat, Filipina adalah sebuah negara yang besar dan kita (Malaysia) sebuah negara yang kecil tapi saiz itu tidak menjadi penghalang untuk kita membantu negara besar yang mempunyai konflik," katanya.

HUSAM MUSA 'ROMPAK' BAJET AIR BERSIH KE PROJEK HIGHWAY..!!?

 

Jika anda diminta memilih antara bekalan air bersih dengan projek lebuhraya, mana satu menjadi pilihan anda? Tentu ramai yang memilih air, kerana ia sumber asas kehidupan.

Namun demikian, di Kelantan pelik dek kerana tatkala masalah air belum dapat diselesaikan walaupun sudah mendapat pinjaman RM609 juta dari Kerajaan Barisan Nasional, tapi lebuhraya juga yang dikejarnya sambil mengutip derma dari rakyat.

Ura-ura Kerajaan PAS Kelantan untuk membina sendiri Lebuhraya Rakyat yang kosnya mencecah RM1.8 bilion sudah kedengaran sejak Ogos tahun lepas lagi, namun hingga kini bayang lebuhraya tak juga kelihatan. Kebetulannya tika itu hangat dengan spekulasi pilihan akan berlangsung pada November 2011.

Hampir setahun berlalu, tiba-tiba muncul khabar mengatakan akan berlangsung majlis pecah tanah pada bulan Mei 2012.

Akhirnya pada 28 Mei 2012 majlis pecah tanah secara rasminya dilaksanakan oleh Menteri Besar Kelan tan, Nik Aziz Nik Mat.

Sekali lagi kebetulannya, majlis pecah tanah tersebut dilangsungkan tatkala waktu itu sedang hangat dengan spekulasi pembubaran parlimen dan pilihanraya umum yang dijangkakan akan berlangsung pada bulan Jun atau selewatnya bulan Julai 2012.

Selepas majlis pecah tanah hingga kini, duit derma yang diterima untuk pembinaan lebuhraya pilihanraya itu khabarnya dah mencecah angka sejuta ringgit, entah berapa tahun lagi nak tunggu jumlah derma mencecah angka RM1,800 juta tak tahulah.

Bulan Jun akhirnya berlalu tanpa sebarang pembubaran parlimen, masuk bulan Julai, tiba-tiba khalayak umum dikejutkan dengan pengakuan Husam Musa semasa Sidang DUN Kelantan bahawa projek lebuhraya yang diwar-warkan olehnya sebelum ini rupanya belum mendapat kelulusan Mesyuarat Exco.

Parah. Majlis pecah tanah dah buat, duit derma dah beratus ribu dikumpulkan dari orang ramai, alih-alih projek lebuhraya tersebut belumpun diluluskan oleh kerajaan negeri.

Barangkali untuk cover line, maka Husam mendesak Mesyuarat Exco segera meluluskan projek tersebut sambil memberi jaminan lebuhraya tersebut akan segera dilaksanakan sebaik saja diluluskan.

Untuk tambah perisa, Husam mendakwa sudah ada 4 jentera di dalam hutan sedang buat pengukuran. Entah apa yang diukurnya sama ada ukur lilit kayu balak dan luas kawasan konsesinya atau mungkin juga ukur luas tanah untuk siapa pula nak dipindah milik tanah tersebut. Agaknyalah.

Risau juga takut terjadi macam kes projek di Lembah Sireh, tak pasal-pasal syarikat swasta dapat tanah seluas 716.8 ekar bernilai RM318.29 juta tanpa perlu menyiapkan sepenuhnya segala projek infrastruktur yang dijanjikan.

Tanggal 4 Julai 2012 akhirnya projek lebuhraya rakyat diluluskan. Ikut pada jaminan Husam, patutnya pembinaan sudah bermula setidak-tidaknya seminggu selepas itu Malangnya semenjak tarikh tersebut, sudah terlampau jarang lagi untuk kedengaran sebarang berita berkenaannya.

Masih sedang mengukur tanah agaknya sambil mengira berapa besar jumlah komisyen yang bakal diperolehi.

Hampir 3 bulan berlalu, semasa Sidang DUN Kelantan yang berakhir Rabu lepas pula, Husam selaku exco kanan negeri tiba-tiba sahaja memberitahu umum kononnya pembinaan lebuhraya pilihanraya itu akan bermula selepas musim tengkujuh sama ada selepas bulan November atau Disember tahun ini katanya.

Mentang-mentang timbul spekulasi pilihanraya umum akan berlangsung pada bulan Januari 2013, terus saja Husam akan muncul memberi jaminan baru.

Memandangkan projek lebuhraya pilihanraya ini banyak sangat flip-flopnya yang bermotifkan politik untuk menarik perhatian ramai, kita sarankan pada Husam untuk manfaatkan saja duit derma yang dah dikumpul itu untuk tambah baik khidmat bekalan air bersih di Kelantan.

Kalau dibiarkan lama begitu sahaja duit derma tersebut, bimbang pula kalau-kalau nanti jadi macam duit pelaburan Kohilal yang lesap entah ke mana.

Lagipun antara bekalan air dan lebuhraya, walau kedua-duanya penting, namun khalayak umum tahu diantara kedua-duanya ada yang jauh lebih penting.

Hatta kambing jamnapari sekalipun akan mati kehausan sekiranya menghadapi masalah mendapatkan bekalan air, tambah-tambah pula setiap hari empat lima kali terpaksa pula membuang keluar air dari badannya.

Bila kita sebut kambing jamnapari, tentu Husam akan lebih mudah untuk mengetahui mana satu diantara kedua-dua projek tersebut yang memiliki prioritinya. Lagipun, bukankah Husam dan jamnapari berpisah tiada sejak dulu, Tak gitu?

VIDEO PANAS.. PENDUDUK KLANG DEDAH RONNIE LIU ROMPAK WANG RAKYAT RM5 JUTA..!!?



"MB Khalid memperuntukan RM 5 juta kepada MPK dan apa yang MPK buat dengan duit itu? Ronnie Liu sebagai Exco Kerajaan Negeri yg bertanggungjawab melantik Ahli Majlis MPK dan bertanggungjawab untuk memberi penjelas kepada penduduk Klang tidak turun padang dan MB juga tidak turun padang."
 
Lagi panas berkaitan isu berkaitan DI SINI.
 

ADA PEMIMPIN UMNO PANAS PUNGGUNG DGN. NAJIB..!!



Majlis Tertinggi (MT) UMNO bersetuju menurunkan kuasa kepada sebuah jawatan kuasa khas untuk memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ahli UMNO yang cuba mensabotaj calon atau parti.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, antara salah laku yang boleh dikenakan tindakan disiplin adalah menyokong parti lawan, menghasut meninggalkan parti dan salah guna wang.
"Jika kita dapat kenal pasti sebarang tindakan yang berunsurkan sabotaj ini, individu itu boleh digantung atau dipecat keahliannya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di Menara Dato Onn di sini, lewat petang semalam.

Najib berkata, wakil dari setiap bahagian juga akan dilantik supaya dapat menyalurkan sebarang laporan ke ibu pejabat dengan lebih cepat.

"Jawatan kuasa ini dipengerusikan oleh Lembaga Jawatankuasa Disiplin yang diketuai Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail," katanya.

Oct 18, 2012

MAHATHIR AKUI SUKA MELAYU BERPECAH..!!?

 
 
 
 
Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tindakannya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada September 1998 menjadi punca kepada perpecahan di kalangan orang Melayu.

Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu berkata, perpecahan orang Melayu di negara ini sudah pun berlaku sebelum Anwar dipecat dari Kabinet dan Umno iaitu apabila tokoh negarawan, Allahyarham Datuk Onn Jaafar mencadangkan supaya orang bukan Melayu boleh menyertai Umno.

Bagaimanapun menurut Dr Mahathir, cadangan Onn telah ditolak dan ia mendorong Allahyarham menubuhkan parti lain ketika itu.

Begitu juga dengan penubuhan Malayan Union oleh British dan kesannya telah mencetuskan pelbagai konflik dalaman Umno termasuk wujud golongan ulama daripada Umno yang kemudiannya mengambil keputusan menubuhkan parti Pas.
Selain itu, jelas Dr. Mahathir, tindakan Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (S46), yang telah dibubarkan pertengahan 1990-an, turut membuktikan telah berlaku perpecahan kalangan orang Melayu ketika itu.

“Jadi, nak kata kerana saya pecat Anwar (penyebab mula berlaku perpecahan orang Melayu) tak benar lah,” katanya ketika menjawab soalan seorang peserta pada sesi dialog selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Bicara Negarawan, Pemantapan Profesionalisme, Tranformasi Budaya Kerja dan Pentadbiran Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu di Taman Tamadun Islamdi sini, hari ini.

Menurut Dr Mahathir, Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana Ketua Umum PKR itu mempunyai “karektor yang tidak boleh sebagai pemimpin.”

“Apakah kita nak pilih orang macam ini sebagai pemimpin, orang macam ini tidak dibenarkan ganti saya (ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri). Dia harus disingkirkan.

“Dalam mesyuarat MT (Majlis Tertinggi) dengan sebulat suara bersetuju Anwar dikeluarkan dari Umno, bukan keputusan saya seorang.

“Kita tak boleh terima manusia yang moral terlalu rendah untuk menjadi pemimpin kita, kita malu dengan pemimpin macam ini,” katanya.

Bagaimanapun kata Dr Mahathir, rakyat tidak nampak masalah moral Anwar kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu cekap berpidato dan menggunakan kelebihannya itu memesongkan pemikiran rakyat.

“Sebaliknya dia menyalahkan orang lain pula,” katanya. Sinar Harian


Oct 17, 2012

DR. CHANDRA PERTAHAN HUBUNGAN LUAR BIASA ANWAR & ISRAEL..!!




Pakar kajian hubungan antarabangsa Dr Chandra Muzaffar percaya bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dipergunakan oleh Amerika Syarikat dan Israel bagi meneruskan agenda mereka di rantau ini.
 
Katanya, Amerika dan Israel mula memperkudakan Anwar sejak tahun 2001 dan ini dapat dilihat dengan hubungannya yang cukup akrab dengan pemimpin-pemimpin negara berkenaan, sehingga hari ini.

"Anwar begitu akrab dengan individu dari Amerika Syarikat dan Israel. Sehingga saya dah mula syaki tentang perjuangan beliau.

"Kenapa beliau bangkitkan isu-isu tertentu dan cara beliau cuba memajukan matlamat pihak tertentu?" soalnya ketika diwawancara secara ekslusif oleh Antarapos.

Bagi menguatkan hujahnya, Dr Chandra mempersoalkan tindakan Amerika Syarikat melantik Anwar sebagai pengerusi 'Foundation For The Future' pada tahun 2005, yang diasaskan atas inisiatif anak bekas Naib Presiden Amerika, Dick Chenney - Lyn.

Yayasan itu dilancarkan oleh Setiausaha Negara Amerika, ketika itu, Condoleezza Rice.

"Anwar dilantik sebagi pengerusi yayasan itu yang kononnya bertujuan untuk mengembangkan demokrasi di Asia Barat, di negara Arab.

"Ini kita harus fikir secara mendalam, bagaimana seseorang di Asia Tenggara boleh dilantik memain peranan ini dalam sebuah yayasan yang dibiayai oleh pihak tertentu yang berhubung kait dengan struktur kuasa Amerika?

"Beliau dari Asia Tenggara, dilantik untuk mengetuai yayasan tentang dunia Arab. Bermakna mereka begitu yakin dengan beliau," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Chandra berkata dalam soal dunia Arab, ada beberapa pertimbangan utama bagi kuasa besar seperti Amerika.

Ini termasuk strategi untuk mengawal laluan penting seperti Terusan Suez dan negara-negara pengeluar minyak di Asia Barat.

Tetapi bagi Dr Chandra, faktor terpenting ialah bagi pemimpin yang dilantik itu mampu menjaga kedudukan rejim Zionis.

"Yang paling penting, kedudukan Israel. Amerika tiap kali dia suarakan sesuatu tentang Asia Barat, pertimbangan utamanya ialah Israel; untuk lindungi dan kukuhkan kedudukan Israel.

"Kalau mereka boleh lantik seseorang dari Asia Tenggara, untuk jadi kepala kapada yayasan ini, bermakna mereka yakin kepada beliau. Tapi kita tahu yayasan ini bertopengkan demokrasi.

"Kita tahu matlamat sebenar mereka bukan demokrasi, matlamat sebenar mereka adalah untuk mengekalkan dan mengembangkan kuasa mereka," katanya.

Menurut Dr Chandra yang juga adalah Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST), Anwar bekerjasama dengan Amerika dan Israel untuk mengekalkan dan meneruskan hegemoni mereka.

"Adakah ini sesuatu yang boleh diterima oleh negara yang merdeka dan berdaulat, kerana kita nak jaga kemerdekaan dan kedaulatan negara kita.

"Kita tak mahu jadi boneka kepada mana-mana pihak, kita tak mahu jadi budak suruhan kepada mana-mana pihak," katanya.

Disoal mengapa Amerika memerlukan Anwar sedangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga dilihat rapat dengan negara berkenaan, Dr Chandra mengemukakan teori yang menarik.

"Dan kita tahu bahawa Datuk Seri Najib, selepas beliau menjadi Perdana Menteri, selain daripada lawatan kunjungan beliau kepada negara-negara Asia Tenggara, negara pertama yang dikunjungi beliau adalah China.

"Ini adalah perkembangan-perkembangan yang dikaji dengan teliti oleh beberapa pihak," katanya.

Menurut Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional yang meninggalkan parti itu pada Disember 2001, satu-satu negara yang mampu menyekat kemaraan dan agenda Amerika dan Israel di rantau ini adalah China.

"Mereka nak memastikan bahawa mereka dapat mengawal kebangkitan China, menentukan destini China. Apa caranya?

"Antara caranya mereka harus pastikan dimensi penting, dari segi kebangkitan ekonomi China ada di tangan mereka," katanya.

Menurut bekas sekutu ketua pembangkang itu, Amerika dan Israel lebih selesa bekerjasama dengan dengan Anwar yang mirip kepada mereka berbanding Najib.

"Berdasarkan kajian-kajian saya, mereka mahukan seorang pemimpin yang lebih mirip kepada mereka.

"Di Amerika Syarikat, secara formal mereka boleh menerima Datuk Seri Najib, tapi mereka ada agenda tersembunyi mereka, agenda tersembunyi, mereka ada calon mereka.

"Kita tahu, bahawa walau apa pun usaha Datuk Seri Najib, bagi mereka calon yang mereka mempercayai, calon yang mereka yakin adalah Anwar Ibrahim," katanya.

Selain itu, bagi mengurangkan pengaruh China yang begitu percaya pada Malaysia sejak dari zaman Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, menurut Dr Chandra, Amerika  memerlukan pemimpin yang berpihak kepadanya.

"Itulah sebabnya sampai saat ini, kepimpinan China begitu ... mereka merasa terhutang budi dengan Malaysia, sebagai negara yang membuka jalan untuk China dari segi diplomasi di Asia Tenggara yang bukan komunis," katanya.

Bagi beliau, Anwar menjadi pilihan Amerika dan Israel kerana selama ini dengan jelas dirinya memihak kedua-dua negara itu.

"Dan kalau kita tengok, kita punya saudara Anwar Ibrahim pula, adakah beliau membuat kenyataan-kenyataan tentang China? Tidak ada... terutamanya dalam tempoh dua tiga tahun ini, tidak ada kenyataan daripada beliau

"Kita tahu apa pendirian beliau, kenapa beliau bersikap bisu dalam soal-soal tertentu dan sebagainya," katanya dengan sinis.

Oct 16, 2012

LAPORAN JAIS.. REKOD JENAYAH SYARIAH DI SELANGOR 'TENAT'..!!



Perubahan tampuk Kerajaan Negeri Selangor yang kini diterajui Pakatan termasuklah PAS nyata bukan sahaja tidak mampu mengurangkan kadar jenayah akan tetapi lebih membimbangkan ianya meningkat secara mendadak.

Laporan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaparkan jumlah kes Jenayah Syariah yang meningkat sebanyak 1151 kes berbanding tahun sebelumnya iaitu 1077. Perbandingan rekod 2 tahun daripada 4 tahun pemerintahan Pembangkang ini jelas menggusarkan masyarakat yang tidak tahu akan fakta sebenar mengenai rekod tersebut.
 
Peningkatan tersebut jika dikaji semula merupakan satu keadaan yang sangat serius dengan kadar purata 191 kes sebulan sepanjang tahun 2012.

Jenayah syariah yang direkodkan dalam kes tersebut termasuklah melibatkan kes khalwat, persetubuhan luar nikah dan lelaki berlagak seperti perempuan, malah melibatkan kesalahan berkaitan akidah seperti dakwaan palsu, kesucian agama Islam serta institusi agama Islam itu sendiri.
 
JAIS dalam kenyataannya menyebut menjadi tanggungjawab menangani jenayah syariah tidak seharusnya dibebankan kepada penguat kuasa agama sahaja, yang turut menerima kritikan serta tohmahan ketika menjalankan tugas.
 
"Sebagai contoh, kes siasatan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh pihak penguat kuasa agama Jais yang dikatakan menyalahi prosedur. Apa dikesali terdapat banyak pihak mengambil kesempatan ke atas isu ini dengan menokok tambah cerita sehingga memberi kesan negatif ke atas institusi agama Islam itu sendiri," kata wakil jurucakap JAIS.

Siasatan pada 3 Ogos tahun lepas itu dilakukan selepas Jais mendapat maklumat terdapat orang Islam menyertai majlis anjuran DUMC selain berlaku penyebaran ajaran Kristian kepada mereka di gereja tersebut.

 




Lebih sedih apabila dari kalangan penyokong tegar parti pembangkang yang membutakan kesemua fakta2 ini dan terus ditanam dengan semangat kebencian menerusi persepsi fitnah dari kalangan Pemimpin2 mereka dek kerana mahu tawan Putrajaya.

Di manakah janji PAS sebelum PRU12 yang mahu mensasarkan sifar Jenayah Syariah di Negeri tersebut. Malah menghina Kerajaan BN Negeri pada ketika itu dengan menggelar 'Selangor Darul Maksiat?'


 
 



Oh lupa. Pemimpin No. 1 Selangor yang lantang memperjuangkan usaha tersebut telah dibuang jauh dari PAS. Kini yang memimpin merupakan Pemimpin PAS berjiwa 'Darul Maksiat'.



ISU MATA LEBAM - MUSA HASSAN & ANWAR SELESAI KES DI LUAR MAHKAMAH..!!



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung siasatan insiden 'mata lebam' yang berlaku lebih 10 tahun lalu.

Keputusan itu dicapai dan diputuskan di hadapan Hakim Datuk Asmabi Mohamad semasa prosiding hari pertama perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, dan memutuskan kes itu dibatalkan tanpa sebarang kos.

Musa ketika ditemui media berkata,  tindakan menarik semula saman tersebut dibuat selepas kedua-dua pihak berbincang dan melihat semula pertikaian dalam kes tersebut.

“Saya difahamkan ada salah faham pada peranan saya dalam kes ini, oleh pihak defenden, dan saya terima untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah seperti yang dicadangkan defendan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, pihaknya bersyukur atas tindakan menarik balik saman fitnah oleh Musa terhadapnya.

“Tindakan menarik balik saman ini telah mengesahkan pertuduhan saya tidak dijawab. Ada konspirasi untuk mereka berhubung kes mata lebam dan dakwaan liwat yang pertama,” katanya.

Anwar berkata, tribunal diperlukan untuk menyiasat peranan Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kes itu kerana Peguam Negara itu merupakan watak utama dalam kes tersebut, namun sehingga hari ini beliau masih mendiamkan diri.

Musa diwakili Kamarul Hisham Kamaruddin manakala Anwar diwakili Peguam N Surendran.

Pada 10 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpir menetapkan tiga hari mulai 16 Oktober untuk perbicaraan penuh kes saman Musa terhadap Anwar .

Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada 1 Julai 2008 dengan dakwaan Musa dan Abdul Gani telah mereka-reka keterangan dan menyembunyi beberapa fakta dalam penyiasatan serangan fizikal terhadapnya oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, pada 1998.

Berikutan itu, Musa memfailkan saman terhadap Anwar pada 21 Julai 2008 atas alasan dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar dan telah mencemarkan maruah peribadi, imej, kehormatan dan nama baiknya dan juga kapasiti profesionalnya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Musa menafikan mengambil bahagian dalam konspirasi untuk mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta berkaitan serangan itu.

Musa berkata beliau juga tidak pernah menyalahgunakan kuasanya dalam apa cara sekalipun dalam penyiasatan kes rasuah dan liwat Anwar.

Menurutnya, Anwar berniat jahat apabila membuat laporan polis terhadapnya dan Abdul Gani, dan ketua pembangkang itu berbuat demikian kerana sedang menghadapi pertuduhan baharu liwat.

Musa menuntut ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, faedah lapan peratus, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Amaun yang dituntut tidak dinyatakan secara spesifik dalam pernyataan tuntutan itu.

Beliau juga memohon injunksi untuk menghalang Anwar daripada mengulangi kenyataan memfitnah itu.

Anwar, dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 24 Oktober 2008, berkata laporan polis itu dibuat bagi mendapatkan pembelaan dan justifikasi.

LAPORAN AUDIT DEDAH KHALID GAGAP SELEWENG WANG SKIM TAWAS..!!





Kelihatan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Gagap tidak senang duduk malah bertambah panik dengan laporan terbaru Audit Negara yang telah dibentangkan semalam. 

Gara2 terlalu fokus melakukan 'kajian terperinci' terhadap serangan persepsi dan tuduhan baru terhadap Kerajaan Pusat, lantas terlepas pandang akan laporan Audit Negara menerusi perlaksanaan kewangan di Negeri pemerintahan mereka.

Skim TAWAS Kerajaan Negeri Selangor yang merupakan antara khidmat yang disediakan dilaporkan gagal mendaftar lebih dari 80 Peratus aripada kelahiran baru di negeri itu sejak tahun 2008.
Skim yang menjanjikan pemberian RM1500 buat setiap kelahiran anak Selangor yang dilahirkan itu dilaporkan sekadar mendaftar 60,972 daripada 313,706 anak yang sewajarnya mendapat wang tersebut 2008 hingga 2011.





Ianya telah menimbulkan persoalan baru terhadap komitmen Kerajaan Negeri dalam mengagihkan wang peruntukan yang disalurkan menerusi Skim terbabit kepada kesemua sasaran yang ditetapkan.
Kerajaan Selangor dilaporkan juga telah membelanjakan RM588,391 untuk aktiviti promosi TAWAS namun pendaftaran kelahiran baru kurang 20 peratus.

Malah lebih menimbulkan persoalan apabila laporan Audit Negara turut memaparkan rekod sijil simpanan tetap untuk ahli TAWAS yang lewat dikeluarkan manakala garis panduan atau 'Standard Operating Procedure (SOP) pula tidak lengkap.


LAPORAN AUDIT : IMPIAN PKR 'CIPTA SEJARAH' MUSNAH..!!




Laporan Audit bagi tahun 2011 yang baru dibentangkan hari ini secara umumnya mendapat respon positif dari berbagai pihak.  Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang membentangkan kutipan hasil kerajaan persekutuan sebanyak RM185.42 billion iaitu peningkatan sebanyak RM25.77 billion atau 16% berbanding 2010. 

Kutipan LHDN juga meningkat sebanyak 26.7% dari tahun 2010, menjadikan jumlah hasil direkodkan pada RM109.61.  Laporan juga menunjukkan prestasi Cawangan LHDNM untuk aktiviti audit bagi individu berpendapatan perniagaan adalah baik memandangkan 12 (70.6%) daripada 17 cawangan telah dapat mencapai/melebihi sasaran fail yang ditetapkan iaitu menepati Key Performance Indicators (KPI) yang ditetapkan.
Secara purata, semua jabatan dan kementerian kerajaan menunjukkan peningkatan dari segi hasil dan juga prestasi.  Ini termasuklah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang berjaya mengutip duti import berjumlah RM8.704 bilion iaitu kutipan yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun sejak tahun 2007 yang berjumlah RM5.965 bilion.

Daripada 456 Penyata Kewangan tahun 2011 terhadap kerajaan dan agensi dibawahnya yang diaudit, sebanyak 388 daripadanya telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran dan hanya 25 penyata kewangan menerima Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya.  Manakala, baki 43 penyata kewangan lagi masih dalam proses pengauditan.

Berbanding 2010, sebanyak 368 penyata kewangan telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran dan 33 penyata kewangan diberi Sijil Audit Berteguran.

Peningkatan yang direkodkan secara tidak langsung membuktikan yang program transformasi yang dilaksanakan telah menunjukkan hasil yang memuaskan. 

Dengan pembentangan Bajet yang mendapat sambutan yang begitu baik dari rakyat, laporan audit ini dijangka memberi impak positif yang berganda dari segi politik kepada parti memerintah.  Apatah lagi dengan pembentangan Bajet alternatif oleh pembangkang yang penuh dengan kelemahan, sokongan rakyat kepada parti memerintah dijangka meningkat dengan drastik, terutama dengan sokongan dari golongan peniaga. 

Secara dasarnya, rakyat semakin yakin dengan parti memerintah, maka walaupun berpendirian atas pagar, mereka tidak akan sesekali memperjudikan masa depan dengan memilih sesuatu yang tidak pasti. 

Oct 15, 2012

JIJIK.. DAP KEDAH BANTAH IKLAN TUTUP AURAT DILAKSANAKAN..!!




Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik berkata parti itu tidak akan menyokong pelaksanaan garis panduan papan iklan yang menetapkan model berpakaian sopan atau bertudung, seperti yang dilaksanakan di Kelantan.

Lee berkata DAP Kedah akan menentang undang-undang berunsur Islam itu sekiranya dilaksanakan PAS di negeri tersebut.

"DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Kenyatannya itu bagi mengulas garis panduan pemasangan papan iklan seperti yang dinyatakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar Datuk Mat Noh – berhubung penggunaan bahasa, lanskap dan pakaian model iklan.

Menurutnya lagi, aris panduan tersebut antara lainnya menekankan bahawa model tersebut tidak boleh berpakaian mencolok mata dan perlu menutup aurat bagi model beragama Islam.

 


 




Lee juga berkata, kenyataan Mat Noh itu hanya pendirian peribadi kerana garis panduan tersebut didakwa bercanggah dengan Undang-undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) 1992.

Malah, DAP Kedah juga akan mengambil tindakan ke atas ahli majlisnya dalam MPKS yang mengenepikan kepentingan parti tersebut dalam pelaksanaan garis panduan itu, katanya.

"(Ahli majlis DAP) perlu tahu apa yang patut atau tidak patut disokong," katanya yang menambah MPKS tidak akan daapat menggubal atau mewartakan apa-apa peraturan tanpa persetujuan ahli majlis tersebut.

Oct 14, 2012

POLITIK KIAN PANAS.. EX PRO ANWAR VS AGEN ANWAR..!!?



MP Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin menuntut supaya timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan kerana berpandangan serangan BN ke atas jutawan George Soros berpotensi "memakan diri sendiri".

Dalam laporan Mingguan Malaysia itu, Zulkifli berkata Saifuddin sepatutnya membezakan "isu pertubuhan haram menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan" dan "isu politik".

"Saya terkejut kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh anggota kabinet yang jelas menunjukkan beliau tidak lagi layak menjadi timbalan menteri dan patut meletakkan jawatan," katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Beliau mendakwa, isu yang dikaitkan dengan NGO Suaram itu "bukan soal politik tetapi perkara itu menyentuh tentang keselamatan serta kedaulatan negara".

Turut dibariskan dalam laporan tersebut untuk menyelar Saifuddin ialah presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah dan juga presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia Mohd Shahar Abdullah.

Azwanddin dilaporkan kesal kerana Saifuddin menurutnya "cuba mempertahankan sebuah pertubuhan yang terbukti menerima dana dan menjadi tali barut kuasa asing".

"Kami (NGO) bersungguh-sungguh menentang kemasukan dana asing yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan, malangnya Saifuddin pula mempertahankan Suaram," katanya.

ANWAR DILANTIK IKON GERAKAN KRISTIAN MALAYSIA..!!




Menjadi fakta yang terpahat di dalam penulisan sejarah dunia bahawa apabila kuasa-kuasa Barat mula menakluki wilayah-eilayah lain di dunia bermula pada kurun ke 13, mereka membawa bersama tiga kepercayaan atau prinsip utama yang dikenali sebagai 3G iaitu God, Gold, Glory atau Tuhan, Emas dan Keagungan.

Perkara yang sama berlaku dalam ekpedisi Alfonso de Alburquerque apabila mula berlabuh di Melaka yang kemudiannya membawa kepada kejatuhan dan penaklukan Empayar Melaka pada 1511.

Senario yang sama dialami ketika Kapten Francis Light mendarat di Esplanade (kini dikenali sebagai Padang Kota Lama) di mana beliau terpegun dengan kedudukan strategik Pulau Pinang lalu dengan strategi penipuan yang liciknya, jajahan Sultan Kedah itu menjadi milik kuasa Inggeris.

Francis Light juga membawa misi 3G yang sama seperti Albuquerque tetapi, di mana salah satu objektif utamanya ialah mengkristianisasikan penduduk tempatan yang terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam, samada secara halus atau paksaan.

Kini setelah hampir 300 tahun berlalu, Pulau Pinang bukan lagi diperintah oleh golongan berkulit putih, rambut perang dan berbahasa Inggeris tetapi puak Cina pembangkang yang diwakili oleh parti rasis DAP.

Dilihat daripada mata kasar sememangnya ada perbezaan ketara samada dari aspek-aspek fizikal atau budaya tetapi satu perkara yang dikongsi bersama antara penjajah Inggeris dan DAP ialah faktor agama.

Jika agama Kristian dibawa secara rasmi untuk dikembangkan di Tanah Melayu bermula dengan Francis Light dan kemudian misi beliau disambung oleh penjajah Inggeris pada abad ke 19 hingga ke pertengahan abad ke 20, maka setelah merdeka misi tersebut tidak mati begitu tetapi diteruskan oleh rakyat negeri ini berpegang kepada konsep 3G tersebut.

Tidak hairanlah DAP melenting apabila Ahli Parlimen Datuk Zulkifli Nordin menunjukkan bukti bergambar berkaitan satu majlis kesyukuran di Pulau Pinang pada 5 Mei tahun lalu tidak lama selepas kemenangan besar DAP dalam pilihan raya negeri Sarawak pad 16 April 2011.

Gambar tersebut menunjukkan pemimpin-pemimpin pusat DAP bersama-sama meraikan kemenangan dengan ADUN-ADUN baru DAP di Sarawak yang turut merayakan bersama para paderi dan pastor dari negara luar dari United Kingdom dan Afrika Selatan.

Yang mengejutkan ketika doa dibacakan pada majlis itu, mereka mengharapkan negara Malaysia pada satu hari kelak akan menjadi negara Kristian dan jawatan Perdana Menteri juga akan dipegang oleh seorang yang beragama Nasrani.

Malah agenda yang lebih merbahayakan pada majlis makan itu ialah kesediaan pihak gereja asing menghulurkan dana agar perkara ini menjadi satu realiti.

Terdapat juga dakwaan bahawa bebeberapa majlis seperti di Pulau Pinang telah juga diadakan beberapa kali di Sarawak.

Perkara yang sama juga telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PAS dari Bachok, Nasharuddin Mat Isa dan kini DAP bercadang untuk menyaman beliau.

Golongan Kristian di negara ini yang kini dipelopori oleh DAP nampaknya semakin berani mengenengahkan agenda Kristian apabila mereka mula merasa kuat dengan kemenangan penambahan kerusi di Parlimen pada PRU 2008 dan kemudiannya membolot 16 kerusi di PRN Sarawak.

Malangnya keberanian dan keangkuhan DAP melakar agenda Kristian mereka sebelum ini telah dibantu oleh seorang pemimpin politik beragama Islam dan dilihat sebagai tokoh Islam antarabangsa bernama Anwar Ibrahim.

Tanpa memikirkan kesan dan impak kepada Islam, Anwar menjelajah ke seluruh Malaysia, mempertahankan penggunaan istilah ALLAH oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dan juga penerbitan kitab Injil dalam bahasa Melayu.

Puak Kristian ekstrim yang menguasai DAP seperti Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng, Teresa Kok, Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming, Anthony Loke, Ronnie Liu, Charles Santiago, Wong Ho Leng, Chong Chien Jien dan ramai lagi bertepuk sorak kegembiraan apabila seorang Ketua Pembangkang berpihak kepada mereka.

Bagi DAP, Anwar adalah hero mereka kerana telah membuka jalan yang lebih besar serta menyenangkan misi mereka untuk mengKristiankan Malaysia dengan kadar yang lebih cepat.

Oleh kerana itulah DAP menjadi parti pembangkang yang pertama menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang pada PRU 13 dan terus menyokong beliau sebagai Ketua Pembangkang walaupun ketika jumlah kerusi PKR adalah yang tercorot di Parlimen berbanding DAP dan PAS apabila lima anggota parlimennya melompat.

Tidak payah untuk berfikir secara kompleks bahawa Anwar adalah ikon Kristian yang bakal menjahanamkan orang Melayu dan Islam di negara ini jika dibenarkan berkuasa.

PKR yang pada mulanya diasaskan oleh bekas ahli dan pemimpin daripada Umno, ABIM serta NGO Melayu dan pada peringkat awal diterajui oleh pimpinan Melayu kini telah menjadi sarang kumpulan Kristian yang menguasai disetiap lapisan kepimpinan parti.

Muka Melayu yang memegang kuasa dalam PKR sekarang hanyalah sekadar Anwar, Wan Azizah serta Azmin dan beberapa kerat yang lain.

Bermula pada peringkat naib presiden, majlis pimpinan pusat, biro-biro, cabang malah ranting sekalipun kebanyakannya dipegang oleh pemimpin bukan Melayu malah ramai antara mereka adalah folongan Kristian yang kuat beragama terutamanya dari Sabah dan Sarawak.

Suara Melayu di dalam PKR sudah layu dan boleh dikatakan sudah terbenam dengan kemenangan ramai pemimpin bukan Melayu pada pemilihan parti 2012.

Bagi Anwar samada pemimpin Melayu dalam PKR kuat atau sebaliknya tidak penting baginya.

Yang penting bagi Anwar ialah sokongan dan dokongan kuat daripada DAP yang difikirkan adalah jalan utamanya baginya mencapai impian menjadi Perdana Menteri.

HARON DIN BERPEDANG GADUH DENGAN PARASIT PAS..!!




Kelihatan PAS semakin kelihatan berkecamuk gara2 kritikan beberapa pimpinan Parti termasuklah Ahli Majlis Syura PAS Pusat dan Sasterawan Negara yang juga aktivis PAS Prof. Emeritus Dr. Shahnon Ahmad.

Semua ini akibat daripada nafsu serakah parti yang bergelumang dengan hasutan syaitan Parasit mahu mengejar kuasa Putrajaya walaupun diherdik dan dicaci DAP berkaitan perjuangan parti tersebut menegakkan Hukum Hudud dan Qisas.

Malah dikatakan Ulama PAS seperti Haron Din dan Harun Taib dicerca puak2 Parasit kerana terus menerus mempertahankan Ustaz Nasha yang terus berdegil mahu kerjasama bersama DAP diperbincangkan semula demi menebus maruah parti yang beliau perjuangkan sekian lama.

Sampai bila drama ini akan berakhir? Sejauhmana keyakinan pengundi2 Islam di Negara ini mampu mendapat jaminan apa yang disebut PAS perlaksanaan dasar Islam yang jauh lebih baik dari Kerajaan sedia ada.

Jika di depan mata rakan parti sendiri mengherdik dasar Agama, habis berkecamuk pimpinan parti ini?

Oct 13, 2012

PARASIT SEMAKIN MEMBIAK KRITIKAL DALAM PAS.



Di tengah-tengah polemik seruan perpaduan ummah yang dilontarkan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad pertikai hubungan PAS dengan DAP...kepimpinan utama parti itu nampak gayanya kunci rapat pintu hati mereka.

Jangan kata apa...walau Datuk Seri Anwar Ibrahim diselubungi isu moral video seks 99.9 % dan DAP tidak dapat menerima Hudud dan Negara Islam 'kasih sayang' antara mereka tidak tergugat..

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan pada petang Jumaat berkata hubungan PAS dengan parti lain dalam pakatan pembangkang yakni PKR dan DAP adalah hubungan maufakat.

"Pakatan Rakyat adalah satu muafakat politik dalam konsep Tahaluf Siyasi yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama (PAS) dalam skop hukum Feqah politik Islam," katanya.

Menurut beliau, Majlis Syura Ulama (PAS), cukup berkuasa sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan  dengan ajaran Islam.

Hadi juga membuat berbagai tuduhan umum terhadap UMNO yang antara lain katanya, "UMNO yang mewakili Melayu Islam dalam BN mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya,"

Sebaliknya, ujar beliau hubungan PAS dan DAP, "sangat berbeza dengan hubungan di antara komponen BN yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran dan Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias."

Di akhir kenyataannya, Hadi ada memetik hadis yang tidak dinyatakan sumbernya, dan dipercayai untuk menyindir Nasharuddin dengan berkata "Pesanan Rasulullah S.A.W.  “sesiapa yang memencilkan  diri daripada jamaah  akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya...."

Beliau mengakhiri dengan ayat "maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali" yang dipercayai merujuk kepada UMNO.

Sebelum ini kelmarin Murysidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat turut mempertahankan kerjasama PAS-DAP dengan alasan memerlukan undi cina untuk berkuasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Shahnon Ahmad bahawa perjuangan politik PAS tidak lagi menepati kehendak Islam sejak parti itu bekerjasama dengan DAP.

Isu ini hangat bila, Nasaruddin Mat Isa dalam ucapan selama 20 minit di Seminar Dakwah Nasional di PWTC pada Selasa mengingatkan pemimpin PAS agar jangan terlalu kejar kuasa hingga meminggirkan prinsip perjuangan.

Nasharuddin yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kata Nasharudin, beliau turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti UMNO dan PAS sering dilihat 'taboo'.

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" katanya. Oleh Helmi Hanafi.


Oct 8, 2012

P'TEMUAN SULIT KARPAL & PARASIT PAS - MAJLIS SYURA ULAMA' DIKUASAI AGEN UMNO!!





Keputusan Pemimpin No. 1 DAP Karpal Singh yang tetap akan menyaman Ahli Majlis Syura Ulama PAS Pusat Nasharudin Mat Isa adalah mesej jelas penolakan Pakatan terhadap beliau walaupun diikhtiraf kesemua Ulama PAS di peringkat akar umbi.

Tindakan Karpal tersebut dikatakan turut diikhtiraf Pimpinan Parasit2 dalam PAS sebagai tekanan terhadap kesemua ahli Majlis Syura Ulama parti tersebut terhadap keputusan mengekalkan Ustaz Nasha dalam parti.

Bagaimana kerjasama Pakatan ini dilihat berkemampuan membina sebuah pentadbiran Negara tatkala kesatuan pimpinan masing2 masih bercelaru. Pertelingkahan ini buat atas dasar politik semata2. Akan tetapi ianya disebabkan ketetapan dasar pentadbiran dan sensitiviti Agama yang mampu mencalar perpaduan Negara.

Kritikan terbaru yang disuarakan Timbalan Mursyidul Am PAS Haron Din terhadap gaya politik sekular Anwar Ibrahim adalah nyata dan jelas dari seorang Ulama' yang diikhtiraf parti tersebut.

Bagaimana PAS masih lagi berpendirian mahu mengangkat Anwar selaku Pemimpin No. 1 Negara? Walhal kebanyakan Ahli Majlis Syura Ulama' PAS yang menjadi penentu keputusan Parti tidak mengikhtiraf Ketua Pembangkang tersebut?

Gara2 ekstrim menyerang Kerajaan Pusat tanpa mengambilkira rujukan Agama bagi setiap pertuduhan, maka parti yang mereka ikhtiraf berjihad demi Agama kini memakan diri.

Mungkin akhirnya AGM Luar Biasa PAS akan diadakan. Dengan membuat pertuduhan yang seringkali diperlakukan tatkala pimpinan mengkritik parti. AGEN UMNO.!!

Agen UMNO yang dicipta... atau Parasit PAS yang sedang membiak?


Powered by Blogger.